You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU ABU BAKAR


BIL. 1 TAHUN 2014
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 28 JANUARI 2014
: Selasa
: 1.30
: Bilik Mesyuarat SKPAB

HADIR
Puan Rohani binti Abdul Majid
Guru Besar SKPAB
Puan Puziah binti Mohd Amin
PK Pentadbiran
Encik Mohamad Akhir bin Hamzah
PK Hem
Encik Mohamad Kassim bin Malek
PK Kokurikulum
Semua guru panitia Matematik hadir: 1. Pn Bushraton binti Haji Seroji ( Ketua Panitia )
2. Rahana bt Razali
3. Pn. Ummil Khir binti Abu Bakar
4. Pn. Hannah binti Mohd Taib
6. Pn. Bahjahtu Rahmah binti Ismail
7. Pn. Noraini binti Abu Hassan
Guru yang tidak hadir
I

: Tiada

UCAPAN PENGERUSI
1.
2.
3.
4.

Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat kali


pertama.
Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru atas kejayaan peperiksaan
UPSR 2013.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menentukan program sepanjang
tahun 2014.Semua projek program yang dicadangkan perlu bertumpukan kepada
semua tahap murid-murid.
Tuan Pengerusi menegaskan bahawa peranan guru matematik amat penting untuk
mencapai matlamat 100% kelulusan Matematik bagi semua murid dalam apa jua
peperiksaan yang berkaitan bagi matapelajaran Matematik.

II

PERUTUSAN GURU BESAR


5.

6.

II

Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia Matematik yang
hadir pada hari ini. Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang
dilantik sebagai AJK panitia Matematik pada tahun ini. Beliau berharap agar guru
yang dilantik dapat menerima perlantikan ini dengan hati yang ikhlas dan dapat
bekerjasama bersama ahli yang lain.
Beliau mengingatkan supaya guru-guru sentiasa mematuhi dan sentiasa peka
dengan arahan,panduan dan kehendak kementerian,JPN dan PPD.

MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


Dicadang untuk disahkan : Pn.Bahjahtu Rahmah bt Ismail
Sokongan
: Pn.Noraini binti Abu Hassan

III

PERKARA BERBANGKIT
7.

IV

POST-MORTEM
8.

Pencapaian matapelajaran Matematik dalam UPSR 2013


Pengerusi membentangkan keputusan Matematik UPSR 2013.
Pencapaian peratusan kelulusan adalah : 86%.
Pencapaian murid yang cemerlang A dalam subjek Matematik ini adalah 12
orang,

TOV 2014.
9.

VI

Tiada Perkara berbangkit

Pengerusi menetapkan bahawa pencapaian murid pada akhir tahun dijadikan


sebagai TOV 2014 bagi murid tahun 5 dan 6.Murid tahun 4 mengikut KSSR
Tindakan: Guru Matematik.

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK:


10.

Puan Rahana Razali mencadangkan aktiviti membaca dan menghafal sifir semasa
perhimpunan pagi . Beliau juga mencadangkan supaya aktiviti membaca sifir ini
dijalankan 5 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Ia juga
boleh dijadikan sebagai set induksi.
Tindakan: Guru bertugas Mingguan dan guru
Matapelajaran Matematik.

11.

Program Ceria Minda telah dicadangkan oleh Puan Bahjahtu Rahmah bt Ismail
sebagai aktiviti yang perlu dilaksanakan. Objektifnya agar murid mahir dengan
menguasai kemahiran asas Matematik. Program lebih tertumpu kepada kuiz serta
latihan berkala di dalam kelas.

12.

Pengerusi juga memaklumkan bahawa kelas Tambahan pada 2014 juga akan
diteruskan bagi Tahun 6. Kelas tambahan ini akan bermula selepas cuti Tahun
Baru Cina iaitu pada bulan Februari.
Tindakan: Guru Matematik Tahun 6

13.

Puan Noraini Abu Hassan mencadangkan supaya diadakan program khusus untuk
membantu murid-murid yang lemah. Fokus diberikan kepada soalan yang
berkaitan dengan soalan asas fakta Matematik.
Puan Ummil Khir selaku guru pemulihan yang baru memaklumkan bahawa dia
akan membantu murid-murid pemulihan di dalam kelas. Beliau akan masuk ke
kelas tahun 4 dan tahun 6 berdasarkan masa free beliau dan akan membantu
murid-murid pemulihan ini.
Tindakan: Puan Ummil Khir

14.

VII
15.

VIII
16.

IX

PENETAPAN ETR DAN % GPS


Puan Puziah menerangkan bahawa penetapan ETR hendaklah berpandukan
kepada penetapan TOV yang telah dilaksanakan. Markah ETR mestilah lebih
tinggi daripada markah TOV. Guru matapelajaran juga mestilah memastikan juga
pemberian gred kepada murid juga hendaklah lebih baik daripada gred
sebelumnya. Murid dari kelas Jaya mesti 100% lulus cemerlang dengan gred A
Tindakan: Guru matematik Tahun 5 dan 6
KURSUS DALAMAN KSSR
Pengerusi memaklumkan bahawa kursus dalaman bagi Matematik KSSR tahun 4
telah dilaksanakan. Guru Matematik Tahun 4 perlulah mematuhi DSKP yang telah
ditetapkan.
Tindakan: Guru Matematik
KAJIAN TINDAKAN

17.
18

Semua guru Matematik hendaklah bersedia dengan sekurang-kurangnya satu


kajian bagi subjek Matematik pada tahun ini.
Pengerusi akan memberikan contoh-contoh kajian Tindakan Matematik dan
diedarkan kepada guru untuk dijadikan panduan dan ini akan memudahkan guru
untuk membuat kajian dengan format yang betul.
Tindakan: Ketua Panitia
HAL-HAL LAIN

19.
20.

Beliau juga menggalakkan guru untuk mengemukakan masalah P&P yang


dihadapi semasa mengajar subjek Matematik itu di kelas masing-masing.
Penggunaan buku tulis juga mesti selaras. Mesyuarat sebulat suara bersetuju
bahawa jumlah buku latihan untuk Matematik adalah 2 buah buku
latihan.Sekiranya perlu guru juga boleh menambah sebuah buku lagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang


Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.
(Pn Rahana bt Razali)
Setiausaha Panitia Matematik

.
(Pn Bushraton bt Hj Seroji)
Ketua Panitia Matematik

You might also like