You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN


BADAN PENGAWAS
SMA HIDAYAH ISLAMIAH
1.0 Pendahuluan
Pengawas Sekolah merupakan pemimpin muda yang menjadi harapan buat
semua pelajar, kakitangan dan guru Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah
dalam menjadi contoh teladan kepada pelajar lain dari pelbagai aspek termasuk
keperibadian, pencapaian akademik,keterampilan, pergaulan bersama masyarakat
dan lain-lain. Meskipun tugas dan amanah yang dipikul agak berat dan mereka sibuk
dengan tugasan akademik dan peperiksaan, namun pemimpin-pemimpin muda
SMAHI mampu menjalankan amanah mereka dengan cemerlang dan menunjukkan
sikap kepimpinan yang baik, sabar dan cekal dalam menjalankan tugas mereka.
Sepanjang sesi kepimpinan 2015 ini, mereka telah memberi kerjasama dan
komitmen yang baik kepada pihak sekolah terutamanya dalam mengurus dan
merancang program-program di peringkat sekolah. Antara program yang dibantu
oleh pengawas adalah seperti Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9 dan Majlis Anugerah
Cemerlang. Mereka juga telah menjalankan tugas utama mereka dalam mengawal
disiplin dan sahsiah murid.
Justeru, Majlis Jasamu Dikenang ini akan dianjurkan oleh unit HEM terutamanya guru
penasihat badan pengawas sebagai tanda melahirkan rasa terima kasih dan
penghargaan kepada mereka.

2.0 Objektif
2.1 Menghargai pengawas yang berjasa dan memberi sumbangan tenaga dan
fikiran kepada Badan Pengawas.
2.2 Mengiktiraf
pengawas
yang
cemerlang
dari
segi
bersikap
bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.
2.3 Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pengawas-pengawas untuk
melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan
bertanggungjawab.
2.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta pelajar dengan
pelajar.
2.5 Melepaskan tekanan, merehatkan minda serta badan dengan menyertai
aktiviti sukaneka yang diadakan.
3.0 Hari / Tarikh
Khamis : 29 Oktober 2015
4.0 Masa
3.00 petang

5.0 Tempat
Menara Alor Setar
6.0 Aturcara Program
3.00 ptg
3.30 ptg

4.00 ptg
6.00 ptg

: Kehadiran guru-guru dan pelajar.


: Majlis bermula
Kata alu-aluan pengerusi majlis
Bacaan doa selamat
Ucapan Ketua Pengawas
Ucapan Pengetua dan perasmian majlis
Pelancaran Blog Pengawas
Penyampaian sijil penghargaan
: Jamuan Makan
Cabutan bertuah
: Majlis Bersurai

7.0 Ahli Jawatankuasa Kerja


Penasihat
Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha
Bendahari
Buku program
Jemputan
Hadiah/sumbangan
Juruacara
Sijil dan hadiah cemerlang
Makanan dan persiapan tempat
Pendaftaran

Pengangkutan dan keselamatan

Dokumentasi
Fotografi
Siaraya

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tuan Haji Mahir Bin Mohamad (Pengetua)


Puan Sharifah Binti Idris
Pn Nur Ilyana Binti Ahmad Mohtar
Muhammad Aslam Bin Mat Zukri
Rohaida Binti Abdul Khalid
Balqis Binti Abdul Rahman Huraisen
Muhammad Imani Ashraf Bin Jailani
Awfa Binti Abdul Ghafar
Wan Ruhaiza Binti Wan Abdul Rahman
Nurul Izzah Husna Bakri
Nurul Hanani Binti Ahmad Rosdi
: Nur Syafiqah Binti Ridzuan
Zulfa Nur Husna Binti Ismail
: Adleen Nabilah Binti Asmadie
Siti Nursyahirah Binti Ramlee
Muhammad Khairil Hakimi Bin Abdullah
Muhammad Aiman Bin Azmi
: Muhammad Syarifuddin Bin Rosli
Muhammad Abdul Muhaimin Bin Mohamad Akhir
Nur Iman Fayyadzoh Binti Tajudin
Yasmiin Binti Ahmad Tarmezi
: Muhammad Fathi Bin Zulkefli
Ahmad Tarmizi Bin Shaibun Syarifuddin
: Afif Zuhairi Bin Alias
:

8.0 Anggaran Peruntukan


Anggaran Sumber
Kutipan bulanan
pengawas

RM 1,200.00

Anggaran Perbelanjaan
Makanan ( x RM 40)

3, 200.00

Sijil Penghargaan dan


door gift
Anugerah
Pengawas
Cemerlang
Cabutan Bertuah
Cenderahati Perasmi
Pengangkutan
Banner
Sewa siaraya
Jumlah

RM 1,200.00

250.00
100.00
200.00
50.00
400.00
100.00
200.00
RM 4,500.00

9.0 Sumber Kewangan


Disebabkan Badan Pengawas tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi maka pihak sekolah ingin memohon bantuan kewangan daripada
badan-badan kerajaan, pihak swasta dan individu yang sudi memberi sumbangan
secara ikhlas kepada kami bagi menjayakan majlis ini. Pihak kami masih
memerlukan tambahan dana sebanyak RM 3,300.00.
10.0

Penutup

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan khas untuk meraikan majlis
perpisahan kepada pengawas-pengawas sekolah yang akan tamat pengajian
pada tahun ini. Di samping memberi anugerah pengawas yang cemerlang pada
tahun ini. Segala usaha murni ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan oleh,
__________________________________
(NUR ILYANA BINTI AHMAD MOHTAR)
Guru Penasihat Badan Pengawas,
SMA Hidayah Islamiah.

Disahkan oleh,

15 Oktober 2015

________________________________
(TUAN HAJI MAHIR BIN MOHAMAD)
Pengetua,
SMA Hidayah Islamiah.

You might also like