You are on page 1of 7

Nama sebenarnya adalah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah al-Fihri al-Quraisy al-Makki, ibunya

bernama Umaimah binti Ghanim. Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga,
memiliki wajah yang berseri, tampan orangnya tinggi lampai, tidak gempal dan berjambang
nipis. Beliau mudah mesra, tawaddhu dan pemalu. Namun, di saat yang genting beliau bagaikan
singa yang mencari mangsa. Kualiti iman dalam dirinya dapat kita ketahui melalui sabdaan
Baginda Nabi sallallahualaihi wasallam;



Setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu
Ubaidah bin al-Jarrah. (Riwayat al-Tirmizi)
Abdullah bin Umar pernah menjelaskan perwatakan Abu Ubaidah ini;



:


Tiga lelaki Quraish yang paling berseri wajahnya, paling baik akhlaknya dan paling teguh
sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada
mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakr, Uthman bin Affan dan
Abu Ubaidah bin al-Jarrah. (Hilyat al-Auliya)
Manakala diriwayatkan yang dinyatakan oleh Saidatuna Aishah radhiallahu anha, beliau berkata;

-

-
:
(Aisyah pernah ditanya tentang siapakah sahabat Nabi yang paling disukai Rasulullah) Siapa
yang Rasulullah sallallahualaihi wasallam cintai (dari golongan laki-laki)? Aisyah menjawab
Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Abu Ubaidah bin al-Jarrah. (Siyar Alam al-Nubala)
Abu Ubaidah bin al-Jarrah dilahirkan di Makkah, di dalam sebuah rumah keluarga suku Quraish
yang dihormati dan disegani oleh pemuka kabilah masyarakat Arab. Meskipun demikian, Abu
Ubaidah juga tergolong di dalam golongan yang paling awal memeluk Islam, agama yang
menjadi ancaman kepada masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu. Abu Ubaidah memeluk Islam
sehari selepas pengislaman Abu Bakar dan ini adalah hasil daripada dakwah Abu Bakar kepada
Abu Ubaidah.
Pengislaman Abu Ubaidah disaksikan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Mazun dan alArqam bin Abi al-Arqam yang telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah
sallallahualaihi wasallam. Maka, ini bermakna Abu Ubaidah adalah golongan yang bersama
Rasulullah sallallahualaihi wasallam daripada awal perjuangan Baginda. Seperti mana yang kita
ketahui, pada waktu itu mereka ditimpa pelbagai seksaan disebabkan ajaran yang dibawa oleh
Nabi.

Kehidupan Abu Ubaidah tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan
perjuangan menegakkan Islam. Ketika Rasulullah sallallahualaihi wasallam mengizinkan umat
Islam berhijrah ke Habsyah, beliau turut serta berhijrah ke sana bersama rombongan Muslim
yang lain di saat gelombang kedua kekejaman musyrikin Quraish demi menyelamatkan
aqidahnya.
Walaupun Abu Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah, namun boleh dikatakan
dugaan paling mencabar yang dihadapinya adalah ketika perang Badar di mana ia benar-benar
melampaui jangkaan dan khayalan. Ketika peperangan itu, Abu Ubaidah menyerang musuhmusuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan mencari syahid dan tidak
takutkan mati. Semangat kepahlawanan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga
mereka berwaspada dan cuba mengelak daripada bertempur dengan Abu Ubaidah.
Dalam pada jumlah tentera Quraish yang ramai itu, ada seorang sahaja yang benar-benar ingin
bertempur dan mengekang semangat kepahlawanan Abu Ubaidah itu. Keadaan ini menyebabkan
Abu Ubaidah cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki tersebut. Setiap serangan oleh
lelaki itu, Abu Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat
kemaraan Abu Ubaidah dengan menghunuskan pedang ke arah Abu Ubaidah sehingga tiada
pilihan lain lagi untuk beliau mengelak. Dalam keadaan terpaksa, dia menetak lelaki tersebut dan
membuatkan badan lelaki itu tersungkur ke bumi. Lelaki yang jatuh menyembah bumi itu adalah
Abdullah bin al-Jarrah, ayah kepada Abu Ubaidah.
Allah menurunkan firman-Nya terhadap tindakan nekad Abu Ubaidah terhadap bapanya sendiri :

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat,
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya,
sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka,
atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah
menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat
pertolongan daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir
di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan
mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong
(agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah
orang-orang yang berjaya. (surah al-Mujadilah ayat 22)

Ketika Abu Ubaidah di medan perang Uhud, beliau adalah salah seorang sahabat yang
melindungi Rasulullah sallallahualaihi wasallam. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh

dada dan tubuh mereka tembok yang menghalang panah dan tombak. Apabila peperangan tamat,
gigi Rasulullah sallallahualaihi wasallam patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju
perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu Ubaidah
meminta agar urusan itu dilakukan olehnya.


Aku (Abu Ubaidah) sungguh-sungguh meminta kepadamu wahai Abu Bakar agar urusan ini
dibiarkan kepadaku untuk menyelesaikannya.
Abu Bakar berundur dan memberikan laluan kepada Abu Ubaidah kerana bimbang jika
dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah sallallahualaihi
wasallam. Abu Ubaidah berusaha mencabutnya tetapi beliau menggunakan gigi kacipnya dengan
cara menggigitnya sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan sebahagian giginya lerai
ke bumi. Hal itu menyebabkan Abu Ubaidah adalah di kalangan Sahabat Nabi yang rongak
giginya (athram).
Di sisi lain tentang kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan
Islam telah meluas setelah perang di Yarmouk dan kekhalifahan dipimpin oleh Umar bin alKhattab radhiallahu anhu hampir-hampir membebaskan Bait al-Maqdis daripada belenggu Rom,
Umar telah mengadakan kunjungan dan singgah ke khemah Abu Ubaidah. Namun, tidak terlihat
sesuatupun di dalamnya yang berharga kecuali pedang dan perisai. Tiada satupun harta yang
dikumpulkan hasil dari kemenangan perang yang dilalui sepanjang perang. Abu Ubaidah
menyertai dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu mempunyai kesempatan untuk
mengumpulkan kekayaan dalam setiap peperangan tersebut.
Ketika wabak taun merebak di negari Syam sehingga menyebabkan ramai nyawa yang terkorban
akibat penyakit itu, Khalifah Umar bin al-Khattab mengirim surat dengan tujuan memanggil
kembali Abu Ubaidah, sahabat kepercayaannya. Namun, Abu Ubaidah menyatakan keberatannya
sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah berbunyi;



Saya tahu tujuan Amir al-Mukminin (agar saya terus hidup sedangkan tiada siapa yang boleh
kekal hidup). Sesungguhnya saya merupakan sebahagian anggota tentera Islam oleh itu apa
yang menimpa itulah jua yang akan menimpaku. Justeru gugurkanlah tuntutanmu terhadapku
(agar kembali ke Madinah) wahai Amir al-Mukminin .
Tatkala Umar bin al-Khattab membaca surat tersebut, air mata beliau terus mengalir.
Setelah beberapa hari Abu Ubaidah diserang penyakit taun. Sedang beliau nazak bertarung
dengan penyakit tersebut, beliau berpesan kepada tentera-tenteranya.

Dirikan solat, berpuasalah di bulan Ramadan, bersedekahlah, tunaikan haji dan umrah,
salinglah berpesan-pesan dan memberi nasihat kepada pemimpin kamu dan jangan kamu
memperdayakan mereka. Jangan kamu dilalaikan dunia. Lantaran jika seseorang itu mampu
hidup 1000 tahun sekalipun, dia tetap akan menemui pengakhiran kehidupannya seperti yang
kamu sedang lihat saya sekarang ini.

Kemudian Abu Ubaidah berpaling kepada Muaz bin Jabal dan mengarahkannya menjadi imam
solat dan sejurus selepas itu beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Apabila Abu
Ubaidah meninggal dunia, Muaz bangun di hadapan rakyat dan berucap;

Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan lelaki ini. Demi
Allah! Saya tidak pernah mengenali lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad
dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab dan paling banyak
menasihati rakyatnya berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan
merahmati kamu semua.

Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijriah di Jordan dalam wilayah Syam.
Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan
Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.

Biodata Penulis
Mohd Azmir bin Maideen mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar Fakulti Usuluddin
Jabatan Dakwah wa Thaqafah Islamiyah (Kebudayaan Islam), Kaherah. Beliau memilih PAS
sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia.
Share this article :
Share46

Labels: Hikmah

Popular Posts

Apa yang Rasulullah Ajar Tentang Diam?


Bicara dan diam laksana dua sisi dari sekeping mata wang, yang tidak mungkin
dipisahkan. Kedua-duanya adalah nikmat Allah yang amat besa...

Kisah Kejatuhan Kerajaan Islam di Andalus


Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke
tampuk kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar yang...

Imbasan Surah al-Kahfi


Surah al-Kahfi banyak merakamkan amaran Allah kepada orang yang kufur terhadap
nikmat-Nya, di samping memberikan khabar gembira kepada ...

Surah Al Hujurat : Manhaj Pembentukan dan Penyusunan Umat Berakhlak

Surah Al-Hujurat memiliki 18 ayat, ia merupakan surah madaniyah yang mengandungi


manhaj pembentukan dan penyusunan umat beradab. Ia s...

Kisah Kaab bin Malik Dihukum Rasulullah


Emosi manusia apabila dipecat, didenda atau dihukum, dikenakan tindakan disiplin serta
merta pasti akan merasai kejutan drastik yang lu...

Dakwah Islamiyah dan Cabaran Alaf Baru


Dakwah merupakan suatu tanggungjawab agama yang mesti dipikul oleh setiap muslim.
Ia adalah usaha untuk menyampaikan saranan agama dan ...
Name
Email *
Message *

Subscribe via Email


Enter email addre

Total Visitors
812,991

Random Posts


Krisis Jemaah: Sikap Sebagai Pengikut
Penasihat Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz | Timbalan Penasihat Ustaz Khalil
bin Abdul Hadi
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved

You might also like