You are on page 1of 27

Peribahasa| 1

UNIT 8
PERIBAHASA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1. menjelaskan konsep peribahasa
2. menghuraikan jenis-jenis peribahasa, dan
3. mengaplikasikan peribahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.0

PENGENALAN

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi
kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala peribahasa tradisi pula merujuk kepada
peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan.
Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian
daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu
peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna peribahasa bermaksud ayat atau
kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu,
bidal, pepatah :pegangan mereka yang teguh kepada biar mati anak jangan mati adat, cukup
menerangkan kebudayaan mereka.
Kamus Dewan ( 1997 : 375 ) menjelaskan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat
sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula berkenaan cara
pemakaian bahasa, iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan
dan ayat. Tujuannya untuk menghasilkan bahasa yang persis dan berkesan.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimatkalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah
laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti, dengan kandungan nasihat, prinsip-prinsip
hidup atau aturan tingkah laku.

Peribahasa| 2

Menurut kamus pelajar Cetakan ke-12 Terbitan Khas KBSM ( 1995 ) pula mendefinisikan
peribahasa sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunannya dan mempunyai
maksud tertentu.
Menurut Zaba (1934), peribahasa diertikan sebagai segala susunan cakap yang pendek dan
yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak turun temurun kerana sedap didengar dan
perkataannya bijak, ringkas, luas dan mempunyai maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutansebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan
dengan bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap yang
mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua itu ialah cakap-cakap
bijaksana yang ringkas yang telah terbeku dari beberapa zaman dan telah masyhur terpakai pada
mulut orang ramai, dan kadang kala diumunkan namanya perkataan orang tua-tua sahaja.
Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau
percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Di samping itu, peribahasa juga
boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian
atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas
tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Peribahasa, seperti yang sudah diketahui umum, merupakan satu daripada cabang sastera lama,
bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga bagi hampir semua bangsa di dunia. Sebelum ada undangundang yang mengawal perilaku hidup manusia bermasyarakat, orang bijak pandai dalam sesuatu bangsa
pada zaman itu telah mencipta beberapa petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan tatatertib
pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia. Petua, nasihat atau petunjuk itu
diambil daripada alam sekeliling, contohnya perangai dan sifat manusia itu sendiri, juga daripada sifat dan
tabiat binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa
banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku
masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan
setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
8.1

Ciri dan Tujuan Peribahasa

Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping itu, peribahasa juga
penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam

Peribahasa| 3

peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau
tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan
sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan
sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peribahasa, di samping membuat ketentuan
antara baik buruk serta mencari ketetapan dalam tata cara hidup masyarakat.

Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat
penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa, kedua
melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (
Abdullah Hussain, 2003). Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja
mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan
amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya
menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau
pembacanya tidak mudah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui
peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.

Dalam konteks masyarakat, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu menyembunyikan
ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya
terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaannya,
masyarakat Melayu tidak gemar berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya.
Contohnya, untuk meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa
berikut,
Siapa makan lada, dialah terasa pedasnya,
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Menerusi peribahasa juga kata-kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan
kata-kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati. Contohnya dalam
menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka digunakan peribahasa badannya melidi,
sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang diganti dengan ungkapan Pak Pandir.
Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan
logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan ( HSP Bahasa Melayu
Tingkatan 4:xiv). Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.

Peribahasa| 4

Contoh-contoh peribahasa:
Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air
adalah ikan.
Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai
orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti
kata peribahasa ada gula adalah semut.
Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaikbaik
semula
kerana
air
dicencang
tidak
akan
putus.
Air pun ada pasang surutnya
Maksud

Untung

dan

malang

nasib

seseorang

itu

sentiasa

bertukar

ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia
hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik
semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila
keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Peribahasa| 5

Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.


Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa
pendiam
tetapi
bijak
dan
berani
memberikan
pendapat.

AKTIVITI 8.1
Sila berbincang dengan rakan anda untuk mengisi garisan kosong di bawah.
1. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : _____________________________________________________________________________
Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2.

Alah bisa, tegal biasa

Maksud : _____________________________________________________________________________
Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3.

Alah membeli, menang memakai

Maksud : _____________________________________________________________________________
Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4.

Alah sabung, menang sorak

Maksud : _____________________________________________________________________________

Peribahasa| 6

Contoh ayat :
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

8.2

Jenis-Jenis Peribahasa

A). Simpulan Bahasa


Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan
tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau
tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan
daripada perkataan yang digunakan.
Contoh:
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:
(a) ada angin:

mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.


sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

(b) anak buah:

orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau
penghulu.
anak saudara.

(c) langgar bahasa:

bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.


tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.

Peribahasa| 7

tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas.


Bentuk atau ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya:
anak buah, buah tangan, dan lipas kudung.
Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am.
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya:
ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.
Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya:
besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.
Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif.
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya:
Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.
Semua ini sebagai kata nama khas.
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya:
air pinang, batu buyung, dan makan bulan.
Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh Simpulan Bahasa dan Maknanya:
Simpulan Bahasa
ada angin
ada hati
air muka
ajak-ajak ayam
ada bakat
alas perut

Maksudnya
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki
sesuatu
rupa atau wajah seseorang
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
mempunyai tokoh atau perwatakan
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan

Peribahasa| 8

anak angkat
anak bapa
anak buah
anak emas
angkat kaki
atas angin
atas pagar
ayam tambatan
bahasa pasar
banyak mulut
batu api
batu loncatan
bau-bau bacang
bawah angin
bekas tangan
beralih akal
beralih angin
berat hati
berat mulut
berat tulang
berat sebelah
berbelah bagi
berhati batu
berhutang budi
bermuka dua
bertikam lidah
besar hati
besar kepala
buah hati
buah mulut
buah tangan
bulat hati
buruk siku
buta hati
cahaya mata
cakar ayam

yang mengenyangkan
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak yang disayangi oleh bapa
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
negara-negara di sebelah barat
tidak menyebelahi mana-mana pihak
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
orang yang banyak bercakap
orang yang suka menghasut
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
tali persaudaraan yang jauh
negara-negara di sebelah timur
hasil kerja tangan seseorang
berubah fikiran atau pendapat
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
enggan; malas
pendiam atau tidak suka bercakap banyak
orang yang malas bekerja
tidak berlaku adil
sukar untuk membuat keputusan
degil dan sukar menerima nasihat
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
tidak jujur
bertengkar; berdebat
bergembira atau berbangga akan sesuatu
degil; sukar menerima pandangan orang lain
orang yang dikasihi atau dipuja
sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
anak
tulisan yang buruk

Peribahasa| 9

campur tangan
cari jalan
cepat tangan
dalam tangan
darah daging
durian runtuh
gaji buta
gelap mata
harga diri
harga mati
hati batu
hidung tinggi
hilang akal
ikat perut
iri hati
isi hati
jalan buntu
kacang hantu
kaki ayam
kaki bangku
kaki botol
kecil hati
kepala angin
kepala batu
kera sumbang
khabar angin
langkah kanan
langkah seribu
lidah bercabang
lipas kudung
lintah darat
makan angin
makan suap
malu-malu kucing
mandi peluh
mati katak
membabi buta

turut serta atau mencampuri urusan orang lain


berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
suka mencuri
sudah pasti akan diperoleh
anak kandung
keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
maruah atau kehormatan seseorang
harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
degil atau keras hati
sombong atau tinggi diri
tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
menahan lapar kerana berjimat
menyimpan perasaan dengki atau cemburu
perasaan dalam hati
tidak ada jalan penyelesaian
orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
tidak berkasut atau berselipar
tidak berkebolehan bermain bola
suka minum minuman keras
berasa tersinggung atau merajuk
perangai yang tidak menentu
degil dan tidak mendengar nasihat
orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
berita yang belum tentu benarnya
bernasib baik
cepat-cepat lari kerana ketakutan
kata-kata yang tidak dapat dipercayai
cepat membuat kerja
mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
bersiar-siar untuk berehat
menerima rasuah
berpura-pura malu di hadapan orang
bekerja kuat
mati dengan sia-sia
melakukan sesuatu tanpa berfikir

Peribahasa| 10

membawa diri
membuka jalan
membuka tembelang
memeras otak
menarik diri
mencari jalan
mencuci mata
mencuit hati
mengabui mata
mengadu domba
mengambil angin
mengambil berat
mengambil hati
mengasah bakat
muka tembok
mulut murai
mulut tempayan
murah hati
naik angin
nyawa-nyawa ikan
orang atasan
otak cair
otak kering
otak udang
paku Belanda
panas hati
panjang tangan
pasang telinga
pekak badak
pembasuh mulut
perang mulut
pilih kasih
pisau cukur
puteri lilin
putih hati
putih mata

tahu menjaga diri


memberi laluan kepada orang lain
menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
terlalu kuat berfikir atau belajar
tidak turut serta; meletak jawatan
berusaha untuk melakukan sesuatu
gembira memperhatikan sesuatu yang indah
lucu; menggelikan hati
cuba memperdaya; menipu
memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan
sebagainya
bersiar-siar untuk berehat
memberi sepenuh perhatian
dapat memikat atau mempengaruhi
latihan untuk mengembangkan bakat
tidak berasa malu
kuat bercakap atau berbuat bising
tidak dapat menyimpan rahsia
suka berderma; tidak kedekut
terlalu marah
hampir-hampir mati
orang yang berpangkat tinggi
pintar atau bijak
kurang siuman
bebal atau bodoh
barangan yang tetap harganya
meradang atau marah
suka mencuri
mendengar dengan teliti
kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
pertengkaran
memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
tidak tahan terkena panas matahari
ikhlas; jujur
mengalami kekecewaan

dan

Peribahasa| 11

rabun ayam
rambang mata
ringan tangan
sampai hati
serkap jarang
tangan terbuka
tangkai jering
tawar hati
tebal muka
telinga kuali
telinga lintah
telinga nipis
terang hati
tidur-tidur ayam
tin kosong
titik peluh
B).

penglihatan yang kurang jelas


sukar membuat pilihan
suka membuat kerja: menolong orang
tergamak melakukan sesuatu kerja
membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
menyambut sesuatu dengan senang hati
orang yang kedekut
tidak mempunyai minat lagi
tidak tahu malu
tahan hati menerima kemarahan
tajam pendengaran
cepat marah atau meradang
mudah memahami sesuatu
tidur yang tidak nyenyak
bercakap besar tanpa ilmu
hasil usaha yang bersungguh-sungguh
(Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm)

Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang
tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. Contoh
perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebing
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh
bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang
kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai dihiris dengan sembilu
perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan hanya mementingkan diri sendiri
pucuk masing-masing
Bagai itik pulang petang
berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang

Peribahasa| 12

Bagai mencencang air


Bagai mural tercabut ekor
Bagai si kudung mendapat cincin

membuat pekerjaan yang sia-sia


seseorang yang becok mulutnya
orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan
kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin pasangan yang sama padan dan sama cantik
dengan permata
Bagai tikus membaiki labu
merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
di hujung tanduk
Seperti anak ayam kehilangan ibu
berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing
adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam
dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng
bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan
tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput
kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam seseorang
yang
mengambil
kesempatan
daripada
dua muka
pertelingkahan antara dua pihak
Seperti
harimau
menyembunyikan menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
kukunya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
mencurahkan air ke daun keladi
Seperti katak di bawah tempurung
orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan
tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga
seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa
usul periksa
Seperti langit dengan bumi
perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang
mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul
orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung
berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di
tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras
memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu
jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

Peribahasa| 13

C).

Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkeratkerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang
pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.
Berikut adalah beberapa contoh pepatah Melayu:
Pepatah Melayu

Maksudnya

Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa. Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.
mati di tengah-tengah.
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau. Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
Harapkan pagar, pagar makan padi.

Percaya akan orang yang mengkhianati kita.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung


kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah.
Kedua-duanya hangus.

Sepandai-pandai
tupai
melompat, Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau
akhirnya jatuh ke tanah juga.
orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah
susah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bekerjasama dan saling menolong.
Sehari selembar benang, lama-lama jadi Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
kain.
Biar putih tulang, jangan putih mata.

Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.
Genggam bara api, biar sampai jadi Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya.
arang.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.

Peribahasa| 14

dapat sagunya.
Takut kerana salah, berani kerana benar. Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar,
berasa berani.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Buang yang jahat, ambil yang baik.
Buat baik berpada-pada, buat jahat Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan
jangan sekali.
melakukan kejahatan.
Hancur badan dikandung tanah, budi Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati.
yang baik dikenang juga.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
tunduk.
Jika kerbau dipegang pada talinya, jika Janji mesti ditepati.
manusia dipegang pada janjinya.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi Mendapat sesuatu yang diingini.
nasi.
(Sumber: http://www.schoolnet.my/)
D).

Bidalan

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan
terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.
Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin
kaya semakin sombong.
Contoh: Bidalan dan Maknanya:
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim]

Peribahasa| 15

Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering
bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai [Lebih baik bekerja di
bawah pimpinan ketua yang berpengalaman]
Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa
gembira]
Berbuat di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang [Berhati-hati apabila bercakap tentang hal
orang lain]
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila
memperkatakan sesuatu]
Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru
bertindak]
Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara
mendapat pekerjaan yang tetap]
Berkaul

pada

keramat

[Meminta

sesuatu

hendaklah

kena

pada

tempatnya]

Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang
dibuat kemudian]
Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri
dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai [Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan
lakukannya sampal selesai]
Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar]

Peribahasa| 16

Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan
berhati mulia]
Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil (Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah
kepada orang yang lemah]
Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah
lebih baik daripada dipecat]
Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati] 501 Biar luka
di dada, jangan luka di belakang [Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan
diri]
Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi
korban]
Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang [Biar mati mempertahankan kehormatan
daripada mati dalam kehinaan]
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan danipada
mati kerana membuat kejahatan]
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
Biar penat badan, asalkan hati suka [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah]
Biar

putih

tulang

jangan

putih

mata

[Sanggup

mati

daripada

Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit danipada rugi banyak]
Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
Buang yang keruh, ambil yang jernih
[Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]

menyerah

kalah]

Peribahasa| 17

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


[Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat
[Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding]
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
[Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
Cicir dipungut, hilang dicari [jangan melakukan pembaziran]
Dalam berselam, cetek bertimba [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan]
Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal
[Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh]
Daripada cempedak baiklah nangka
[Lebih baik ada daripada tiada langsung]
Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
[Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah
[Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan]
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang
[Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu]
Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
[jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak,
seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
Elok lenggang di tempat data
[Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?
[Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula]

Peribahasa| 18

Genggam bara api biar sampa jadi arang


[Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan
menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya]
Habis akal, baru tawakal
[Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepada Tuhan]
Habis alur maka beralu-alu
[Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan]
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
[Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
Hempas tulang berisi perut [Hidup akan senang jika rajin bekerja]
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
[Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu]
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
[Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
Hilang geli kerana geletek
[Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat
[Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus]
Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis
[Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak
[Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah
[Berhati-hati dalam semua perkara]
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan [Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati sangat
suka]

Peribahasa| 19

Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak


[angan sombong apabi ia mendapat sesuatu kelebihan]
Jangan berebutkan tembikar pecah
[Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya]
Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orng lain]
Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
Jangan dibiarkan sampai naik ke mata
[Sesuatu perkara yang tidak balk jangan dibiarkan sampal melampaul batas]
Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
Jangan

difikir

air

pasang

sahaja

[Jangan

harapkan

nasib

akan

sentiasa

baik]

Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya


[Jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik]
Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang
[Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting [Perbuatan yang tidak baik (jahat)
jangan dibiasakan]
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis
[Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
Jangan lemparkan pancing tiada berumpan
[Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak cukup syarat]
Jangan mengukur baju orang di badan sendiri
[Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
Jangan puntung berasap jua

Peribahasa| 20

[Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan diungkit-ungkitkan lagi]


Jangan tercirit di periuk
[Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah
[Jika menjadi ketua, akan ada orang yang membenci kita]
Jikalau menampi, jangan tumpah padinya
[Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna]
Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan
[Perkara yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan]

E).

Perbilangan

Perbilangan adat, banyak pengertian yang ditafsirkan, antaranya teromba, undang-undang yang tetap dan
kata-kata adat. Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaitu ikatan
puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan
mereka yang memakai Adat Pepatih. Secara ringkasnya, perbilangan adat merupakan susunan adat dalam
bentuk puisi (puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat
Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah
Minangkabau dan Palembang yang dikenali sebagai Adat Minangkabau.
Di Malaysia, perbilangan adat ini, banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu
dipergunakan dalam Adat Pepatih. Seperti puisi lain, perbilangan adat diperturunkan dari mulut ke mulut,
dari satu generasi ke satu generasi. Menurut Alwi Salim (1983), perbilangan adat ini diperturunkan dari
satu generasi ke satu generasi melalui ketua-ketua adat lembaga yang disebut Buapak. Walaupun begitu
perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada
zaman kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang
dibuktikan oleh perbilangan ini:
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat

Peribahasa| 21

Ikut hukum, muafakat


Ikut adat muafakat.
Berdasarkan perbilangan di atas, dapat dikatakan perbilangan tersebut telah mengalami ciri-ciri keislaman.
Walaupun terdapat penyesuaian tetapi ciri-ciri masih dipertahankan. Perbilangan adat ini berbentuk bebas,
iaitu menggunakan gurindam, syair, pantun dan lain-lain bentuk puisi dalam penyampaiannya. Menurut
Zaba yang dipetik oleh Aripin Said (1996):
perbilangan adat merupakan puisi melarat yang tidak tetap timbangan suku kata dan rimanya.
Namun ia tetap mempunyai susunan, makna yang kemas dan mendalam.
Beliau juga memberi contoh-contoh perbilangan adat untuk genre puisi yang digolongkan sebagai
gurindam, antaranya:
Kelebihan nabi dengan mukjizat
Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia dengan muafakat
Air melurut dengan bandaraya
Benar melurut dengan muafakatnya. (Zaba 1962,242)
Manakala Abdullah Siddik, menyebut perbilangan adat sebagai peribahasa adat, dinyatakan seperti
berikut:
Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Orang banyak menobat di dalam teratak. (Abdullah Siddik 1975,110)
Manakala Siti Hawa Haji Salleh (1987), menyatakan perbilangan adat sejenis puisi yang tidak tertentu
bentuknya (sama seperti gurindam dan seloka). Manakala Mohd Yusof Md. Nor (1991), telah
menyimpulkan ciri-ciri yang terdapat dalam perbilangan adat, antara lain, adalah:
1. Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris
2. Terdapat sisipan berbagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dan lain-lain
3. Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adat istiadat yang diamalkan
oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Perbilangan adat juga mempunyai fungsi kepada masyarakatnya, antaranya ialah untuk membicarakan
susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga, fungsi dan tugas setiap ahli masyarakat. Perbilangan adat

Peribahasa| 22

juga untuk menyatakan bahawa setiap orang berguna dalam satu-satu masyarakat. Kesimpulannya fungsi
perbilangan adat terhadap masyarakatnya, ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Memberi panduan/pendidikan
Membentuk /membina masyarakat yang harmoni
Satu cara kawalan sosial - dipersetujui bersama
Mengekalkan satu norma tertentu dalam masyarakat
Menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat.
Menggambarkan pola pemikiran masyakat (kepandaian/kebijaksanaan).

Terdapat berbagai jenis perbilangan adat yang berasaskan sistem sosial Minangkabau, menurut Mohd
Taib Osman (1975), antaranya ialah:
1. Metos dan lagenda, iaitu menyatakan asal-usul adat dan alam Minangkabau. Di bawa oleh dua
Datuk bersaudara iaitu Datuk Temenggung dan Datuk Pepatih Nan Sebatang, kedatangan
bangau putih iaitu orang Minangkabau yang merantau ke Negeri Sembilan dan perhubungan
mereka dengan gagak hitam iaitu orang asli Negeri Sembilan. Adat ini juga disebut teromba
iaitu lagu asal usul.
2. Kata-kata istiadat, iaitu susunan kata-kata khas untuk istiadat tertentu seperti pelantikan Penghulu,
meminang, perkahwinan, pembahagian harta dan sebarang majlis keramaian.
3. Undang-undang, digunakan dalam menguruskan undang-undang jenayah atau hukum pidana adat
yang menyatakan jenis-jenis kesalahan, jenis bukti dan hukuman dan juga undang-undang sivil,
mengenai pembahagian harta dan syarat pembahagian harta dan hak.
4. Falsafah, sebahagian besar perbilangan adat termasuk dalam kategori falsafah. Ini kerana katakata falsafah ini disisipkan ke jenis lain. Segalanya terjalin ke dalam satu sistem intelek yang
menjadi asas kepada seluruh adat Minangkabau.
Berkisarkan tentang konsep dan aspek yang diketengahkan dalam perbilangan adat dinyatakan oleh Alwi
Salim (1983), antaranya:
1. Konsep pemerintahan, dalam konsep ini perbilangan adat menyatakan dengan jelas susunan
pemerintahan adalah mengikut peringkat-peringkat berikut, iaitu dari peringkat rendah kepada
peringkat tertinggi. Ini digambarkan dalam:
Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Ibu bapa menobat pada anak buahnya
Orang banyak menobat di dalam terataknya

Peribahasa| 23

2. Konsep keadilan, perbilangan adat ini tidak didasarkan kepada pembalasan tetapi didasarkan
kepada pemulihan (restitution). Diperturunkan kata-kata ini:
Yang mencincang, memapas
Yang membunuh membangunkan
Yang menjual, memberi balas
3. Aspek ekonomi, kata-kata perbilangan disusun indah dan menunjukkan bahawa kehidupan
memerlukan ekonomi yang teguh, didengarkan perbilangan ini:
Majlis di tepi air
Mendesa di perut kenyang
4. Aspek sosial, masyarakat Adat Pepatih melahirkan perbilangan ini adalah mengikut susunan
unilateral-matrilineal. Ia merangkumi pemilihan ketua dalam masyarakat, utamakan nisab sebelah
ibu, tanggungjawab, hak, pedoman, pegangan dan juga perpaduan. Ini untuk menunjukkan
bahawa masyarakat mempunyai taraf yang sama dan mesti dimuliakan, diperturunkan perbilangan
ini:
Yang buta penghembus lesung
Yang pekak pelepas bedil
Yang lumpuh penghuni rumah
Yang kuat pembawa beban
Yang bingung disuruh-suruh
Yang cerdik lawan berunding
5. Aspek adat istiadat, banyak menjurus kepada adat berumah tangga, iaitu dari pertunangan,
perkahwinan, penceraian sehingga kepada pembahagian harta.
6. Sistem kewarisan, dalam sistem ini perbilangan adat digunakan untuk pembahagian harta pusaka.
Yang mana Buapak dan Datuk Lembaga bertindak sebagai pemegang kuasa. Mengikut Adat
Perpatih harta pusaka diperturunkan kepada anak perempuan sahaja dan tanah pusaka tidak
dibenarkan dijual atau digadai.
Sebagai kesimpulannya, perbilangan adat dapat dikatakan sebagai bentuk puisi klasik yang juga intim
dengan kehidupan masyarakat Melayu lama. Sehingga kini perbilangan adat ini masih digunakan oleh
kelompok masyarakat yang mengamalkan tatacara Adat Perpatih.
F).

Kata Hikmat

Kata hikmat merujuk kepada kata-kata punjangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan
pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan

Peribahasa| 24

dalam. Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang
mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan
peringatan serta dijadikan pedoman hidup, contohnya bahasa menunjukkan bangsa, bersatu teguh
bercerai roboh, maju bangsa maju negara dan sebagainya. Zaba juga menyebut tentang kategori yang
sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak, pendek, sedap, benar dan
berisi. Contoh yang lain juga seperti jangan pandang orang yang berkata; pandang apa yang ia kata, kita
mesti menanti waktu; waktu tidak menanti kita dan sebagainya.

AKTIVITI 8.2
Bina peta minda untuk memudahkan anda membezakan antara jenis-jenis
peribahasa.

8.3

Peribahasa dalam Pendidikan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu khasnya di sekolah, peribahasa
mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain. Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk
berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Dalam Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat, dalam bahagian Sistem Bahasa, perkara v, halaman xiv
dinyatakan bahawa :

Peribahasaperlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa


hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia, dan hendaklah
diajarkan dalam konteks.

Dalam hal ini, jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan meningkatkan
keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks
kebolehan murid menggunakan peribahasa dalam aktiviti seharian dan penulisan. Hasil penulisan tentunya
akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai.

Peribahasa| 25

Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara mudah dan
tepat. Namun begitu, murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu peribahasa seperti yang lazim
dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus dirangsang agar menggunakan peribahasa dalam
pelbagai situasi. Bagi mencapai tujuan ini, beberapa halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa
ekoran sifat yang mempunyai pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa
yang hanya sesuai untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan kecenderungan untuk
mempelajarinya menurun.

Selain itu, pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa tidak begitu
berkesan. Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala murid begitu pasif
sebagai penerima maklumat. Akibatnya murid akan berusaha menghafal peribahasa yang diberikan dan
tidak menghayatinya sehingga mereka menganggap peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk
dipelajari. Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian adalah dicadangkan agar pengajaran peribahasa di
dalam bilik darjah menggunakan pendekatan kontekstual, iaitu guru bertindak sebagai fasilitator. Menerusi
pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara perkara yang dibandingkan,
diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir dengan membuat penilaian terhadap
ketepatan peribahasa berdasarkan konteks dan situasinya. Dengan cara ini, murid diajar menghayati
peribahasa berdasarkan konteks dan situasi.

Dengan strategi pengajaran berdasarkan konteks ini, guru perlu bijak memilih peribahasa yang
akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan biasa digunakan dalam
masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta penggunaan peribahasa yang
diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh pengajaran peribahasa menggunakan konteks situasi.

Remaja di kawasan perumahan itu sanggup menggadai nyawa untuk berlumba haram
walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak polis

Jelas sekali peribahasa menggadai nyawa di atas diungkapkan dalam bentuk yang tidak tepat.
Peribahasa tersebut sebenarnya lebih sesuai bagi menyatakan perajurit negara yang berjuang
mempertahankan tanah air atau pengorbanan yang suci dan bermakna. Justeru itu, peribahasa yang tepat
bagi remaja yang berkumba haram seperti yang digambarkan dalam petikan tadi ialah menempah maut. Ini
kerana, perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral.

Peribahasa| 26

Peribahasa yang digunakan dalam karangan dan juga pertuturan sebenarnya bukanlah untuk
keperluan makna. Sesebuah karangan dapat difahami tanpa menggunakan peribahasa. Penggunaan
peribahasa bertujuan untuk memperindah bahasa dan untuk menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan
lain. Karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur gaya dalam pertuturan dan
penulisan. Malah, untuk menggunakan peribahasa dengan baik, seseorang hendaklah betul-betul
memahami peribahasa itu dan mengetahu tempat dan ketikanya peribahasa itu diperlukan. Peribahasa
tidak wajar dipaksakan ke dalam konteks. Pemaksaan akan menyebabkan karangan atau pertuturan itu
tidak menarik. Dengan kata lain, pemaksaan peribahasa dalam sesebuah karangan akan menyebabkan
tujuan penggunaannya tidak tercapai.

Peribahasa ini bertujuan untuk membantu para pelajar membuat pengertian yang tepat tentang
sesuatu peribahasa supaya penggunaannya sesuai dengan konteks ayat atau karangan begitu juga
penggunaanya dalam kehidupan seharian. Tiap-tiap peribahasa diberikan erti dan juga ayat contoh. Ayat
contoh ini disediakan dalam susunan tatabahasa yang mudah bagi para pelajar memahami
penggunaannya.

RUMUSAN
Penggunaan peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu sangat bergantung pada daya kreativiti
seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran
yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan, kemahiran berfikir dan sebagainya.
Peribahasa boleh diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran bahasa seperti penulisan karangan, kemahiran
lisan atau bercerita, teka-teki atau kuiz, kemahiran tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Guru yang
kreatif boleh membina sendiri bahan bantu mengajar ini, bagaimanapun bagi guru yang kesuntukan masa,
terdapat cd/DVD yang dijual di pasaran berkaitan peribahasa yang sesuai digunakan khususnya di
peringkat sekolah rendah.

KATA KUNCI
1.
2.
3.
4.

Peribahasa
Perumpamaan
Pepatah
Bidalan

5. Simpulan Bahasa
6. Perbilangan
7. Kata Hikmat

Peribahasa| 27

PENILAIAN KENDIRI
1. Pada pendapat anda, adakah peribahasa masih relevan dalam kehidupan moden hari ini?
2. Bagaimakah peribahasa dapat meningkatkan keperibadian seseorang? Fikirkan.
3. Peribahasa dapat dijadikan sebagai bahan P&P Bahasa Melayu. Pada pandangan anda,
bagaimanakah caranya?

RUJUKAN
A. Kadir Ahmad, 1964. Pantun Berkait. Singapura: Malaysia Publishing Limited.

Abdullah Hassan. 2010. Peribahasa. http://blog.upsi.edu.my/AbdullahHassan/


http://peribahasamelayu.com/
http://www.tutor.com.my/stpm/peribahasa/peribahasa.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa