You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM) BIL- 1 TAHUN 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG REPOH


34500 BATU KURAU, PERAK

Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Kehadiran

: 27 Disember 2012
: Khamis
: 9:00 pagi
: Pusat Sumber SK Kampong Repoh
:
1. Tn. Hj. Ahmad Sofi B. Jamaluddin (Pengerusi)
2. En. Mohamad Jamali B. Saidin
3. Cik Rupadevi a/p Chet Singh
4. En. Mohd Rizal B. Hamdan
5. Pn. Hjh. Saudah Bt. Ahmad
6. Pn. Nor Alifah Bt Abd Manaf
7. Pn. Wan Hasni Bt. Wan Mohamad Saleh
8. Pn. Noraini Bt Yusof
9. Cik Yamuna a/p Manikam
10. Cik Naimah Bt Idris
11. Puan Zanzuraini Bt Tajuddin
12. Tn. Syed Mahamud B. Syed Ismail
13. Pn. Norakmarniza Bt Mohd Tajie
14. Pn. Kamariah Bt Abd. Manan
15. Pn. Fauziah Bt Mohd Junid
16. Pn. Afifah Bt Ahmad Humaidi
17. Pn. Faizah Bt Arsad
18. En. Jamaluddin B. Desa
19. En. Shahrul Nizam B. Mohd Isa
20. En. Mohamed Yusri B. Abdul Rahman
21. En. V.Santhaana Kumar a/l V.Velayutham
22. Pn. Ros Anita Saloma Bt Rosidi
23. En. Mohamad Hanif B. Salleh

Guru Tidak Hadir

:
1. Pn. Manimala a/p Subramanian ( Cuti sakit)
2. Pn. Mazriyah Bt. Mohamed Isa ( Cuti sakit )

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Penyelaras-penyelaras unit HEM & tugas-tugas.
3. Hal-hal lain
4. Ucapan Penangguhan

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tn. Hj. Ahmad Sofi B. Jamaluddin selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru kerana dapat menghadiri mesyuarat HEM bil-1 ini dan ribuan terima kasih
kerana telah melaksanakan tugas dengan jayanya bagi tahun 2012 ini.
1.2 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru ,terutamanya guru-guru kelas mengambil
teguran daripada pihak audit sekolah berkaitan pengisian buku kedatangan murid dan
diharap perkara ini tidak akan diulangi lagi pada tahun 2013. Diantara teguran yang
diterima ialah:
a) tidak boleh menggunakan liquid paper, menampal atau mencomotkan buku
kedatangan murid, sebaliknya menulis dengan menggunakan pensel terlebih dahulu
sekiranya tidak pasti.
b) sekiranya berlaku kesilapan dalam menulis buku kedatangan, kesalahan tersebut
dipotong sahaja dan tandatangan ringkas ditepinya.
1.3 Pengerusi menerangkan penyelaras kelas adalah guru-guru kelas Amanah. Sekiranya
terdapat guru kelas Bestari tidak hadir, maka guru bagi kelas Amanah perlu menanda
kedatangan murid kelas Bestari dan sebaliknya juga berlaku sekiranya terdapat
ketidakhadiran guru bagi kelas Amanah.
1.4 Guru-guru kelas perlu memasukkan nama bagi murid baru kedalam Buku Dikenal dan
mengemaskinikan APDM dan SSM pada bahagian pendapatan ibubapa murid.
1.5 Bantuan Persekolahan oleh pihak kerajaan sebanyak RM100 akan diberi pada satu masa
yang akan dimaklumkan kelak.
1.6 Guru-guru yang berada di dalam kelas diharapkan agar dapat mengiringi murid ke bilik
pemeriksaan sekiranya terdapat pemeriksaan kesihatan atau pergigian kerana rungutan
yang diterima daripada pegawai kesihatan ialah guru-guru tiada bersama murid untuk
mengawal disiplin mereka.
1.7 Pengerusi juga berharap agar penyelaras-penyelaras unit HEM 2013 agar dapat
merancang program-program yang akan dijalankan bagi tahun hadapan.
Tindakan: Makluman semua guru

2.

PENYELARAS-PENYELARAS UNIT HEM & TUGAS-TUGAS


Penyelaras Kantin
2.1 Pengerusi memaklumkan penyelaras kantin ialah Pn. Hjh. Saudah Bt Ahmad.
Pengusaha kantin yang baru ialah Pn. Selmah Bt Nordin. Pekerja kantin tidak boleh
memakai selipar dan kesan minyak di dinding kantin harus dibersihkan.
2.2 Taraf kesihatan sekolah adalah 88.97%. Sekiranya terdapat kes keracunan di sekolah,
pihak sekolah diminta menghubungi Tn. Hj. Ishak di Wisma Persekutuan di talian 058072027 atau 019-5697443. Keracunan makanan hanya berlaku sekiranya simptom ini
dapat dilihat pada kumpulan murid yang ramai,bukan kepada seseorang individu sahaja.
2.3 Guru-guru boleh merujuk buku panduan kantin daripada Tn Hj. Ahmad Sofi.
2.4 Pn. Hjh. Saudah diminta untuk mengemaskinikan butir-butir diri pengusaha kantin yang
baru ini. Laporan Penilaian Kendiri Kantin dan laporan Aedes perlu dihantar kepada Tn.
Hj. Ahmad Sofi sebelum 5 hb pada setiap bulan.
2.5 Tarikh-tarikh untuk menghantar laporan Sis Makan ke PPD ialah pada 2/2/2013 dan
2/7/2013.
Penyelaras Data & Maklumat
2.6 Penyelaras data & maklumat ialah Pn. Nor Alifah Bt Abd Manaf. Beliau diminta untuk
mengemaskinikan data bagi fasa 1 pada 2/2/2013 dan fasa 2 pada 22/7/2013.
2.7 Tn. Hj. Ahmad Sofi akan menyediakan komputer khas untuk mengemaskinikan
maklumat murid dan data lama dihapuskan.
2.8 Penyelaras data diminta untuk memastikan guru-guru kelas memasukkan nama-nama
murid baru dalam Buku Dikenal.
Penyelaras Disiplin & Sahsiah
2.9 Penyelaras disiplin & sahsiah perlu membuat pengisian data secara online setiap
minggu
dengan
menggunakan
sistem
KPM
melalui
lawan
web
http://apps.emoe.gov.my/ssdn
2.10 Sistem data ponteng yang lama tidak akan digunakan. En. Santhaana selaku penyelaras
unit ini perlu bergilir-gilir dengan pembantunya untuk memasukkan data ponteng
tersebut.
Penyelaras Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2.11 Maklumat murid yang mendapat bantuan RMT bagi tahun 1 masih belum diperolehi
lagi.
2.12 Pendapatan penjaga dibawah RM460 dan perkapita RM110 melayakkan anaknya
mendapat bantuan RMT.

2.13 Bagi murid RMT yang berpindah pula, wang peruntukkan RMT baginya harus dihantar
ke sekolah baru murid tersebut.
2.14 Jumlah hari RMT bagi tahun 2013 ialah sebnayak 190 hari.
2.15 Nilai makanan RMT masih lagi bernilai RM1.80 bagi setiap murid dan nilai makanan
ini berkemungkinan akan dinaikkan nanti.
2.16 Pn. Norakmarniza selaku penyelaras RMT perlu mengemaskinikan laporan RMT. Guru
bertugas mingguan perlu merasa makanan RMT seperti tahun-tahun yang lepas.
2.17 Senarai nama murid yang mendapat RMT perlu dihantar ke PPD pada 18/1/2013.
Penyelaras Unit Bimbingan Kaunseling & Guru Penyayang
2.18 Bagi tahun 2013, program unit ini adalah untuk meningkatkan sahsiah murid.
2.19 Murid-murid yang bermasalah boleh dihantar kepada Tn. Syed Mahamud untuk diberi
kaunseling.
Penyelaras Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
2.20 Murid-murid yang akan menerima bantuan KWAPM adalah daripada keluarga yang
berpendapatan kurang daripada RM760 dan perkapita sebanyak RM190.
2.21 Senarai nama murid tahun 1 yang layak menerima bantuan ini harus dihantar ke PPD
pada 1 Februari 2013.
2.22 En. Mohd Rizal B. Hamdan merupakan penyelaras KWAPM bagi tahun 2013.
Penyelaras Keselamatan
2.23 En. Jamaluddin B Desa telah dilantik sebagai penyelaras unit ini. Penyelaras perlu
mengaturkan ceramah anti kebakaran oleh pihak bomba, polis atau pihak hospital.
2.24 Alat pemadam api perlu dilihat tarikh luputnya.
2.25 Tn. Hj. Ahmad Sofi juga meminta penyelaras keselamatan untuk membuat bancian cara
murid datang ke sekolah.
Penyelaras Kebajikan & Biasiswa
2.26 Kutipan wang sebnyak RM1.00 akan diteruskan lagi.
2.27 Skim Takaful murid bernilai RM1.50 akan dibayar oleh kerajaan seperti tahun lalu.
2.28 Insuran berjumlah RM5000 telah diberikan oleh pihak Takaful Malaysia kepada
keluarga arwah Mohd Syafiq Hazmirul.
2.29 Dua orang murid, Danial Haikal dan Izzah Adlina pemberian insuran masih belum
diperolehi oleh mereka.

2.30 Sekiranya terdapat kes yang melibatkan murid,pihak sekolah perlu membuat laporan
kepada Takaful Malaysia beserta surat bertulis daripada penjaga murid.
Penyelaras Aedes & Gotong Royong
2.31 Penyelarasnya ialah Pn. Manimala a/p Subramanaian
Penyelaras PPDa
2.32 Penyelarasnya ialah En. Mohamed Yusri B Abdul Rahman
Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
2.33 Penyelarasnya ialah Pn. Afifah Bt Ahmad Humaidi dan pemberian buku teks bagi tahun
1 sedang dilakukan di kantin sekolah.
Penyelaras Kesihatan
2.34 Penyelarasnya ialah Pn. Wan Hasni Bt Wan Mohamad Saleh.
Tindakan: Makluman semua guru
3.

HAL-HAL LAIN
3.1 Tn. Hj. Ahmad Sofi memaklumkan permohonan secara online murid ke asrama penuh
adalah tidak diluluskan.
3.2 Nor Irdina telah mendapat tawaran ke SM Bainun, Ipoh manakala Mohd Aiman B
Jamaluddin mendapat tawaran ke SMK Taman Tasik, Taiping.
3.3 Gotong royong kelas akan dijalankan pada esok hari dan kehadiran semua guru adalah
wajib.
3.4 En. Mohamad Jamali menyampaikan pesanan daripada ketua sektor yang membuat
teguran berkaitan etika berpakaian bagi guru-guru wanita yang tidak memakai kasut
yang bertutup bahagian depan dan belakang.
3.5 En. Mohamad Jamali mengharapkan kehadiran guru-guru bagi tahun 2013 ini adalah
sebelum jam 7:30 pagi dan waktu pertama p d p bermula pada jam 7:40 pagi.
3.6 Beliau juga memaklumkan penulisan buku kehadiran guru adalah seperti biasa, tidak
perlu meninggalkan satu ruang kosong bagi pentadbir.
3.7 Cadangan dari En. Mohamad Jamali pada hari Selasa sehingga Jumaat, murid-murid
berbaris di hadapan kelas di awal pagi dan selepas waktu rehat. Ketua kelas mengambil
buku kedatangan sebelum masuk ke kelas pada waktu yang pertama.

3.8 Tn. Syed Mahamud bersetuju dengan cadangan tersebut. Tempoh percubaan akan dibuat
dalam masa satu bulan. Sekiranya dirasakan kurang berkesan, perhimpunan di dataran
kejat akan dilaksanakan semula seperti di tahun-tahun lepas.
Tindakan:

4.

Makluman

semua

guru

UCAPAN PENANGGUHAN
4.1 Tn. Hj. Ahmad Sofi mengharapkan agar guru-guru dapat bekerja sebagai satu pasukan
untuk kebaikan bersama.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:45 pagi.

Disediakan oleh,

(WAN HASNI BT WAN MOHAMAD SALEH)


Penolong Setiausaha HEM
SK Kampung Repoh
34500, Batu Kurau

Disemak oleh,

(TN. HJ. AHAMD SOFI B JAMALUDDIN)


Guru Penolong Kanan HEM
SK Kampung Repoh
34500, Batu Kurau

You might also like