You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM) BIL- 1 TAHUN 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG REPOH


34500 BATU KURAU, PERAK

Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Kehadiran

: 30 Disember 2014
: Selasa
: 9:00 pagi
: Makmal Komputer SK Kampong Repoh
:
1. Pn. Azizah Bt Kasman
2. Tn. Hj. Ahmad Sofi B. Jamaluddin
3. En. Mohd Rizal B. Hamdan
4. Pn. Hjh. Saudah Bt. Ahmad
5. Pn. Nor Alifah Bt Abd Manaf
6. Pn. Wan Hasni Bt. Wan Mohamad Saleh
7. Pn. Noraini Bt Yusof
8. Cik Yamuna Sharmini A/P Manikam
9. Pn. Zanzuraini Bt Tajuddin
10. Tn. Syed Mahamud B. Syed Ismail
11. Pn. Nur Akmarniza Bt Mohd Tajie
12. Pn. Kamariah Bt Abd. Manan
13. Pn. Afifah Bt Ahmad Humaidi
14. En. Jamaluddin B. Desa
15. Pn. Ros Anita Saloma Bt Rosidi
16. Pn. Manimala A/P Subramanian
17. Pn. Norazirah Bt Ahmad Basaruddin
Guru Tidak Hadir :
1. Pn. Fauziah Bt Mohd Junid ( Anak sakit)
2. En. Mohd Hanif b. Salleh ( Bapa mertua meninggal )
3. En. Rizal Effendi B. Mohd Lokman ( Cuti isteri bersalin)
4. Pn. Mazriyah Bt Mohamed Isa ( Bencana alam-banjir)
5. En. Mohammed Yusri B. Abdul Rahman (Ibu saudara meninggal)

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pengagihan dan penyerahan tugas
5. Perancangan aktiviti/program 2015
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tn. Hj. Ahmad Sofi B. Jamaluddin selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru kerana dapat menghadiri mesyuarat HEM bil-1 dan ucapan terima kasih juga
untuk komitmen yang tinggi yang telah diberikan sepanjang tahun 2014.
1.2 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru dapat merancang program-program bagi tahun
2015 ini dengan lebih baik
1.3 Sekiranya program yang dibuat memerlukan peruntukan atau dana, kertas kerja perlu di
buat supaya duit dapat dikeluarkan.
Tindakan: Makluman semua guru

2.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Penolong setiausaha HEM membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


Puan Zanzuraini Bt Tajuddin- sahkan
Puan Hajah Saudah Bt Ahmad sokong

3.

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tn. Hj. Ahmad Sofi memaklumkan senarai nama calon penerima wang KWAPM tahun
1 2015 masih belum diterima.
3.2 Pengerusi juga memaklumkan seramai 16 orang murid sekolah ini telah menerima
bantuan persekolahan daripada TNB.
3.3 Puan Afifah memaklumkan murid-murid tahun 1 2015 masih terdapat 3 orang murid
yang masih belum menerima buku teks.
3.4 Bagi unit PPDa, Puan Nur Akmarniza memaklumkan bahawa pameran PPDa pada
tahun 2014 yang lalu tidak dapat dijalankan kerana pihak AADK cawangan Taiping
tiada kenderaan untuk membawa bahan-bahan pameran.
3.5 Pengerusi memaklumkan murid-murid yang layak untuk menerima RMT bagi tahun
2015 adalah seramai 64 orang, tetapi bilangan ini masih belum melibatkan murid
tahun 1.

Tindakan: Makluman semua guru

4.

PENGAGIHAN DAN PENYERAHAN TUGAS


4.1 Tn. Hj. Ahmad Sofi mengharapkan agar guru-guru dapat merujuk buku panduan
persekolahan pada mukasurat 37,38 dan 39.
4.2 Beliau juga berharap bagi program-program tahun 2015 salinan kertas kerja ataupun
laporan aktiviti perlu dimasukkan sesalinan dalam fail induk HEM, sesalinan pada
papan kenyataan dan juga fail unit HEM masing-masing.
4.3 Selain itu, minit mesyuarat bagi setiap unit juga perlu dimasukkan dalam fail induk
HEM dan juga fail unit masing-masing.
4.4 Untuk makluman guru-guru, setiap unit HEM perlu mengadakan mesyuarat sebanyak
tiga kali setahun. Setiap kali diadakan mesyuarat,perlu ada minit mesyuaratnya dan
didokumentasikan.

5.

PERANCANGAN AKTIVITI / PROGRAM 2015

5.1 Disiplin dan sahsiah


5.1.1 Program Sifar Ponteng
5.1.2 Amalan Berbaris (Sahsiah)
5.1.3 Budaya Hormat-Menghormati dan Budaya Menepati Masa
5.2 SPBT
5.2.1 Taklimat e-SPBT online untuk pesanan buku teks peringkat sekolah bagi tahun
2016
5.3

Keselamatan
5.3.1 Latihan kebakaran perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun
5.3.2 Unit keselamatan perlu melabelkan kawasan-kawasan yang bahaya di dalam
sekolah dan tindakan akan diambil sekiranya murid tidak mematuhi arahan.
5.3.3 Besi yang berkarat pada pemegang tangga perlu diambil tindakan dan kerjasama
daripada guru lain juga adalah diharapkan.

5.4 Kesihatan dan kebersihan


5.4.1 Pada tahun ini akan diadakan Hari Kesihatan
5.4.2 Perlu ada ceramah berkaitan kesihatan, pameran dan juga poster-poster yang
berkaitan.
5.4.3 Puan Manimala diminta untuk menghantar laporan Aedes pada setiap bulan dan
merancangkan Hari Gotong-Royong Perdana Peringkat Sekolah.
5.5 Kantin & RMT
5.5.1 Guru-guru perlu menegur pengusaha kantin sekiranya tidak mematuhi etika
berpakaian yang dibenarkan bagi pengendali makanan.
5.5.2 Mereka juga perlu diberi suntikan dan mempunyai lesen perniagaan.
5.5.3 Kantin yang memperoleh markah 70% ke bawah akan diarahkan tutup serta-merta
dan perlu disarankan supaya mereka menjaga kebersihan.

5.5.4 Pengusaha kantin sekolah yang baharu ialah Encik Mansor, dan beliau merupakan
pihak ketiga bagi calon tender kantin.
5.5.5 Pemilihan beliau dibuat kerana calon pertama untuk tender kantin ini telah
menarik diri di saat-saat akhir.
5.5.6 Guru yang bertugas pada setiap minggu diminta supaya merasa makanan RMT
tersebut.
5.6

Bimbingan & Kaunseling


5.6.1 Program guru penyayang, Mentor dan Mentee serta sambutan Hari Lahir perlu
diteruskan lagi pada tahun ini.

5.7

Data & Maklumat


5.7.1 Data dan maklumat murid bagi tahun 2015 telah siap.
5.7.2 Murid yang baru berpindah masuk perlu ada nombor pendaftaran dan perlu diisi
oleh guru kelas masing-masing

6. HAL-HAL LAIN
6.1
6.2
6.3

Murid-murid yang layak untuk menerima bantuan KWAPM ialah pendapatan keluarga
kurang dari RM830 dan perkapita RM130.
Senarai nama murid tahun 1 2015 perlu dihantar ke PPD sebelum 21 Januari 2015 dan
perlu diadakan mesyuarat JKBS terlebih dahulu.
Puan Zanzuraini memohon kerjasama guru-guru kelas untuk memberi sesalinan nama
murid dari tahun 1 hingga 6.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:40 pagi.

Disediakan oleh,

(WAN HASNI BT WAN MOHAMAD SALEH)


Penolong Setiausaha HEM
SK Kampung Repoh
34500, Batu Kurau

Disemak oleh,

(TN. HJ. AHAMD SOFI B JAMALUDDIN)


Guru Penolong Kanan HEM
SK Kampung Repoh
34500, Batu Kurau

You might also like