You are on page 1of 27

Borang Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Nama

: __________________________________

No K/P

: __________________________________

Tandatangan : __________________________________
Tarikh

: __________________________________

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah
saya , En Fihat bin Salleh, En. Rahim Bin Othman dan Tuan Haji Ibrahim bin Bakara kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya semasa melakukan kerja kursus ini. Terima kasih.

Pengenalan

Sastera merupakan salah satu komponen yang mengajar manusia untuk menghayati
bahasa yang indah serta penceritaan dari segi keindahan bahasa. Dalam tugasan Genre
Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu kali ini meminta para guru pelatih untuk
menganalisis sebuah cerpen melalui analisis struktural. Selain itu, tugasan ini juga menguji
minda guru pelatih untuk menyatakan keistimewaan cerpen yang dikaji itu.

Pantun merupakan warisan berzaman masyarakat Melayu. Oleh itu, tugasan ini juga
memberi peluang kepada guru pelatih untuk membina pantun yang bertemakan kasih
sayang, patriotik, jenaka, bahasa dan adat istiadat. Kemudian mereka diminta mencirikan
keistimewaan pantun yang dibna. Akhir sekali mereka di minta memberikan pendapat akan
langkah-langkah memelihara pantun.

Pendahuluan
Sastera merupakan satu medium yang digunakan untuk seseorang menyampaikan
sesuatu dengan bahasa yang penuh maksud, indah dan puitis. Profesor A.Teeuw (1995)
menyatakan bahawa bahasa sastera merupakan bahasa yang khusus mempunyai gaya
retorik dan stilistik iaitu keistimewaan penggunaan bahasa dengan kebijaksanaan,
kepandaian, teknik ilmiah, sistem aturan baharu yang berkembang menjadi seni iaitu ilmu
untuk berbicara secara tepat dan berkesan. Ali Ahmad (1994) menyatakan makna sastera
berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci.
Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan
persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud
yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Hashim Awang et.
al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada
kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.
Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.

Sastera pula membawa

maksud huruf atau buku. Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang
indah bahasanya dan baik isinya.
Dalam menganalisis sesuatu bahan sastera, beberapa kaedah telah digunapakai.
Antaranya analisis kaedah struktural. Kaedah analisis struktural bermula dan terkenal di
Perancis menerusi Claude Levi-Strauss. Seorang antropologi K. M. Newton (1997:83) yang
mengaplikasikan Strukturalisme Liguistik Saussure dalam kajiannya terhadap fenomena
mitos, perhubungan kekeluargaan dan peraturan permakanan. Struktural berkembang luas
pada dekad 1960-an sebagai usaha menerapkan kaedah dan wawasan

Ferdinand de

Saussure. Terry Eagleton 1983 : 106. K. M. Newton, 1997 : 86 berpendapat sesuatu teori
yang sangat terpengaruh bagi menggantikan pandangan positivisme atau kaedah analisis
yang berasaskan empirikal. Ferdinand de Saussure iaitu seorang ahli falsafah swiss pada
tahun 1857 hingga 1913.

Bresster Charles E, (1999 : 89 ) percaya bahawa, bahasa

mempunyai struktur dalamnya yang tersendiri dan mempunyai peraturan-peraturannya yang


sistematik. Peraturan-peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi
bahasa termasuk, bunyi-bunyi yang dikenalpasti sangat bermakna, pelbagai kombinasi
bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk
menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan.
Selain itu, dari sudut kesusasteraan pula strukturalisme ialah satu pendekatan
menganalisis karya sastera berasaskan teori teknikal.

Strukturalisme merupakan satu

percubaan untuk menerapkan teori linguistik kepada objek dan kegiatan_kegiatan lain,
selain bahasa itu sendiri. Pendekatan stuktural akan meneliti dan menitikberatkan perkara-

perkara dalaman yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Struktur sesebuah
teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangaan . Pendekatan
ini menganalisis karya berpandukan apa yang telah dihasilkan, tidak menghuraikan aspek
ekstrinsiknya.
belakang,

Ia juga tidak menghubungkan antara karya dengan diri pengarang, latar

pendidikan,

fungsi

kesusasteraan,

keperluan

semasa

dan

sebagainya.

Pendekatan ini cuba melihat mutu pencapaian karya, bukan menyelidik karya tersebut.
Pendekatan ini mempunyai lima konsep utama iaitu meletakkan karya sastera sebagai
sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri. Konsep yang kedua ialah
menekankan aspek keberhasilan sesebuah karya dari segi isi dan bentuk sebagai panduan
manakala konsep ketiga pula melihat sesebuah karya sastera berdasarkan komponen yang
membina pengkaryaan, ia diharapkan dapat meneliti karya dengan cukup objektif dan adil.
Konsep struktural yang keempat ialah faktor keadilan dan keikhlasan seseorang pengkritik
itun pernah dipertikaikan, terutama golongan pengkarya itu sendiri, kerana pengarang
kurang menyenangi usaha para pengkritik. Konsep yang terakhir ialah kritikan ini cuba
melihat perpaduan dan persesuaian di antara isi dengan bentuk.
Dalam

pendekatan

struktural

terdapat

beberapa

prinsip

yang

menunjangi

pendekatan ini. Antaranya:


i)

Kaitan
Pendekatan ini melihat karya sastera sebagai satu gagasan yang saling
berkait antara satu sama lain.

ii)

Keseluruhan
Strukturalisme menekankan keseluruhan unsur kerana menganggap sastera
sebagai satu sistem atau struktur iaitu suatu keseluruhan yang memiliki
konvensi dan tradisi sendiri.

iii)

Transformasi
Ahli-ahli strukturalisme tidak percaya kepada hukum sebab dan akibat tetapi
pada tradisi sendiri.

iv)

Regulasi Diri
Teks mementingkan aturan-aturan kesusasteraan, corak serta peralatan yang
menyebabkannya terbentuk dan keseluruhan sistem terlaksana. Teks ialah
hasil sesuatu struktur yang menjadi pelengkap kepada struktur itu sendiri

v)

Analisis Sinkronik
Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada permasalahan bagaimana
perkataan-perkataan di dalam teks berhubung antara satu sama lain. dan

bagaimana teks dapat difahami melalui aturan-aturan kesusasteraan. Hal ini


berkait dengan langue dan parole. Dalam analisis linguistik, langue ialah
sistem bahasa atau linguistik yang abstrak, manakala parole ialah pertuturan
sebenar yang dilaksanakan oleh seseorang penutur. Kedua-duanya menjadi
la langue yang membentuk keseluruhan bagi memungkinkan teks ditulis dan
dibaca.
vi)

Desentralisasi Perkara
Unsur-unsur sejarah, pengarang dan pembaca diketepikan kerana
berfokuskan kepada unsur-unsur dalaman teks. Tanpa mengatasi manusia
dan tujuan pengarang. Pengarang dikatakan terpaksa tunduk kepada
konvensi sastera yang mengongkong kebebasan. Kreativiti pengarang hanya
berlaku apabila beliau mematuhi kesuluruhan sistem sastera ini.

Analisis Struktural Cerpen Gadung

Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk
daripada kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'.
Dalam bahasa Inggeris, karya sastera genre ini dinamai short story. Dari segi criteria,
keperluan, acuan dan teknik atau kaedah penulisan karya, antara cerpen daripada short
story sama sahaja. (Jais Sahak, 1999:26). Menurut Hussain dan rakan dalam buku Glosari
Istilah Kesusasteraan (1988: 54) pula mendefinisikan cerpen sebagai singkatan 'cerita
pendek' iaitu kisah rekaan yang relatif pendek dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari segi
panjang pendeknya, sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500-15,000 patah
perkataan. Ia mempunyai kesatuan terutamanya dalam plot disamping unsur lain seperti
tema, kesan, watak, mood dan gaya.
Cerpen Gadung karya Zainol Idris merupakan salah satu penerima anugerah Panel
Hadiah Sastera bahagian cerpen pada tahun 2013. Cerpen ini berkisarkan kehidupan
masyarakat kaum asli di sekitar sungai Legong. Kehidupan kaum asli ini diwakili oleh
keluarga Ripin dan Anoi. Dalam cerpen ini, kehidupan kaum asli digambarkan sebagai
seorang yang arif akan alam hutan di sekelilingnya dan menjadikan hasil hutan sebagai hasil
pendapatan dan makanan mereka. Dalam cerpen ini juga dinyatakan akan keenganan
kaum orang asli berpindah ke tanah rancangan yang telah disediakan dengan pelbagai
kemudahan. Cerpen ini akan analisis berdasarkan analisis struktural dari segi tema dan
persoalan, watak dan perwatakan, plot serta gaya bahasa.

Analisis Tema dan Persoalan

Tema merupakan persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya oleh
pengarang sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). Persoalan
pula merupakan perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada
hubungannya dengan tema sesuatu karya.

Dalam cerpen Gadung ini, tema yang

dikemukakan oleh penulis ialah perjuangan hidup masyarakat orang asli. Tema ini menjadi
persoalan utama yang diungkapkan oleh penulis di sepanjang jalan cerita cerpen.
Perjuangan hidup ini kita boleh lihat dalam watak Ripin yang berusaha dalam kehidupannya
untuk mencari rezeki demi keluarganya walaupun tinggal di dalam hutan. Persoalan yang
diungkapkan oleh penulis dalam cerpen ini pula ialah kehidupan masyarakat orang asli yang
bergelut dalam menerima arus perubahan. Hal ini boleh dilihat dalam permulaan cerita
cerpen, apabila Ripin bertemu dengan Roman di Pekan Baling serta dalam ayat berikut :
Apabila mengingati yang mengepalai segelintir mereka yang enggan berpindah ialah
Batin Pandak Janggut, bapanya sendiri, rancangan mereka untuk ikut berhijrah
tertangguh.( Muka surat 83, perenggan kedua)

Keputusan itu Ripin sendiri yang buat, katanya demi menghormati mentuanya,
biarlah mereka berkorban. Mungkin suatu masa nanti apabila fikiran mentuanya
berubah atau mungkin juga setelah mentuanya tiada, hasrat itu akan diteruskan.
( muka surat 83, perenggan ketiga)

Watak dan perwatakan


Watak merupakan pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan
cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Dalam sesuatu cerita lazimnya
terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan,
watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
Perwatakan pula merupakan pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen
pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.

Selain itu, sifat

perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras,
fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak
itu. Berikut merupakan watak-watak dalam cerpen ini:
I.
II.
III.

Ripin
Anoi
Roman

IV.
V.
VI.
VII.

Kong
Batin Pandak Janggut
Aki Bedolah
Keong

Perwatakan
Ripin
Dalam cerpen Gadung, Ripin merupakan watak utama.

Berikut merupakan analisis

perwatakan Ripin.
Kuat dan Berani.
Seorang lelaki yang kuat dan berani. Kuat ini boleh dilihat berdasarkan kemampuannya
mengangkat dua karung yang berisi ubi gadung dan ular sawa sebesar perut betis. Selain
itu, Ripin digambarkan seorang yang berani melalui cara dia menangkap ular sawa.
Ripin menyerlum mulut karung guni baja ke bahagian kepala sang batik. Sawa
terkejut besar lalu membelingas. Namun begitu, kepantasan dan pengalaman Ripin
lebih hebat.( Muka surat 85, perenggan lima)
Bertanggungjawab
Ripin juga mempunyai sikap bertanggungjawab. Sikap ini boleh dilihat melalui cara dia
berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarganya. Selain itu, dia juga berusaha menunaikan
keinginan isterinya yang ingin memakan ubi gadung.
Ripin berasakan tidak terlalu sukar untuk mendapatkan ubi gadung idaman Anoi,
bininya.

Dalam hati kecil Ripin, timbul kekesalan kerana hajat Anoi tidak dapat

dipenuhi dengan segera.( muka surat 84, perenggan pertama)


Hasilnya nanti boleh juga digunakan buat persiapan menyambut anak, bisik Ripin
sendirian. Anoi boleh diajak keluar ke Baling atau Grik untuk membeli sehelai dua
lagi pakaian bayi, hati Ripin rancak berkira-kira lagi. ( muka surat 85, perenggan
tujuh)
Menghormati orang tua
Ripin juga digambarkan seorang yang menghormati orang tua. Hal ini dapat dilihat melalui
cara dia menghormati keputusan mentuanya yang tidak ingin berpindah ke tanah rancangan
yang mempunyai banyak kemudahan.

Keputusan itu Ripin sendiri yang buat, katanya demi menghormati mentuanya,
biarlah mereka berkorban.( muka surat 83, perenggan tiga)
Tegas
Penulis juga menyatakan perwatakan Ripin seorang yang tegas, hal ini dapat dilihat dalam
ayat berikut :
Begitulah Ripin, kemahuannya cukup kuat, tegas dan kadangkala keras. Selalunya,
kalau itu yang dikatakannya, itulah yang dilakukannya.( Muka surat 83, perenggan pertama)
Tidak mempunyai Pendidikan yang tinggi
Ripin tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Ripin hanya bersekolah sehingga tahun
enam dan tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Tidak seperti Ripin yang sempat menanmatkan pelajaran hingga tahun enam, (muka
surat 83, perenggan lima)
Mempunyai Ilmu mengenai hutan
Walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, namun penulis menggambarkan
Ripin sebagai seorang masyarakat orang asli yang mempunyai kepakaran ilmu yang tinggi
mengenai hidupan hutan dan cara mendapatkan hasil hutan.
Hutan rimba ialah padang permainan bagi Ripin dan kaum puaknya. Tiada apa-apa
yang perlu dirisaukan. Rimba raya, Bukit bakau, lurah dan sungai samalah macam
sawah padi bagi petani.( muka surat 84, perenggan tiga).
Ripin pusing kiri kanan. Toleh depan belakang. Ripin tidak Nampak apa-apa yang
mengundang geruh. Ripi rasa tidak perlu bimbang. Tidak mungkin pak belang.
Tidak mungkin beruang tunggal mengintai.

Tidak ada domol babi hutan datang

menyondol. Bukit Lengoh termasuk dalam padang permainannya. (muka surat 84,
perenggan sebelas)

Anoi
Anoi dalam cerpen Gadung merupakan isteri kepada Ripin. Secara fizikal, Anoi merupakan
ibu yang sarat mengandung dan memiliki rambut yang ikal.

Ripin nampak Anoi, bininya dengan perut sarat memboyot macam buah kundur
tergolek dengan api yang enggan menyala. Rambut ikal Anoi tersergam macam
sarang lebah tualang ikut terangguk-angguk tenggelam timbul.(muka surat 82,
perenggan kedua.)
Bertanggungjawab
Anoi juga digambarkan sebagai isteri yang bertanggungjawab. Dia melaksanakan
tugasnya sebagai isteri walaupun sarat mengandung. Hal ini dapat ayat berikut :
Kelihatan bersungguh-sungguh benar Anoi meniup bara menggunakan seruas
buluh.

Entah apa yang mahu direbus atau dibakar Anoi untuk sarapan mereka laki bini.

( muka surat 82, perenggan dua)


Prihatin
Buat apa di sungai, kan hujan masih turun?
Nak tengok bubu.
Tunggulah, makan dulu. Hujan reda pergilah, tak ke mana bubu itu!
Melalui dialog tersebut, dapat dilihat bahawa Anoi seorang yang prihatin akan kesihatan
suaminya.
Anoi faham untuk mendapatkan ubi gadung yang tumbuh meliar di bukit bukan kerja
mudah. Sudahlah penat mencari, sudah ketemu Ripin kena gali pula.( Muka surat
85, perenggan kedua belas.)
Roman
Roman merupakan sahabat Ripin yang kini telah berpindah ke Pos Kuala Legong. Dia
bekerja sebagai pembantu pejabat di Jabatan Kemajuan Orang Asli

Dia telah berkahwin

dengan gadis Melayu yang bekerja sebagai jurujual di Baling dan memeluk agama Islam.
Dia juga digambarkan sebagai seorang yang mementingkan keselesaan dan masa depan
kehidupan Ripin.
Rumah sebuah,tanah sebidang. Sekolah, klinik, jalan raya, padang bola, kedai..
lagi pun kau kena timbang masa depan Anoi, juga anak, kau kata tak lama lagi akan lahir
sambung Roman menanggalkan kaca mata hitamnya lalu diletak di atas meja.(muka surat
81, perenggan empat)
Kong

Kong merupakan seekor anjing. Ia ialah anjing kepada Ripin dan Anoi. Kong digambarkan
sebagai anjing yang setia dan suka mengikuti Ripin walau ke mana pun.
Nampak Ripin berginjat-ginjat dalam hujan, Kong bingkas melompat mencawat ekor,
terkinja-kinja mengekori jejak tuannya. (muka surat 82, perenggan sepuluh)
Kong, teman setia Ripin tidak perlu dipelawa. Terus sahaja dia melompat mencawat
ekor menjejaki tuannya yang sudah mengatur langkah dalam hujan gerimis. (muka surat 83
perenggan sepuluh).
Selain itu, Kong juga merupakan anjing yang peka akan bahaya. Hal ini dapat dilihat
melalui ayat berikut :
Kong yang tadinya menggelentar tidak jauh dari situ tiba-tiba sahaja bingkas
melompat menggodek-godek ekornya. Hidungnya seakan-akan mengesan sesuatu
diikuti dengan suara mengeram langsung menyalak.

Ripin memanggungkan

kepalanya. Hairan juga dengan kelakuan Kong. Ngeraman dan salakannya lain
benar bunyinya. Faham benar Ripin. Biasanya Kong akan berkelakuan begitu
apabila terhidu sesuatu bahaya.(muka surat 84, perenggan sepuluh.)

Batin Pandak Janggut


Batin Pandak Janggut merupakan bapa mentua Ripin. Dia merupakan salah satu
punca mengapa Ripin mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke Pos Kuala Legong.
Batin Pandak Janggut merupakan Tuk Batin. Punca dia menentang keras untuk berpindah
ke Pos Kuala Legong kerana takut kedudukannya sebagai Tuk Batin akan diketepikan.
Bapa tahu bahawa di sana nanti,jawatannya sebagai Tuk Batin tidak bermakna lagi
dan akan diketepikan.(Muka surat 83, perenggan empat.)

Aki Bendolah
Aki Bendolah merupakan ketua yang mengepalai perpindahan ke Pos Kuala Legong. Dia
merupakan orang kepercayaan kerajaan yang diberikan mandat untuk menguruskan
mereka yang ingin berpindah ke Pos Kuala Legong. Dia merupakan musuh ketat Batin Pak

Janggut serta merupakan salah satu punca mengapa Batin Pak Janggut tidak ingin
berpindah. Dia kini memegang jawatan sebagai Pengerusi JKK Pos Kuala Legong.
Aki Bedolah musuh ketatnya yang diberikan kepercayaan menguruskan mereka
yang mahu berpindah ke Pos Kuala Legong. (Muka surat 83, perenggan empat.)

Keong
Keong merupakan pemilik restoran Cina di Pekan Betong. Dia merupakan pelanggan tetap
Batin Pak Janggut kerana sering membeli hasil tangkapan dari hutan.

Hal ini kerana

restorannya merupakan restoran yang menyediakan makanan-makanan eksotik.


Ripin tersenyum puas. Dia segera teringatkan Keong, tuan punya kedai makanan
Cina pekan Betong yang sesekali turun berjumpa Pandak janggut, mentuanya yang
mengambil hasil tangkapan dari hutan. Restoran Ah Keong memang terkenal dengan menu
hidangannya yang luar daripada kebiasaan.Termasuk sawa batik panggang berempah.
(Muka surat 85, perenggan enam)

Plot
Plot merupakan sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah
cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Dalam
sesuatu plot , ia dimulai dengan peringkat permulaan (eksposisi). Peringkat ini dimulakan
dengan mengenalkan watak-watak, latar dan suasana.
dengan peringkat perkembangan.

Setelah itu, susunan plot diikuti

Dalam peringkat ini akan bermulanya konflik dalam

cerita. Konflik itulah yang akan menimbulkan permasalahan atau peristiwa-peristiwa dalam
sesuatu cerita. Seterusnya, peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita,
iaitu perumitan (komplikasi). Kemudian, diikuti dengan perumitan menuju kepada puncak
(klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.

Akhir sekali, urutan cerita

menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi


sesetengah cereka.
Dalam cerpen Gadung, plot ceritanya disusun secara kronologi. Plot yang disusun
secara kronologi ialah plot yang tidak mempunyai imbas kembali yang berlebihan. Berikut
merupakan analisis plot cerpen Gadung :

i)

Permulaan
Dalam plot ini, penulis menggunakan teknik imbas kembali sebagai permulaan
cerita. Imbas kembali merupakan salah satu teknik plot yang digunakan oleh
pengarang untuk

mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.

Peristiwa tersebut boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau


khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman. Dalam permulaan cerita ini,
Penulis Zainol Idris, menggunakan dialog imbas kembali sebagai pembuka
kepada cerita. Ia menggambarkan suasanan perbualan antara dua rakan yang
kini mempunyai kehidupan yang cukup berbeza. Dalam plot permulaan ini juga,
watak- watak diperkenalkan iaitu watak Ripin, Roman, Anoi, Batin Pak Janggut,
Aki Bedolah dan Kong.

Selain itu, penulis juga menggambarkan kehidupan

masyarakat orang asli pada peringkat permulaan cerita.


ii)

Perkembangan
Zainol Idris menggunakan teknik plot dialog di peringkat plot perkembangan.
Teknik dialog merupakan teknik yang melibatkan dialog antara dua watak atau
lebih. Selain itu teknik ini juga biasanya akan menggambarkan pendapat dan
fikiran yang berkaitan dengan tema. Dalam perkembangan cerita ini, penulis
mempamerkan kehidupan Ripin dan Anoi sebagai suami isteri dan cara Ripin
berusaha mencari rezeki dengan memungut hasil hutan.

Dalam cerita

perkembangan ini juga turut dimasukkan sedikit konflik seperti pergelutan


keinginan Ripin dan keluarganya yang ingin berpindah ke Pos Kuala Legong
dengan kedegilan bapa mentuannya.
iii)

Perumitan
Dalam cerpen Gadung, plot perumitan berlaku apabila Ripin dan Kong mencari
ubi gadung untuk melunasi keinginan Anoi yang mengidam gadung. Sewaktu
pencarian gadung, Kong menemui sesuatu. Di sini, Zainol Idris memasukkan
unsur kejutan. Unsur kejutan dalam sesuatu cerita ialah perubahan dalam urutan
peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.. Lazimnya,
kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh
pembaca. Kejutan yang digunakan oleh penulis ialah gambaran akan sesuatu
bahaya yang dihidu oleh Kong secara tiba-tiba. Di dalam plot perumitan ini,
penulis menunjukkan pergelutan Ripin dan ular sawa yang ditemuinya. Ripin
dapat menangkap ular sawa tersebut dan membawanya pulang ke rumah.

iv)

Klimaks
Klimaks bagi penceritaan cerpen Gadung ini ialah apabila Anoi turun untuk
mendapatkan ubi gadung yang ditinggalkan oleh Ripin di bawah rumpun buluh.
Zainol Idris menggunakan teknik imbas muka.

Teknik imbas muka ialah

pengarang memberikan gambaran awal kemungkinan yang akan berlaku dengan


memberi bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan
berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam sesuatu cerita. Dalam cerita ini,
imbas muka digunakan dalam penceritaan di mana Anoi ingin membuka karung
yang ditinggalkan oleh suaminya tanpa memberitahu suaminya.

Walaupun

ditegah oleh Kong, namun Anoi tidak mempedulikan tegahan anjingnya itu.
Secara tiba-tiba ular yang ditangkap oleh Ripin membelit Anoi sehingga nafasnya
tersekat. Kemudian Kong berusaha untuk menyelamatkan isteri tuannya namun
usahanya gagal. Melihat usahanya gagal, Kong berusaha memanggil Ripin di
sungai dengan memberikan isyarat bahaya.
v)

Peleraian
Dalam plot ini pula, penulis memperlihatkan akan perkara yang terjadi kepada
Ripin dan keluarganya. Penulis menggambarkan suasana di mana Anoi dapat
melahirkan anak namun Ripin tidak melihat kelibat isterinya.

Dalam plot ini

Zainol Idris menggunakan teknik saspens. merupakan ketegangan ialah peristiwa


dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin
tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Dalam pengakhiran cerita, penulis tidak memberi gambaran jelas akan watak
Anoi yang dibelit ular sawa dan juga tidak meninggalkan sebarang peleraian
yang memperlihatkan Ripin berjaya menyelamat Anoi atau tidak.

Gaya Bahasa
Dalam sesebuah penulisan, penggunaan gaya bahasa sangat penting untuk menyampaikan
mesej kepada pembaca. Gaya bahasa merupakan ungkapan kata-kata yang melibatkan
pengolahan idea (Ismail Ahmad, 1992; 2002) dan tidak hanya dibatasi oleh tatabahasa.
Umar Junus (2010) menghuraikan gaya bahasa sebagai cara menyatakan sesuatu yang
lain daripada biasa tanpa kelainan makna. Bagi Rahman Shaari (1993) pula, gaya bahasa
terhasil melalui tulisan. Maniyamin Hj Ibrahim (2006:38) pula menjelaskan bahawa gaya
bahasa terbit daripada usaha penulis memanipulasi bahasa yang sedia ada. Tujuan
manipulasi bahasa dilakukan adalah untuk mencari perkataan atau ungkapan atau frasa
yang serasi dengan mesej di samping menghasilkan keindahan bunyi perkataan atau
ungkapan atau frasa dalam karya dan menimbulkan kesegaran dan keberkesanan karya
kepada pembaca atau pendengar. Dalam cerpen Gadung terdapat beberapa jenis gaya
bahasa yang digunakan.
Gadung.

Jadual 1 menunjukkan analisis gaya bahasa dalam cerpen

Jenis gaya bahasa


Diksi

Penerangan
Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga
membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya.

Metafora

i)

Kata-kata Roman itu terus mendap dan memberat dalam

ii)
iii)
iv)

tempurung kepalanya.
Seleranya yang meliar sana sini.
Selera tekaklah yang paling meracau.
Serbuan angin basah dari perut rimba raya terasa tajam

menikam dadanya.(muka surat 81, perenggan sepuluh


Bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan.
Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak.
i)

Personifikasi

Serbuan angin basah dari perut rimba raya terasa tajam

menikam dadanya.(muka surat 81, perenggan sepuluh)


Bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda,
keadaan atau suasana.
i)

Apungan awan kelabu yang memberat di langit yang


muram menyebabkan dia tidak nampak pun securing

ii)

matahari.(muka surat 81, perenggan tujuh)


Arusnya buas dan angkuh sekali.(muka surat 81,

iii)

perenggan dua belas)


Ripin nampak kepulan asap merayap malas dari rumah
berbumbung bertam sepanjang tebing.( muka surat 81,
perenggan ketiga belas)

Simile

kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada


persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana
banyak digunakan dalam ayat jenis ini.
i)

Bininya dengan perut sarat memboyot macam buah


kundur tergolek sedang bergelut dengan api yang enggan

ii)

menyala.
Rambut ikal Anoi tersergam macam sarang lebah tualang

Hiperbola

ikut terangguk-angguk tenggelam timbul.


perbandingan yang tidak logik atau melampau.

Inversi

i)
Tebing digodam, dihentam, dikikis sedikit demi sedikit.
Pembalikan susunan kata.
i)

Sinkop

Rumah sebuah, tanah sebidang.(sepatutnya sebuah

rumah, sebidang tanah.)


Singkatan akan sesuatu perkataan.
i)
ii)

Api tak mahu hidup.


Nak tengok bubu.

Responsi

pengulangan kata di tengah baris

Simpulan Bahasa

i)
Sebab ikan tak masuk bubu, boleh jadi ikan juga tak turun.
Simpulan bahasa merupakan bahasa kiasan yang membawa
maksud tertentu.
i)
ii)

Langkah kanan kita hari ini.


Menyelam sambil minum air.

Keistimewaan cerpen Gadung.

Cepen Gadung yang ditulis oleh Zainol Idris merupakan salah satu cerpen yang
memenangi Hadiah Panel Sastera (Kategori Cerpen B) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 2013. Zainol Idris menggunakan latar belakang kehidupan masyarakat orang
asli sebagai jalan cerita kepada cerpennya.
keistimewaannya sendiri.

Setiap cerpen atau novel memiliki

Cerpen Gadung ini juga turut mempunyai keistimewaannya.

Antara keistimewaannya ialah perjalanan plot cerita yang dapat difahami. Plot cerita yang
digarap tidak terlalu sarat dengan konflik.

Penulis dapat menyampaikan konflik yang

terdapat di dalam cerita ini secara bersahaja dan ia senang difahami oleh pembaca. Selain
itu, teknik plot yang saspens di bahagian peleraian sangat baik. Hal ini kerana, penulis
dapat membawa pembaca untuk berfikir akan apa yang terjadi setelah itu. Selain itu, watak
di dalam cerita ini hanya berfokus kepada Ripin. Hal ini menunjukkan penulis menjadikan
kehidupan Ripin sebagai fokus utama dalam cerita ini.

watak-watak lain juga turut

dimasukkan namun tidak terlalu sarat. Seterusnya, penggunaan gaya bahasa dalam cerita

ini juga dapat difahami dan selari dengan jalan penceritaannya. Keistimewaan gaya bahasa
dalam cerpen ini ialah penggunaan unsur-unsur personifikasi untuk menghidupkan alamalam yang terdapat dalam cerpen Gadung.

Seterusnya,

keistimewaan

cerpen

ini

ialah,

penulis

memperlihatkan

akan

kesungguhan dan pergolakan kehidupan masyarakat orang asli dalam menghadapi arus
perubahan modenisasi.

Dalam perubahan modenisasi terdapat manusia yang masih

mengekalkan kedudukan dan sanggup untuk tidak berpindah. Hal ini dapat dilihat dalam
perwatakan Batin Pandak Janggut.

Selain itu, penulis juga berjaya merungkaikan

perhubungan manusia dengan alam yang saling memerlukan walaupun dalam arus
pemodenan.

Akhir sekali, cerpen Gadung ini memperlihatkan akan nilai-nilai pengajaran yang
sangat berguna untuk pembaca.

Sejak permulaan plot, penulis telah menerapkan nilai

pengajaran. Sebagai contoh, dalam permulaan cerita, penulis memperlihatkan akan rasa
hormat kepada rakan serta keprihatinan seorang rakan.

Selain itu, penulis juga

memperlihatkan akan tanggungjawab dan kasih sayang dalam keluarga Ripin dan Anoi.

Kesimpulannya, cerpen Gadung sememangnya layak menerima anugerah Hadiah


Panel Sastera. Garapan cerita serta penggunaan gaya bahasa yang tidak terlalu sarat serta
dapat menyampaikan tema dan persoalan yang kepada penonton merupakan keistimewaan
cerpen ini.

Pantun Kasih Sayang

Daun selasih daun semalu,


Jadi pilihan si anak raja,
Kasih ayah mekar selalu,
Kasih ibu membawa ke syurga.

Si anak dara mencari selasih,


Buat santapan tuan putera,
Anak itu satu anugerah,

Penuhkan dengan belaian manja.

Gadis Cina membeli bunga,


Bunga dibeli dari pekan,
Sayang menyayang resipi keluarga,
Ikatan kasih terhapus jangan.

Gadis cantik membawa raga,


Untuk mengisi biji teratai,
Usah dicari kasihnya dunia,
Kasih akhirat membawa damai.

Pantun Patriotik

Anak putera mencari orang,


Orang dicari buat si Raja,
Gigih berusaha si abang seorang,
Demi negara bangsa tercinta.

Mencari rusa si anak putera,


Rusa dicari untuk dipanggang,
Pengorbanan indah jangan dilupa,

Bersatu hati itu yang penting.

Bunga Angsana pilihan


Si gadis pula bunga teratai
Jangan menjadi macam si Kitol,
Kerana dengki, negara terabai.

Nyonya cantik memakai kebaya,


Kebaya dipakai cantik teramat,
Aku ini pencinta bangsa,
Laungan merdeka laungan keramat

Pantun Bahasa

Si gadis mencari daun selasih,


Selasih di cari di tengah pekan,
Bahasa Melayu bahasa terindah
Warisan nenda zaman-berzaman.

Bunga mawar indah dipandang,


Namun cempaka pilihan juragan
Bahasa ibunda usah dibuang

Bahasa Melayu dilupa jangan..

Hari malam gelap-gelita


Pasang lilin jalan ke taman
Sopan bahasa itu uniknya
Namun sayang bahasa dagang jadi idaman

Bunga melati ditanam indah,


Jadi pujaan si anak dara,
Bahasa Melayu perkasakah sudah?
Bila kerancuan bahasa menjadi raja

Pantun Jenaka

Ditiup angina bunga semalu


Kuncup daun bila berlaga
Si dara duduk tersipu malu
Rupanya gigi tinggal dua.

Buah berangan di rumpun pinang


Rumpun dibawa ke Arakan
Sungguh gagah si abang seorang

Tikus melintas hampir nak pengsan.

Anak cina menggali cacing


Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

Pantun Adat Istiadat


Lebat daun bunga tanjung
Dipetik oleh si anak juragan
Jika berkenan si dara seorang,
Adat merisik dilupa jangan.

Kapal berlayar membawa warga


warga mencari pohon gaharu
Adat bertangguh jangan dihina
Itulah tanda sopan Melayu.

Berbau harum bunga cempaka


Bunga mawar juga harumnya bau
Alangkah indah pinangan diterima
Cincin disarung tanda setuju.

Pokok pinang ditanam rapat


Puyuh kini berlari-lari
Marilah kita menjunjung adat
Moga budaya semai di hati..

Ciri-ciri keistimewaan pantun


Setiap pantun yang dihasilkan mempunyai keistimewaan.

Berikut merupakan

keistimewaan pantun yang dibina:

i)

Pembayang dan maksud.


Setiap pantun yang dibuat mempunyai pembayang dan maksud. Dalam pantun
yang dibina, terdapat pantun yang menggunakan pembayang alam semulajadi,
manusia dan nama tempat.

ii)

Jumlah baris Serangkap


Setiap rangkap pantun yang dibina mempunyai empat rangkap.

iii)

Rima
Rima pantun menggunakan rima abab.

iv)

Kebolehan berdiri sendiri

Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun

sudah membawa makna

yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan

perkaitan dengan

rangkap-rangkap berikutnya.

Soalan : Huraikan langkah-langkah untuk memastikan pengekalan genre pantun dalam


masyarakat Malaysia.

Kamus Dewan edisi keempat,mendefinisikan pantun merupakan puisi lama yang


biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama
merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). Pantun
juga dikatakan sebagai warisan melayu. Sehingga sekarang pantun masih lagi menjadi
genre yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Namun begitu,

persoalannya ialah sampai bilakah genre ini akan bertahan? Apakah langkah-langkah yang
boleh diambil untuk mengekalkan genre pantun ini dapat terus dikekalkan dalam
masyarakat di Malaysia?

Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan pantun dapat terus
dikekalkan dalam masyarakat di Malaysia ialah melalui pemupukan sejak di bangku sekolah
lagi. Dalam Dokumen Standard Kurikulum Pengajaran (DSKP) Bahasa Melayu, terdapat

satu aspek yang membolehkan murid didedahkan akan keistimewaan seni bahasa yang
dipelajari termasuklah genre pantun. Melalui pemupukan dari sekolah rendah, murid akan
mengetahui cara pembinaan sesuatu pantun dan cara menyebut pantun dengan baik.
Selain itu, murid juga dapat diberikan pendedahan awal akan ciri-ciri pantun yang baik.
Oleh itu pemupukan pantun sewaktu di bangku sekolah sangat penting kerana melentur
buluh biarlah daripada rebungnya.

Seterusnya, pengekalan genre pantun ini boleh diteruskan dengan melibatkan ibu
bapa.

Ibu bapa merupakan wadah yang sesuai untuk memastikan pengekalan genre

pantun ini. Hal ini kerana adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi
pendedahan akan warisan nenek moyang sejak turun-temurun.

Ibu bapa boleh

memperkenalkan pantun dalam pelbagai bentuk. Contohnya dalam bentuk nyanyian, cerita
serta sewaktu memberikan nasihat. Pantun boleh digunakan sebagai salah satu pertuturan
harian. Cara ini bukan sahaja unik tetapi merupakan salah satu komunikasi yang boleh
mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa untuk

memberi pendedahan kepada anak-anak mereka agar mengenali pantun dan menjadikan
pantun salah satu cara untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Maka pengekalan
genre pantun ini akan berlaku.

Selain itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang pentng agar semua
masyarakat Malaysia mengetahui akan keindahan pantun melayu yang menjadi warisan
zaman-berzaman.

Kerajaan boleh melakukan kempen-kempen yang memperlihatkan

keindahan pantun kepada masyarakat terutama sekali masyarakat bukan Melayu.


Pertandingan-pertandingan seperti mencipta pantun, pertandingan berbalas pantun,
pertanding kuiz pantun serta pertandingan melafazkan pantun pastinya dapat menarik minat
ramai orang. Selain itu, kerajaan juga boleh membuat penjelasan bahawa pantun bukanlah
satu sastera picisan tetapi merupakan bahasa kiasan yang mampu memberikan pelbagai
maksud dalam bentuk yang indah.

Oleh itu peranan kerajaan sangatlah penting bagi

memastikan genre pantun ini dapat dikekalkan di dalam Malaysia.

Tuntasnya,

bagi

mengekalkan

genre

pantun

dalam

masyarakat

Malaysia

pendedahan awal dari ibu bapa dan sekolah memainkan peranan yang penting. Selain itu,

campur tangan pihak kerajaan dalam mempromosikan genre pantun ini kepada masyarakat
bukan Melayu di Malaysia juga sangat penting.

Rujukan
Abdul Samad Ahmad ( 1999). Sejarah Kesusteraan Melayu III. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hanapi Dollah (2005). Pengajian Kesusasteraan Melayu Baru. Akademik 66 (Januari)


15-29

Keraf, G. (1990). Diksi dan gaya bahasa: komposisi lanjutan I (Vol. 1). Gramedia.

Keris, M. (1988). Perbincangan gaya bahasa sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mashuri, M. (2010). Obituari Prof. Dr. Umar Junus (1934-2010). ATAVISME, 13(1), 133-134.

Nik Hassan Basri Hj. Nik Ab Kadir.(2003), Teori Bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tarigan, H. G. (1990). Pengajaran Gaya Bahasa. Angkasa.

Teeuw,A.(1986). Laporan penilai/pemeriksaan Luar Jabatan Persuratan Melayu.

Yudiono, K. S. (2010). Pengantar sejarah sastra Indonesia. Grasindo.

You might also like