You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA 4

DATARAN UTAMA, BANDAR UTAMA


47800 PETALING JAYA
Tel 03 77258100 Faks 03 77250534
Emel bea8644@btpnsel.edu.my

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL: 3 / TAHUN 2016
Tarikh

11 Ogos 2016

Masa

2.10 Petang

Tempat

Aula Perdana

Hadir

8 Orang

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

En Mohamad Najed bin Daud


Pn Norazalawati binti Atan
Pn Rita Maizura binti Mohamed
Pn Premakumari A/P Maniam
Pn Gan Loh Yong
Pn Kartika bt Ibrahim
Pn Sunita Devi a/p Om Prakash Sharma
Pn Nabilah Maiyidin

Tidak Hadir Bersebab

(Penolong Kanan Kurikulum)


(GKMP Bahasa)
(Ketua Panitia)

: Tiada

Urus Setia
Pengerusi
1.

: En. Mohamad Najed Bin Daud

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Kata alu-aluan pengerusi
1.1.1 En. Mohamad Najed Bin Daud mengalu-alukan kedatangan guru ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris kali ke 3 bagi sesi 2016 dan mengucapkan ribuan
terima kasih kerana hadir
1.1.2 Beliau menyentuh mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM). Beliau mengingatkan semua guru bahawa transformasi pendidikan
kini telah memasuki Gelombang 2 (2016 2020) iaitu memacu peningkatan
sistem. Beliau mengimbas kembali 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid, 9 bidang
keberhasilan utama pendidikan serta 11 anjakan utama transformasi sistem
pendidikan negara.
1.1.3 Beliau juga berharap agar guru dapat melaksanakan SPA 21 dan I Think
dalam pdp di kelas

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Cadangan : Pn. Sunita Devi a/p Om Prakash Sharma
Sokongan : Pn. Nabilah bt Maiyidin

3.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Kajian Tindakan dan PLC
3.1.1 En. Mohamad Najed Bin Daud mengingatkan guru-guru yang
menjalankan kajian tindakan dan PLC agar dapat menyiapkan laporan
serta menghantar laporan selewat-lewatnya 28 Oktober 2016.

4.

PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Laporan Pemantauan PPD
4.1.1 Pn. Rita Maizura binti Mohamed memaklumkan bahawa Pemantauan
Sistem Pengurusan Standard 3 dan 4 oleh PPD telah dilaksanakan pada
24 April 2016. Pada pemantauan ini, sekolah telah memperolehi markah
sebanyak 80% iaitu kategori baik dan sekolah telah diminta membuat
penambahbaikan terhadap teguran yang diberi.
MAKLUMAN
4.1.2 Pada 10 Jun 2016, pihak PPD telah membuat pemantauan susulan. Ia
turut disertai oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Pn. Nor Faridah bt. A.
Bakar. Hasil pemantauan kedua, sekolah memperolehi markah sebanyak
92%. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
MAKLUMAN
4.2 Program Peningkatan Akademik
1

Banyak program telah dirancang dan sedang atau akan dilaksanakan.


Antaranya yang melibatkan Panitia Bahasa Inggeris :
a) RTS (Reaching the Star)
b) Program Menuju Puncak (8-16 Ogos 2016 )
c) Program Champion Selangor
d) Gerak Gempur selepas Peperiksaan Percubaan
MAKLUMAN

4.2.2

Bagi Program Menuju Puncak (8-16 Ogos 2016) , guru-guru tingkatan 5


bersetuju untuk menghabiskan sukatan dan menggunakan bahan yang
bersesuaian mengikut kelas dan jadual yang ditetapkan untuk
menyediakan murid tingkatan 5 menghadapi Peperiksaan Percubaan
SPM.

TINDAKAN : Pn.Sunita Devi a/p Om Prakash Sharma dan Pn Gan Loh Yong

4.3 Peperiksaan Percubaan SPM


2

Pn. Rita Maizura binti Mohamed memaklumkan bahawa Peperiksaan


Percubaan SPM akan dilaksanakan pada 17 Ogos 2016 sehingga 2
September 2016.
MAKLUMAN

Guru yang akan menyediakan soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016


perlu memuat turunkan bank soalan daripada link yang dihantar oleh PPD
dan memilih soalan. Guru perlu menghantar soalan kepada Ketua Panitia
untuk disemak sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum peperiksaan dan
kertas soalan perlu dihantar untuk diriso seminggu sebelum tarikh
peperiksaan.

TINDAKAN : Pn.Sunita Devi a/p Om Prakash Sharma dan Pn Gan Loh Yong
4.4 Pencerapan Guru Standard 4
4.4.1

Guru guru diingatkan bahawa pada tahun ini, tahap minimum kualiti
guru SKPM standart 4 untuk pdp adalah sebanyak 85%. Sekiranya guru
yang dicerap tidak mendapat markah 85%, maka pencerapan akan
dilakukan sekali lagi.
MAKLUMAN

4.5 Grow / Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016


4.5.1 Gred Purata Sekolah ialah 3.97. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris,
maklumatnya adalah seperti berikut :
2015
Percubaa
SPM
n
7.01

3.94

TOV

AR1

2016
AR2

6.98

6.90

7.41

ETR
Percubaa
n
5.97

ETR
SPM
3.08
MAKLUMAN

4.5.2 Pn. Rita Maizura binti Mohamed memaklumkan kepada semua guru
mengenai keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016. Keputusan
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 didapati kurang memuaskan. Bagi
Tingkatan 5 seramai 3 orang A dan 8 orang A-. Bagi Tingkatan 4 pula
hanya 4 orang murid telah mendapat A+, 5 orang A dan 6 orang A-. (Rujuk
Lampiran)
MAKLUMAN

4.5.3 Gred purata bagi Tingkatan 5 ialah 7.41. Seramai 60 orang murid telah
gagal. Gred purata bagi Tingkatan 4 ialah 7.48. Seramai 84 orang murid
telah gagal.
MAKLUMAN

4.5.4 Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan keputusan ini


ialah:
a) Sikap murid dimana kurang membuat latihan, mempunyai pengetahuan
asas yang lemah serta tidak mahu mencuba terutama soalan yang
melibatkan penyelesaian masalah.
b) Terdapat juga murid yang tidak minat mata pelajaran matematik
tambahan
MAKLUMAN
4.5.5 Antara langkah yang boleh diambil ialah:
a) Guru perlu kenal pasti murid yang tidak mahu belajar dan bertegas
dengan mereka agar pelajar lain tidak terpengaruh.
b) Setiap kali habis topik, murid akan didedahkan dengan soalan-soalan
format SPM.
c) Silibus akan cuba dihabiskan lebih awal agar murid dapat membuat
banyak latih tubi format SPM sebelum mereka menduduki
Peperiksaaan Percubaaan SPM.
TINDAKAN : Semua guru Bahasa Inggeris
4.6 VLE Frog
4.6.1 Guru guru diharap dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan vle frog. Selain itu, guru-guru diingatkan untuk log in vle
frog sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali membina eRPH.
MAKLUMAN
4.6.2 Guru perlu menghasilkan soalan dalam Qu Gegar dalam laman Panitia
Bahasa Inggeris sebelum atau pada 31 Ogos 2016. Bagi Tingkatan 1,Qu
Gegar akan dibuat oleh Pn Nabilah Maiyidin,tingatan 2 oleh Pn Rita
Maizura bt Mohamed,tingkatan 3 oleh Puan Nira Eh Wong dan Pn Kartika
bagi tingkatan 4, Qu Gegar akan dibuat oleh Pn. Sunita Devi a/p Om
Prakash Sharma manakala bagi Tingkatan 5, Qu Gegar akan dibuat oleh
Pn Gan Loh Yong dan Puan Maslinda.
TINDAKAN : Semua guru Bahasa Inggeris

4.7 Pengurusan Kewangan.

4.7.1 Pn Rita Maizura bt Mohamed memaklumkan kepada semua guru mengenai


anggaran belanjawan panitia bagi tahun 2016. Jumlah peruntukan panitia
bagi tahun ini setelah ditambah dengan baki pada tahun lepas adalah
sebanyak RM 1 049.26.
MAKLUMAN
4.7.2 Sehingga 4 Ogos 2016, panitia telah membelanjakan sebanyak RM 748.00.
Berikut adalah barang-barang yang telah dibeli setakat ini.

BI
L

PERKARA

PERBELANJAAN

1.

Artline Refill Ink (6 botol x RM 15.00)

RM 90

2.

Kertas A 4 putih (25 rim x RM 9.00)

RM 225

3.

Kad Pembelajaran Abad Ke 21 Graf 2MM


(Set of 40)

RM 248

4.

Modul Soalan Exam Professional Matematik


Tambahan SPM

RM 150

5.

Hadiah Minggu Sains dan Matematik

RM 35

JUMLAH

RM 748

MAKLUMAN
4.7.3 Sekiranya guru mempunyai perancangan untuk membeli sesuatu bolehlah
berbincang dengan Pn Rita Maizura bt Mohamed.
MAKLUMAN
5 HAL-HAL LAIN
5.1

Pn Rita Maizura bt Mohamed memaklumkan bahawa Kem Revolusi Minda akan


dilaksanakan pada 23, 24 dan 25 September 2016 di Inti College Nilai. Seramai 80 orang
murid Tingkatan 5 akan terlibat dengan kem ini. Panitia Bahasa Inggeris terlibat dalam kem
ini di mana panitia perlu mencari penceramah bagi slot teknik menjawab Bahasa Inggeris.
MAKLUMAN
6 PENUTUP
Pn Rita Maizura bt Mohamed menangguhkan mesyuarat pada jam 3.30 petang
Disediakan oleh:
.

Tarikh : 10 Ogos 2016

(Pn Rita Maizura bt Mohamed)


Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SMK Bandar Utama Damansara 4
Disemak dan disahkan oleh:

(MOHAMAD NAJED BIN DAUD)


Penolong Kanan Kurikulum
SMK Bandar Utama Damansara 4

You might also like