You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

SMA NAHDZAH (SABK), BATU 12, BUKIT BESAR


KALI KEDUA
BAGI TAHUN 2016

TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:

27 Jun 2015 (Isnin)


1.10 1.50 Petang
BILIK MESYUARAT SMA NAHDZAH

KEHADIRAN
1.
2.
3.
4.

Puan Basiriah Binti Hassan (GKSM)


Puan Normayati Binti Jaafar (Ketua Panitia Sains)
Encik Mohd Norazlan Bin Ab. Salam
Encik Mohd Yaniazri Bin Zainon

Agenda :
1.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1

Cikgu Basiriah selaku Pengerusi majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas
kehadiran semua guru. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab.

1.2

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa Panitia Sains bagi


menjayakan mesyuarat Panitia Sains kali kedua bagi tahun 2016 selepas
mesyuarat kali pertama yang diadakan pada 20 Januari 2016.

1.3

Pengerusi memaklumkan tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk


membincangkan prestasi para pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015
serta prestasi sains SPM dan program peningkatan akademik bagi meningkatkan
prestasi pelajar.

LAPORAN PIHAK ATASAN

2.1

Pengerusi mengucapkan tahniah diatas pencapaian sains dalam peperiksaan SPM


2015 yang lalu dengan pencapaian 100% lulus dan mendapat gred purata 1.53
dimana 85 orang daripada 107 orang calon mendapat A.

2.2

Berdasarkan mesyuarat bersama pentadbiran sekolah, Pengerusi menyatakan


pentadbir sekolah berharap agar gred purata mata pelajaran Sains perlu
dipertingkatkan khasnya tingkatan 1, 2 dan 3 bagi melonjakkan gred purata
sekolah.

2.2

Pengerusi juga memaklumkan harapan pentadbir sekolah bahawa semua mata


pelajaran akademik bagi setiap tingkatan dapat mencapai ETR yang telah
ditetapkan terutamanya bagi PT3 dan SPM bagi peperiksaan percubaan dan
seterusnya peperiksan sebenar.

2.3

Pengerusi juga memaklumkan bahawa di peringkat sekolah, pihak pentadbir


sekolah dan guru perlu memastikan bahawa peratus kelulusan adalah sekurangkurangnya 95% bagi semua tingkatan bagi setiap matapelajaran.
Tindakan : Makluman AJK

PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT


Setiausaha panitia membentangkan minit mensyuarat yang lalu dan disahkan oleh
Puan Normayati dan disokong oleh En. Mohd Norazlan.

PERBINCANGAN

4.1

Pengerusi membentangkan analisis keputusan Sains dalam peperiksaan


pertengahan tahun (PPT) 2016. Semua tingkatan masih belum mencapai ETR
yang ditetapkan. Berikut mrupakan dapatan analisis peperiksaan.
Tingkatan 1 : Gred purata : 4.22
Peratus lulus : 79.41% - 28 Gagal
Tingkatan 2 : Gred purata : 4.36
Peratus lulus : 78.99%- 29 Gagal
Tingkatan 3 : Gred purata :4.05
Peratus lulus : 94.07%- 8 Gagal
Tingkatan 4 : Gred purata : 4.80
Peratus lulus : 96.23% - 4Gagal
Tingkatan 5 : Gred purata : 4.28
Peratus lulus : 97.00% - 3 Gagal

4.2

Pengerusi mengharapkan tindakan susulan perlu diambil kerana prestasi pelajar


yang menurun berbanding tahun 2015. Guru mata pelajaran setiap tingkatan
diminta membuat post mortem untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan
pelajar. Guru juga disarankan mengisi borang analisis item bagi memfokuskan
pelajar secara individu.

4.3

Selain post mortem, pengerusi meminta guru-guru memfokuskan PdP dan


melaksanakan program peningkatan akademik yang dirancang serta
didokumentasikan.

4.4

Harapan pengerusi, keputusan Sains SPM 2016 dapat mengekalkan kelulusan


100% dan mencapai ETR yang telah ditetapkan.
Tindakan : Semua Ahli Jawatankuasa

HAL-HAL LAIN

5.1

Pengerusi memaklumkan bahawa markah Pentaksiran berasaskan Sekolah


(PEKA) bagi SPM perlulah dilengkapkan sebelum atau pada 30 Julai. Markah
tersebut perlu di masukkan ke dalam sistem peperiksaan atas talian Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) sebelum 30 Ogos 2015.
Tindakan : Pn. Normayati

5.2

Guru-guru diminta mengemaskini buku RPH dan meminta guru melengkapkan


refleksi yang lebih berfokus.
Tindakan : Semua Ahli Jawatankuasa

3.3

Guru juga diminta mempelbagaikan teknik mengajar agar dapat menarik


minat pelajar dalam PDP.
Tindakan : Semua Ahli Jawatankuasa

PENUTUP
Majlis ditangguhkan pada pukul 1.50 petang dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah alAsr.
DISEDIAKAN OLEH

DISAHKAN OLEH

....................................................
(EN MOHD YANIAZRI BIN ZAINON)
Setiausaha Panitia Sains,
SMA Nahdzah (SABK),Bukit Besar.

...........................................................
(
)

DISOKONG OLEH:
.
(
)

You might also like