You are on page 1of 2

Matlamat dan Objektif Matematik KBSM

Kurikulum Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan
mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep
dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran
menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah
penerapan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah ( KPM,1990; Nik Azis,
992 ). Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk
memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi:

kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa;

kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari;

kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;

kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.

Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran
Matematik KBSM. Aspek-aspek itu adalah:

keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran;

penggunaan matematik dalam situasi sebenar;

kemahiran penyelesaian masalah;

penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan

pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian.

Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan
kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan ber kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan
matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan
bertanggungjawab, dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
Secara ringkas, objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar;
1.mengetahui dan memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem tentang nombor dan ruang;
2. memperkukuh dan memperluas penggunaan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi;
3. menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu :

membuat anggaran dan penghampiran

mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekitar

mengukur dan membina dengan menggunakan alat matematik

mengumpul, merekod, mewakili dan mentafsirkan data dan

mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik

4. menguasai kemahiran menjalankan algoritma


5. menguasai kemahiran menyelesaikan masalah
6. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian
7.memperoleh dan menghargai kebolehan membuat sesuatu secara mantik, bersistem, heuristik dan
tepat.
( NCTM, 1980; KPM, 1990 )
Jelas dapat diperhatikan sama ada daripada matlamat atau objektif pendidikan matematik, bahawa setiap
pelajar dikehendaki memahami setiap konsep, dan diikuti dengan penguasaan kemahiran-kemahiran
berkenaan di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian, kerana pemahaman konsep matematik
penting dalam meningkatkan kemampuan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah.
MATLAMAT KURIKULUM KSSR
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina
pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea
matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:
1.Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
2.Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan
dengan Nombor danOperasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3.Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik
dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
4.Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang
betul.
5.Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian
kepada pelbagai strategi bagimenyelesaikan masalah.
6.Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7.Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
8.Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
9.Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman
konsep dan mengaplikasi
ilmu matematik.

You might also like