You are on page 1of 3

7 Feb 2013 / TITAS

Nama : DINI MARINAH BINTI MOHD YASSIN


Unit

: PISMP TESL (SK) JAN 2013

TOKOH YANG TERLIBAT DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DALAM


TAMADUN MELAYU
Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun
manusia

termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada

perkataan Arab salima bererti selamat sentosa atau kedamaian. Dari perkataan
salima ini lahir perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan
selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Sebuhungan
dengan itu, terdapat beberapa tokoh yang terlibat dalam perkembangan Islam dalam
Tamadun Melayu.
Tokoh pertama ialah Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau diakui sebagai
sarjana ulung dan pemikir Muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam
pemikiran Islam kontemporari dan pendidikan Islam. Al-Attas mengatakan bahawa
Islamisasi alam Melayu telah melalui dua fasa: fasa sebelum Hamzah Fansuri
adalah fasa pertama, di mana peranan fiqih sangat dominan dalam mengamalkan
Islam. Fasa kedua setelah Hamzah Fansuri yang ditandai dengan pengaruh tasawuf
dan kalam. Pembahagian fasa ini tidak bermaksud memisahkan kedua bidang ilmu
melainkan sekadar menunjukkan proses kematangan dalam beragama.
Al-Attas menjelaskan bahawa mendefinisikan ilmu secara hadd adalah
mustahil, ilmu hanya dapat didefinisikan dengan tepat secara rasm (deskriptif). Bagi
al-Attas, ilmu adalah kepercayaan yang benar (keyakinan), ia adalah satu aspek
daripada keupayaan spiritual manusia. Beliau mengatakan ilmu adalah kesatuan
antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat berlaku
apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual dan
spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada
sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit
yang dianugerahkan ilmu yang betul.
Pengaruh pemikiran al-Attas terhadap pemikiran Islam masa kini cukup besar,
di Malaysia khususnya di mana beliau telah berjasa dalam ABIM (Angkatan Belia
1

7 Feb 2013 / TITAS

Islam Malaysia), GAPIM (Gabungan Penulis Islam Malaysia), dan ASASI (Akademi
Sains Islam Malaysia). Beliau adalah pengasas dan penggubal konsep keislaman di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bahkan mereka bentuk logo UKM.
Tokoh yang seterusnya ialah Syeikh Hamzah Fansuri. Beliau adalah seorang
cendekiawan, ulama tasawuf, dan budayawan terkemuka yang dikatakan hidup
antara pertengahan abad ke-16 sampai awal abad ke-17.
Dalam bidang keilmuan, Syeikh telah memberi sumbagan dalam penulisan
risalah tasawuf atau keagamaan yang sistematik dan bersifat ilmiah. Sebelum karyakarya Syeikh muncul, masyarakat muslim Melayu mempelajari masalah-masalah
agama, tasawuf dan sastera melalui kitab-kitab yang ditulis di dalam bahasa Arab
atau Persia.
Dalam bidang kesasteraan pula, sumbangan Syeikh Hamzah Fansuri ialah
penulis pertama yang menulis kitab keilmuan di dalam bahasa Melayu. Syeikh
Hamzah Fansuri telah mengangkat martabat bahasa Melayu dari sekadar menjadi
lingua franca dan telah menjadi suatu bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan
yang canggih dan moden.
Peranan penting Syeikh Hamzah Fansuri dalam sejarah pemikiran dunia
Melayu Nusantara bukan saja kerana gagasan tasawufnya, tetapi puisinya yang
mencerminkan pergelutan penyair menghadapi realiti zaman dan pengembaraan
spiritualnya. Salah satu karya penting dari Syeikh Hamzah Fansuri adalah Zinat alWahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16. Teks ini diyakini oleh para ilmuwan
sebagai kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu. Syeikh Hamzah
Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor melalui karya-karya Rubba alMuhakkikina, Syair Perahu dan Syair Dagang. Kritikannya yang tajam terhadap
politik dan nilai moral raja-raja, para bangsawan dan orang-orang kaya
menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.
Di samping itu, tokoh yang bernama Bukhari al-Jauhari yang dianggap telah
mempelopori bidang penulisan politik turut memberikan sumbangan kepada
tamadun Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui karyanya Tajul Salatin (1603), karya ini
dikira telah mempengaruhi karya-karya berikutnya seperti Sullat al-Saltin (1612)
oleh Tun Seri Lanang dan Bustn al-Saltin (1638) oleh Nuruddin al-Raniri.
2

7 Feb 2013 / TITAS

Karya Tajul Salatin ini memanusiakan raja-raja yang dianggap dewa


sebelum ini. Islam juga telah membawa transformasi nilai dan etika pemerintahan
kepada raja-raja. Tulisan-tulisan ini memperincikan tatasusila serta kod etika yang
harus dipakai raja-raja. Ia termasuklah menyatakan sifat-sifat seorang yang bergelar
raja iaitu adil, amanah serta kewajipan melaksanakan syariat. Watak serta peribadi
sultan turut berubah menjadi lebih positif, cintakan ilmu serta gemar berdampingan
dengan ulama seperti Sultan al-Malik Zahir di Pasai, Sultan Mansur Shah di Melaka,
Sultan Mahkota Alam di Acheh dan lain-lain lagi.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru dan
memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen
yang rapuh dan tidak kekal. Dengan beridentitikan Islam, bangsa Melayu akan dapat
menjayakan pepatah tidak Melayu hilang di dunia. Kejituan tamadun Melayu yang
berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran
perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

You might also like