You are on page 1of 2

26 Jan 2013 / TITAS

Nama : DINI MARINAH BINTI MOHD YASSIN


Unit

: PISMP TESL (SK) JAN 2013

REFLEKSI
Pada 26 Januari 2013 bersamaan dengan hari Sabtu, saya dan rakan sekelas
telah menghadiri kuliah Tamadun Islam dan Asia. Kuliah tersebut menjurus kepada
topik Interaksi Antara Pelbagai Tamadun dan juga menyentuh sedikit tentang ciri-ciri
tamadun. Topik tersebut membicarakan interaksi antara tamadun Melayu, Cina,
India, Jepun, dan Eropah serta perbandingan antara tamadun-tamadun tersebut.
Pertama sekali, saya memang tidak menggemari sama sekali subjek yang
mengandungi unsur-unsur Sejarah. Saya tidak gemar mengetahui kaitan antara
sejarah luar negara dengan sejarah dalam negara. Orang boleh katakan saya
mementingkan diri sendiri namun alasan itu tidak cukup untuk menggambarkan
betapa saya tidak menyukai subjek sebegitu. Oleh sebab itu, adanya subjek ini
merupakan satu keluhan dan beban dalam diri saya.
Seterusnya, kuliah ini diadakan pada hari Sabtu dan dua jam terakhir
sebelum pulang. Boleh dikatakan saya terpaksa menahan mata agar tidak terlena
dalam kuliah itu. Namun, penyampaian yang berkesan oleh pensyarah menangkis
semua pandangan negatif saya tentang subjek ini. Cara penyampaian beliau yang
berkesan menyebabkan saya berminat untuk mempelajari subjek ini. Beliau berjaya
menarik perhatian kami untuk menjadi lebih aktif dalam kelas dan menukar
perspektif kami yang mengatakan bahawa subjek sebegini bosan.
Saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan tentang tamadun-tamadun
dunia ini. Perkara yang paling saya ingat ialah tamadun Cina yang telah mencipta
serbuk peluru. Hal ini kerana saya telah menonton dokumentari mengenai sejarah
Cina di History Channel. Saya dapati bahawa kita perlu menggunakan contoh di
kehidupan sebenar untuk menarik perhatian murid agar mendengar pengajaran kita.
Selain itu, kita perlu membuat interaksi antara murid agar murid tidak berasa
bosan. Kita perlu mewujudkan satu suasana yang harmoni dan bukannya suasana
yang tegang. Hal ini sangat berguna bagi saya dalam menghadapi murid-murid
dalam kelas kelak.
1

26 Jan 2013 / TITAS

Kesimpulannya, saya dapati bahawa subjek ini tidaklah terlalu membosankan


selagi adanya interaksi yang harmoni antara pensyarah dan murid. Justeru itu,
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menarik serta seterusnya saya
dapat menukar pandangan negatif saya mengenai subjek ini.

You might also like