You are on page 1of 2

Mitokondrion

Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel.


Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma.
Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:
1- Membran dalam
Membran dalam merupakan membran khusus yang tidak telap kepada
kebanyakan ion kecil termasuklah H+, Na+, K+. Ia juga tidak telap kepada
glukosa, piruvat, suksinat, -ketoglutarat, sukrosa, malat, sitrat, glutamat,
aspartat, NAD+, NADP+, NADH, NaDPH, CTP, GTP, CDP, ATP, ADP dan GDP.
Membran dalam mitokondrion wujud dalam bentuk berkrista, iaitu lingkaran
yang menambahkan luar permukaan membran itu.
Enzim kompleks ATP sintase (atau ATPase) terdapat di permukaan membran
dalam sebagai zarah berbentuk sfera yang mengarah ke dalam metriks
mitokondrion.
2- Membran luar
Membran luar ini telap kepada kebanyakan ion dan molekul kecil. Mitokondrion
mempunyai membran unit luar yang licin dan membran dalam yang berlipatlipat.

Bahagian lain di dalam sel:

Membran plasma
Dinding sel
Nukleus
Jalinan endoplasma
Ribosom
Jasad golgi
Vakuol
Kloroplas
Sitoplasma

You might also like