You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) KALI PERTAMA

Tarikh:
Masa:

14 Januari 2016
1.00-2.00 ptg

Tempat: Bilik Mesyuarat


Kehadiran: 1. Pn. Sharom Bee Binti Kader Mydin (Penolong Kanan Kurikulum )
2. Pn. Azrina Binti Mohd. Ethuhar (Setiausaha)
Tidak hadir bersebab : 1. Pn. Nurshafiza binti Shafie (Cuti bersalin)
Agenda: 1.Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2. Carta Organisasi
3.Visi dan Misi
4.Pancangan Pelajaran Tahunan dan Harian
5.Aktiviti
6.Peralatan Rekabentuk dan Teknologi
7.Hal-hal lain.
1.0

Ucapan alu-aluan pengerusi.


1.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan guru yang mengajar Rekabentuk
dan Teknologi.

2.0

Carta Organisasi
2.1

Pengerusi memaklumkan carta organisasi Panitia Rekabentuk dan Teknologi.


Penasihat
Pn. Fairus Binti Ayob (Guru Besar SK Bukit Gelugor)
Ketua Panitia
Pn. Nurshafiza binti Shafie
Setiausaha
Pn. Azrina Binti Mohd. Ethuhar
Ahli
Semua guru RBT
Tindakan : Makluman Guru

3.0

3.1

Visi

3.2

Bersatu Untuk Kecemerlangan

Misi
Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Penglibatan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran Rekabentuk dan Teknologi.
Memastikan murid dapat mengikuti kemahiran yang diajar.
Memastikan murid berasa seronok dalam setiap pengajaran yang diajar.

Tindakan : Makluman Guru

4.0

Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian


4.1

Pengerusi mengingatkan kepada semua guru KH bahawa mata pelajaran Rekabentuk


dan Teknologi perlu perancangan yang lebih teliti ,lebih-lebih lagi peruntukan masa cuma
60 minit dalam seminggu, dengan isi kandungan yang luas.

4.2

Rancangan Tahunan hendaklah dirancang berpandukan Sukatan dan Huraian Sukatan


yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3

Pengisian Rancangan Harian guru-guru boleh meringkas tulisan mungkin ruangan dalam
buku persediaan mengajar yang agak terhad kerana keseluruhannya guru mengajar lebih
daripada dua mata pelajaran.
(i) Bidang
(ii) Unit
(iii) Tajuk Pembelajaran
(iv) Hasil Pembelajaran
(v) Objektif Pembelajaran
Tindakan : Makluman Guru

5.0

Aktiviti
5.1

Pengerusi meminta kerjasama semua guru RBT dan mata pelajaran lain untuk merancang
aktiviti di luar masa pengajaran dan pembelajaran sebagai pengukuhan dan pengetahuan
pembelajaran murid-murid.

5.2

Antara aktiviti-aktiviti cadangan ialah:


Projek Tanaman Sayuran
Menanam Tanaman secara Hidroponik

6.0

Peralatan Rekabentuk dan Teknologi


6.1

Pengerusi mengingatkan peralatan peminjaman alatan RBT hendaklah direkodkan.


Tindakan : Makluman Guru

7.0

Perkara-Perkara Lain
7.1

Mengadakan ujian semester dan penilaian bagi Pengajaran Rekabentuk dan Teknologi
secara diluar jadual peperiksaan sekolah.
Tindakan : Makluman Guru

8.0

Ucapan Penangguhan
8.1

Mesyuarat Panitia Rekabentuk dan Teknologi kali pertama 2016 ditangguhkan pada
jam 2.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

(AZRINA BINTI MOHD. ETHUHAR)

(SHAROM BEE BINTI KADER MYDIN)

Setiausaha Panitia RBT

PK Pentadbiran

You might also like