You are on page 1of 8

1.

0 Pendahuluan
Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa.
Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima
oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan
dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula
dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN), ia diikuti
pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju
pada tahun 2020 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kemudian
tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru,
Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia.
Selaras dengan kenyataan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
yang telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan
ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus
dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa
normal yang mungkin. Justeru, pendidikan di Malaysia juga jelas tidak mengabaikan
kenyataan ini dengan terus mewujudkan sekolah-sekolah khas dan program-program
yang dapat membantu insan-insan istimewa yang di antaranya ialah Program Inklusif.
Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan
ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana
dengan memasuki kelas, mengikuti silibus pelajaran dan pengajaran dan pembelajaran
aliran perdana. Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang diberikan kepada muridmurid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan muridmurid normal dan diajar oleh guru biasa. Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa
atau separa masa di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka.
Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan program-program pendidikan
di sekolah termasuklah program inklusif, kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai
fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan
sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah
kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering
dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam
pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang.

2.0 Kepimpinan Guru Besar Dalam Melaksanakan Pendidikan Inklusif Dalam dan Luar
Negara
2.1 Kepimpinan Guru Besar
Sebenarnya untuk mentakrif maksud kepimpinan adalah terlalu sukar (Yukl 1999,
Bass 1990).

Pada kebiasaannya makna dan takrif kepimpinan itu adalah

berdasarkan point of view , weltanchaung dan world view para


pentakrifnya. Justeru itu, De Pree (1989) dalam Zawawi (1999) menyatakan;
Leadership is much more an art, a belief, a condition of the heart than a set of
things to do. The visible signs of artful leadership are expressed, ultimately, in
its practices.
Manakala Bass (1990) pula menyatakan Leadership is an interaction
between two or more members of a group that often involves a structuring or
restructuring of the situation and perceptions and expectations of the members.
Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh
perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian
sesuatu matlamat. Hersey dan Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan
adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha
mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan.
Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh
mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Walaupun pemimpin
mempunyai

kuasa

tetapi

kekuatan

pengaruh

pemujukan (persuasion) daripada paksaan.

lebih

bergantung

kepada

Proses kepimpinan selalunya

melihatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah
untuk mencapai matlamat bersama.

Manakala Koontz dan Wiehrich (1992)

menjelaskan kepimpinan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang


supaya mereka akan berjuang atau melakukan sesuatu dengan rela hati dan
penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.
Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia
adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan ahliahli di bawahnya; Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya
tentang rakyat yang dipimpinmu. (Riwayat Bukhari Muslim 1528). Oleh yang
demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk mempengaruhi
(to influence) para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh banyak
pengarang Barat, tetapi untuk menegakkan ummah dan melaksanakan sistem
kehidupan kerana Allah menurut nilai-nilai Islam (Yusof Ismail, 1991).

Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah


satu proses bagi seorang Guru Besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke
arah penyempurnaan matlamat tertentu. Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah
ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia
ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di
sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran,
tahap professionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa
depan pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993).
Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau
memimpin sesebuah sekolah.

Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya

terdapat ciri-ciri ketua. Sabri Salleh (1998) menyatakan Guru Besar merupakan
orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan
perubahan di sekolahnya.

Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan

disegani berkaitrapat dengan stail kepimpinan yang dipaparkan.


Dalam

konteks

kepimpinan

dalam

pendidikan,

Guru

Besar

perlu

melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Guru


Besar perlu memastikan bahawa semua dasar adalah jelas kepada semua
anggota di sekolah,

dan sebarang

peraturan yang digubalnya mestilah

bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana dasar-dasar
ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi.
2.2 Pendidikan Inklusif
Lewis dan Doorlag (2003), inklusif merupakan istilah yang sering digunakan kini
untuk menerangkan tentang penempatan bagi pelajar berkeperluan khas di
dalam pendidikan arus perdana. Ini menunjukkan bahawa inklusif adalah
program yang dirancang khas untuk menempatkan murid berkeperluan khas
(MBK) agar dapat belajar bersama pelajar normal di kelas aliran perdana.
Menurut Maklumat Pendidikan Khas 2008 (2008), program ini diwujudkan di
sekolah

harian

biasa

rendah

dan

menengah

dan

sekolah

menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran


secara pengasingan dan separa inklusif. Ini menunjukkan bahawa program
inklusif ini turut dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah
Pembelajaran (PPKIBP) di sekolah-sekolah harian biasa yang terpilih.
Kehadiran pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) sering
tidak dialu-alukan dan tidak diterima oleh sesetengah orang sehinggakan mereka
tidak mendapat peluang mengikuti pembelajaran sebagaimana yang sepatutnya.
Wood (2002) menyatakan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa
3

kebanyakan pelajar berkeperluan khas telah dinafikan hak kebebasan asasi


mereka. Akibatnya, pelajar ini tidak mendapat peluang pendidikan, dikenakan
bayaran apabila memerlukan penggunaan kemudahan khas atau tidak
dibenarkan menggunakan atau mendapatkan kemudahan khas tersebut. Perkara
sama turut terjadi di Malaysia. Adalah diharapkan lama kelamaan bila mana
masyarakat Malaysia telah semakin berpendidikan dan berkesedaran maka
perkara ini semakin diberi perhatian dan nasib pelajar khas semakin terbela
namun ia memerlukan banyak lagi usaha yang bersungguh-sungguh dari banyak
pihak.
Sehubungan

ini,

program

inklusif

di

PPKI(BP)

perlu

dilaksanakan

memandangkan ia membuka peluang kepada pelajar-pelajar khas bermasalah


pembelajaran mendapat pendidikan yang lebih baik, mengizinkan mereka
mendapat peluang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
biasa, bergaul dan bermasyarakat bersama-sama pelajar-pelajar normal,
mengalami situasi dan suasana pembelajaran yang lebih normal sebagaimana
pelajar aliran perdana yang lain. Ia juga bertepatan dengan ketetapan Public
Law 94-142 part B yang dipetik dari Voughn, Bos dan Schumm (2003) yang
menyatakan bahawa undang-undang yang telah dimaktubkan dalam tahun 1975
di peringkat antarabangsa ini telah memberi peluang pendidikan kepada semua
pelajar berkeperluan khas. Ia menghendaki agar semua negara menyediakan
kemudahan kepada golongan ini untuk mengikuti pendidikan awam sepenuhnya
seawal usia 5 tahun hingga 18 tahun di samping memperkenal dan
melaksanakan konsep least restrictif environtment di mana pelajar berkeperluan
khas diberikan hak mendapatkan pendidikan dalam suasana yang tidak terhad.

2.3 Perbincangan Isu


Perubahan ke arah pendidikan inklusif di Malaysia dan negara membangun yang
lain telah bermula dengan penglibatannya di persidangan dan bengkel peringkat
antarabangsa di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu,

(Conventions on the Rights of the Child, 1989; United Nations Standard Rules on
the Equalisations of Opportunities for Persons with Disabilities, 1993) dan secara
khususnya di bawah kegiatan UNESCO. Pengisytiharaan dunia mengenai
Pendidikan Untuk Semua hasil daripada persidangan di Jomtien, Thailand pada
4

tahun 1990 telah memberi fokus kepada usaha integrasi dan isu ekuiti
pendidikan untuk semua golongan masyarakat termasuk golongan masyarakat
berkeperluan khas.
Walaupun inisiatif pendidikan inklusif telah bermula di Malaysia kesannya
sukar diperhati dan diukur. Penstrukturan ke arah pendidikan inklusif melibatkan
penstrukturan semula organisasi dan kesediaan semua anggota komuniti
sekolah termasuklah kepimpinanan Guru Besar untuk mengubah peranan
konvensional. Pembentukan dasar ke arah tersebut mestilah dilakukan supaya
setiap lapisan pentadbiran memahami peranan dan tanggungjawab masingmasing yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif pendidikan inklusif.
Tidak dapat disangkal lagi kepimpinan Guru Besar menjadi antara faktor
utama kejayaan pelaksanaan inklusif. Hal ini dapat disokong oleh kajian daripada
Dyson et.al (2004) yang telah mengkaji 12 buah sekolah di England yang berjaya
melaksanakan pendidikan inklusif dengan cemerlang. Kajian dilaksanakan untuk
mengenal pasti faktor kejayaan dan hasilnya didapati bahawa faktor utama
kejayaan pendidikan inklusif adalah komuniti sekolah iaitu peranan dan
kepimpinan Guru Besar dan guru-guru-guru lain. Selain itu, sokongan daripada
kepimpinan Guru Besar sangat penting dan diperlukan berdasarkan Manisah et.al
(2006), the active involvement and support of the schools administrators in the
implementation of inclusive education programme is critical. Schools with the
administrative support for inclusive education demonstrate a significant increase
of awareness regarding the concept of inclusion.
Menurut Micheal & Chriss (2003) menyatakan, Although principals do not
need to be disability experts, they must have fundamental knowledge and skills
that will enable them to perform essential special education leadership tasks.
Berdasarkan pernyataan tersebut, adalah satu perkara penting bagi seorang Guru
Besar memahami, menambah kemahiran dan mengkaji

keperluan-keperluan

murid-murid Pendidikan Khas untuk menjadikan mereka seorang Guru Besar


yang berkepimpinan secara holistik.
Melalui pemahaman yang tinggi daripada Guru Besar, sudah pasti
pentadbiran

sekolah

akan

memikirkan

keperluan-keperluan

infrastruktur bagi program pendidikan inklusif ini untuk berjaya.

fizikal

dan

Perkara ini

disokong berdasarkan pernyataan oleh Haniz Ibrahim iaitu bahan sokongan atau
prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan
program pendidikan inklusif di sekolah (Haniz Ibrahim, 1998).
5

Oleh itu,

pengubahsuaian perlu dipertimbangkan mengikut keperluan murid seperti


penyediaan meja dan kerusi, kedudukan kelas yang berada di aras bawah, susur
landai (ramp), susur tangan (railing), tandas OKU, dan longkang yang tertutup.
Guru besar yang berkepimpinan tinggi akan memastikan semua keperluan muridmurid dipenuhi dengan sebaiknya.
Menurut Manisah et.al (2006), This study found that the inclusive education
programme could be successfully implemented if the level of the teachers
competency is increased. Pernyataan tersebut bermaksud pendidikan inklusif ini
hanya akan berjaya sekiranya kompetensi guru-guru ditingkatkan. Perkara ini
mermerlukan guru-guru untuk hadir ke kursus-kursus yang telah diadakan dan
usaha ini memerlukan kebenaran dan toleransi antara guru dan Guru Besar.
Guru Besar yang memahami dan mempunyai kesedaran akan mudah memberi
kebenaran kepada para guru atas asbab kehendak dan keperluan. Tetapi jika
Guru Besar yang tidak memahami, usaha ini hanya akan dipandang enteng
semata-mata.

Guru Besar di luar negara sangat menggalakkan guru-gurunya

menghadiri kursus untuk meningkatkan kompetensi, teknik mengajar dan kualiti


perkhidmatan. Pelbagai kursus dianjurkan untuk mendedahkan kepada guru-guru
tentang pendidikan inklusif.
Guru Besar perlu mengkaji dan membaca peranan dan usaha-usaha Guru
Besar dari luar negara. Sebagai contoh, menurut Dyson et.al (2004) di England,
faktor kejayaan pendidikan inklusif ialah apabila Guru Besar dan guru-guru lain
meletakkan sasaran tinggi pada setiap murid dan merancang strategi yang
bersesuaian dengan murid bagi memastikan murid mencapai sasaran yang telah
ditetapkan.

Justeru, Guru Besar di Malaysia tidak harus memandang rendah

terhadap murid-murid istimewa ini malah tidak salah untuk memandang


kelemahan mereka sebagai kekuatan mereka dan terus meneroka keistimewaan
dan keupayaan murid-murid tersebut.

Rancang strategi dan sediakan target

untuk mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Malaysia iaitu:


"Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Di Amerika, penilaian berterusan merupakan salah satu faktor kejayaan
pendidikan inklusif.

Pentadbir atau Guru Besar memainkan peranan penting


6

untuk menilai guru-guru serta murid agar mencapai standad mutu pengajaran dan
pembelajaran.

Perkara ini juga dapat membantu Guru Besar mengikuti

perkembangan pencapaian murid-murid yang telah diinklusifkan.


Guru Besar juga boleh mencontohi kerjasama antara pihak pelbagai disiplin di
luar negara termasuklah ibu bapa. Hubungan yang baik daripada pelbagai disiplin
sangat membantu kejayaan pendidikan inklusif ini kerana masalah-masalah yang
berkaitan dapat diselesaikan secara kolektif atau mengikut kepakaran masingmasing.
Guru besar di Malaysia mahupun di luar negara memainkan peranan yang
penting dan mempunyai tanggungjawab yang sama dalam memastikan kejayaan
pendidikan inklusif. Di luar negara pendidikan inklusif ini sudah lama bertapak jadi
tidak mustahil apabila guru-guru di sana masing-masing arif tentang pendidikan
inklusif. Namun, berbeza dengan Malaysia, pendidikan inklusif ini masih pada
peringkat awal. Oleh itu, semua pihak perlu berusaha secara berterusan untuk
memahami dan program-program kesedaran perlulah digerak gempurkan.

Kesimpulan
Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras keperluan semasa seperti
pendidikan inklusif yang diperlukan oleh murid istimewa. Sehubungan dengan itu peranan
dan tanggungjawab Guru Besar juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa
dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi. Jika seseorang Guru
Besar mempunyai ciri-ciri berkesan sebagaimana yang diterangkan di atas, kita yakin misi
dan visi untuk menjadikan sistem pendidikan yang cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika
seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri yang lemah dalam kepimpinannya maka akan
mendatang kesan yang tidak baik kepada pencapaian sesebuah sebuah sekolah.

Rujukan
A.L.Ramaiah. 1999 . Kepimpinan Pendidikan - Cabaran Masa Kini (edisi baru).
Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Dyson et.al , (2004). Inclusion andPupil Achievement (Research Report No. 578). Diakses
dari National Archieves
http://webarchive.nationalarchives.gov.uk/20130401151715/http://www.education.gov.u
k/publications/eorderingdownload/rr578.pdf
Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers Attitude to Change. Phd
Thesis. University of Exerter. Unprinted.
Manisah et.al (2006). An Empirical Study On Teachers Perceptions Towards Inclusive
Education In Malaysia. International Journal of Special Education, 1-9.
Michael F. DiPaola & Chriss Walther-Thomas (2003). Principals and Special Education:The
Critical Role of School Leaders. Diaksed dari
http://www.personnelcenter.org/pdf/copsse_principals.pdf
Mohd Salleh Lebar (2000) Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya:
Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012)
Stogdill(1974) Handbook of Leadership: A Survey of the Literature. New York:
Free Press
Yahya Don. 2005. Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Batu Caves Selangor. PTS
Profefessional Publishing Sdn Bhd.
Yulk, Gary A .1989. : Leadership In Organizations. New Jersey : Prentice-Hall.
DiPaola,M.,Tschannen-Moran,M., & Walther-Thomas,C.(2004). School principals
and special education:creating the context for academic success. Focus on
Exceptional Children, 37,1-10.

You might also like