You are on page 1of 1

Pengelasan Geomorfologi dan Landskap di Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba,

Langkawi
ABSTRAK
Kajian ini melibatkan pengelasan geomorfologi dan landskap di Pulau Dayang Bunting dan
Pulau Tuba, Langkawi. Unit stratigrafi kawasan kajian melibatkan Formasi Setul, Formasi Singa,
Formasi Chuping, Granit dan juga endapan kuartener. Objektif utama kajian adalah untuk
membuat pemetaan geomorfologi melibatkan teren dan morfogenesis. Kajian ini melihat
perkaitan di antara geomorfologi yang terbentuk dengan struktur geologi dan litologi serta
memahami proses geomorfologi yang bertindak menghasilkan pelbagai rupa bumi. Unit
geomorfologi dikelaskan mengikut unit teren utama berdasarkan darjah kecerunan sama ada
sebagai teren mendatar dengan sedikit kecerunan, teren berkecerunan sederhana dan teren amat
curam Selain daripada itu, perubahan gred metamorf batuan yang berlaku akibat rejahan granit
dikaji menggunakan kaedah petrografi. Peta geomorfologi dihasilkan melalui tafsiran fotograf
udara beserta peta topografi. Bagi pengelasan unit geomorfologi, bentuk bumi dibahagikan
mengikut unit-unit morfogenesis seperti asalan kars, asalan struktur, asalan samudera, asalan
fluvial atau asalan denudasi. Selain itu, pengelasan geomorfologi juga dibuat secara kuantitatif
berdasarkan analisis geomorfometri menggunakan analisis tertib saliran. Analisis tertib saliran
bertujuan melihat kawalan litologi dan topografi terhadap saliran-saliran yang terbentuk. Kajian
seterusnya, akan melibatkan pengelasan landskap beserta pemetaan lineamen yang mana ianya
merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk melihat perkaitan antara litologi, struktur
dan morfologi yang terbentuk di kawasan kajian.

You might also like