You are on page 1of 4

LAPORAN PENGURUSAN SMKYK/AEB2065 /P/

/Bil (3/15 )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YUK KWAN


NO 9, JALAN KELAB, 31000 BATU GAJAH, PERAK
MINIT MESYUARAT GURU
BIL 3/2015
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

:
:

17.10.2015
8.00 pagi
:
Bilik Mesyuarat
Lihat Lampiran

1.
1.
1

Perutusan Pengerusi:
En. Lee Tuck Keen selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang hadir ke Mesyuarat Guru kali ketiga tahun 2015.
Tindakan: Makluman

2.
2.
1

Perkara perkara Yang Dibincangkan


Perbelanjaan
2.1.
1

2.
2

Laporan LADAP
2.2.
1

2.
3

Beberapa panitia perlu membelanjakan baki duit peruntukan panitia sebelum


30 Oktober 2015. Panitia yang dimaksudkan adalah panitia Geografi, Seni
Visual, Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu. Jika alatan dan bahan yang
dibeli tidak dapat digunakan pada tahun ini, maka boleh dirancang untuk
digunakan pada tahun hadapan. Bermula pada tahun hadapan, Ketua Panitia
juga diminta membelanjakan duit peruntukan panitia untuk membeli buku
teks untuk kegunaan guru guru mata pelajaran panitia masing masing.
Tindakan: Ketua Panitia

Guru guru yang masih belum cukup bilangan hari LADAP perlu mengambil
langkah dengan membuat book review dengan kadar yang segera. Jika guru
berkenaan gagal berbuat demikian, maka penyelaras LADAP akan dikenakan
gst. Guru guru yang berkenaan juga akan diturunkan markah mereka di
dalam Laporan Penilaian Prestasi tahunan (LNPT).
Tindakan: Guru Yang Berkenaan

Mesyuarat Panitia Ke-4


2.3.
1

Mesyuarat Panitia Ke-4 perlu dijalankan sebelum Mesyuarat Kurikulum yang


dijadualkan akan diadakan pada minggu terakhir di mana tarikh tersebut akan
diberitahu kelak. Perbincangan dalam mesyuarat panitia sudah dimaklumkan
kepada setiap ketua panitia mata pelajaran. Perbincangan mesti merangkumi
Dasar Kurikulum Sekolah, panitia yang menghadiri Pembugaran Panitia perlu
menyelitkan isu tersebut di dalam dasar. Jika tidak ada, boleh diambil dari FROG
VLE sekolah. Analisis PAT perlu ditangguhkan kerana PAT akan dijalankan pada
bulan Oktober. Refleksi program panitia perlu dibuat berdasarkan OPPM dan perlu
mengambilkira program yang perlu ditangguhkan atau digugurkan dan ambil yang
penting sahaja untuk kegunaan tahun hadapan. Status moderasi boleh diambil
daripada SU Kurikulum. Selain itu, laporan Sense Of Urgency perlu dibuat serta
Post- mortem PT3 dan SPM perlu tunggu sehingga selesai.
Tindakan: Ketua Panitia

LAPORAN PENGURUSAN SMKYK/AEB2065 /P/

/Bil (3/15 )

2.3.
2

2.
4

PK Pentadbiran turut mengingatkan guru guru agar berhati hati dalam


menulis minit mesyuarat dan cara menulis taklimat mingguan adalah seperti
laporan ringkas iaitu guru perlu catat perkara yang penting sahaja.
Tindakan: Makluman
Dialog Prestasi
2.4.
1

2.4.
2

2.
5

Guru yang mengajar Tingkatan 4 perlu megenalpasti kelemahan murid


supaya guru yang mengajar Tingkatan 5 tahun hadapan dapat merancang
apa yang harus dilakukan.
Tindakan: Guru Tingkatan 4

Laporan Intervensi PT3 dan SPM


2.5.
1

2.
6

Dialog prestasi pada peringkat sekolah dan PPD bertujuan usegabai


pemangkin untuk keberkesanan program yang dijalankan. Laporan daripada
Dialog prestasi pertama yang telah dijalankan oleh PPD ialah Ketua Panitia
masih belum bersedia dan kabur dengan program yang sedang berlaku,
sedang berlaku dan yang akan berlaku di sekolah. Oleh itu, post mortem
peperiksaan yang dilakukan guru matapelajaran perlu mengenalpasti
penguasaan konsep dan analisis mengikut individu murid. Semasa
mesyuarat panitia, Ketua Panitia mesti membuat tapak untuk mengisi
maklumat seperti analisis item. Program panitia mesti dibuat berdasarkan
OPPM dan menyenaraikan pelajar nearmiss cemerlang dan nearmiss lulus
supaya program intervensi dapat dijalankan dengan berkesan dan memberi
impak di kemudian hari.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran

Dapatan kajian yang dibuat kepada 10% pelajar menunjukkan ramai pelajar
memberikan respon yang positif serta menyatakan program ini sangat
menarik dan mereka mempamerkan minat dalam semua mata pelajaran
terutamanya Kemahiran Hidup dan Matematik. En. Lee Tuck Keen
mencadangkan program ini boleh diteruskan pada tahun hadapan dengan
membuat perancangan rapi lebih awal. Program Intervensi SPM pula berjalan
lancar walaupun kehadiran pelajar semakin merosot.
Tindakan: Makluman

Borang Senarai Semak Budaya Tutup Sekolah:


2.6.
1

Guru perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap dan membuat satu
salinan untuk simpana sendiri manakala yang asal perlu dipulangkan.
Tindakan: Semua Guru

2.6.
2

En. Lee Tuck Keen mengingatkan semua guru bahawa sebarang tuntutan
perjalanan mesti diselesaikan sebelum 5 November. Selain itu, guru perlu
mengemaskini maklumat diri secara softcopy di dalam computer PK Petang .
Beberapa panitia serta guru yang belum menghantar minit dan laporan minit
curai perlu dihantar kepada En. Lee Tuck Keen dengan kadar segera. Guru
juga perlu mengemaskini data diri secara online dalam aplikasi HRMIS dan
lain lain yang berkaitan.
Tindakan: Semua Guru

LAPORAN PENGURUSAN SMKYK/AEB2065 /P/

2.6.
3

2.
7

/Bil (3/15 )

Di samping itu, berkenaan dengan bagaimana hendak menulis buku register


akan dijelaskan oleh PK HEM tentang cuti 5 hari yang telah berlaku pada
awal tahun 2015 serta 2 hari jerebu. Guru perlu memastikan sijil, PEKA serta
kerja kursus pelajar disiapkan. Dalam bidang Kokurikulum pula, guru perlu
menyerahkan penyata kewangan atau baki yuran jika ada. Tarikh-tarikh
penting perlu diingat seperti jadual pengawasan SPM perlu diedarkan kepada
guru yang terlibat yang akan menjalankan tugas semasa peperiksaan SPM
sedang berlangsung. Selain itu, sesi pemulangan buku teks akan dijalankan
oleh guru tingkatan dan guru SPBT. Guru juga perlu membuat persediaan
untuk cetakan PT3 apabila tiba masanya nanti. En. Lee Tuck Keen turut
mengingatkan para guru iaitu mesyuarat guru kali pertama bagi tahun 2016
akan diadakan bermula pada 28.12.2016.
Tindakan: Semua Guru

Guru Keluar Masuk


2.7.
1

Bagi guru yang keluar masuk kawasan sekolah untuk urusan rasmi ataupun
tidak rasmi, jika tanpa kebenaran pihak pentadbir, guru berkenaan perlu
menanggung sendiri kecelakaan jika berlaku. Guru yang perlu pergi ke klinik
pula mestilah mengambil timeslip daripada pihak berkenaan dan diserahkan
kepada Ketua Pentadbir, namun jika melebihi 3 jam masa keluar, guru perlu
mengambil CRK.
Tindakan: Semua Guru

2.7.
2

Pada tahun hadapan, semua staf akan diberi kad untuk keluar dari kawasan
sekolah. Guru yang keluar perlu menyediakan modul ganti kelas jika
diberitahu awal untuk keluar kecuali keluar secara kecemasan atau
peribadiyang tidak dapat dielakkan.
Tindakan: Semua Guru

2.
8

En. Lee Tuck Keen memaklumkan bahawa Hari Kualiti akan diadakan pada hari
Jumaat 23.10.2015 pada pukul 8.00 pagi. Jadi sesi persekolahan hanya akan berlaku
pada sesi pagi sahaja.
Tindakan: Makluman

2.
9

Terdapat dua orang guru yang gagal mendapatkan sijil ICT pada tahun 2014 dan
guru berkenaan perlu menyiapkannya sebelum 31.10.2015.
Tindakan: Guru Berkenaan

3.
0

Bagi guru yang terlibat dengan pengawasan SPM, guru perlu kembali ke sekolah
pada setiap hari Jumaat kerana tiada peperiksaan yang berlangsung pada hari
tersebut dan menyiapkan urusan kerja yang berbaki.
Tindakan: Pengawas SPM

3.
1

Pn. Chong Wai Yin yang merupakan guru data sekolah telah memberi taklimat
berkaitan pengisian LNPT dalam aplikasi HRMIS yang perlu disiapkan sebelum
31.10.2015.
Tindakan: Semua Guru

4.

Hal-hal Lain:
Tiada.

LAPORAN PENGURUSAN SMKYK/AEB2065 /P/

5.

/Bil (3/15 )

Ucapan Penangguhan:
En. Lee Tuck Keen mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
mengharapkan kerjasama semua untuk mengemaskini fail fail serta borang
borang yang berkaitan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,
......................................
..................
Pn. Nor Faezah binti Romli,
Pn. Mawiyatun Saayah binti Abdul Samat,
Pn. Manimala a/p Raman,
Pn. Nur Faizah binti Zainol,
Cik Parimala a/p Ramalingan,
Pencatat Minit Mesyuarat Guru,
SMJK Yuk Kwan,
Tarikh : 25.10.15

Disemak oleh,
......................
En. Lee Tuck Keen,
PK Pentadbiran,
SMJK Yuk Kwan,

Tarikh : 30.10.2015

You might also like