You are on page 1of 5

1.

PENGENALAN

Asia Tenggara adalah sebuah kawasan di benua Asia bahagian tenggara.


Kawasan ini meliputi Indochina dan Semenanjung Tanah Melayu serta kepulauan
di sekitarnya. Sempadan Asia Tenggara terbatas dengan Republik Rakyat China
di sebelah utara, Lautan Pasifik di Timur, Lautan Hindia di Selatan, Teluk
Benggala, dan benua India di barat. Nama untuk kawasan Asia Tenggara ini kali
pertama

dipakai pada abad ke-20. Sebahagian kawasan Asia Tenggara terdiri

dari sebelas negara, beberapa di antaranya berada di daratan utama yang juga
dikenali sebagai Asia Tenggara Daratan iaitu Indocina dan sebahagian lagi
merupakan kepulauan Asia Tenggara Maritim. Antara contoh kawasan-kawasan
dalam Asia Tenggara adalah seperti Kepulauan Selatan iaitu Nan Yang, Cina dan
Vietnam. Kepulauan Melayu, Hindia Timur dan Nusantara juga merupakan suatu
kawasan di dalam Asia Tenggara.
Semenanjung Malaya juga dimasukkan dalam wilayah kepulauan walaupun
masih tersambung dengan benua Asia. Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara
ini wujudnya sejak zaman Neolitik lagi apabila terdapatnya sistem pengkhususan
pekerjaan yang membawa kepada pengurusan organisasi masyarakat pada
zaman itu. Kerajaan-kerajaan awal atau dikenali sebagai politik awal ini
bermaksud pengurusan masyarakat dan pentadbiran tetapi masih belum
mencapai taraf

kerajaan iaitu pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua

masyarakat di sesebuah politik. Kewujudan kerajaan awal ini dapat dibuktikan


melalui sumber bertulis iaitu sumber India ,China, Yunani, Arab, dan Parsi.
Walaupun ada bukti yang mengatakan kerajaan awal ini wujud tetapi ada juga
yang menyangkal kerajaan awal ini juga tidak dapat ditentukan dengan sahih
akan kewujudan dan lokasinya yang sebenar.
Pada ketika dulu, Asia Tenggara merupakan pusat persinggahan dua kuasa
besar yang dikenali sebagai Asia iaitu India dan China. Hal ini kerana Asia
Tenggara mempunyai kawasan geografi yang strategik. Kawasannya dikatakan
strategik kerana Asia Tenggara menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
Keadaan inilah yang telah menyebabkan Asia Tenggara terletak ditengah-tengah
antara India dan China. Merujuk kepada buku Pengajian Tamadun Asia yang
ditulis oleh Afifah Abu Yazid, ada menyatakan bahawa India mula bertapak di
Asia Tenggara bermula lebih awal daripada abad pertama Masihi lagi iaitu

melalui aktiviti perdagangan.1 Hal ini dapat dibuktikan dengan pengaruh yang
paling

banyak

masyarakat

memberi

tempatan

di

kesan
Asia

terhadap
Tenggara

kebudayaan
ialah

dan

pengaruh

kepercayaan

India.

Kegiatan

perdagangan merupakan salah satu agen yang telah membawa kepada


perhubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara sebelum era
indianisasi. Perhubungan ini juga dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah lagi
secara dua hala, di mana bukan sahaja orang India menjelajah kawasan Asia
Tenggara, malah orang di Asia Tenggara juga turut sampai ke India. 2 Hal ini
menunjukkan bahawa wujud komunikasi antara kedua-dua ini. Selain itu,
perkembangan kebudayaan kerajaan awal ini juga hasil daripada proses
Indianisasi di Asia Tenggara.3
1.1 DEFINISI INDIANIZATION
Indianization atau Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agama Hindu
yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran
kesusasteraan Hindu yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan
Hindu. Dari segi istilahnya,konsep Indianization dipakai dengan pengertian yang
luas iaitu pengaliran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India. 4 Menurut
Brian Harrison, sifat-sifat budaya Hindu yang meliputi unsur yang didapati dari
India melalui aspek politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan
sastera.Sementara itu, Coedes juga berpendapat bahawa Tanah Besar telah
memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama dan kebudayaan
India di Asia Tenggara. Proses indianisasi ini berlaku di sebabkan perluasan India
sebelah

Timur.5

Menurut

George

Coedes,

memberitahu

bahawa

Sarjana

pengajian epigrafi dan penulis subjek moden pertama, indianisasi dikembangkan

1Afifah Abu Yazid, Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd, 2003, Edisi ke-2, hlm. 223-224

2 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2003, hlm. 53

3 Ibid, hlm. 60
4 Ibid, hlm. 53.
5 D.G.E.Hall, Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981hlm. 53.

melalui cara tersendiri di Asia Tenggara untuk menghasilkan karya seni yang
sangat asli.6
Proses indinisasi ini tidak melibatkan sebarang penjajahan orang India ke atas
Asia Tenggara tetapi proses indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara adalah
satu proses kebudayaaan dan agama Hindu yang sesuai dengan keadaan
tempatan. Hal ini telah diserap masuk kedalam kehidupan masyarakat tempatan
yang telah menjadi satu bentuk tamadun yang baru. Selain itu, menurut Kulke
menyatakan bahawa hubungan sosial yang rapat di antara masyarakat di keduadua pihak Teluk Benggala berbanding dengan jarak sosial antara kuasa agung
India dan orang Asia Tenggara telah menjadikan India sebagai model untuk
menarik kepada Asia Tenggara. Manakala Casparis pula mencadangkan prinsip
awal indianisasi untuk menggantikan corak perhubungan berkekalan antara
benua kecil India dan Maritim Asia Tenggara atau mungkin pemahaman
berkaitan indianisasi digantikan oleh perhubungan yang rumit diantara pelbagai
bahagian daripada dua buah rantau.7
2.0
PROSES INDIANISASI DI ASIA TENGGARA KLASIK
Indianisasi di Asia Tenggara melalui banyak proses bagi
prosesnya.

Proses

indianisasi

di

Asia

Tenggara

berlaku

melengkapkan
melalui

aktiviti

perdagangan. Berbalik kepada penyataan di atas perdagangan merupakan salah


satu agen kepada indianisasi di Asia Tenggara. Perdagangan sememangnya
memainkan peranan penting dan juga turut memberikan pengaruh secara terus
terhadap perdagangan di Asia Tenggara. Pedagang-pedagang dari India dan Asia
Tenggara sudah wujud komunikasi antara mereka apabila kedua dua belah pihak
telah menjalankan aktiviti perdagangan antara satu sama lain. Kedua dua
pedagang ini sudah saling menyinggah pelabuhan masing-masing. Contohnya,
koloni-koloni kecil pedagang-pedagang dari India telah ada di Asia Tenggara
sejak sebelum kemasukan kebudayaan mereka lagi pada ketika dahulu.
Perkembangan perdagangan ini telah membawa pengaruh yang kuat berkaitan
dengan pemerintahan, keagamaaan, serta kebudayaan yang dibawa oleh bangsa
India ke Asia Tenggara.
6 Thieery Zephir, Khmer Lost Empire of Cambodia. London: Themes and Hudsonltd, 1998, hlm. 98.
7 Michel Jacq-Hergoualch & Victoria Hobson,The Malay Peninsula:Crossroads of the
Maritime Silk Road . (100 BC-130O AD). Boston: Brill, 2002, hlm. 74.

Perdagangan di Asia Tenggara terkait dengan bangsa India disebabkan


juga oleh

faktor musim. Hal ini dimana pada waktu dulu perdagangan laut

dilakukan secara tradisional iaitu di mana mengikut musim angin Semenanjung


Asia Tenggara. Proses Indianisasi dikatakan berlaku secara berbeza di setiap
wilayah di Asia Tenggara namum iainya tetap sama apabila berlaku proses
indianisasi iaitu berjalan secara lancar dan tidak berlaku sebarang percampuran
politik dalam proses ini. Hai ini demikian kerana pada mulanya kedatangan
pedagang India ke Asia Tenggara hanya untuk berdagang semata mata.
Kedatangan pedagang ini disukai oleh masyarakat tempatan dan raja. Para ahli
juga menyimpulkan dengan adanya proses perdagangan ini, mengakibatkan
para pedagang India menikah dengan wanita tempatan dan mulai menyebarkan
kebudayaan India. Hal ini telah menyebabkan proses asmilasi berlaku antara
pedagang India dengan masyarakat tempatan.
Menurut C.C.Berg, budaya India telah tersebar ke Asia Tenggara melalui
kegiatan pahlawan atau anak raja India, daripada golongan kasta ksyatria. 8
Mereka dikatakan telah keluar dari India untuk mencari tanah-tanah jajahan baru
kerana perebutan kuasa dalam negeri mereka sendiri. Oleh itu, bersama-sama
dengan pengikut-pengikut mereka telah belayar ke Asia Tenggara untuk mencari
tanah jajahan dan ada yang menjadi lanun. Beberapa kawasan di Asia Tenggara
dikatakan pembesar-pembesar tempatan dikalahkan oleh mereka ini dan negeri
mereka dikuasi sekaligus putera-putera India telah berkahwin dengan wanitawanita tempatan dan mendirikan kerajaan-kerajaan bercorak Hindu. Kemasukan
golongan kasatria inilah merupakan faktor masuknya kebudayaan India di Asia
Tenggara. Ada juga mengatakan iainya bermula dari pembentukan koloni-koloni
di daerah perdagangan dimana setiap daerah tidak sama dalam mendapat
pengaruh kebudayaan India. Antara contoh, beberapa pusat yang mendapat
pengaruh kuat dalam kebudayaan India seperti daerah Jawa Tengah, Mon
Dwarawati, Angkor Kamboja dan Pagan Birma.
Selain itu, proses indianisasi berlaku bukan sahaja disebabkan perdagangan,
asmilasi

dan

golongan

ksyatria namum

para

Brahmin

juga

memainkan

peranannya. Menurut Bosch, pengindiaan kawasan di Asia Tenggara telah


dimulakan

oleh

mubaligh

agama

Buddha. 9

Para

Brahmin

memainkan

8 Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas
Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2000, hlm.55.

9 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2008, hlm.31.

peranannnya dengan membawa masuk agama Budha ke Asia Tenggara dan


memastikannya berkembang. Golongan Brahmin merupakan golongan pendeta
agama yang menjadi tonggak kepada penyebaran agama Hindu. Peranan
golongan Brahmin sebagai pengembang agama Buddha di Asia Tenggara turut
menyumbang kepada berlakunya penyebaran agama Buddha. Kedatangan
golongan Brahmin ini adalah disebabkan oleh saudagar-saudagar India yang
telah

berkahwin

dengan

wanita

tempatan

yang

mempunyai

kedudukan

berpengaruh. Golongan Brahmin telah datang ke istana-istana raja di Indonesia


mengajar agama Buddha dan menarik raja-raja serta keluarga raja untuk
memeluk agama Buddha dan melantik beberapa orang sami di Indonesia.
Golongan

Brahmin

turut

berfungsi

dalam

upacara-upacara

agama

terutamanya di istana dan masih diamalkan sehingga hari ini di Burma, Thailand
dan Kemboja. Sebagai contoh, golongan para pemimpim ini menggunakan
khidmat pendeta iaitu Brahmin dalam hal-hal keagamaan. Hal ini yang berkaitan
dengan kepercayaan iaitu berhubung dengan dewa-dewa. Golongan pemimpim
ini mempercayai golongan Brahmin

kerana golongan ini merupakan jelmaan

Tuhan dan merupakan ketua tertinggi dalam agama Buddha. Sesetengah


berpendapat bahawa penyebaran kebudayaan India di Indonesia di bawa oleh
Brahmin dari India yang ingin menyebarkan agama mereka yang suci. Satu
peperangan antara dinasti di India telah berlaku sehinga mengakibatkan para
kelompok

bangsawan

menghalau

keluar

golongan

Brahmin

dari

India.

Keseluruhan pernyataaan dari teori-teori yang diguna pakai adalah untuk


menunjukkan bahawa adanya kemasukan kebudayaan India ke Indonesia.
Kemasukan pengaruh India ke Indonesia ini menunjukkan bahawa wujudnya
pengaruh India ke Asia Tenggara melalui para pedagang, Ksatria dan juga
golongan Brahmin. Penjelasan di atas sememangnya menunjukkan bahawa
masuknya pengaruh India di Asia Tenggara khususnya di Indonesia. Akhirnya
memudahkan agama Hindu untuk masuk dan tersebar di kawasan Asia
Tenggara. Maka berlakulah proses indianisasi di Asia Tenggara.

You might also like