You are on page 1of 23

STRATEGI INTERVENSI MENANGANI PENYELEWENGAN TINGKAH LAKU

SEKSUAL BERDASARKAN MODEL AL GHAZALI


Roslee Ahmad
Mohamed Sharif Mustaffa
Universiti Teknologi Malaysia
Ahmad Jazimin Jusoh
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian kes ini bertujuan membincangkan pembangunan modul berdasarkan Pendekatan Amar
Makruf Nahi Mungkar (AMAR) dalam menangani tingkah laku seksual pelajar berdasarkan
pengalaman kaunselor Islam menangani kes-kes penyelewengan tingkah laku seksual. Kaunselor
bertauliah telah dipilih berdasarkan pengalaman mereka merawat klien selama 10-12 tahun.
Temubual secara kajian kes dilakukan untuk mengetahui pengalaman mereka mengendalikan
kaedah atau cara-cara menangani permasalahan penyelewengan tingkah laku seksual
berdasarkan Model Al Ghazali (Yatimah dan Tajudin, 2008) untuk menghasilkan suatu kaedah
intervensi. Berdasarkan kaedah intervensi tersebut, penyelidik membangunkan Modul AMAR
khusus untuk menangani permasalahan penyelewengan tingkah laku seksual dikalangan pelajar
Islam. Modul ini telah melalui proses kesahan kandungan pakar agama dalam dan luar negara
dan sebanyak 8 modul telah berjaya dibentuk. Lapan modul berkenaan ialah modul Kebesaran
Allah, Balasan Azab Neraka, Muhasabah Diri, Batasan Pergaulan, Batasan Pancaindera, Batasan
Aurat, Memilih Rakan dan Tanggung jawab Diri.
1.0

Pengenalan

Fenomena kes-kes di alaf baru ini menunjukkan gejala sosial sungguh membimbangkan. Di dada
akhbar, setiap hari ada sahaja laporan dan statistic menunjukkan perangkaan yang kini menjadi
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

suatu perkara lumrah. Daripada kes maksiat hinggalah kepada perkara sumbang mahram, semua
ini menunjukkan keparahan masyarakat hari ini dari aspek roh yang sakit. Menurut Pirdaus
(2006) penglibatan remaja Melayu dalam jenayah juvana seperti perjudian, minum arak,
bersekedudukan, khalwat, dan sebagainya merupakan perilaku yang mempamerkan ketandusan
nilai dikalangan mereka. Perbuatan ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam bahkan
budaya masyarakat tempatan.

Kajian mengemparkan Dr. Khaidzir Ismail (2007) pakar pskiologi kanak-kanak dan
remaja dari UKM tentang profil remaja perempuan risiko tinggi terhadap kalangan remaja
perempuan berisiko tinggi mendapati bawa seramai 887 pelajar perempuan sekolah menengah di
Selangor kecuali seorang mengaku pernah melakukan hubungan seks. Lingkungan pelajar
perempuan adalah 15 dan 16 tahun mempunyai masalah disiplin seperti terlibat dalam
penyalahgunaan dadah (98%), kongsi gelap (98%), bahan lucah (97.3%), berjudi (96.8%),
vandalisme (85.4%) dan ponteng sekolah (77.2%). Kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar
perempuan tidak terkecuali terlibat dengan salah laku yang melibatkan soal seksual yang
bertentangan dengan agama dan adat ketimuran. Noriah (2008) melaporkan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat mendapati pada tahn 2008 sahaja sebanyak 304
kes buang bayi di Malaysia, 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan dan 91 bayi reput. Punca
pembuangan bayi atau pembuangan anak luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga.
(Roslee dan rakan-rakan, 2008a)

2.0

Pendekatan Pemulihan Akhlak Di Malaysia

Penulis berpandangan sehingga kini tidak ada modul dan pendekatan tertentu dalam bentuk
pendekatan tradisional, konvensional, atau Islam yang direka untuk menangani masalah tingkah
laku seksual pelajar. Hasil tinjauan penyelidik ke beberapa institusi pemulihan kerajaan dan
swasta, beberapa modul asas Islam digunakan untuk merawat masalah keruntuhan akhlak
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

remaja. Secara asasnya, modul dan jenis pendekatan yang digunakan Jabatan Kerajaan seperti
Bahagian Agama Penjara Seluruh Malaysia dan Sekolah Henry Gurney, Melaka mempunyai
persamaan iaitu menekankan asas fardhu ain dan fardhu kifayah dalam usaha merawat remaja
yang mempunyai permasalahan berkaitan dengan akhlak. Ini termasuklah kes-kes seperti rempit,
ragut, rogol, curi, bunuh, samun senjata api dan sebagainya. Tempoh tahanan mereka adalah
bergantung kepada kesalahan yang dilakukan, yakni semakin berat kesalahan maka semakin
lama tempoh mereka menjalani proses pemulihan akhlak.
Manakala Taman Seri Puteri Cheras, Selangor, dan Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak
pula memberi perkhidmatan kepada gadis yang memerlukan perlindungan seperti mangsa dera
dan sumbang mahram penjaga, gadis yang terlanjur, rosak akhlak, mengandung anak luar nikah
dan sebagainya. Di sini, institusi turut menekankan asas fardu ain dan fardu kifayah dalam
merawat remaja sama ada yang menjadi pelaku mahupun mangsa tingkah laku seksual.
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia (PEKIDA) pula lebih kepada
usaha menjalankan aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya.
Tiada program khusus diatur untuk membantu pelaku dan mangsa seksual kepada proses
pemulihan akhlak. Manakala institusi pemulihan swasta pula seperti PERKID menyediakan kem
motivasi, rumah kebajikan remaja Raudhatus Solehah, rumah kebajikan Sahabat dan rawatan as
Syifa mengunakan ayat suci al quran.
Raudhatus Sakinah (RS) pula telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Raudhatus Sakinah merupakan suatu projek
berterusan membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja puteri.
Pusat ini telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Raudhatus Sakinah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi
perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial seperti
menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang
mahram dan sebagainya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah bimbingan kerohanian
seperti fardhu ain, al Quran, hadis, bimbingan mukmin, akhlak, aqidah, doa dan sirah nabi.
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Manakala bimbingan bina diri pula ialah kaunseling individu dan kelompok, motivasi dan jati
diri. Syarat kemasukan ke institusi ini adalah remaja sekolah seawal usia 12 hingga 25 tahun.
Pusat ini juga memberi bimbingan, khidmat nasihat dan ceramah kepada pelajar diperingkat
institusi pengajian tinggi awam dan swasta. (Raudhatus Sakinah, 2009)
Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa) yang bermaksud dar
(rumah) dan al-Syifa (kesembuhan) di Bandar Baru Bangi pula merupakan sebuah klinik
rawatan yang menawarkan pendekatan alternatif kepada pesakit selepas mendapat rawatan di
klinik dan hospital. Darussyifa menggunakan ayat al Quran, hadis dan sunah Rasulullah s.a.w.
dalam rawatan pesakit. Kebanyakan pesakit bukan adalah dari segi fizikal dan kerohanian seperti
terkena gangguan makhluk halus dan seumpamanya. Amran Kasimin dan Haron Din (2005)
menjelaskan untuk menghentikan tabiat jahat seperti penagih dadah, penagih arak, berjudi, orang
suka berzina, orang suka liwat, homoseksual dan lesbian. Amalan ayat suci al quran, selawat
munjiyah, air yang didoakan, menjaga solat dan menamatkan tabiat bertemu rakan yang
mempengaruhi dan tempat maksiat perlu dilakukan. Namun begitu, tinjauan penyelidik
mendapati, tiada program atau modul khusus untuk menangani masalah tingkah laku seksual
yang berlaku dikalangan remaja.
Oleh yang demikian, penyelidik berpandangan sudah tiba masanya suatu pendekatan khusus
untuk menangani tingkah laku seksual mengikut pendekatan Islam dibangunkan. Modul
Pendekatan Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR) diperkenalkan untuk merawat dan memulih
remaja yang menghadapi penyelewengan tingkah laku seksual.

3.0

Tujuan Kajian

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Membentuk kerangka modul Kaunseling Pendekatan Islam yang dikenali Modul Pendekatan
Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR) untuk menanggani penyelewengan tingkah laku seksual
pelajar.

i.

Apakah cara yang boleh mendorong pelajar untuk mengelakkan diri daripada melakukan
penyelewengan tingkah laku seksual?

ii. Apakah cara yang boleh menimbulkan kesedaran dikalangan pelajar daripada melakukan

penyelewengan tingkah laku seksual?


iii. Apakah cara yang boleh meningkatkan kerohanian dalaman (internal spiritual) supaya

pelajar boleh mengelakkan diri daripada melakukan penyelewengan tingkah laku


seksual?

4.0

Reka bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Menurut Mohamed Sharif (2001) kaedah kajian
kualitatif ingin meneroka apakah perkara-perkara yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
seperti sesuatu fenomena yang berkaitan dengan pengalaman, nilai dan pandangan subjek yang
hanya dapat dijawab secara temubual. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kajian kes.
Menurut Yin (1994) kajian kes ialah kajian yang menggunakan kaedah menyeluruh yang
menggabungkan strategi-strategi tertentu dalam pengumpulan dan penganalisisan data.

5.0

Keperluan Intervensi Menangani Penyelewengan Tingkah laku Seksual Mengikut


Islam

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Ramai cendekiawan Islam dan penyelidik tempatan mempertikaikan kesesuaian amalan


pendekatan barat dalam konteks agama dan budaya masyarakat tempatan seperti Hassan
Langgulung (1979), Halim Othman (1986), Malik Badri (1994) dan beberapa penyelidik
tempatan seperti Mahzatun (1992), Noraini (1992) Rohana (1992), Eani Rashidah (1992) Kamal
(1997) Siti Hairaney (2002), Rohani (2002) dan Shahabuddin (2003). Ahli sarjana tempatan
seperti Hassan Langgulung (1979), Halim Othman (1986), Malik Badri (1994) turut menegaskan
bahawa kebanyakan mazhab psikologi barat tidak mengkaji jiwa tetapi tingkah laku manusia.
Hassan Langgulung (1990) menimbulkan kebimbangan apabila menyatakan pendekatan barat
amat bertentangan dengan soal akidah dan hukum hakam agama dalam Islam. Malik Badri
(1994) turut menyatakan amalan pendekatan barat menimbulkan kekeliruan dikalangan
kaunselor Islam.
Berdasarkan limitasi Pendekatan Kaunseling Barat apabila berdepan dengan aspek
kerohanian khususnya dikalangan kaunselor yang beragama Islam kepada klien Islam (pelajar)
maka penyelidik berpandangan perlunya suatu Kaunseling Pendekatan Islam untuk menangani
kes-kes kerohanian dikalangan pelajar khususnya penyelewengan tingkah laku seksual
berdasarkan Model Al Ghazali (Yatimah dan Tajuddin, 2005). Model Al Ghazali merupakan
suatu model yang dibangunkan bersumberkan Al Quran dan Al Hadis. Justeru itu, penyelidik
telah membangunkan modul dikenali Pendekatan Amar Makruf Nahi Mungkar untuk menangani
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar. (Roslee dan rakan-rakan, 2008b)

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

6.0

Hasil Temubual Cara-cara Menangani Permasalahan Penyelewengan Tingkah laku


Seksual Pelajar Mengikut Kaunseling Pendekatan Islam

Terdapat lapan cara-cara untuk menangani permasalahan penyelewengan tingkah laku seksual
pelajar mengikut Kaunseling Pendekatan Islam berdasarkan amalan kaunselor-kaunselor muslim
apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar berkenaan. Kelapan-lapan kaunselor muslim
berkenaan mengutarakan pandangan yang sama dan hujah-hujah mereka memberi kekuatan dan
menyumbang kepada pembangunan sesuatu tema. Penyelidik kemudiannya mengambil
pandangan dan idea-idea mereka yang bernas sebagai tema yang menyumbang kepada
penyelidikan ini.

1. Kebesaran Allah
Kaunselor B, Kaunselor C, Kaunselor F dan Kaunselor H berpandangan bahawa Kebesaran
Allah merupakan faktor utama yang dapat membendung dan menangani permasalahan
kerohanian yang dihadapi pelajar. Rata-rata kaunselor yang ditemubual berpandangan bahawa
permasalahan hari ini berpunca daripada lemahnya iman dalam diri. Para pelajar hari ini dari segi
aqidahnya iaitu kepercayaan kepada Tuhan seolah tidak wujud. Mereka mempunyai tahap
kesedaran terhadap Tuhan yang lemah. Oleh itu, mereka banyak melakukan perkara-perkara
kemungkaran seperti gejala maksiat. Semua kaunselor bersetuju bahawa dengan mengikat
kembali iktikad akidah pelajar kepada Allah swt akan menjadikan mereka sebagai muslim yang
taat kepada perintah Allah sw. Ini bermaksud pelajar mesti berasa yakin dengan kewujudan
Tuhan, Tuhan yang menjadikan manusia dan alam. Pendek kata, mereka perlu disedarkan
dengan Kebesaran Allah swt seperti Maha Melihat, Maha mendengar, Maha Berkuasa, Maha
Mengadili dan sebagainya. Kaunselor-kaunselor berpandangan dengan cara ini, diharap para
pelajar akan berasa kerdil, takut dan insaf bahawa manusia dijadikan Allah di dunia untuk taat

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

dan patuh dengan perintahNya. Kehidupan di dunia adalah bersifat sementara dan merupakan
suatu ujian sama ada mereka akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka.
dia kena berbalik pada kebesaran Tuhan. Dia punya apa sedarlah bahawa tingkah
laku dia diperhatikan oleh Allah. Tuhan apa tu..Allah tu Maha apa Mendengar,
Melihat ye, dan apa yang kita buat di adili ye
(Kaunselor A, 18-20)
Jadi di antaranya ialah kita perlu kenalkan diri kepada pelajar dengan perkara
berkaitan Allah. Iaitu, di mana Allah Maha Melihat, ni pun pelajar-pelajar tak
dapat dilihat apabila mereka melakukan seks bebas.tetapi kita perlu terapkan nilai
bahawa Allah sentiasa melihat mereka.Begitu juga Allah Maha Mendengar.
Dimana-mana sahaja . Kata-kata dalam hati pun Allah mendengar, jadi itulah
penerapan yang begitu baik, kemudian Allah Maha Tahu atau Mengetahui apa
yang pelajar lakukan. Kemudian dari seks bebas itu sebenarnya pelajar perlu tahu
bagaimana Allah sangat murka kepada perbuatan berdosa besar itu dan kita perlu
terapkan nilai yang Allah Taala ini sangat adil memberi balasan kepada hambanya
dalam kehidupan dunia dan di akhirat kelak.
(Kaunselor B, 13-22)
2. Balasan Azab Neraka

Kaunselor B, Kaunselor D, Kaunselor F dan Kaunselor H turut berpandangan bahawa


konsep balasan syurga dan neraka perlu ditekankan kepada pelajar dalam programprogram dakwah yang dapat membangkitkan perasaan ketakutan dan kebimbangan
sewaktu melakukan penyelewengan tingkah laku seksual (maksiat). Beliau turut bersetuju
dengan penekanan kehidupan manusia di dunia adalah sementara, maka manusia perlu
taat perintah Allah swt kerana setiap tingkah laku yang dikerjakan akan dibalas dengan
setimpal dihari pengadilan kelak.
biasanya mereka perlukan bimbingan daripada kita. Kadang-kadang mereka
mendapat pendidikan dari awal tetapi dari segi penghayatan dan aplikasi tak
digunakan sepenuhnya. Jadi oleh itu daripada bimbingan ialah tentang balasan
azab neraka dan diantaranya ialah tingkah laku yang dihitung oleh malaikat,
tingkah laku yang disoal oleh mungkar dan nangkir ye. Kemudian tentang
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

anggota tangan, atau pun mulut dan apa saja yang mereka lakukan itu akan
menjadi saksi kepada mereka di akhirat kelak. Jadi dengan adanya pengenalan
tentang azab neraka, pelajar-pelajar ini mungkin akan lebih takut untuk
menjalankan aktiviti seks bebas itu.
(Kaunselor B, 27-35)

Pelajar dari tingkatan 1 kita boleh bentuk program yang menunjukkan kejadian
daripada setitik mani jadi manusia sehingga akhirnya menemui kematian. Dalam
kepala saya Cuma ada satu iaitu pelajar yang nakal ni kita bagi program khas
seperti alam kubur, so program ini boleh mendatangkan keinsafan kepada
mereka
(Kaunselor C, 147-154)
3. Muhasabah Diri
Hasil temubual-temubual juga jelas memperlihatkan kaunselor-kaunselor muslim
menyarankan supaya pelajar bermuhasabah diri. Mereka berpandangan sebelum kaedah
taubat dilakukan, cara bermuhasabah diri merupakan langkah awal yang perlu dilakukan
pelajar secara ikhlas, merenung diri perbuatan lampau dan amalan-amalan sama ada
bersifat kebaikan dan kejahatan yang pernah dilakukan di dunia. Dengan bermuhasabah
akan mendidik hati dan fikiran supaya kembali sedar dan menginsafi diri bahawa
kehiduapan manusia di dunia adalah bersifat sementara.
Kita perlu memberi pelajar ni agar sentiasa muhasabah diri maknanya kalau
boleh setiap pagi dan sebelum tidur waktu malam mereka harus muhasabah diri
mereka dan sentiasa bertaubat tentang apa-apa perbuatan yang telah meereka
lakukan. Mereka harus diserapkan dosa, pahala, harus sabar mereka harus
dekatkan diri kepada Allah, sentiasa berdoa, buat sembahyang taubat, kalau silap
kita harus bertaubat, dengan hati yang tenang. Perlu ada keinsfan, perlu ada
keikhlasan dalam melakukan aktiviti-aktiviti ini. Insya Allah. Kerana benda tu
adalah proses yang boleh membersihkan diri lah
(Kaunselor E, 49-59)
4. Batasan Pergaulan
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Aspek batasan pergaulan turut ditekankan oleh kaunselor-kaunselor muslim sebagai salah
satu cara untuk menangani masalah penyelewengan tingkah laku seksual (maksiat).
Beberapa kaunselor seperti kaunselor A, kaunselor B dan kaunselor E memperihalkan
betapa pentingnya para pelajar muslim supaya menjaga batasan pergaulan dalam
kehidupan seharian. Mereka berulang kali menegaskan menjaga batasan pergaulan amat
penting seperti mengetahui perbezaan antara hubungan antara mahram dan bukan
mahram, perlunya pelajar untuk mengetahui perbezaan antara lelaki dan perempuan,
mengetahui hokum bersentuhan, menyentuh, duduk berdua-duaan dan melakukan
temujanji antara pelajar lelaki dan perempuan.
Ia memang. dari segi hubungan pelajar tu bila berjumpa orang lain
memainkan peranan yang sangat penting. Jadi sebagai seorang pelajar dia kena
tahu dia mesti kena tahu siapa yang dia boleh.Sebagai contoh boleh ke
berpegangan tangan dan pegang rakan lain? Jadi dia kena tahu. Pastu yang bukan
muhrim, boleh ke tidak? Sesetengah pelajar ni dia macam rasa tak
kisah.mungkin dia tengok di televisyen, dia tengok dekat internet, begitu juga
di surat khabar eh..dimana semua ni boleh meracuni fikiran anak-anak kita. Jadi
sesetengah anak-anak fikirannya dia fikir yang sedap, seronok dan dia rasa
bangga bila orang lain tengok yang mana orang lain tak boleh buat tapi dia boleh
buat. Jadi bahawa menjaga perhubungan sebagai suatu laluan sebenarnya kepada
perkara yang lebih bermasalah. Jadi perbuatan pelajar itu perlu dicegah
(Kaunselor D, 147-158)
Kita harus menjaga batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuan, perbezaan
antara yang mahram dan bukan mahram. Konsep-konsep ini kita harus diberitahu
kepada pelajar perbezaan antara mahram dan bukan mahram dan perbezaan antara
lelaki perempuan. Dari segi pergaulan, mereka tak boleh bersentuhan. Mereka tak
boleh berpegang tangan. Mereka tak boleh melakukan aktiviti seperti naik motor.
Kalau mereka naik motor antara lelaki dan perempuan, kalau pergi berdating
mesti ada berlaku peluk memeluk badan dan kita harus beri kesedaran kepada
mereka bahawa akan ada orang ketiga iaitu syaitan yang sentiasa menghasut
perbuatan mereka ke arah keburukan
(Kaunselor E, 62-70)
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

5. Batasan Pancaindera

Analisa

temubual

juga

menunjukkan

kaunselor-kaunselor

berpandangan

untuk

menanggani penyelewengan tingkah laku seksual, penekanan terhadap aspek batasan


pancaindera amat penting. Saranan-saranan mereka selaras dengan syariat Islam yang
menegaskan untuk memelihara manusia daripada terjebak ke dalam kancah maksiat
bermula dengan menjaga dan memelihara pancaindera. Islam begitu prihatin dan
mementingkan penjagaan adab dalam perhubungan manusia seharian. Sebagai contoh,
mengikut pandangan mata, Riwayat Bukhari dan Muslim menegaskan pandangan kali
pertama terhadap wanita (bukan mahram) tanpa tujuan adalah harus tetapi pandangan
kedua hukumnya berdosa.
Cikgu, saya nak baca, tapi tak masuk cikgu.Tak boleh dia kata, saya tak boleh
cikgu, tak boleh fokus dia kata. Jadi saya akan terokalah, biasanya mereka dah
tengok VCD lucah. Ha, mereka dah pernah tengok VCD lucah ataupun dalam
handphone pun dia ada atau pernah browse dalam internet, dia pernah nampak
benda lucah tu. Saya selalu tekankan pada pelajar bahawa bila kita dah tengok
benda-benda macam tu (lucah), seolah-olah kita dah berzina dengan mata kita.
Jadi maknanya otak kita dah kotor, hati kita dah tak bersih, jadi macam mana ilmu
tu sesuatu yang suci, nak menyerap masuk ke dalam otak kita. Jadi sebab tu kita
kena gunakan pancaindera Tuhan bagi tu sebenarnya untuk kebaikan, bukan
untuk ke jalan yang merosakkan masa depan kita. Saya selalu ingatkan supaya
mengunakan mata untuk melihat buku, bukan tengok benda-benda yang tak
sepatutnya. Saya selalu ingatkan pelajar macam tu. Dia akan menggunakan
perkara ke jalan yang soleh. Jadi benda (lucah) tu akan effect pada diri dia sendiri
jugak. Kesan negatif pada diri dia
(Kaunselor F, 111-127)

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

6. Batasan Aurat

Hasil temubual juga menunjukkan kaunselor-kaunselor bersetuju bahawa untuk


mencegah dan membendung gejala penyelewengan tingkah laku seksual memerlukan
seorang muslim supaya menjaga dan memelihara aurat. Ini bermaksud mereka perlu peka
dan mempunyai pengetahuan yang mendalam daripada aspek batasan berpakaian dan
aurat seorang muslim dan bukan muslim. Mereka juga harus mempunyai kesedaran dari
segi pakaian lelaki dan perempuan, menjaga aurat sebelum keluar dari rumah,
mengetahui hukum apabila mendedahkan aurat kepada khayalak umum dan aurat muslim
bersama ahli keluarga, adik beradik, orang Islam dan bukan Islam.

berbalik pada asas tadi ialah kalau kita tahu aurat bagi seorang muslim ialah
menutup semua kecuali muka dan tapak tangan, apabila bertemu mereka yang
bukan muhrim.Bagi lelaki aurat adalah dari pusat hingga ke lutut, tapi adalah
lebih afdal jika lelaki tu berpakaian lengkap, tidak berseluar pendek, itu lebih
wajarlah..Bagi perempuan, baju tu biarlah longgar, tidak menampakkan bentuk
badan, tidak jarang, tidak ketat, bertudung menutup hingga ke paras bahu. Jadi ini
adalah pemakaian yang mengikut syariat Islam sebenarnya. Insyallah seorang
remaja muslimah terutama remaja perempuan, akan terhindar secara fizikalnya.
maknanya ketika dia berjalan, dia lebih terpelihara keselamatan berbanding
remaja lain yang berpakaian agak seksi. Mungkin kalau orang yang berniat jahat
tu, lebih tertarik dengan remaja yang berpakaian seksi. Jadi dari segi keselamatan,
ini suatu kelebihanlah bagi remaja muslim yang menutup aurat
(Kaunselor G, 90-102)
7. Memilih Rakan

Beberapa kaunselor yang ditemubual juga menjelaskan tentang faktor rakan sebaya turut
merupakan salah satu faktor untuk menangani permasalahan penyelewengan tingkah laku
seksual pelajar. Mereka menegaskan bahawa agama Islam memberi panduan supaya
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

diperingkat remaja mereka diingatkan supaya memilih rakan yang mempunyai akhlak
yang soleh. Ini kerana Islam menitikberatkan supaya setiap muslim supaya memilih
rakan-rakan yang memiliki akhlak yang soleh dan boleh mendorong kepada perkaraperkara makruf atau kebaikan. Rakan sebaya yang mendorong kepada tingkah laku
makruf adalah mendorong kepada tugas pembelajaran, terlibat dalam aktiviti persatuan,
mengikuti kelas-kelas tuisyen, kelas jahitan dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke
dalam aktiviti sia-sia seperti merempit, menjadi bohsia, menonton video lucah
beramai-ramai, melayari web lucah dan sebagainya.
Saya rasa faktor yang kini sangat perlu di jaga ialah memilih rakanlah kerana
pelajar banyak bergantung kepada rakan setelah mereka remaja. Jadi pelajarpelajar kena pilihlah rakan baik sebab rakan yang baik akan mengarahkan kita ke
arah akhlak yang baik tetapi rakan yang buruk akan mendorong buat sesuatu yang
buruklah belaka. Ok, selain itu, faktor rakan kadang-kadang mengajak rakan lain
untuk menonton video lucah dan sebaginya, akan membaca majalah2 lucah, yang
mendorong ke arah seks bebas, pergaulan bebas dan akhirnya mereka akan
terjerumus dengan lembah zina ini.

(Kaunselor B, 86-92)
Ha kawan-kawan tu lebih menguasai dia. Jadi dia rasa dekat dengan dia sebelum
dia liar. Bila dia lepas dia boleh keluar, dia boleh berkawan, dah ada ilmu dah ada
pendinding diri. Ialah mudah-mudahan dia akan selamat, dia akan berfikir tentang
apa yang nak di cakap dan sebagainya. Dalam masa remaja ni lah eh, kawankawan tu lah yang sangat penting. Kawanlah tempat mereka mengajar, kawanlah
tempat mengajak mereka mencuba baik yang buruk dan kata-kata kawanlah tu dia
lebih percaya
(Kaunselor H, 139-148)

8. Tanggungjawab Diri
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Aspek tanggungjawab diri meliputi spiritual dalaman kepada Allah swt, tanggungjawab
kepada ibu bapa, dan tanggungjawab kepada masyarakat merupakan langkah-langkah untuk
menangani permasalahan penyelwengan tingkah laku seksual pelajar.
Kita harus tanamkan konsep tanggungjaawb dirilah..kepada Tuhan, solat, saya rasa
kalau mereka cukup sembahyang solat dengan betul, InsyaAllah benda tu terkawal. Lagi
satu kalau mereka baca Quran, puasa, dengar tazkirah, menuntut ilmu, biasa kadang2
dunia ilmu yang mereka pergi kat sekolah ni pun ilmu tu..mungkin ilmu tu dia gunakan
untuk menanamkan diri mereka, yang paling penting ialah tanggungjawab diri sendiri,
disiplin diri, jangan bawa siri mereka kearahSekarang ni kita tengok kalau internet,
bahan lucah, beli CD lucah, jadi mereka boleh melakukan aktiviti2 yang

boleh

membawa kebaikan kepada mereka. Contohnya mereka boleh buat riadah, membantu ibu
bapa, pergi ke surau2 dan membaca Yassin, contohnya seperti di Uda ni, malam Jumaat
memang banyak aktiviti lah. Jadi mereka boleh menghabiskan aktiviti mereka tu dengan
membolehkan mereka melakukan aktiviti yang baik yang membawa kebaikan kepada
mereka. Tidak bawa mereka kepada pendedahan yang memudharatkan.
(Kaunselor E, 130-143)
7.0 Hasil Temubual Kaunselor Islam Berdasarkan Model Al Ghazali

Berdasarkan Model Al Ghazali (Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008) menghasilkan lapan strategi
untuk menangani tingkah laku seksual. Lapan strategi yang dimaksudkan para kaunselor muslim
berkenaan adalah seperti berikut:
i. Kebesaran Allah Bermaksud sifat-sifat kebesaran yang dimiliki Allah swt yang patut
dijadikan iktibar kepada pelajar untuk mengingati, menginsafi dan takut dengan tingkah laku
seksual yang dilakukan oleh mereka semasa hidup di dunia. Sifat Allah swt seperti maha melihat,
mendengar, dan mengetahui perlu dijadikan iktibar kepada pelajar apabila melakukan
penyelewengan tingkah laku seksual. Keadaan ini menjadikan mereka berfikir tentang tingkah
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

laku seksual sebenarnya diperhatikan Allah swt dan dihitung oleh malaikat atid dan ratib pada
bahu kiri tentang amalan dosa. Lantaran itu, mereka perlu berasa gerun dan bimbang dengan
dosa-dosa lepas berkaitan dengan perbuatan maksiat yang pernah dilakukan mereka. Justeru itu,
pelajar perlu bersyukur untuk menggunakan segala fungsi tubuh untuk tujuan manafaat
bukannya melakukan perbuatan yang sia-sia.
ii. Balasan Azab Neraka Para kaunselor muslim turut bersetuju supaya para pelajar diberi
kesedaran tentang gambaran penghuni-penghuni neraka yang semasa hidupnya bergelumang
dengan perbuatan maksiat. Para pelajar perlu diberi kesedaran bahawa kehiduapan di dunia
adalah sementara dan akhirat merupakan alam yang kekal. Apabila manusia dibangkitkan di
padang mahsyar kelak, setiap amalan semasa hiduap akan di hitung da diadili. S emasa proses
pengadilan, setiap anggota tubuh akan menjadi saksi terhadap tingkah laku manusia di dunia. Peristiwa
isra dan mikraj perlu dijadikan iktibar kepada pelajar tentang gambaran manusia yang dimaksukkan ke
dalam neraka akibat melakukan tingkah laku maksiat semasa hidup mereka. Justeru itu, bentuk
pengetahuan dan tauladan ini merupakan langkah awal suapaya mereke mula berfikir untuk terus
melakukan perbuatan maksiat berkenaan semasa hidup.
iii. Muhasabah Diri Para kaunselor muslim juga bersepakat supaya para pelajar diberi kesedaran tentang
muhasabah diri suapaya mereka menghitung dan menilai amalan baik dan amalan buruk yang pernah
dilakukan ketika hiudp. Mereka wajar berfikir sejenak, merenung dan membuat pertimbangan tentang
perbuatan baik dan perbuatan buruk yang pernah dikerjakan semasa hidup di dunia, amalan dosa dan
amalan pahala yang pernah dikejakan, konsep balasan syurga dan neraka yang akan diperoleh setimpal
dengan amalan yang pernah dilakukan mereka ketika hidup didunia. Pelajar perlu diingatkan supaya
sebagai hamba adakah mereka perlu terus bergelumang dengan perbuatan maksiat, dosa dan mengumpul
dosa semasa hidup di dunia sebagai suatu pilihan sebagai persediaan untuk memilih neraka sebagai
destinasi pilihan ketika mati kelak.
iv. Batasan Pergaulan Mereka juga bersetuju suapaya pelajar diberi kesedaran dan peringatan supaya
menjaga batas-batas pergaulan dalam kehiduapan seharian. Pergualan bebas antara lelaki dan perempuan
merupakan faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada perlakuan tingkah laku seksual. Para pelajar
perlu diberi kesedaran untuk membuat perbezaan antara individu yang mahram dan bukan mahram dalam
perhubungan sosial bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam tingkah laku seksual.

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

v. Batasan Pancaindera Para kaunselor turut berpandanan suapaya sebagai muslim para pelajar perlu
menjaga batas pancaindera dalam kehidupan seharian. Batasan pancaidenra merujuk lima pancaindera
yang dikurnikan Allah swt kepada manusia untuk melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan bau.
Ajaran Islam memesan umatnya suapaya menjaga dan memelihara batas-batas panceidera dalam
kehiduapan seharian dan menggunakannya untuk kesehateraan diri dan perkara-perkara yang diredhai
Allah swt. Banyak kejadian masa kini yang berlaku seperti kejadian maksiat, sumbang mahram dan rogol
adalah berpunca apabila umatnya tidak menjaga dan memelihara batas pergaualan dalam kehiduapan
seharian.
vi. Batasan Aurat Para kaunselor menyarakan supaya sebagai pengikut mazhab Imam Syafie, adalah
penting supaya menjaga batasan aurat antara lelaki dan perempuan. Orang lelaki wajib menutup aurat di
antara pusat dengan lutut manakala aurat perempuan ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
vii. Memilih Rakan Para kaunselor turut berpandangan supaya menekankan pentingnya memilih
sahabat yang memiliki keperibadian dan akhlak yang soleh sebagai usaha membendung gejala sosial
masa kini. Faktor pengaruh rakan sebaya dilihat sebagai faktor penting yang menarik golongan remaja
untuk mudah terpengaruh dengan perbuatan maksiat, amalan seks bebas dan gejala sosial yang lain.
Justeru itu, ajaran Islam amat menekankan kepentingan memilih rakan yang baik boleh mempengaruhi
remaja untuk cenderung melakukan perkara kebaikan atau sebaliknya mengundang remaja untuk terlibat
dengan tingkah laku seksual.
viii. Tanggung jawab diri Para kaunselor muslim turut menekankan supaya memberi kesedaran tentang
tanggung jawab diri sebagai seorang khalifah ketika hidup di dunia. Tujuan hidup manusia di dunia
adalah taat dengan perintah Allah swt, patuh perintah ibu, bapa dan guru dan prihatian dengan nasib
masyarakat serta memiliki jati diri yang teguh. Menerusi kesedaran sedemikian akan menjadikan pelajar
lebih memahami tujuan dan fungsi mereka dijadikan sebagai manusia di dunia, mempunyai pegangan,
memiliki pedoman dan matlamat dalam hidup yang lebih jelas dan mengharap supaya memperoleh
rahmat dan keberkatan dalam hiduap yang sementara di dunia.

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Temubual Kaunselor Islam

Masalah
Penyelewengan
Tingkah laku Seksual

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Rajah strategi intervensi berkenaan menerangkan tentang dapatan hasil temubual lapan kaunselor
muslim. Model Al Ghazali (Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008) dijadikan sebagai teras terhadap
dapatan yang diperoleh. Intipati model Al Ghazali memberi kesan yang signifikan terhadap
dapatan kualitatif kaunselor-kaunselor muslim berkenaan. Tiga aspek utama dalam Model Al
Ghazali (Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008) adalah aspek akidah, akhlak dan syariat Islam.
Aspek akidah dijadikan sebagai teras utama dimana meletakkan Allah swt sebagai sumber
kepercayaan iman seseorang muslim. Dengan meletakkan Allah swt sebagai tempat bergantung
akan memberi impak ke dalam hidup manusia bahawa segala alam maya, kejadian di dunia,
kehidupan manusia dan segala makhluk adalah di bawah kekuasaan Allah swt. Manusia juga
perlu berasa takut dengan siksaan Allah swt yang pedih dan dahsyat menerusi azab api neraka.
Aspek akhlak turut ditekankan supaya sebagai manusia, muhasabah diri, menjaga batasan
pergaulan, batasan pancaindera, batasan aurat, dan memilih rakan adalah penting sebagai
benteng pertahanan diri seorang muslim daripada ancaman sosial tingkah laku negatif. Muslim
yang kuat pembangunan akhlak diri tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala sosial luar
seperti pergaulan bebas kerana ini membentuk jati diri manusia yang kuat.Manakala aspek
syariat Islam adalah tanggungjawab diri manusia sebagai khalifah di dunia yang perlu memikul
tanggung jawab supaya taat dengan perintah Allah swt, patuh dengan perintah ibu, bapa dan
guru, prihatin dengan nasib masyarakat dan memiliki jati diri yang teguh. Semua elemen ini
mengikut pandangan kaunselor mampu membentuk golongan remaja sebagai benteng atau
perisai untuk menghindarkan diri daripada perbuatan tingkah laku seksual.
8.0

Kesimpulan

Hasil temubual bersama lapan orang kaunselor merupakan kaedah sebenar yang tepat untuk
menghasilkan suatu penemuan yang asli dan terbaik terhadap kaedah atau cara-cara untuk
menangani permasalahan penyelewengan tingkah laku seksual. Ini adalah kerana kaunselorkaunselor Islam yang terpilih dalam kajian ini mempunyai pengalaman yang luas dalam
menangani klien melibatkan permasalahan kerohanian termasuklah cara-cara untuk menangani
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

penyelewengan tingkah laku seksual pelajar. Tanpa temubual daripada kaunselor yang benarbenar berpengalaman, maka sudah tentu jawapan kepada setiap permasalahan yang ingin dikaji
penyelidik sukar dicari dan ditemui. Pengalaman yang ditimba oleh kaunselor-kaunselor yang
berhadapan klien bermasalah tingkah laku seksual bukanlah mudah untuk diperoleh.
Kebiasaannya mereka memperoleh pengalaman menerusi sesi kaunseling individu dan sesi
kaunseling kelompok dengan kelompok yang kecil.

Berdasarkan pengalaman kaunselor-kaunselor berkenaan, luahan dan belenggu masalah


yang dihadapi klien kebiasaannya melibatkan beberapa faktor seperti sikap individu, keagamaan
dan ibu bapa. Sikap pelajar adalah berhubung dengan rasa ingin tahu yang tinggi terhadap teman
lelaki atau teman wanita. Kebanyakan mereka terpengaruh dengan pengaruh media seperti
televisyen, majalah dan akhbar yang menyiarkan tentang gaya para artis yang penuh glamour dan
mewah serta hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan sahaja tidak menghiraukan soal
menutup aurat bahkan pergaulan bebas tanpa mengira mahram. Bagi mereka, para artis tempatan
adalah idola yang paling dekat dan hampir dengan mereka kerana berita dan kisah mereka
terpapar didada akhbar dan televsiyen setiap hari menerusi drama dan filem. Golongan remaja
berkenaan mengambil idola iaitu artis yang mereka kagum sebagai model untuk ditiru tingkah
laku mereka. Maka tidak hairanlah rata-rata responden yang menjalani kajian ini pernah bercium,
memeluk, memegang tangan dan melakukan temujanji untuk menonton wayang. Bahkan
terdapat remaja dalam kelompok ini pernah mengadakan kecenderungan tingkah laku zina atau
ringan-ringan dan diajak untuk mengadakan hubungan seks atau main.

Temubual beberapa kaunselor mendapati kurangnya penghayatan amalan solat oleh


remaja ini sebenarnya membuka ruang terhadap kekosongan jiwa ini kepada pengaruh syaitan
untuk menghasut melakukan perkara-perkara kemaksiatan. dimana pelajar hari ini tidak
mengamalkan amalan kerohanian secara sempurna. Justeru itu, kekosongan jiwa mereka itu
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

ditampung dengan melakukan perkara-perkara yang negatif dan tidak berfaedah seperti
melibatkan diri dalam kegiatan rempit, melepak di pasaraya, dan menjadikan tempat seperti
panggung-panggung wayang dan kawasan perkelahan sebagai tempat mengisi kekosongan
jiwa.Di sebabkan faktor keagamaan yang jahil, tiada penghayatan dan amalan agama yang
berkurangan mengakibatkan kebanyakan pelajar tidak dapat membezakan antara batas aurat,
tidak memahami fungsi pancaindera dalam konteks Islam malahan tidak mengetahui tentang
batas pergaulan antara lelaki dan perempuan mengikut syariat Islam. Golongan remaja tidak
mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mudah terikut-ikut dengan pengaruh budaya luar dan
persekitaran yang menyeronokkan. Perkara yang utama, mereka hanya berpegang pada teguran
dan nasihat ibu bapa dalam menetapkan sesuatu tingkah laku. Contohnya, terdapat kaunselor
yang ditemubual menyatakan remaja perempuan tidak menutup aurat kerana sikap ibu bapa yang
bukan sahaja tidak memakai tudung bahkan tidak ambil peduli jika anak perempuan mereka
berseluar pendek ketika keluar dari rumah. Terdapat juga sesetengah remaja yang tidak dapat
membezakan antara aurat seorang lelaki dan aurat seorang perempuan kerana ibu bapa mereka
sendiri tidak memahami dengan jelas asas fardu ain dan fardu kifayah. Maka faktor kejahilan
agama dan rendahnya penghayatan dan amalan agama Islam mengakibatkan remaja moden hari
ini semakin bebas melakukan apa sahaja perbuatan sesuka hati mereka. Di atas kejahilan ibu
bapa dan pelajar, remaja hari ini bebas membawa masuk pasangan lelaki dan perempuan secara
beramai-ramai apabila ibu bapa bekerja ke dalam rumah untuk berbual-bual kosong, melepaskan
tekanan pelajaran dan bergurau senda. Malah mereka akan mengadakan temujanji untuk lepak di
pusat membeli belah dan menonton wayang atas keizinan ibu bapa mereka. Maka semua faktor
inilah yang mencetus dan menyumbang kepada berlakunya penyelewengan tingkah laku seksual.
Kejahilan agama ibu bapa dan pelajar dalam memahami prinsip Islam yang sebenar banyak
memesongkan akal fikiran manusia hari ini. Lantaran itu, banyak perlakuan yang dilakukan oleh
manusia hari ini hanya berdasarkan pada hokum akal yang bersifat logik, benar dan tepat dimata
manusia bukannya pada hukum Tuhan yang telah ditetapkan mengikut syariat Islam.

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

9.0

Rujukan

Abdul Halim Othman. 1986. Beberapa isu kaunseling Barat dan implikasinya terhadap praktik
kaunseling di Malaysia. Kertas kerja Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Eani Rashida Kamarudin. 1992. Tingkah laku manusia: Kajian perbandingan diantara BF Skinner dan
Imam Al Ghazali. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi. UKM.

Hassan Langgulung. 1990. Kaunseling dalam masyarakat Islam. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam masyarakat Islam, YADIM, Kuala Lumpur.

Kamal Abdul Manaf. 1997. Kaunseling Islam: Perbandingan antara amalan dan Teori
Kaunseling Barat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Khaidzir Ismail. 2007, Februari 27. Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku seks.
Utusan Malaysia.

Mahzatun Akmar Kamarudin. 1992. Islam sebagai penyelesaian masalah akhlak dan kerohanian
dikalangan remaja. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi. UKM.

Malik Badri. 1994. Success with Islamic counseling and psychotherapy. London: MWH.

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Mohamed Sharif Mustaffa. 2001. The analysis of Counselling in context: A qualitative case
study approach to practice in Malaysian secondary schools. Australia: Queensland University of
Technology.

Noraini Ismail. 1992. Pembentukan personaliti menurut psikologi Barat. Satu penilaian Islam. Latihan
ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi. UKM.

Noriah Kasnon. 28 Mei 2008. 304 kes buang bayi 2004-2007. Utusan Malaysia.
Pirdaus Ismail. 2006, Mac. Ibubapa harus dihukum sama. Dewan Masyarakat.
Raudhatus Sakinah. 2009. Pusat bimbingan dan perlindungan remaja puteri.Pertubuhan
Jamaah
Islah
Malaysia
(JIM).
Di
akses
di
http://www.jim.org.my/institusi/raudhatus_sakinah.php. Pada 8 September 2009.
Rohana Abdul Majid. 1992. Kaunseling suatu pendekatan dalam system pendidikan Islam masa kini.
Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi. UKM.

Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, Sulaiman Shakib Mohd Noor dan Ahmad Jazimin
Jusoh. 2008a. Pendekatan Kaunseling Islam untuk menangani Masalah Tingkah laku Seksual
Pelajar. Suatu Konsep Pemikiran. Kertas kerja ini dibentangkan di International Seminar On
Islamic Science And Technology (INSIST 08) di PWTC, Kuala Lumpur dianjurkan PPIPS dan
SPACE UTM pada 18-19 Mac 2008.

Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, Sulaiman Shakib Mohd Noor, Ahmad Jazimin Jusoh
dan Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. 2008b. Punca, Kesan dan Langkah Untuk
Menangani Tingkah laku Seksual Pelajar Mengikut Pendekatan Kaunseling Islam. Kertas kerja
ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia (UPSI) pada 2-4 Jun 2008.

Siti Hairaney Bachok. 2004. Amalan kaunseling pendekatan Islam dikalangan kaunselor: Satu
kajian kes di daerah Johor Bahru. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

Yatimah Sarmani. 2005. Pendekatan Kaunseling Islam. Satu analisis kualititatif model
kaunseling berasaskan sifat-sifat manusia oleh imam Al-Ghazali. Tesis Doktor Falsafah yang
tidak diterbitkan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Yatimah Sarmani dan Mohd Tajudin Ninggal. 2008. Teori Kaunseling Al Ghazali. Selangor:
PTS Publications and Distributors Sdn Bhd.
Yin, R.K. 1994. Case study research design and methods. 2nd edition. London: Sage
Publications.

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 di Palace of The
Golden Horses, Serdang, Selangor dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 3-5 November 2009.

You might also like