You are on page 1of 11

Warisan Budaya Melayu

WARISAN BUDAYA

ADAT RESAM
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat
tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua
masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang
dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU


Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat
Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya
masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu
banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu
mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di
sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak
sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk
membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
Segantang beras
Sebiji kelapa
Beberapa urat benang mentah
Damar
Minyak kelapa atau minyak urut
Lilin
Tepak sirih yang lengkap isinya

Adat Budaya
Cina
Masyarakat
Cina
mempunyai
adat resam atau
pantang larang
yang agak
unik.
Kehidupan
seharian
mereka yang
dipengaruhi
oleh
persekitaran
dan alam
sekeliling
menyebabkan
mereka banyak
bergantung
kepada nasib.
Dalam
pelbagai
perkara, tukang
tilik
mempunyai
peranan yang
besar sebagai
pakar rujuk
dalam hal-hal
kelahiran,
perkahwinan
dan kematian.
Adat resam dan
pantang larang
ini diamalkan
secara berbezabeza mengikut
kaum-kaum
tertentu dalam

masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.

Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan
juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,
kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di
dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.
Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka
melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu
sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil
juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini
bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

Hindari Permasaalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang
konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama
kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini
adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak
akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan
makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan
menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki
atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan
berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki
jika perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.


Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh
hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi
yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat
bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut
dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu
diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang
lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina
mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan
menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada
beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat

mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula
tenaga.
Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila
bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut
Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke
dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata
kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga
pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil
kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.
Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang
baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.


Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama
berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang
masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Warisan Budaya India


Di Malaysia, Kumpulan etnik ketiga terbesar adalah masyarakat India Malaysia membentuk
kira-kira 10% jumlah penduduk. Kebanyakannya adalah keturunan imigran India Selatan
berbahasa Tamil yang datang ke Malaysia sewaktu penjajahan British. Menganuti agama
Hindu, mereka membawa bersama budaya warna-warni seperti kuil berhias, makanan
berempah dan sari mewah.

Senibina

Kebanyakan penganut Hindu Malaysia berasal dari India Selatan dan ini kelihatan pada
senibina kuil Hindu tempatan yang menampilkan kesenian berwarna-warni dari kawasan
itu. Dibina pada penghujung abad ke-19, Kuil Sri Mahamariaman di Kuala Lumpur adalah
antara kuil yang paling cantik, dipenuhi hiasan seni yang halus dan teliti di negara ini.
Skema corak yang teliti dalam kuil ini menggabungkan ukiran teliti, tampalan emas, motif
dicat tangan dan jubin mewah dari Itali dan Sepanyol.

Muzik dan Tarian

Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata
Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan
tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal
daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini
dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.

Mridangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari diatas lantai. Seorang pemain
mridangam akan memukul selaput yang kecil dengan tangan kanannya manakala memukul
selaput besar dengan tangan kirinya. Mridangam di letakkan di atas kaki kanan dan buku
lali. Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan
pada rangka badan mridangam dan bertentangan dengan badan pemain.

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini
tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat
di dunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di
utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu
teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam,
mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian
bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

Permainan dan Hobi

Silambam (Bahasa Tamil: ) atau Silambattam (Bahasa Tamil: ) atau


Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat.
Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana
penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri
mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan salah
satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilakam, yang kemudiannya
dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji
menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi
mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran
mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke
pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi
memutar Chilambamboo. Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni
mempertahankan diri tradisi dikalangan orang India sejak turun kemurun. Kini penduduk
tempatan di Malaysia dan Singapura yang berbangsa India, Melayu, Cina dan bangsa asing
juga mengambil bahagian didalam seni Silambam.

Kolam dilakar di atas tanah di perkarangan pintu depan rumah menggunakan beras dan
tepung yang berwarna. Ada juga yang membuat kolam dengan menggunakan bunga dari
pelbagai warna. Rekaan Kolam dipercayai membawa kesejahteraan terhadap kediaman
tersebut.

Kraftangan

Belanga atau tembikar yang diperbuat daripada tanah liat ditemui di kebanyakan rumah
orang India di Malaysia biasanya bertapak bulat dan bersisi lebar. Ia biasanya digunakan
untuk memasak kerana dipercayai tapak bulat membolehkan haba disebarkan dengan lebih
rata. Selain itu, belanga tanah liat juga digunakan sebagai tempat takungan air minum.

Pakaian Tradisional

Perempuan: Sari merupakan pakaian tradisional wanita India yang terkenal di seluruh
dunia. Kain berukuran 5 hingga 9 meter panjang dipadankan dengan kain dalam yang
berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta anak baju yang berwarna sama atau
setentang dengannya. Sari dililit seliling badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam
diletak di atas bahu kiri dengan pelbagai gaya. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah
pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis,
corak dan warna kain yang sememangnya indah dan mempesonakan.

Lelaki: Veshti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di India. Pakaian ini diperbuat
daripada kain empat segi yang kebiasaannya berwarna putih dan panjang. Kain tersebut
dililit di bahagian pinggang. Veshti juga dipakai oleh lelaki India semasa perkahwinan dan
juga semasa hari perayaan. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan "pattu veshti"
iaitu, kain yang diperbuat daripada sutera yang berwarna putih atau kuning susu.

You might also like