You are on page 1of 13

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

Pengenalan
Berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Sains
Sukan, didapati bahawa satu anjakan paradigm perlu diaplikasikan oleh para guru dalam
mentaksir pencapaian pelajaran selaras dengan standard kurukulum yang dirangka oleh Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mahu melahirkan modal insan yang cemerlang
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan mengikut konteks pengajaran dan pembelajaran
seseorang guru dalam sesebuah kelas yang diajarnya.
Kini, istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian.
Pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor, dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu. (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000). Pentaksiran adalah satu proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan
khusus seperti ujian dan tinjauan yang digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan
segala penemuan daripada kaedah tersebut. (Julismah Jani et al, 2014). Melalui pentaksiran yang
berterusan, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar dari
masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data serta menganalisis maklumat mengenai
tahap kemajuan sesuatu program, individu.
Matlamat utama pentaksiran adalah untuk mrndapatkan gambaran tentang kemajuan
pembalajaran pelajar di samping memberikan maklum balas tentang keberkasanan pengajaran
guru.
1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

Konsep
Tugasan bertulis adalah tugasan yang memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab
secara bebas dan mengintepretasikan jawapan mereka ke dalam bentuk tulisan. Garapan idea dan
pendapat hasil daripada dapatan maklumat yang diperolehi boleh dikembangkan melalui hasil
kerja pelajar secara kreatif dan inovatif. Tugasan bertulis melibatkan proses kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis pelajar-pelajar di samping mengaplikasikan strategi pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar samasa dalam kelas.
Dalam melaksanakan tugasan bertulis di peringkat sekolah, guru-guru akan memberi
bantuan dan galakan kepada pelajar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Guru perlu
memberikan arahan dengan tepat dan mudah difahami agar objektif pembelajaran dapat dicapai
dan sama dengan matlamat asal tugasan tersebut seperti yang dikehendaki oleh guru. Melalui
tugasan bertulis ini, tahap pencapaian pelajar dapat ditaksir oleh guru dan seterusnya memberi
maklumat kepada guru mengenai keberkesanan teknik pengajaran yang digunakan.
Para pelajar digalakkan untuk mengolah dan mencipta idea kreatif dan inovatif
berdasarkan kepada sumber rujukan yang ada. Strategi yang digunakan oleh guru seperti
kemahiran berfikir aras tinggi serta penerapan teori kecergasan pelbagai dapat menghasilkan satu
produk tugasan bertulis yang bermutu serta kreatif.
Peranan Guru dan Pelajar
Kajian terkini yang telah dilakukan menyatakan bahawa untuk menghasilkan tugasan
bertulis yang berkualiti, guru berperanan untuk memberikan maklumbalas yang bermanfaat
kepada pelajar, mengajar mereka untuk mencari maklumat untuk memperkayakan penulisan

2 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

mereka, memantau perkembangan pelajar dalam menghasilkan penulisan, dan keupayaan guru
untuk mempraktikkan teknik yang baik untuk mendorong pelajar dalam menghasilkan penulisan
yang berkualiti (Graham, Harris & Hebert, 2011)
Dalam melaksanakan tugasan bertulis, terdapat beberapa peranan yang perlu dilakukan
oleh guru dan pelajar. Antaranya ialah :
1. Menentukan topik bagi tugasan bertulis. Guru perlu menentukan topik bagi tugasan
bertulis yang ingin dilaksanakan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan pelajar.
2. Tentukan format penulisan. Guru perlu menentukan format penulisan yang dikehendaki
dalam tugasan dangan tepat.
3. Penerangan mengenai tugasan. Guru perlu membuat penerangan kepada pelajar mengenai
format penulisan yang dikehandaki supaya pelajar mendapat gambaran yang jelas
mengenai apa yang akan mereka hasilkan.
4. Mengakses dan mengumpul maklumat. Pelajar perlu mengumpu serta mengakses
maklumat yang berkaitan dengan tugasan daripada pelbagai sumber termasuklah dari
buku, jurnal, artikel serta internet bagi memahami secara mendalam dan meluas
mengenai tugasan tersebut.
5. Memprses maklumat. Pelajar perlu membuat pembacaan, menganalisis, serta
menghuraikan maklumat yang diperolehi secara terperinci dan sistematik.
6. Melaksanakan draf penulisan. Pelajar perlu membuat draf enulisan supaya mereka
mendapat gambaran idea yang ingin dipersembahkan melalui penulisan serta membuat
semakan bersama guru yang berperanan sebagai fasilitator kepada mereka.
7. Memurnikan draf dan kandungan penulisan. Setelah mendapat bimbingan daripada guru,
pelajar perlu mengedit draf dan kandungan penulisan agar dapat menghasilkan tugasan
yang baik.
8. Penghasilan penulisan. Pelajar akan menyiapkan tugasan terakhir yang bermutu dan
menepati kehendak tugasan yang diinginkan oleh guru.
3 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

9. Pentaksiran. Guru perlu menilai hasil penulisan pelajar dengan adil dan menilai tahap
pencapaian pelajar. Sekiranya terdapat kelemahan, guru boleh merancang strategi
pengajaran yang lebih menarik agar objektif yang diingin oleg guru dapat dicapai.
Kelebihan Tugasan Bertulis
1. Memudahkan pelajar dalam penguasaan maklumat pembelajaran dan pencambahan idea
seperti pembelajaran akses kendiri.
2. Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber.
3. Dapat mengadaptasi tahap penguasaan pelajar dalam pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran.
4. Dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar dalam penghasilan penulisan.
5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mencabar dan menyeronokkan.
Kelemahan Tugasan Bertulis
1. Terdapat kesalahan dalam mentafsir maklumat yang diperolehi dalam tugasan bertulis.
2. Idea atau pendapat yang dikemukakan dalam tugasan bertulis kurang jelas.
3. Kurang sesuai dilaksanakan oleh pelajar yang kurang berpengalaman dan pelajar yang
taraf pencapaian akademik yang lemah.
4. Perbezaan kebolehan pelajar menyukarkan pelaksanaan tugasan bertulis.
5. Dapatan tugasan dan komen yang diterima daripada guru boleh melemahkan semangat
pelajar dan mengurangkan keyakinan diri pelajar.

Kajian-kajian Lepas
Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Othman. Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan
Guru-guru di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.

4 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

o Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah lebih banyak


menggunakan ujian bertulis berbanding guru-guru sekolah menengah.
o Kajian ini juga mendapati bentuk ujian bertulis yang sering digunakan oleh guru
sekolah rendah ialah soalan isi tempat kosong, soalan betul/salah dan soalan
padanan.
o Guru-guru yang banyak menggunakan ujian bertulis adalah guru yang mengajar
matapelajaran bahasa.
Applebee, Arthur N. and Judith A. Lnger. A Snapshot of Writing Instruction in Middle Schools
and High School. The University at Albany and State University of New York.
o Pengkaji mendapati, pelajar akan banyak menulis dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris berbanding matapelajaran lain.
o Guru-guru menggunakan rubrik dan mengadakan ujian bertulis bagi menilai tahap
penguasaan pelajar.
o Guru-guru menyedari kepentingan ujian bertulis dalam memberi maklumat
mengenai tahap penguasaan pelajar dan membantu pelajar memahami sesuatu
topik.

Rekabentuk Pentaksiran
Model yang sesuai dan bertepatan dengan tugasan bertulis ialah Model K. Penggunaan
Model K dilihat dapat membantu guru dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar
dalam tajuk yang diajar seterusnya membolehkan guru memberi tumpuan kepada pelajar yang
5 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

lemah. Selain itu dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Model K dapat membantu guru
mencapai matlamat dan objektif berdasarkan sukatan pelajaran, kriteria permarkahan mudah,
sesuai dan menepati hasil pembelajaran. Model K juga mesra pengguna, tidak mengambil masa
yang panjang, dan prosedur yang mudah dipatuhi (Julismah, Norkhalid, Mohd Izwan & Syed
Kamaruzaman, 2014).
Instrumen Pentaksiran
Rubrik penilaian ialah alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ia merupakan satu set
kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai
prestasi pelajar pada kertas, projek, esei dan tugas lain. Rubrik membolehkan guru dan pelajar
bersama-sama menilai kriteria secara konsisten untuk tujuan memberi gred.
Kelebihan penggunaan rubrik penilaian:
1. Alat ukur yang baik digunakan oleh guru dan pelajar untuk mengukur tahap pencapaian.
Rubrik dapat membantu pelajar memperbaiki mutu tugasan yang dihasilkan. Guru dapat
menilai tahap penguasaan pelajar secara tepat.
2. Apabila rubric digunakan dalam menilai tugasan kendiri atau menilai pasangan, pelajar
dapat melakukan penilaian dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini
akan melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan.
3. Penggunaan rubrik dapat membantu mengurangkan beban guru dalam menilai dan
mentaksir tugasan pelajar kerana pelajar dapat menilai sendiri tugasan sendiri atau
tugasan rakan melalui nilai markah dan kriteria yang telah ditetapkan oleh guru.
4. Rubrik adalah mudah digunakan dan mudah untuk dijelaskan. Ibu bapa dapat melihat
penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Oleh itu, mereka dapat

6 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

memahami aspek yang dinilai oleh guru dan mengetahui keperluan anak masing-masing
untuk berjaya.
Oleh yang demikian, bagi menilai tugasan bertulis pelajar guru akan menggunakan rubrik
dalam memberi markah kepada pelajar. Rubrik tersebut akan diberikan kepada pelajar agar
mereka dapat menghasilkan esei yang berkualiti dan menepati kriteria yang akan dinilai. Contoh
rubrik yang dibina dilampirkan di bahagian lampiran.
Proses pentaksiran
Tugasan bertulis ini akan dilaksanakan kepada pelajar tahun 4 seramai 30 orang bagi
matapelajaran Pendidikan Kesihatan. Butiran pentaksiran adalah seperti berikut:

Tahun

: 4 Dinamik

Matapelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Topik

: Rakan Sebaya

Tempoh

: 2 minggu (P&P)

Tugasan

: Pelajar diminta untuk menulis sebuah esei yang bertajuk


Rakan Saya.
Panjang esei ialah tidak melebihi 150 patah perkataan.

Guru merancang pengajaran dan pembelajaran untuk topik Rakan Sebaya selama 2
minggu. Pentaksiran akan dilaksanakan oleh pelajar setelah selesai topik disampaikan. Sebelum
pelajar menulis esei, guru akan menerangkan kriteria penilaian kepada murid supaya mereka
mengetahui kandungan yang perlu mereka tulis dalam tugasan bertulis mereka itu nanti.

7 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

Analisis dan Laporan


Hasil tugasan bertulis yang telah dihasilkan oleh pelajar telah disemak dan dinilai oleh
guru berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan. Berikut adalah markah yang diperolehi:

8 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

Nama

Mohd El-Yaseen
Mohd Alif Zikry
Hafizuddin
Mohd Farhan
Mohd Danish Hakim
Mohd Hakimi
Mohd Zikry
Mohd Ridhuan
Ahmad Danial
Ammar Hakim
Nazif Hakimi
Luqman Hakim
Nur Arriessa
Nurul Madihah
Nurul Syahira Amira
Nurul Jihan
Rabiatul Adawiyah
Najla Adnin
Nur Farah Waheeda
Nurul Isyqi
Nur Ilya Maisarah
Siti Hajar
Afiqah Adlina
Nur Insyirah Alwani
Nur Hana Shafifi
Nurul Izzah
Nur Atikah
Nurul Izzati
Nurul Haziqah
Nurul Farhana

Komponen

Jumlah

Kandungan

Organisasi

Tatabahasa

Kelancaran

Kekemasan

10
15
7
18
11
13
14
13
12
9
13
12
10
15
15
17
10
11
18
17
16
14
11
13
18
15
10
12
16
17

15
10
7
10
15
12
15
15
10
5
10
9
5
15
15
10
6
5
17
15
15
15
10
10
15
15
10
15
17
20

15
15
10
15
15
10
10
15
15
10
15
10
10
15
17
20
13
10
20
16
15
15
10
10
16
12
5
10
10
15

10
10
8
15
10
14
15
16
16
10
15
15
10
16
10
15
10
10
16
15
10
10
16
15
17
10
15
10
10
15

15
16
13
15
10
10
15
15
10
10
15
15
10
10
10
15
10
15
15
20
17
10
10
10
15
10
10
5
15
10

65
66
45
73
61
59
69
74
63
44
68
61
45
71
67
77
49
51
86
83
73
64
57
58
79
62
50
52
68
77

Data dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2010. Data dianalisis untuk melihat jumlah
peratus bagi setiap aras. Setelah dianalisis, hasilnya adalah seperti berikut :

9 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

Kategori

Bilangan Murid

Peratus %

Cemerlang

6.7

Baik

30

Sederhana

15

50

Lemah

13.3

30

100

Jumlah

Jadual 1: Jumlah Peratusan Keputusan

Peratus Pencapaian Pelajar


60
50
40
peratus
30
20
10
0
cemerlang

baik

10 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

sederhana

lemah

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

Carta di atas menunjukkan jumlah peratusan kelulusan pentaksiran yang telah ditadbir
kepada 30 orang murid. Dapat dilihat dengan jelas bahawa jumlah pelajar yang memperolehi
keputusan sederhana yang paling ramai dan yang paling sedikit ialah keputusan yang cemerlang.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan jumlah pelajar yang cemerlang hanya 2 orang sahaja.
Salah satu faktor ialah masa penerangan yang agak singkat menyebabkan pelajar belum
memahami sepenuhnya topik yang diajar. Selain daripada itu, berkemungkinan tugasan ini
terlalu sukar bagi mereka. Mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk sesi P&P agar
mereka lebih memahami topik. Faktor soalan atau tugasan yang agak sukar turut menyumbang
kepada dapatan ini. Oleh tu, guru perlu membuat aktiviti pemulihan dan juga menurunkan tahap
atau aras penilaian agar lebih rendah supaya pelajar boleh memahami dengan lebih jelas.
Penutup.
Tugasan bertulis adalah merupakan satu kaedah yang boleh dilaksanakan dalam mentaksir tahap
penguasaan pelajar semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas yang lebih fokus kepada
aspek

pentaksiran

pemikiran

secara

kreatif

dan

kritis

serta

belajar

cara

belajar.

Melalui pentaksiran, guru dapat mentaksir pelajar dan pelajar dapat menilai tahap kemampuan diri dalam
penguasaan subjek atau tugasan yang diberikan. Oleh itu, keberkesanan pentaksiran berpusatkan pelajar
dapat dilaksanakan secara langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pentaksiran yang
11 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

dilaksanakan haruslah mempunyai skala atau norma yang standard dan boleh dijadikan sebagai sumber
rujukan yang telus dan mempunyai

tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Daripada hasil pengukuran yang dibuat, guru dapat merancang aktiviti yang bersesuai untuk
meningkatkan lagi kemahiran berfikir secara kreatid dan kritis pelajar. Selain itu, guru dapat mengenal
pasti tahap penguasaan pelajar. Guru juga boleh merancang untuk menambahbaikkan tahap penguasaan
pelajar dalam topik yang diajar.

Lampiran
Rubrik Penilaian Pentaksiran Tugasan Bertulis
Kriteria

Tahap
Lemah
(5 markah)
Penulisan sangat
lemah dalam
menyatakan isi-isi
penting. Sumber
yang tidak
dipelbagaikan.

Sederhana
(10 markah)
Penulisan
berkaitan dengan
topik.
Mengandungi isiisi penting namun
kurang terperinci.

Baik
(15 markah)
Penulisan
yang
bertujuan
dan
mempunyai isi-isi
penting
yang
dikehendaki.

Organisasi

Penulisan tidak
tersusun dan tidak
menulis
pendahuluan dan
penutup.

Menulis
dengan
format yang betul.
Tetapi agak keliru
dengan penulisan
pendahuluan dan
penutup.

Penulisan
yang
baik.
Terdapat
pendahuluan dan
penutup
yang
baik.

Tatabahasa

Banyak kesalahan
tatabahasa
yang
dilakukan.
Cuai
dalam
menggunakan
perkataan
yang

Kandungan

Cemerlang
(20 markah)
Penulisan yang
mempunyai
keyakinan dan
fokus
kepada
isi-isi
yang
penting dengan
lengkap.
Menggunakan
pelbagai sumber
rujukan.

Penulisan yang
sangat baik di
pendahuluan,
penyusunan
kandungan dan
penutup
yang
fokus.
Menggunakan
Mempunyai
Berkesan
dan
perbendaharaan
kepelbagaian
mempunyai
kata yang agak perbendaharaan
kepelbagaian
baik dan pelbagai. kata yang ditulis perbendaharaan
dengan baik.
kata
yang
disusun dengan

12 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QSE6044 PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

sesuai.

baik.

Kelancaran

Tiada kepelbagaian
ayat dalam
penulisan.

Menggunakan
pelbagai perkataan
majmuk dan
kompleks dalam
membina ayat.

Menggunakan
Struktur
ayat
pelbagai jenis ayat yang baik dan
dalam penulisan.
menggunakan
kepelbagaian
ayat
secara
kerap
dan
teratur.

Kekemasan

Tulisan tidak kemas


dan sukar dibaca.

Tulisan kemas dan


mudah dibaca

Tulisan kemas da
nisi
kandungan
disusun
dengan
baik.

Tulisan baik dan


kemas, teratur,
mudah dibaca
dan bersih.

Rujukan

Applebee, Arthur N. and Judith A. Lnger. A Snapshot of Writing Instruction in Middle Schools
and High School. The University at Albany and State University of New York.
Graham. S, Harris. K and Hebert. M. Informing Writing (2011): The Benafit of Formative
Assessment. Washington DC. Allience for Excellent in Education.
Julismah Jani, Norkhalid Salimin, Mohd Izwan Shahril, Syed Kamaruzaman Syed Ali. (2014).
Model-model Pentaksiran Dalam Pendidikan Jasmani. Tanjong Malim, Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Othman. Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan
Guru-guru di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.

13 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

You might also like