You are on page 1of 18

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan.

Tuliskan sebuah karangan mengenai hari sukan


tersebut.
Rangka Karangan:
Pen

- tarikh /tempat / masa diadakan

Isi 1

- Persediaan sebelum sukan


- agihan kumpulan - latihan - dirikan khemah - hias padang

Isi 2
:
- Semasa Sukan
- Perarakan /perasmian / ikrar
Isi 3

- Acara dipertandingkan - Ibu-bapa -Pegawai

suasana

Isi 4
:
- Pasukan pemenang
- olahragawan/olahragawati -hadiah - guru besar- jamuan
Penutup Perasaan / letih / gembira

Karangan Contoh:
Pada _________Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan. Sukan itu diadakan di
_____________ sekolah.
Sukan itu dirasmikan oleh _____________ PIBG.
Mula-mula murid-murid berjalan
______________ padang.
Selepas itu, acara __________ pun dimulakan. Acara __________ ialah lumba lari 100 meter.
Murid-murid ____________ semasa kawan mereka berlari. Pasukan Merah telah menjadi
__________. Guru besar menyampaikan ___________ kepada pemenang.
Sukan itu __________ pada pukul 2.00 petang.
keliling
bersorak

hari
padang

Pengerusi
pertama

sukan
tamat

johan
hadiah

Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Ceritakan
suasana sambutan tersebut.

Rangka Karangan
Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan
1 Sekolah saya telah mengadakan ______________. (apa)
2 Majlis itu diadakan pada __________ (bila) dan __________. (di mana)
3 Murid-murid berkumpul di __________________. (mana)
4 Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dibuat oleh ________. (siapa)
5 Tujuan sambutan itu diadakan untuk _____________ (mengapa).
6 Acara dimulakan dengan nyanyian lagu __________________. (apa)

7 Murid-murid mengibarkan ____________________. (apa)


8 Kemudian, _________________ (siapa) dijemput untuk menceritakan tentang sejarah kemerdekaan.
9 Murid-murid tahap 1 menyertai pertandingan _______________. (apa)
10 Manakala murid-murid tahap 2 pula menyertai ______________. (apa)
11 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat ________________ (apa) daripada murid-murid.
12 Penyampaian hadiah diadakan pada _______________. (bila)
13 ________________ ( siapa) yang menyampaikan hadiah.
14 Murid-murid yang berjaya menerima _________________. (apa)
15 Saya berasa gembira _____________________ . (kenapa)
16 Berharap agar sambutan ________________ (apa) dapat diadakan lagi pada lain kali.
Murid-murid boleh menggunakan rangka karangan ini untuk mengembangkan isi karangan dan seterusnya
menghasilkan karangan yang baik.

Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tuliskan catatan tentangkem
motivasi tersebut.

Rangka Karangan
Rangka 1

Rangka 2
Format Catatan Tarikh, masa
Pendahuluan
Isi 1: - mendaftar
- ucapan perasmian
Isi 2: - pengisian ceramah nasihat - teknik menjawab soalan
Isi 3: - rehat
- menyanyi dan bermain
Isi 4: - ucapan penutup
- penyampaian cenderamata.
Penutup: perasaan

Karangan Contoh
20 April 2007
7.30 pagi : Kami mendaftar diri. Kemudian, murid berkumpul di dewan.
8.00 pagi : Guru Besar memberi ucapan.Guru besar menasihati kami agar belajar
bersungguh-sungguh.
8.30 pagi : Penceramah menyampaikan ceramah.Beliau memberi pelbagai
nasihat kepada murid. Kami juga diajar cara menjawab soalan Bahasa
Malaysia.
10.00 pagi : Rehat dan makan di kantin.
10.30 pagi : Menyanyi dan bermain
11.30 pagi : Guru Besar menyampaikan cenderamata.
12.00 tengah hari : Kami balik dengan perasaan yang gembira.

Tulis sebuah karangan tentang Faedah Membaca Buku.


Solan karangan tersebut juga boleh diubah kepada Faedah Membaca Buku Sains Angkasa. Hal ini kerana
dalam sukatan Bahasa Melayu Tahun 5 ada Unit 12 : Sains Teknologi dan Reka Cipta. Sudah semestinya
murid telah mempelajarinya.

Rangka Karangan
1. Seorang murid mesti __________________(apa) buku.
2. Membaca buku banyak mendatangkan ________________. (apa)
3. Kita boleh menambah _________________(apa) tentang sains angkasa.
4. Kita dapat mengetahui tentang ___________________(apa)
5. Bidang sains angkasa merupakan bidang yang _________. (apa)
6. Kita juga dapat menambah ___________(apa) tentang angkasa.
7. Kosa kata dapat membantu _______________(apa) soalan tentang sains.
8. Kosa kata baru tentang angkasa amat __________(apa) untuk dipelajari.
9. Membaca buku sains angkasa dapat menarik ___________ (apa) murid untuk
meneroka angkasa.
10. Murid akan menanam cita-cita untuk menjadi__________. (apa)
11. Murid-murid akan __________(apa) untuk mencapai cita-citanya.
12. Membaca buku sains juga dapat mengisi________(apa) lapang.
13. Mereka dapat ___________(apa) diri daripada gejala tidak sihat.
14. _______ (siapa) gembira kerana anak mereka bijak mengisi masa lapang.
15. Kesimpulannya membaca buku sains angkasa banyak mendatangkan
_____________(apa).
16. Oleh itu, ___________(siapa) digalakkan membaca buku sains angkasa.

Karangan Contoh
Karangan contoh ini pula lebih bersifat umum tentang faedah membaca.

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat banyak
kelebihan dan manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku
ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan
mempunyai wawasan.
Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca buku-buku
cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa
Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.
Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca
buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh
ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku
pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain
atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka
membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, membaca jambatan ilmu.

Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang perkhemahan itu.

Rangka Karangan
Pen

- Tarikh/ masa/ tempat perkhemahan

Isi 1
:
- sebelum perkemahan
- berkumpul / taklimat / bas
Isi 2
:
- semasa perkhemahan
- diagihkan kepada kepada kumpulan/ pasang khemah
Isi 3
:
- cari kayu api meredah hutan flora dan fauna- masak air / makanan
Isi 4

Penutup

unggun api

- persembahan nyanyian /lakonan


- mengemas / membersihkan kawasan /

Karangan Contoh

perasaan

Perkhemahan diadakan _________ 12 April 2014. _____________ 3 orang guru dan 30 orang murid
terlibat.
Perkhemahan diadakan di tepi __________. Kami berkumpul di sekolah dan ________________
bas ke tapak perkhemahan. Pemandangan sangat ________ di sepanjang perjalanan. Kami
menurunkan barang setelah ____________ di situ.
Kami mengikut kumpulan selepas mendengar arahan guru. Setiap kumpulan membuat tugasan
yang diberikan. Selepas mendirikan ___________, kami memasak.
Kami ____________ hutan dan melihat banyak tumbuhan. Waktu malam, kami membuat __________
api.
Pada hari terakhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan. Walaupun letih kami terhibur
Kami bersiap-siap untuk pulang.
Saya berasa ___________ dan gembira.

sampai
menaiki

Seramai
unggun

pada
khemah

cantik
hutan

seronok
meredah

Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang perkhemahan itu.

Rangka Karangan
Pen

- Tarikh/ masa/ tempat perkhemahan

Isi 1
:
- sebelum perkemahan
- berkumpul / taklimat / bas
Isi 2
:
- semasa perkhemahan
- diagihkan kepada kepada kumpulan/ pasang khemah
Isi 3
:
- cari kayu api meredah hutan flora dan fauna- masak air / makanan
Isi 4

Penutup

unggun api

- persembahan nyanyian /lakonan


- mengemas / membersihkan kawasan /

perasaan

Karangan Contoh
Perkhemahan diadakan _________ 12 April 2014. _____________ 3 orang guru dan 30 orang murid
terlibat.
Perkhemahan diadakan di tepi __________. Kami berkumpul di sekolah dan ________________
bas ke tapak perkhemahan. Pemandangan sangat ________ di sepanjang perjalanan. Kami
menurunkan barang setelah ____________ di situ.
Kami mengikut kumpulan selepas mendengar arahan guru. Setiap kumpulan membuat tugasan
yang diberikan. Selepas mendirikan ___________, kami memasak.

Kami ____________ hutan dan melihat banyak tumbuhan. Waktu malam, kami membuat __________
api.
Pada hari terakhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan. Walaupun letih kami terhibur
Kami bersiap-siap untuk pulang.
Saya berasa ___________ dan gembira.

sampai
menaiki

Seramai
unggun

pada
khemah

cantik
hutan

seronok
meredah

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Alam sekitar ialah alam sekeliling kita. Kita perlu
memelihara keseimbangan alam kerana Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Hadirin sekalian,
Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai merupakan sumber air manakala lautan
adalah sumber makanan kita. Justeru, semua pihak haruslah memelihara sumber keperluan ini.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para pelancong.
Kedatangan para pelancong akan memajukan sektor-sektor perniagaan negara kerana mereka akan berbelanja
di negara kita. Oleh sebab itu, jagalah alam sekitar untuk menarik kedatangan pelancong ke negara kita.
Hadirin sekalian,
Pemeliharaan alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Kita bernafas menggunakan oksigen
yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, jagalah tumbuh-tumbuhan agar udara disekeliling kita
lebih bersih, sejuk dan segar.
Hutan pula ialah habitat semula jadi haiwan. Oleh sebab itu, alam sekitar yang terpelihara akan memastikan
generasi seterusnya juga dapat melihat pelbagai jenis kehidupan haiwan di dunia ini.
Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Pencemaran udara, air dan lain-lain akan
menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Tumbuhan-tumbuhan seperti pokok pegaga pula merupakan sumber ubatubatan. Oleh sebab itu, jagalah alam sekitar agar sumber ubat-ubatan terpelihara.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar yang merupakan hadiah yang
tidak ternilai kepada generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyelamatkan alam sekitar daripada
dimusnahkan.
Sekian, terima kasih.

Syarahan: Menghormati Guru Amalan Mulia


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya
pada pagi ini ialah Menghormati guru amalan mulia.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang berjasa kepada kita semua. Gurulah
yang mendidik kita sehingga kita pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa
mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan
kepada kita agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini kerana hampir separuh masa
seharian kita bersama mereka. Merekalah yang menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan
sebagainya sepanjang kita berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka sanggup mengajar lebih masa atau hadir ke
kelas tambahan untuk mengajar secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,

Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah haruslah dibuktikan antaranya
dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru
kita dilimpahi segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita harus mengingati jasa-jasa mereka
dengan menghormati mereka seumur hidup agar kita terus mendapat keberkatan daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya
menghormati guru-guru dengan seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan
para guru.
Sekian ,terima kasih.

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar


Kemalangan Jalan Raya
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara
Kita".
Hadirin sekalian,
Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan mematuhi peraturan-peraturan
jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat
dan sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna
jalan raya itu sendiri.
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini tentu boleh menyebabkan
kemalangan jalan raya.
Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang mesti diperiksa ialah tayar,
enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam
pemanduan.
Hadirin sekalian,
Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya. Ini kerana,
keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan. Memandu kenderaaan
dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak
disangka atau mencemaskan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah berwaspada semasa
memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat".
Sekian, terima kasih.

Syarahan: Faedah Menabung


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.

Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada
masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian
untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah
kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya
menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu
dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan
sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang
perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita
berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik
yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang
ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana
memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita
mungkin kurang mampu untuk membelinya.
Hadiri yang dihormati sekalian,
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih
berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan
wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya
berbelanja untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.
Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita boleh
meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika pada
masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana
membantu mereka ketika dalam kesusahan.
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada rakanrakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah
yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.
Sekian, Terima kasih.
Faedah Makan Buah-buahan Tempatan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah makan buahbuahan tempatan. Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah
negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah manggis, durian, tembikai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport.
Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh
menghadamkan makanan yang kita makan.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Oleh sebab itulah, buahbuahan tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual
di gerai buah-buahan di seluruh negara.
Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan
import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos
pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport.
Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan
telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buahbuahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya.
Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat
dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu,
makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.
Sekian, terima kasih.

Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya
rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan
atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah
digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca
atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat membantu
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk
berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara
segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman,
botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan
sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu
sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masingmasing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan
dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah
serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sekian, terima kasih

Ucapan: Ucapan Hari Guru


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cahaya Pintas,
Encik Nor Razif bin Mohd. Adib. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berucap
dalam majlis yang berbahagia ini. Hari guru disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun untuk
menghargai jasa guru kita yang membimbing, mengajar dan mendidik kita menjadi seorang insan dan sanggup
menjadi pelita untuk menerangi hidup kita gelap-gelita.
Jasa guru tidak dapat kita gambarkan. Seperti saya katakan tadi, membimbing, mengajar dan mendidik adalah
antara jasa-jasa seorang insan yang bergelar guru. Guru juga perlu memikul tanggungjawab yang tinggi
contohnya menjadi ibubapa kita di sekolah.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan sekalian, hormati, sayang dan anggaplah
guru itu umpama ibu bapa kita. Kita juga mempunyai tanggungjawab untuk menjadi seorang anak dan murid
yang sempurna.
Guru-guru sekalian,
Saya mewakili rakan-rakan saya, berjanji agar menghormati dan menyayangi guru-guru sekalian dan kami juga
ingin menyusun sepuluh jari supaya guru-guru dapat memaafi kesemua kesalahan kami dari hujung rambut
hingga hujung kaki.
Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat dan terus membimbing dan mendidik lebih lagi anak
muda bagi membentuk insan yang berguna untuk negara dan bangsa serta agama.
Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf sekali lagi andai kata kami terkasar kata atau tidak
beradap kepada guru sekalian. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang
daripada kami. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terimalah serangkap pantun yang berbunyi
Hati masih terburu-buru,
Setiap adrenalin seperti matu,
Terima kasih guru-guru,
Menjadi lilin penerang hati.
Sekian, terima kasih.

Soalan:
Alam sekitar yang bersih dan indah menjamin hidup kita sentiasa
sihat dan ceria.
Bincangkan cara-cara menjaga kebersihan dan keindahan
kawasan tempat tinggal kita.
Kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita
sememangnya hal yang perlu diberi perhatian agar hidup kita
sentiasa sihat dan ceria. Sekiranya tempat tinggal kita kotor dan tidak
ceria maka masyarakat yang mendiaminya mudah diserang pelbagai
penyakit yang berbahaya. Banyak cara yang boleh kita lakukan agar
kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita terjaga.
Untuk menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal, kita
mestilah sentiasa mengamalkan sikap kerjasama dengan masyarakat

yang tinggal di kawasan yang sama. Hal ini demikian kerana tanpa
kerjasama anggota masyarakat maka sukarlah untuk menjaga
kebersihan dan keindahan persekitaran tempat tinggal kita. Amalan
bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan taman
atau kampung perlu selalu dilakukan.
Selain itu, Semua orang yang tinggal di sesuatu kawasan perlu
sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan rumah masing-masing.
Setiap orang perlu membuang sampah di tempat yang disediakan
untuk memudahkan pihak bertanggungjawab memungut sampahsarap dan dibawa ke tapak pelupusan. Sekiranya hal ini diamalkan,
maka sesuatu kawasan tempat tinggal akan sentiasa bersih dan ceria.
Amalan mengitar semula bahan buangan juga salah satu cara
menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal. Bahan buangan
seperti botol, tin aluminium,kertas dan besi-besi lama boleh dikitar
semula. Bahan-bahan ini boleh kita bawa ke pusat kitar semula.
Amalan kitar semula sebenarnya sangat baik diamalkan kerana selain
daripada menceriakan kawasan tempat tinggal kita ia juga membantu
kita menjaga kelestarian alam negara kita.
Penanaman pokok-pokok hiasan juga adalah cara menjaga
keindahan kawasan tempat tinggal. Pokok-pokok hiasan yang hidup
subur dan menghijau sudah tentu menyejukkan mata yang
memandang. Hal ini pastinya mewujudkan kawasan tempat tinggal
berudara bersih , nyaman dan ceria.
Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga
kebersihan dan keindahan tempat tinggal kita. Walaubagaimanapun
pelibatan seluruh anggota masyarakat yang tinggal di sesuatu
kawasan sangatlah mustahak untuk mewujudkan kawasan tempat
tinggal yang bersih dan indah.
Karangan keperihalan "Cara-cara menghormati guru"
Soalan:
Guru seumpama ibu bapa kepada murid-murid semasa berada di sekolah. Oleh yang demikian guru perlu
dihormati.
Tulis sebuah karangan bertajuk Cara-cara menghormati guru.
Semasa kita berada di sekolah, gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru seumpama ibu bapa kepada

kita sepanjang masa kita berada di sekolah. Kerana peranan yang sebegini besar maka guru amat perlu
dihormati sepanjang masa.
Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Salah satu caranya adalah dengan mengucapkan
salam ketika kita bertemu dengan guru. Seorang guru akan merasa senang hati apabila murid-murid
mengucapkan salam dan mendoakan kesejahteraanya.
Seterusnya, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti setiap ajaran guru ketika berada di dalam
kelas juga merupakan satu cara untuk menghormati guru. Guru akan berasa bahagia dan dihargai apabila kita
mendengar dengan teliti ketika mereka mengajar. Guru kita pasti akan mengajar kita dengan penuh
kesungguhan.
Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan santun dan berbudi bahasa ketika
bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru. Murid yang berbudi bahasa dan bersopan santun juga akan
lebih disayangi oleh guru. Sekiranya kita bersikap biadap ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada
guru, sudah pasti akan membuatkan guru berasa terhina dan tidak dihormati. Oleh yang demikian kita
hendaklah menjaga kelakuan kita ketika bercakap dengan guru.
Di samping itu, jika kita melakukan kesilapan atau terlupa menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, kita
hedaklah memohon maaf. Sebagaimana di rumah, sekiranya kita tersilap maka kita meminta maaf daripada
ibu bapa kita. Demikian juga ketika berada di sekolah. Murid yang meminta maaf dan mengakui kesilapan
yang dilakukan akan membuatkan guru berasa senang hati dan berasa lebih dihargai dan dihormati.
Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Oleh yang demikian kita
hendaklah sentiasa menghormati guru-guru kita kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka
mendidik kita.

Karangan UPSR "Syarahan Cara-Cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya"


Soalan:
Kemalangan jalan raya yang ngeri sering berlaku. Antara penyebabnya ialah kelalaian pengguna jalan raya
sendiri. Kamu telah mewakili kelas kamu dalam satu pertandingan syarahan peringkat sekolah.
Tajuk syarahan tersebut ialah , "Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya".
Tulis teks syarahan kamu itu selengkapnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Yang dihormati barisan para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang
ceria ini, saya mewakilli kelas saya tahun 6 Zamrud, akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
"Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya".
Hadirin sekalian,
Saban hari kita mendengar dan membaca banyak berita mengenai kemalangan jalan raya yang ngeri
sehingga mengorbankan banyak nyawa dan pada masa yang sama ramai yang mengalami kecederaan parah
dan kehilangan anggota badan. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2014 oleh Universiti Michigan
Amerika Syarikat, negara kita menduduki tempat ke 17 teratas jumlah kematian di jalan raya di dunia. Kajian

oleh MIROS menunjukkan bahawa kebanyakan kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian pengguna jalan
raya sendiri. Oleh yang demikian adalah penting setiap dari kita menjaga keselamatan di jalan raya.
Antara cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya ialah dengan merancang perjalanan kita terlebih
dahulu. Hal ini demikian kerana banyak kemalangan berpunca daripada pemanduan yang terburu-buru dan
hendak cepat sampai ke destinasi. Perjalanan yang tidak dirancang menyebabkan seseorang itu memandu laju
dan secara melulu kerana bimbang terlewat. Jika sesuatu perjalanan dirancang terlebih dahulu maka
seseorang itu boleh memandu dengan tenang.
Selain itu, kita semua sepatutnya mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalan raya. Banyak
kemalangan jalan raya berpunca daripada kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan. Sebagai
contoh, kemalangan ngeri selalu berlaku di kawasan jalan raya yang berselekoh tajam. Ada pemandu yang
gemar memotong kenderaan lain di tempat-tempat sebegini walaupun berbahaya dan boleh mengundang
padah. Mereka tidak menghiraukan papan tanda "Dilarang memotong" atau garisan berkembar.
hadirin yang dikasihi sekalian,
Kita juga perlu bertindak bijak sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Kita sepatutnya memeriksa
terlebih dahulu kenderaan kita. Kita mesti memastikan semua komponen keadaan kita berfungsi dengan baik.
Sistem brek, lampu isyarat, lampu hadapan dan tayar kenderaan kita perlu berada dalam keadaan terbaik
sebelum memulakan perjalanan.
Sebagai kesimpulannya, Menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab semua orang. Jika
semua pengguna jalan raya menjaga keselamatan, maka kemalangan dapat dielakkan. akhir kata, menjaga
keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab bersama.
Sekian, terima kasih.

Karangan perbincangan" cara-cara untuk mengatasi stres"


`

Karangan Fakta
Stres amat berbahaya kepada kita jika tidak ditangani dengan betul.
Bincangkan cara-cara untuk mengatasi stres
Stres atau tekanan ialah gangguan emosi dari segi pemikiran dan
fizikal kita. Hal ini berlaku apabila kita merasa terbeban terhadap
sesuatu perkara. Stres yang keterlaluan amat berbahaya kerana ia
memudaratkan kesihatan mental dan fizikal kita. Oleh sebab itu kita
perlu mengatasinya dengan betul.
Antara cara mengatasi stres ialah dengan bangun awal setiap hari.
Apabila kita bangun awal untuk ke sekolah kita tidak akan terburuburu atau tergopoh-gapah untuk bersiap dan menguruskan diri.

Sekiranya kita bangun lewat, kita akan merasa tertekan untuk


bersiap-siap ke sekolah kerana bimbang terlambat atau ketinggalan
bas.
Selain itu, kita perlu belajar dan tidur di dalam bilik yang selesa
dan kemas. Sekiranya bilik kita berselerak ia akan menyebabkan kita
merasa tertekan dan tidak selesa untuk belajar. Kita juga tidak
mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Sekiranya tidur kita tidak
mencukupi maka kita akan mudah merasa letih dan tertekan.
Di samping itu kita boleh mengatasi stres dengan membuat
persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Kita akan merasa
risau dan bimbang sekiranya lewat membuat persediaan untuk
menghadapi sesuatu peperiksaan. Kebimbangan sebegini akan
menyebabkan stres atau tekanan.
Kita juga boleh mengatasi stres dengan berkongsi atau
menceritakan masalah yang dihadapi kepada ibu bapa kita. Jika kita
memendamkan masalah yang dihadapi, lama-kelamaan ia akan
menyebabkan kita merasa tertekan atau stres. Dalam hal ini, Ibu
bapa kita sudah pasti mempunyai banyak pengalaman untuk
membantu kita mengatasi sesuatu masalah.
Kesimpulannya, kita perlu mengatasi stres atau tekanan yang
dihadapi dengan cara yang betul agar tidak memudaratkan kesihatan
kita.

Karangan UPSR keperihalan (cerita) "Persediaan menghadapi peperiksaan


UPSR"
Soalan:
Persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan amat penting agar kita berjaya dengan cemerlang.
Ceritakan persediaan yang kamu lakukan untuk menduduki peperiksaan UPSR.
Semua murid berkeinginan mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Demikian juga
dengan saya. Saya akan menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini. Untuk memastikan saya berjaya dengan
cemerlang pelbagai persediaan telah saya lakukan.
Pada waktu petang setelah pulang dari sekolah, saya akan mengulangkaji pelajaran di rumah. Ulangkaji ini
saya lakukan untuk mengukuhkan ingatan saya terhadap pengajaran guru pada hari tersebut. Dengan cara ini
ingatan dan kefahaman saya terhadap sesuatu tajuk bertambah kukuh.

Selain itu, pada waktu malam saya akan menyiapkan semua tugasan sekolah yang diberikan oleh guru.
Sesuatu tugasan yang sukar atau tidak dapat saya selesaikan, saya akan bertanya kepada abang atau kakak
saya. dengan cara ini saya dapat memahami tajuk-tajuk yang sukar dengan lebih baik lagi.
Saya juga membentuk kumpulan belajar dengan rakan-rakan yang tinggal berhampiran dengan rumah saya
dan belajar di sekolah lain. Kami berbincang dan membuat latihan bersama-sama dengan menggunakan buku
rujukan yang kami beli. Dengan cara ini saya dapat berkongsi idea dan pendapat. Banyak tajuk-tajuk dan
corak soalan yang sukar dijawab dapat saya selesaikan apabila mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan
sekumpulan.
Ketika berada di dalam kelas, saya memberi perhatian dan mendengar dengan tekun setiap pengajaran
guru. Saya tidak segan untuk bertanya kepada guru sekiranya saya tidak memahami sesuatu perkara yang
diajar. hal ini demikian kerana saya menganggap setiap patah ajaran guru ialah ilmu yang amat bernilai
harganya.
Saya amat berharap dengan persediaan sebegini, saya akan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR
yang akan diadakan pada bulan September nanti. Saya ingin belajar di sekolah yang terpilih sepertimana
kakak dan abang saya.

Karangan laporan - Laporan lawatan sambil belajar

Laporan
Contoh soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke
sebuah kilang membuat kain batik.
Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sebuah laporan tentang lawatan
tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik
Pada 3 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah
mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak di Kawasan Perindustrian
Pengkalan Chepa.
Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli persatuan cara-cara
membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli
persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi penduduk setempat.
Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga orang guru ini telah
bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dan tiba di kilang batik
tersebut pada pukul 10.30 pagi.
Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut. Dalam taklimatnya,
pengurus kilang iaitu En. Osman Ahmad mengucapkan terima kasih atas kesudian kami melawat ke kilang
batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua orang penyelia kilang tersebut untuk melihat caracara memproses kain batik.

Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik. Corak-corak
batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan juga mendapat pengetahuan
baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik.
Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain batik yang dilukis
khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Kami amat gembira menerima
cenderahati tersebut.

Laporan disediakan oleh,

10 JUN 2015

Amar Muhaimmin
(AMAR MUHAIMIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa

Karangan Cerita / pengalaman


Kamu dan sekeluarga telah menghadiri satu majlis kenduri
perkahwinan sepupu kamu.
Ceritakan pengalaman kamu sepanjang kenduri perkahwinan
itu.
Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan keluarga telah menghadiri
satu majlis perkahwinan sepupu saya di kampung. Kami bertolak ke
sana sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Pada awal pagi hari majlis perkahwinan itu berlangsung, saya
melihat saudara-mara sibuk bergotong royong membuat pelbagai
persiapan. Kaum lelaki dan wanita sibuk memasak makanan dan
lauk-pauk yang akan dihidangkan kepada para jemputan dan
rombongan pengantin lelaki. Sesetengah yang lain pula sibuk
menghias bilik pengantin.
Apabila lauk-pauk dan makanan siap dimasak, saya membantu
saudara-mara menghidangkan makanan dan minuman di atas meja.
Menjelang tengahari, tetamu dan jemputan tiba untuk menikmati
hidangan. Suasana ketika itu sangat sibuk. Ayah dan Pak Long tidak
menang tangan melayan para tetamu yang datang bersalaman dan
mengucapkan tahniah.

Kira-kira pada pukul 3.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba.


Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan
seni silat. Kemudian kedua-dua pengantin disandingkan di atas
pelamin. Suasana ketika itu sungguh meriah. Saya dan adik-adik tidak
melepaskan peluang untuk bergambar bersama pengantin.
Menjelang senja, majlis persandingan pun tamat. Saya dan
saudara-mara yang lain membantu mengemas meja, pinggan
mangkuk dan peralatan yang digunakan. Kami bekerjasama agar
segala-galanya dapat dikemas dan dibersihkan sebelum malam
menjelang.
Kami sekeluarga bertolak pulang menjelang malam. Walaupun
letih, saya berasa seronok kerana dapat menyaksikan satu majlis
perkahwinan yang sangat meriah.

You might also like