You are on page 1of 15

HIKAYAT INDERAPUTERA

SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah
perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh
gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela Syah.
Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama
Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama
menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan
nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain
dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar,
Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama
Bersapian.
Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti
yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si tukang
kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa,
berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat
gambar merak daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam
dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun
serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu
lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar
Inderaputera lalu menerbangkannya. Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita.
Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas di sebuah
negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang pulang daripada
berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan
kisahnya kepada Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara
Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki
nenek kebayan bertambah murah. Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera
berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa
Inderaputera yang begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek
Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang.
Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya Inderaputera
membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.
TEMA
Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh seseorang.
Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.
PERSOALAN
1.
Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Raja Bikrama Puspa tidak
mahu berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera
dilarikan merak emas.
2. Persoalan keutamaan menurut arahan. Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram

Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda.


Persoalan kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Bunga-bunga di
kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah Nenek
Kebayan memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat.

3.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Inderaputera
Berwajah menarik.
Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa
Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi.
Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak
mampu dibunuh oleh orang lain.
Pandai membaca al quran .
Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah
Perdana Menteri makan.
Watak Sampingan
Nenek Kebayan
Penyayang contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai
cucu angkat.
Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain.
Perdana Menteri
Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain.
Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.
LATAR
Latar Masa
14 haribulan.
Hari lnderaputera dilahirkan.
Tujuh tahun.
Tempoh Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas.
Latar Tempat
Negeri Semanta Puri.
Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa.
Di dalam istana Raja Bikrama Buspa.

Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas.


Di dalam kebun Nenek Kebayan.
Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah
menyambarnya.

Di rumah Perdana Menteri.


Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan.
Latar Masyarakat

Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang lain.


Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia
dijatuhkan oleh burung merak emas.

Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku.

Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak.


Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar
biasa.
Inderaputera yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama
Mamdu yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.

GAYA BAHASA
1.

Kata ganda
Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang

2.

Inversi
Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya

3.

Simile
Terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit gilang-gemilang

4.

Bahasa istana
Baginda, santap, semayam

5.

Bahasa Arab
Al-Quran

NILAI

1.

Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan ketara ditonjolkan pada watak Inderaputera yang berjaya menewaskan
gergasi bernama Mamdu dengan menggunakan kebijaksanaan.

2.

Nilai kasih sayang.


Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan
anakandanya Inderaputera.

3.

Nilai pemurah.
Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum
yang datang menilik nasib anaknya.

4.

Nilai berbudi bahasa.


Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya
dan membelanya.

5.

Nilai kejujuran
Inderaputera berlaku jujur dengan menerangkan asal usulnya dan bagaimana dia
boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.

PENGAJARAN
1.

Kita hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang tidak
dijangka-jangka. Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan
berlaku. Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak emas
telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung berkenaan.

2.

Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sebagai contoh,


Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya
belajar mengaji selama tujuh tahun.

3.

Kita mestilah menghargai jasa orang kepada kita. Maharaja Bikrama Buspa
menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan persalinan setelah menilik nasib
Inderaputera.

4.

Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang. Sikap ini
ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri ketika berhadapan Perdana
Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana Menteri tidak selesai makan.
LATIHAN
1. Bagaimanakah Inderaputera boleh berada di kebun Nenek Kebayan?
2.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan agama kepada anak-anak?

Jawapan
1. Inderaputera telah dilarikan oleh merak emas yang dihasilkan oleh tukang emas dan
dijatuhkan ke kebun Nenek Kebayan.
2.

Pada pendapat saya, kepentingan pendidikan agama kepada anak-anak ialah:


a. Mengelakkan anak-anak daripada terjebak dengan gejala tidak baik
b. Membentuk keperibadian dan akhlak yang mulia
c. Mengajar anak-anak mengenal pasti dan membezakan antara perkara baik dan
buruk.

HARGA SEBUAH LUKISAN


Sinopsis
Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia
seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah,
dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz
didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di
taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas
lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah
pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah
yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal
Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.
Tema
Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah
apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah
mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan
Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan.
Persoalan
i.

ii.

Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.


Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk
mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.
Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di


taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka
bertegur sapa dan dengan berbual mesra.
iii.

Baik hati dalam kalangan murid sekolah.


Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal
Hijaz makan bersama-sama mereka.
iv.

Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.


Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas
lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan
meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya

.
v.

Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.


Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya
mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.

vi.

Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.


Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan
mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan

Maryati

yang

Plot
i.

Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang
akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca
diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam
lukisan di sekolahnya.
ii.

Perkembangan

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah.
Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usikmengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan
disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan
bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada

mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima


pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir,
Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi
ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.
iii.

Puncak

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya


telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas
lukisan. Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah
bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang
kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di
sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat
Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.
iv.
Peleraian
Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan
ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati
berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf.
Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.
Teknik Plot
i.

Pemerian
Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang
dicemburui oleh kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.
ii.

Monolog Dalaman
Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman
semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis
peringkat daerah
iii.

Dialog
Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah
mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis
Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Kamal Hijaz
i.

Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii.
Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A
dalam Mata Pelajaran Lukisan.
iii.
Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai
persediaan menyertai pertandingan melukis.
iv.
Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada
PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
v.

Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan
meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

vi.

Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah


mengkhianatinya.

Watak Sampingan
Maryati
i.

Rakan kepada Kamal Hijaz.

ii. Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan
Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
iii. Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan
Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.
iv.
Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan
meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.
Latar

Latar Masa

i.

Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.


Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan
keputusan
pertandingan yang diadakan.

ii.

Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan.


Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sirusa.

iii.

Dua minggu.
Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan
pengumuman keputusan
pertandingan diumumkan
.

iv.

Tiga hari
Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan
di sawah padi dan
gambaran dua pahlawan sedang bertikam
.

Latar Tempat
i.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis
dijalankan.
Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan
pertandingan melukis itu.
ii.
Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum
pertadingan
dimulakan.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang
terletak berhampiran
taman mini sekolah.
iii.

Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk

membersihkan bekas
makanan.
Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh
membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,
Latar Masyarakat
i.
Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab
mendidik
anak-anak tempatan.
Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan
melukis
peringkat daerah.
ii.
Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara
formal di
sekolah.
Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang
bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa
.
iii.
dengan

Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha

bersungguh-sungguh untuk berjaya.


Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah
padi dan
gambaran pahlawan sedang bertikam
.
iv.
Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu
yang sanggup
mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.
Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum
pertandingan
bermula.
Nilai

i.
Nilai persahabatan.
Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap
bersahabat
dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.
ii.
Nilai ketabahan.
Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas
lukisannya.
Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya
.

iii.
Nilai kesabaran.
Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar
kertas
lukisannya sebelum pertandingan melukis
.
iv.
Nilai kegigihan.
Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari
melukis
pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam
Pengajaran
i.
Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu
yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari
idea
yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.
ii.
Kita hendaklah berbudi bahasa.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz
makan bersama-sama mereka.
iii.
Kita hendaklah bersemangat tinggi.
Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas

lukisannya yang
dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan
lukisannya dengan yakin dan berjaya.

meneruskan

iv.
Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati
Kamal Hijaz
dan seterusnya dia meminta maaf.
v.
Kita hendaklah berhati mulia.
Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan
mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Maryati

yang

telah

Gaya Bahasa
i.
Peribahasa
Contoh : Membulatkan hatinya
ii.
Hiperbola
Contoh : Menusuk rongga hidung
iii.

Pengaruh bahasa asing


Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

iv.
Simile
Contoh : macam nenek kebayan
v.
Kata ganda
Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.
Soalan
i.

Mengapakah pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz?

ii.
Apakah yang dilakukan oleh Maryati sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela
pergi ke kantin
untuk mencuci pinggan dan gelas?

Jawapan
i.
Pelajar-pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz kerana dia mempunyai
bakat yang besar
dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.
ii.
Sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan
dan gelas,
Maryati menukar kertas lukisan Kamal Hijaz dengan kertas lukisannya yang
telah disapu
dengan lilin.
SAJAK "ORANG TUA"

Genre sastera: Puisi moden


Penulis: Puspa Rani a/p Munusamy
Bilangan rangkap: 4
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 24
Pengenalan
Sajak keenam dan terakhir dalam antologi komsas tingkatan 3 ini menggambarkan sisi
malang warga tua yang terbiar dan tidak dipedulikan. Hakikatnya, bilangan warga tua
yang mampu berdikari dan masih dilayan dengan baik jauh lebih besar bilangannya.
Namun, nasib yang dialami oleh sebahagian warga tua menunjukkan tahap kepedulian
sosial yang rendah, di samping kemungkinan ramai anak derhaka yang tidak tahu
mengenang budi.
Sajak yang ditulis tidak menyatakan dengan jelas sama ada fenomena warga tua terbiar
itu difokuskan kepada Malaysia sahaja (kecuali baris 3, rangkap 2), atau di tempat lain.
Maka, pembaca boleh membuat andaian umum bahawa masalah warga tua malang
bersifat sejagat. Kepekaan penyajak terhadap kepincangan yang berlaku harus dapat
menginsafkan pembaca muda tingkatan 3 supaya memupuk sikap membalas jasa dan
menjaga harga diri warga tua.
Perbincangan rangkap demi rangkap

Nampakkan kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.
Penyajak mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang dilihatnya di
tepi jalan dalam keadaan fizikal (penampilan diri) yang tidak terurus. Wanita tua itu
menggalas sebuah beg buruk sambil merayau tanpa arah tujuan yang khusus.
Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan di restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.
Seorang lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang-camping kelihatan terjelepuk
kelaparan di sudut sebuah tangga. Dia hanya berharap dapat mengutip sisa makanan yang
ditinggalkan oleh pelanggan sebuah restoran mamak untuk mengisi perutnya yang
berkeroncong.
Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.
Di sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat seorang warga tua
yang terbabit dengan nahas. Mayat si tua tidak dipedulikan. Di hospital, tiada waris yang
muncul.
Nampakkah ia sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi
nampakkah kau?
Penyajak menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang sama seperti
kita, iaitu sebagai makhluk ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka begitu malang angkara
anak-anak derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa. Penyajak
mahu pembaca memiliki kesedaran yang sama.

Nilai murni: kepedulian / kepekaan / keprihatinan


: mengenang budi / jasa
: kasih sayang
Persoalan: kepedulian / kepekaan / keprihatinan terhadap nasib warga tua
: mengenang budi / jasa ibu bapa
: kasih sayang sesama masyarakat
Pengajaran: kita hendaklah peduli / peka / prihatin terhadap nasib warga tua
: kita hendaklah mengenang budi / jasa ibu bapa
: kita hendaklah menyayangi warga tua
kbkk:
menjelang tahun 2035, Malaysia akan muncul sebagai negara tua, iaitu nisbah penduduk
warga emas yang meningkat dengan mendadak rentetan jangka hayat dan kualiti hidup
yang makin baik.
keperluan undang-undang mendakwa anak-anak yang didapati sengaja membiarkan ibu
bapa mereka hidup melarat dan sebatang kara.
penubuhan persatuan warga emas / kelab warga emas / kampus warga emas supaya
masyarakat berusia lanjut menjaga stamina fizikal dan minda yang tajam
kempen / pendidikan kesedaran generasi muda tentang keperluan penjagaan warga tua
kaunseling / penyelidikan warga emas bagi meawat rasa sepi / takut tentang usia lanjut

You might also like