You are on page 1of 5

4

ABSTRAK

Terdapat sebilangan besar negara OIC telah mengalami peningkatan yang


ketara dalam penggunaan tenaga dan pengeluaran karbon dioksida kesan
daripada aktiviti perdagangan antarabangsa belakangan ini, khususnya
negara-negara OIC yang mempunyai komited dalam Perjanjian Protokol
Kyoto yang terdiri daripada negara pengeluar dan pengeksport minyak
mentah dunia. Namun demikian, Perjanjian Protokol Kyoto ini didapati kurang
berkesan kerana pelepasan karbon dioksida yang masih tinggi di sebilangan
besar negara OIC. Oleh itu, penyelidikan ini cuba mengkaji hubungan antara
tingkat pelepasan karbon dioksida, penggunaan tenaga, perdagangan
antarabangsa, kepadatan penduduk dengan tingkat pertumbuhan ekonomi
berdasarkan klasifikasi kumpulan negara yang telah dibuat berdasarkan
status pendapatan negara tersebut. Antaranya ialah negara berpendapatan
tinggi, D8, negara berpendapatan sederhana tinggi, negara berpendapatan
sederhana rendah dan LDC. Kajian ini turut mengkaji hubungan yang
mungkin wujud dalam jangka panjang dan jangka pendek antara
pertumbuhan ekonomi, pelepasan karbon dioksida, penggunaan tenaga,
perdagangan antarabangsa dan kapasiti penduduk dengan menggunakan
penganggar Kaedah Kumpulan Min Terkumpul atau lebih dikenali sebagai
PMG. Kaedah PMG yang digunakan telah menggunakan data siri masa antara
tempoh 1990 hingga 2013. Dengan mengambil contoh hasil kajian telah
mendapati bahawa dalam jangka panjang, pelepasan karbon dioksida
mempunyai hubungan yang positif dengan kesemua pemboleh ubah
pendapatan negara, penggunaan tenaga, perdagangan antarabangsa dan
kapasiti penduduk di negara berpendapatan sederhana tinggi. Namun
demikian, dalam jangka pendek pelepasan karbon dioksida mempunyai
hubungan yang negatif dengan semua pemboleh ubah di negara
berpendapatan sederhana tinggi kecuali pemboleh ubah pendapatan negara
benar kuasa dua dan penggunaan tenaga. Nilai pekali pelarasan untuk
memulihkan keseimbangan dalam model dinamik kajian ini mempunyai
tanda negatif. Ini menunjukkan keseimbangan jangka panjang boleh dicapai.
Dengan itu, daripada hasil kajian dapatlah disimpulkan bahawa tahap
pelepasan karbon dioksida mampu memberi kesan kepada pertumbuhan
ekonomi. Oleh itu, perjanjian Protokol Kyoto masih belum cukup untuk

memastikan pengawalan pelepasan karbon dioksida berada pada tahap yang


memberangsangkan.
Rentetan
itu,
kajian
masa
hadapan
harus
mempertimbangkan kesan bersih pengurangan bahan api fosil dengan
meningkatkan penggunaan bahan api alternatif serta pengawalan undangundang alam sekitar yang ketat oleh pemerintah demi menjamin kadar
pertumbuhan ekonomi yang mampan di sesebuah negara.

ABSTRACT

SENARAI JADUAL
No.
Jadual

Halama
n

1.1

Pembebasan CO2 (%) di negara OIC terpilih bagi tahun 1990

3.1
3.2
4.1
5.2

2010.
Penghasilan Tenaga Utama , (kt of oil equivalent)
Penggunaan Tenaga Utama (kt of oil equivalent)
Definisi Pemboleh ubah
Huraian Statistik

27
28
37
40

SENARAI RAJAH
No. Rajah

Halaman

1.1

Pembebasan CO2 (%) di negara OIC terpilih bagi tahun 1990 -

2.1
2.2

2010.
Keluk Kuznets Asal
Keluk Kuznets Alam Sekitar.

13
14

You might also like

  • Bab 1
    Bab 1
    Document13 pages
    Bab 1
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet
  • Abstrak 12
    Abstrak 12
    Document5 pages
    Abstrak 12
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet
  • Bab 5.21
    Bab 5.21
    Document13 pages
    Bab 5.21
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet
  • Sejarah Hutang PDF
    Sejarah Hutang PDF
    Document10 pages
    Sejarah Hutang PDF
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet
  • Bab 1
    Bab 1
    Document13 pages
    Bab 1
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet
  • Family Communication
    Family Communication
    Document18 pages
    Family Communication
    Nur Raudhah
    No ratings yet
  • Abstrak 12
    Abstrak 12
    Document2 pages
    Abstrak 12
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet
  • Bab 1
    Bab 1
    Document13 pages
    Bab 1
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet
  • KebolehpasaranGraduanUNM
    KebolehpasaranGraduanUNM
    Document3 pages
    KebolehpasaranGraduanUNM
    Hainnur Aqma Rahim
    100% (4)
  • Bab 1
    Bab 1
    Document13 pages
    Bab 1
    Hainnur Aqma Rahim
    No ratings yet