You are on page 1of 11

TMK DALAM KALANGAN GURU BAHASA ARAB DI SEKOLAH

MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU (SMANT)


AZMAN BIN CHE MAT,
UiTM Terengganu, Kampus Dungun
OTHMAN BIN CHE YUSOFF,
OUM, Kampus Terengganu
AHMAD FAKRULALZIZI ABU BAKAR
UiTM Terengganu, Kampus Kuala Terengganu
AHMAD ZULFADLI NOKMAN
UiTM Terengganu, Kampus Dungun
NUR SHAIRFURA MUSILEHAT
UiTM Terengganu, Kampus Kuala Terengganu

ABSTRAK
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah terbukti
mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bahasa. Adakah penggunaan TMK dalam kalangan guru
bahasa Arab mendapat sambutan? Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan
maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang
tahap pengetahuan dan penggunaan mereka dalam PdP kosa kata bahasa
Arab berbantukan TMK. Sebanyak 107 orang responden terlibat yang terdiri
daripada guru bahasa Arab dari 10 buah Sekolah Menengah Agama Negeri
Terengganu (SMANT) di seluruh negeri. Kajian ini dikendalikan menggunakan
kaedah tinjauan bagi tujuan pengumpulan data menerusi borang soal-selidik
yang diedarkan kepada responden kajian yang dipilih dan seterusnya data ini
dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru
mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan TMK dalam
membantu pengajaran dan pembelajaran mereka khususnya dalam
pengajaran kosa kata. Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang
tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan TMK
bagi memastikan agar ia dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Katakunci: PdP; Kosa Kata; TMK: SMANT
Pendahuluan
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menyebabkan sistem dan proses
dalam pendidikan di negara kini turut berlaku perubahan yang ketara dan pesat. Fenomena ini
telah memberi impak yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa termasuk
juga bahasa Arab. Namun begitu, perkembangan ini berjalan seiring dengan prinsip-prinsip
pendidikan. Bagi memanfaatkan perkembangan positif ini, pelbagai usaha telah, sedang dan akan
dilakukan. Perkembangan teknologi yang melibatkan pelbagai aplikasi internet dan komputer
semakin menjadi popular untuk diterapkan di dalam PdP dewasa ini.
Bahan bantu mengajar (BBM) yang berorientasikan teknologi moden dan digunakan
dalam PdP bahasa Arab dilihat menjurus kepada objektif dan matlamat untuk menjadikan sistem
pendidikan di Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia. Demi untuk merealisasikan wawasan
ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dan pelbagai agensi di bawahnya telah

menjalankan kajian secara lebih terperinci untuk mengaplikasikan TMK dengan menggunakan
pelbagai media bercirikan teknologi maklumat dalam PdP di institusi pendidikan. Pendedahan
terhadap kepentingan dan keperluan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan TMK
telah diberikan kepada para guru dan pelajar, seiring dengan matlamat menjadikan proses PdP
lebih menarik dan berkesan.
Internet dan komputer mempunyai kepentingan utama dalam proses PdP bahasa Arab dan
amat menuntut penggunaannya bagi memastikan proses PdP tersebut tidak tertinggal ke belakang
dalam menyusuri arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang saban waktu
mengalami perubahan pesat. (Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman, 1999).
Di samping itu juga, sesi dan proses PdP dalam bilik darjah turut mengalami perubahan dengan
penggunaan komputer secara meluas. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) turut merubah lanskap dan scenario PdP. Proses PdP secara tradisional yang
berkonsepkan chalk and talk kini menjadi kurang efektif dan menarik dengan wujudnya proses
PdP yang berlandaskan dan berbantukan komputer yang lebih bersifat interaktif dan memberi
impak yang lebih berkesan. (Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhari, 2010).
Pendekatan, teknik, kaedah dan strategi PdP turut terkesan dengan bahan bantu mengajar
(BBM) yang berorientasikan teknologi moden. BBM moden ini telah menjadi pemangkin kepada
perubahan corak dan gaya mengajar dan belajar oleh guru dan pelajar di sekolah. PdP
berteraskan teknologi yang lebih moden dan canggih memaksa para guru menukar corak PdP
yang bersifat tradisonal ke arah PdP yang lebih bersifat moden. Mempelajari bahasa Arab secara
lebih mudah dan efektif merupakan matlamat yang terpaksa dicapai dengan usaha yang kuat
setelah mendepani halangan dan masalah yang terpaksa dilalui oleh para guru dan juga pelajar.
Menurut Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), perkembangan teknologi multimedia
menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat,
cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya.
Dewasa ini, generasi muda akan lebih berminat dan tertarik dengan teknologi komputer,
komunikasi dan teknologi disebabkan perisian komputer yang direka memaparkan kandungan
yang bersifat logik dan ilmiah serta sesuai dengan zaman yang serba canggih ini.
Guru-guru bahasa Arab seharusnya berkebolehan dalam mengendalikan pelbagai
teknologi dalam proses PdP mereka. Hasilnya para pelajar sudah pasti ajan merasa kagum dan
seterusnya akan menambah minat mereka untuk menguasai bahasa Arab dengan lebih baik.
Persekitaran pembelajaran yang memungkinkan para pelajar belajar secara berterusan, turut
menjadi faktor sampingan yang membantu mereka menguasai bahasa Arab dengan baik.
Sorotan literatur
Guru perlu menggunakan kaedah dan aktiviti pengajaran yang efektif dan berkesan demi untuk
mencapai matlamat penguasaan kosa kata yang maksima dalam kalangan pelajar. Hal ini
dijelaskan oleh Asma Abdul Rahman dan Nik Mohd Rahimi (2012), yang mengakui bahawa
antara faktor yang menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
ialah teknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan yang melibatkan penggunaan
alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Muhammad Haron Husaini (2010), mengatakan, penggunaan teknologi menjana minat
minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan di dalam kelas terutama pelajar itu sendiri
mempunyai kelemahan terhadap pengajaran yang tertentu. Penggunaan teknologi pengajaran
dalam kelas dan makmal bahasa sebagai pembelajaran bahasa asing memberi manafaat kepada
pelajardan pengajar. Pengajaran yang menarik dan terkini menjadikan pengajaran lebih menarik.

Di samping itu juga mempelajari bahasa asing sememangnya mencabar untuk para pengajar
menjadi lebih berani dan pandai memikat minat pelajar menerusi penyampaian dan alat bantuan
mengajar. Dengan bantuan peralatan teknologi, pengajar dapat memastikan kualiti setiap
penerangan dan maklumat yang disampaikan.
Ini jelas terbukti sebagaiman kajian yang dijalankan oleh Azhar bin Abdul Rahim (2005),
yang menyatakan sebanyak 59.8% responden sangat berminat untuk mendalami bahasa Arab dan
multimedia. Sebanyak 27.6% pula berminat.Manakala 4.6% tidakpasti, 2.3% tidak berminat dan
5.7% sangat tidak berminat. Keputusan ini menunjukkan persepsi yang sangat positif terhadap
bidang bahasa Arab dan multimedia. Kedua-dua bidang ini merupakan gabungan yang diminati
oleh majoriti pelajar pada masa ini.
Di samping itu juga multimedia dapat mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran (Mohd Arif, 2000). Dengan kata lain ,multimedia digunakan bagi
memudah dan menyelesaikan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pengajaran Bahasa
Arab Komunikasi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi komputer yang berkesan
multimedia boleh membantu pengajaran dengan efisien kerana ia berkuasa untuk menyimpan
dan menyalurkan maklumat dengan begitu banyak. Penggunaan media dalam pengajaran akan
dapat mengatasi masalah pelajar yang mempunyai cara belajar yang berlainan.
Penambahan elemen multimedia dalam PdP dapat menarik minat dan keiginan pelajar
terhadap mata pelajaran tersebut. Malahan pembelajaran berasaskan teknolgi maklumat ini,
menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal, lebih mahir dalam mencari dan menyusun
maklumat serta bermotivasi dalam pembelajaran (Siti Fatimah et al., 2010). Oleh itu kajian ini
dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab
tentang pengetahuan dan peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab
berbantukan TMK.
Metodologi
Metodologi kajian ini melibatkan beberapa konsep penting, iaitu pendekatan, persampelan,
instrumen dan analisis.
Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini dikategorikan sebagai kuantitatif. Hal ini
bermaksud data-data yang diperolehi diterjemahkan dalam bentuk angka sebelum dihuraikan
secara deskriptif.
Persampelan yang dilaksanakan dalam kajian ini melibatkan sejumlah populasi yang
dikenalpasti sebelum proses pemungutan data dilakukan. Ringkasan persampelan dijelaskan
dalam jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Populasi dan Sampel Kajian
Bil

1
2
3
4
5
6
7
8
9

LOKASI POPULASI

SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang


SMA Khairiah, Kuala Terengganu
SMA Marang
SMA Maarif, Besut
SMA Ittifakiah
SMA Setiu
SMA Sultan Ismail, Dungun
SMA Mahmudiah, Kuala Berang
SMA Al-Falah, Kemaman

JUMLAH POPULASI

JUMLAH SAMPEL

7
11
7
15
16
13
13
12
7

7
11
7
15
16
10
10
10
7

10

SMA (A) Sultan Zainal Abidin


14
14
JUMLAH
115
107
Instrumen kajian ini pula ialah soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh pihak penyelidik.
Menurut Mohd Majid Konting (2004) juga, bagi mendapatkan maklumat daripada responden
selain membuat pemerhatian tingkah laku mereka maka kaedah ini merupakan kaedah yang
berkesan. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan untuk dijawab oleh semua responden yang
terlibat di dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif.
Penggunaan sejumlah soalan di dalam soal selidik sebagai instrumen kajian dapat menjimatkan
kos dan masa dalam pengumpulan data.
Analisis yang dijalankan terhadap data ini bersifat deskriptif. Setiap butiran data dihuraikan
untuk menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan.
Dapatan
Demografi
Demografi responden kajian ini meliputi jantina, umur, kelulusan akdemik, kursus TMK dan
kursus kaedah mengajar yang dihadiri. Maklumat tersebut diterangkan dalam jadual di bawah.
Jadual 2: Peratusan bagi demografi responden
Bil
1.

Jantina

2.
Umur

3.

Kelulusan
Akademik
Tertinggi

4.

Bilangan kursus TMK


yang dihadiri sepanjang
perkhidmatan

Bilangan kursus kaedah


mengajar yang dihadiri
sepanjang perkhidmatan

Perkara
Lelaki
Perempuan
Jumlah (N)
Bawah 25 tahun
26 hingga 30 tahun
31 hingga 35 tahun
35 tahun ke atas
Jumlah (N)
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Sarjana
Doktor Falsafah
Jumlah (N)
Tidak pernah
1 hingga 2 kali
3 hingga 4 kali
5 hingga 6 kali
Lebih dari 6 kali
Jumlah (N)
Tidak pernah
1 hingga 2 kali
3 hingga 4 kali
5 hingga 6 kali
Lebih dari 6 kali
Jumlah (N)

Kekerapan
34
73
107
1
21
20
65
107
29
73
2
3
107
10
25
38
12
22
107
6
34
30
11
26
107

Peratus
31.8
68.2
100
0.9
19.6
18.7
60.7
100
27.1
68.2
1.9
2.8
100
9.3
23.4
35.5
11.2
20.6
100
5.6
31.8
28
10.3
24.3
100

Berdasarkan jadual 2, jumlah responden adalah seramai 107 orang guru yang terdiri daripada 34
(31.8%) orang guru lelaki dan 73 (68.2%) orang guru perempuan. Didapati bahawa hanya
seorang guru (0.9%) yang berumur bawah 25 tahun, 19.6% daripada responden, iaitu seramai 21
orang berumur 26 hingga 30 tahun. Manakala responden yang berumur 31 hingga 35 tahun
adalah seramai 20 orang (18.7%) dan responden yang berumur 35 tahun ke atas adalah sebanyak
65 orang atau 60.7%. Kajian juga mendapati dari segi kelulusan responden 29 orang (27.1%)

hanya memiliki diploma, Ijazah Sarjana Muda pula seramai 73 orang responden (68.2%).
Manakala yang berkelulusan sarjana adalah seramai 2 orang (1.9%) dan Doktor Falsafah seramai
3 orang (2.8%).
Dari aspek kehadiran kursus TMK yang pernah dihadiri sepanjang perkhidmatan 9.3%
responden tidak pernah menghadiri sebarang kursus TMK, responden yang pernah menghadiri 1
hingga 2 kali 23.4, responden pernah menghadiri 3 hingga 4 kali 35.5%, responden pernah
menghadiri 5 hingga 6 kali meliputi 11.2% dan responden pernah menghadiri lebih dari 6 kali
20.6%.
Manakala bilangan kursus kaedah mengajar yang dihadiri responden sepanjang
perkhidmatan pula 5.6% tidak pernah menghadirinya, 31.8% hanya menghadiri1 hingga 2 kali,
28% responden menghadiri 3 hingga 4 kali, 10.3% responden menghadiri 5 hingga 6 kali dan
yang pernah menghadiri lebih dari 6 kali meliputi 24.3%.
Tahap Pengetahuan TMK
Berdasarkan kepada analisis soal selidik terhadap item-item berkaitan dengan pengetahuan
terhadap TMK, kajian ini mendapati responden telah memberi maklum balas berikut seperti yang
dijelaskan dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Peratusan bagi tahap pengetahuan TMK guru bahasa Arab
Bil

1.

2.

3.

Perkara
Saya tahu cara mengendalikan
masalah teknikal berkaitan
dengan TMK khususnya Teknologi
Pendidikan yang dihadapi

Saya tahu pelbagai jenis TMK


khususnya Teknologi Pendidikan

Saya sentiasa mengikuti


perkembangan TMK khususnya
Teknologi Pendidikan

Sangat Tidak Bersetuju


Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

Kekerapan
2
6
27
49
23

Peratus
1.90
5.60
25.20
45.80
21.50

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Jumlah (N)

107
2
10
20
45
30
107
4
9
20
47
27
107

100
1.90
9.30
18.70
42.10
28
100
3.70
8.40
18.70
43.90
25.20
100

Berdasarkan jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa 49 (45.80%) responden tahu


cara mengendalikan masalah teknikal berkaitan dengan TMK khususnya Teknologi Pendidikan
yang dihadapi, 27 (25.20%) responden tidak pasti, 23 (21.50%) responden sangat bersetuju, 6
(5.60%) reponden menyatakan tidak bersetujju dan hanya 2 (1.90%) responden sahaja yang
menyatakan sangat tidak bersetuju.
Manakala dapatan kajian dari aspek pengetahuan pelbagai jenis TMK khususnya
Teknologi Pendidikan pula 45 (42.10%) responden menjawab setuju, 30 (28% ) responden
sangat bersetuju, 20 (18.70%) responden menjawab tidak pasti, 10 (9.30%) menjawab tidak
bersetuju dan 2 (1.90%), menjawab sangat tidak bersetuju.
Dari segi sentiasa mengikuti perkembangan TMK khususnya Teknologi Pendidikan pula
47 (43.90%) responden menjawab setuju, 27 (25.20%) responden sangat bersetuju, 20 (18.70%)

responden menjawab tidak pasti, 9 (8.40%) menjawab tidak bersetuju dan 4 (3.70%), menjawab
sangat tidak bersetuju.
Tahap Penggunaan TMK dalam PdP
Item-item soal selidik bagi tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru bahasa Arab meliputi
kemampuan mereka menggunakan TMK untuk mendapatkan maklumat, sebagai alat bantu
pengajaran, medium penyampaian dan menjalankan sesi pengajaran bahasa Arab.
Jadual 4: Tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
Bil

Perkara
Saya tahu menggunakan
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
TMK dalam pendidikan yang
Tidak Pasti
boleh digunakan untuk
Bersetuju
memahami bahasa Arab
Sangat Bersetuju
Saya tahu menggunakan
internet untuk mamahami
bahasa Arab

Saya boleh mencari bahan


untuk memahami bahasa
Arab dengan bantuan TMK

Saya boleh menyampaikan


ilmu bahasa Arab
menggunakan TMK

Saya boleh mengurus


maklumat bahasa Arab
dengan menggunakan TMK

Saya boleh memilih TMK


yang mampu meningkatkan
kualiti PdP bahasa Arab

Saya boleh menggunakan


strategi pengajaran yang
menggabungkan kandungan
bahasa Arab, TMK dan
pedagogi yang telah
diketahui

Saya boleh menerapkan

Kekerapan
7
21
53
26

Peratus
6.50
19.60
49.50
24.30

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
6
17
53
31
107
6
19
49
33
107
12
19
50
26
107
10
22
46
29
107
10
24
48
25
107
12
23
48
24

100
5.60
15.90
49.50
29
100
5.60
17.80
45.80
30.80
100
11.20
17.80
46.70
24.30
100
9.30
20.60
43
27.10
100
9.30
22.40
44.90
23.40
100
11.20
21.50
44.90
22.40

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju

107
2
12

100
1.90
11.20

TMK dalam proses PdP kosa


kata bahasa Arab dengan
menggunakan Microsoft

Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

23
39
31

21.50
36.40
29

Saya boleh menerapkan


TMK dalam proses PdP kosa
kata bahasa Arab dengan
menggunakan Microsoft
Power Point (persembahan)

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
7
28
47
23

100
1.90
6.50
26.20
43.90
21.50

10

Saya boleh menerapkan


TMK dalam proses PdP kosa
kata bahasa Arab dengan
menggunakan Aplikasi
Internet

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
9
26
44
28

100
8.40
24.30
41.10
26.20

11

Saya boleh menggunakan


Microsoft Office
(pemprosesan perkataan)
dan Microsoft Power Point
(persembahan) dengan
kalangan pelajar
(kolaboratif)

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
13
23
49
20

100
1.90
12.10
21.50
45.80
18.70

12

Saya boleh menggunakan


Microsoft Office
(pemprosesan perkataan)
dan Microsoft Power Point
(persembahan) dengan
kalangan pelajar (koperatif)

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
12
22
50
21

100
1.90
11.20
20.60
46.70
19.60

13

Saya boleh menggunakan


Microsoft Office
(pemprosesan perkataan)
dan Microsoft Power Point
(persembahan) ntuk
memudahkan proses

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
11
18
46
30

100
1.90
10.30
16.80
43
28

14

Saya boleh menggunakan


Microsoft Office
(pemprosesan perkataan)
dan Microsoft Power Point
(persembahan) untuk
meningkatkan motivasi
pelajar

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
10
23
45
27

100
1.90
9.30
21.50
42.10
25.20

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
16
19
49
21

100
1.90
15
17.80
45.80
19.60

15

Saya boleh menggunakan


TMK untuk merangsang
kemahiran berfikir aras
tinggi semasa PdP sewaktu
mengajar kosa kata bahasa

Arab
Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
14
21
43
29

100
13.10
19.60
40.20
27.10

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
10
21
50
26

100
9.30
19.60
46.70
24.30

16

Saya boleh menggunakan


TMK untuk merangsang
kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis semasa PdP
sewaktu mengajar kosa kata
bahasa Arab

17

Saya boleh menggunakan


internet untuk memahami
bahasa Arab seperti e-mail,
facebook, you tube, elearning, software, web-site
(laman sesawang), blog

18

Saya boleh menggunakan


internet untuk
berkomunikasi dengan para
pelajar untuk mengajar kosa
kata bahasa Arab

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
11
26
42
26

100
1.90
10.30
24.30
39.30
24.30

19

Saya boleh menilai sumber


maklumat bahasa Arab
melalui internet untuk
mengajar kosa kata bahasa
Arab

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
11
22
42
32

100
10.30
20.60
39.30
29.90

20

Saya kerap menggunakan


Microsoft Office
(pemprosesan perkataan),
Microsoft Power Point
(persembahan) dan Aplikasi
Internet

Jumlah (N)
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju

107
2
12
23
41
29

100
1.90
11.20
21.50
38.30
27.10

Jumlah (N)

107

100

Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa responden menggunakan TMK untuk memahami dan
mendapatkan maklumat bahasa Arab pada kadar peratusan bersetuju paling tinggi (item: 1,2,3).
Manakala penggunaan TMK sebagai alat bantu mengajar juga menunjukkan peratusan bersetuju
paling tinggi (item: 4,5,6,7,8,9,10). Responden juga kebanyakannya bersetuju (item:
11,12,13,14) dengan menyatakan bahawa TMK digunakan sebagai medium penyampaian. Akhir
sekali, kebanyakan responden bersetuju (item: 15,16,17,18,19,20) bahawa mereka boleh
menggunakan TMK untuk menjalankan sesi pengajaran bahasa Arab.
Rumusan
Potensi TMK sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi
semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem pendidikan masa kini. Kaedahkaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian merupakan hasil yang terhasil
daripada peranan TMK dalam PdP. Setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan PdP
sebagai satu acara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa pembelajaran. Perkara

yang penting dalam integrasi TMK ialah cara memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi
kandungan, merupakan salah satu proses transformasi ini.
Melalui penggunaan TMK sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti
powerpoint, flash, video, visual dan lain-lainnya. Justeru, pelajar tidak akan mudah merasa jemu
dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui TMK. Proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan medium ini dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana
pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di
fahami.
Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan adanya TMK
dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan semata-mata. Para pendidik mampu
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat
dalam TMK. Melalui penggunaan alat TMK guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan
lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Di samping itu kesan penggunaan
TMK ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Kemahiran guru dalam menggunakan internet mendapatkan maklumat dan pengetahuan
yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama. Di samping
itu guru dan pelajar dapat menggunakan maklumat dan pengetahuan tadi dalam aktiviti
pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam sistem. Contohnya penggunaan internet
sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.
Objektif untuk membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep
maka penggunaan bahan-bahan multimedia interaktif seperti menggunakan bahan visual, grafik,
teks, muzik, video serta animasi perlu diaplikasikan dalam PdP. Guru dan juga pelajar boleh
meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan dengan menggunakan
internet yang menyediakan sumber yang begitu luas buat mereka. Guru dan pelajar dapat
memanfaatkan sebaik mugkin portal-portal pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan
atau luar. Dengan melayari portal pendidikan juga mampu memberikan kefahaman yang lebih
kepada pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Contohnya dalam pelajaran bahasa Arab, para
pelajar boleh berulang kali melayarinya dan bukannya menunjukkan satu-satu contoh karangan
sekali sahaja.
Guru dan pelajar dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar
dari sekolah yang berlainan, melalui penggunaan komunikasi elektronik sebagai contoh (e-mel)
net meeting, chat room dan lain-lain. Pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan sekolah dari
luar negeri atau luar negara akan lebih cepat dan meningkat, memandangkan faedah
meningkatkan hubungan dengan pihak luar.
Sumber TMK adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya TMK boleh digunakan
sebagai sumber untuk pembelajaran merentasi kurikulum. Kebolehan TMK dalam kalangan
pelajar boleh dianggap wajar dan berkesan bagi setiap bilik darjah untuk merancang
pembangunan sumber dan kebolehan TMK secara serentak. Perkembangan sumber iaitu
hubungan di antara kemampuan untuk meningkatkan kebolehan dalam TMK, juga menjadi
faktor yang mempengaruhi integrasi dalam bilik darjah.
TMK adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan
komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan, sebagaimana media pendidikan yang lain. Pembangunan kepada dunia pendidikan
yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagianbahagian tertentu dari kehidupan sebenar pelajar. Para pelajar yang terlibat dalam pembelajaran
TMK boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan,
pengetahuan, dan emosinya.
Pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej TMK boleh menyenangkan pengajaran
terutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali. Sebaliknya
kemampuan TMK memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial). Hal ini bukan
bermakna tiada lagi pengajaran bersemuka. TMK juga boleh memberikan penerangan secara
terus kepada guru dan pelajar. Penglibatan para pelajar menggunakan multimedia, lebih
memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap serta memberikan motivasi untuk
belajar. TMK menjadi sangat berguna keadaan pelajar apabila sesuatu masalah dapat diulangkaji
dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.
Penghargaan
Makalah ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan yang dibiayai oleh Dana
Kecemerlangan di bawah timbalan rektor penyelidikan dan perundingan (TRPJI) UiTM
Terengganu bagi tempoh setahun bermula pada Julai 2016 hingga Jun 2018. Sekalung
penghargaan dan terima kasih daripada kami kepada Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) atas
sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang penyelidikan ini berjalan.
Rujukan
Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman. (1999). Multimedia
dan Islam. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhari. (2010). Amalan
Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Mengikut Konsep AlMuallim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1) 43-56.
Asma Abdul Rahman dan Nik Mohd Rahimi. (2012). Al-Awamil al-muassirah f
taklim al-lughah al-ajnabiyah wa turuq tadris al-maharat al-lugawiyah
al-arabiyah. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Azhar bin Abdul Rahim. (2005). Sikap Guru-guru Kemahiran Bersepadu
Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Projek Master Fakulti Pendidikan: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan.
Bentong: PTS Publications.
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad
Haron
Husaini,
(2010).
Persepsi
Pelajar
Terhadap
Pengintegrasian Kemahiran Bahasa Arab Dengan Multimedia . Prosiding
Of Regional Conference On Knowledge Integration In Ict 2010.
Siti Fatimah, Ahmad & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi guru terhadap
penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi multimedia
dalam pengajaran j-QAF. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2),
53-64.

Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2000). Pembinaan Laman Web
Untuk
Pengajaran Fokus Terhadap Kursus GE2123 : Teknologi Dan
Inovasi Dalam Pendidikan.
Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan
2000. Hotel Equatorial Bangi. 14 15
November 2000.

You might also like