You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Terdapat pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh negara mengenai konsep
kesantunan berbahasa. Budi bahasa merupakan gabungan daripada perkataan budi dan
bahasa. Budi merupakan perlakuan yang baik manakala bahasa ialah pertuturan. Gabungan
perkataan ini membambawa maksud percakapan yang baik yang membawa maksud yang
sempurna dan menyenangkan, penuh dengan sifat-sifat menghormati pihak lain, bersopan
santun diiringi dengan akhlak yang mulia. Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi
bahasanya, kalau bahasanya santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya
kalau bahasa yang digunakan itu kasar dan tidak menyenangkan, maka dia dikatakan kurang
ajar. Kepentingan budi bahasa jelas terbukti melalui peribahasa tersebut :
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), santun ialah halus budi bahasa
dan atau budi pekerti, beradab atau sopan. Istlah kesantunan pula membawa maksud perihal
( sifat dsb ) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
Awang Sariyan (2007) mendefinisikan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradap, mamncarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang menjadi teman berbicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan
dan disepakati bersama oleh susuatu masyarakt sehingga menjadi prasyarat dalam kehidupan
bermasyarakat.

Leech (1983:104) menyatakan bahawa kesantunan berupa perlakuan yang


mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Beliau
seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja
tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya
dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konflik.
Menurut dua orang tokoh bahasa yang terkenal, iaitu Brown dan Levinson (1987:62)
mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM)
kepada pendengar. Pada merekan, setiap orang mempunyai kehendak muka yang terbahagi
kepada dua, iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan kehendak masyarakat
sejagat. Sehubungan itu, penutur perlu mengurangkan ancaman muka pendengar dengan
memilih strategi kesantunan.
Held (1992:133) mendefinisikan kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang
boleh dikaji secara emprikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang
melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar. Lakoff (1975:64) pula
menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam
suatu interaksi.
Menurut Asmah Haji Omar (2000:88), kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa
sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada
pihak pendengar. Beliau menjelaskan bahawa penjagaan air muka dalam kalangan orang
Melayu bukan setakat menjaga air muka sendiri malahan turut meliputi air muka keluarga
dan masyarakat. Beliau juga telah membahagikan kesantunan kepada dua aspek, iaitu
kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas merujuk kepada kesantunan sedia
ada yang merupakan pedoman bagi masyarakatberhubung antara satau sama lain. Manakala

kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang
dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain.
Kesantunan berbahasa merupakan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa
ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan(Amat Juhar Moain, 1992). Konsep
kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapat dengan aspek bersopan
santun

dalam

berbahasa

terutamanya

ketika

berkomunikasi

dengan

orang

lain,

menyampaikan mesej kepada audiens dan berinteraksi dengan seseorang. Kesantunan


berbahasa merangkumi aspek pemilihan kata, nada, gerak laku dan gaya.
Kata santun diberi makna dalam Kamus Dewan sebagai halus (budi bahasa atau budi
pekerti), beradab, sopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi
bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesantunan bahasa, secara umum, merujuk kepada
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan
bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Bahasa Melayu sebagai
bahasa yang telah wujud sejak sekurang-kurangnya dua alaf atau dua ribu tahun lalu telah
mempunyai tradisi perbahasaan yang halus dan memancarkan adab bangsa Melayu.
Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu cirri penting bangsa yang
bertamadun. Bahasa Melayu sebagi bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa
tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam
pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.

Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada


peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Sebahagian peraturan itu bersifat
sejagat seperti penggunaan panggilan kehormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan
bertatasusila. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau
bangsa, seperti bentuk-bentuk panggilan kehormat menurut sistem susun lapis masyarakat,
protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat
berkenaan.
Prof. Ameritus Dato Dr. Asmah Haji Omar merumuskan bahawa ada tiga jenis
peraturan penggunaan bahasa iaitu:
1. peraturan linguistik
2. peraturan sosiolinguistik
3. peraturan pragmatik
Kepatuhan kepada ketiga-tiga pertaturan itu secara bersepadu menjadi asas
kesantunan bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang
sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu.
Asasnya menjadi lebih teguh dan jelas apabila agama Islam disebarkan di Kepulauan
Melayu dan menjadi mercu tanda kebangkitan tamadun baharu yang bersendikan tauhid dan
syariat sempurna Din al-Islam. Akhlak Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidatina
Aisyah r.a sebagai akhlak al-Quran menjadi asas akhlak dan kesantunan umat Melayu Islam,
termasuk dalam aspek kesantunan bahasa.
Dalam zaman Kesultanan Melayu di pelbagai kawasan di alam Melayu, muncul
pusat-pusat tamadun Melayu yang menghasilkan beberapa banyak ulama, pemikir dan
pujangga dan karya-karya dalam pelbagai bentuk (prosa dan puisi) dan bidang (akidah, fekah,

tasawuf, ketatanegaraan, historiografi, undang-undang, dokumen diplomatik dan susastera).


Di dalamnya terpancar kesantunan atau adab bangsa yang disampaikan melalui bahasa
Melayu yang santun. Gurindam 12 karya Raja Ali Haji yang penuh dengan panduan dan
nasihat, umpamnya, cukup jelas memancarkan kesantunan bahasa dan sekali gus adab
bangsa.
Apabila kemudiannya bahasa Melayu menjadi bahasa negara (sebagai bahasa
kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura) dan menjadi bahasa
bahasa rasmi (Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan salah satu bahasa rasmi
Singapura), maka keperluan untuk memberikan perhatian kepada kesantunan bahasa Melayu
menjadi lebih penting kerana kedudukan dan peranannya sebagai salah satu teras jati diri dan
citra negara. Tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun
sejak sekian lama itu perlu dipertahankan dan ditingkatkan, lebih-lebih lagi dalam zaman
globalisasi yang menuntut kewaspadaan yang lebih dalam rangka melestarikan sifat dan ciri
kebangsaan kita, di sisi memanfaatkan unsur-unsur positif tamadun lain.
Dalam usaha kerajaan membentuk warganegara yang berjati diri, memelihara adab
dan kesopanan serta bertamadun tinggi, kesantunan bahasa sewajarnya menjadi amalan
seluruh warganegara, daripada kalangan pemimpin hingga rakyat biasa. Dengan demikian,
rakyat dan negara bukan sahaja maju dalam pembangunan ekonomi, sains dan teknologi,
tetapi akan dihormati sebagai bangsa yang mempunyai maruah dan keperibadian yang tinggi.
Di Malaysia, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh
kerajaan pada awal tahun 2005 merupakan usaha yang penting untuk memupuk kesedaran
dan penghayatan seluruh warganegara terhadap pentingnya budi bahasa dalam kehidupan
bermasyarakat dan bernegara, bahkan dalam hubungan manusia sejagat. Kesantunan bahasa
merupakan salah satu aspek penting kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni itu. Lama

sebelum itu, iaitu pada tahun 1987, secara rasmi Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
memasukkan nilai-nilai murni sebagai salah satu teras dasar dan sistem pendidikan,
khususnya melalui program penyerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan, iaitu Nilai-nilai
Murni Merentas Kurikulum.
Kesantunan berbahasa dari aspek non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang
tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Kesantunan non verbal memerlukan peranan bahasa tubuh untuk menyampaikan sesuatu
mesej tanpa menggunakan kata-kata. Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan
idea di mana mesej yang disampaikan adalah melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan
mata, sentuhan dan gerakan tubuh. Aplikasi melalui bahasa tubuh ini dapat menggambarkan
emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang.
Dalam konteks masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa dari aspek non verbal
dapat dilihat melalui amalan kebudayaan masyarakat Melayu. Misalnya, masyarakat Melayu
digalakkan mengutamakan penggunaan tangan kanan untuk melakukan sesuatu perkara yang
dianggap mulia. Budaya ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kerana amalan
tersebut merupakan sunnah Rasulullah saw. Asy Syaikh Abdurrahman As Sadi rahimahullah
berkata: Jika kalian mentaati Rasulullah saw niscaya kalian akan mendapatkan petunjuk ke
jalan yang lurus, baik ucapan mahupun perbuatan. Dan tidak ada jalan untuk mendapatkan
hidayah melainkan dengan mentaatinya, dan tanpa (mentaatinya) tidak mungkin (akan
mendapatkan hidayah) bahkan mustahil. (Tafsir As Sadi, hal. 521)
Tafsiran tersebut jelas menggambarkan bahawa orang yang mengikuti peribadi
Rasulullah, maka dia akan sentiasa berada di landasan yang betul dan mendapat petunjuk
daripada Allah. Dalam hal ini, masyarakat Melayu yang mengikuti sunnah Rasulullah secara
tidak langsung akan sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan berbudi bahasa dalam menjalin

hubungan sesama manusia. Contoh amalan penggunaan tangan kanan dalam kalangan
masyarakat Melayu dapat dilihat daripada aspek cara pemakanan, iaitu makan menggunakan
tangan kanan.
Selain itu, masyarakat Melayu juga dididik dan diajar supaya menggunakan anggota
badan dengan cara yang sopan. Gerakan anggota badan perlu dijaga supaya tidak
menimbulkan sebarang spekulasi terhadap respon yang diberikan. Hal ini demikian kerana
gerakan badan juga mencerminkan peribadi seseorang.
Bangsa Melayu menggesa masyarakatnya agar tidak menunjukkan sesuatu dengan
menggunakan jari telunjuk sebaliknya menggunakan ibu jari. Penggunaan ibu jari dianggap
lebih sopan kerana isyarat ini tidak akan mewujudkan salah faham dalam komunikasi non
verbal. Contohnya, sekiranya terdapat pelancong yang bertanyakan arah sesuatu jalan,
masyarakat Melayu perlulah memberikan bantuan menunjukkan arah yang diminta dengan
menggunakan ibu jari. Dengan ini, para pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar
negara akan merasa lebih selesa dengan layanan mesra yang diberikan oleh orang Melayu di
Malaysia. Kesopanan ini seterusnya akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pusat
pelancongan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kekayaan budi pekerti
masyarakatnya.
Di samping itu, masyarakat melayu juga mengamalkan kebudayaan membongkokkan
badan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua daripadanya. Budaya ini melambangkan
penghormatan orang muda terhadap orang yang lebih tua. Kebudayaan ini merupakan amalan
yang diwarisi secara turun-temurun daripada zaman nenek moyang yang terdahulu. Namun,
terdapat segelintir masyarakat Melayu pada masa kini yang kian melupakan amalan tersebut,
bahkan ada juga segelintir masyarakat Melayu yang hanya lalu di hadapan orang tua tanpa
menunjukkan rasa hormat dan senyuman. Kelunturan amalan kebudayaan masyarakat melayu

dipercayai berpunca daripada pengaruh budaya Barat yang mencemarkan pemikiran generasi
muda.
Cara pemakaian masyarakat Melayu juga merupakan lambang kesopanan masyarakat
Melayu. Kesantunan ini dapat dilihat daripada cara pemakaian orang Melayu yang
mementingkan penjagaan aurat. Pakaian tradisional orang Melayu adalah baju melayu dan
baju kurung. Baju Melayu ialah sejenis kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang
dan digandingkan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. pakaian Melayu
terdiri daripada dua jenis, iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Manakala baju
kurung pula ialah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut yang
dipadankan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung boleh digandingkan dengan songket
atau batik.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
a. Mengkaji penggunaan kesantunan bahasa bukan verbal dalam masyarakat Melayu.
b. Menganalisis penggunaan kesantunan bahasa bukan verbal dalam masyarakat Melayu.
3.0 KAEDAH KAJIAN

a. Pemerhatian
b. Kepustakaan

4.0 BATASAN KAJIAN


a. Bidang
b. Latar

5.0 DAPATAN KAJIAN


5.1 MIMIK MUKA
5.2 LENGGOK BADAN
5.3 ISYARAT TANGAN
5.4 WHATSAPP

You might also like