You are on page 1of 13

PENGUASAAN BAHASA ARAB MELALUI PENDEKATAN VAK/VARK (Visual,

Auditory, Reading & writing and Kinesthetic)


Farah Nur-Rashida Binti Rosnan
Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan
Pusat Pengajian Teras
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
farahnurrashida@kuis.edu.my
ABSTRAK
Makalah ini membincangkan tentang penguasaan bahasa Arab melalui gaya pembelajaran
VAK/VARK (visual, auditori, dan kinestetik) dalam kalangan pelajar. Pendekatan VAK/VARK
telah terkenal di luar negara. Malangnya, kajian mengenai VAK/VARK kurang dijalankan di
Malaysia khusunya terhadap bahasa Arab. Kajian ini penting kerana penguasaan pelajar dalam
bahasa Arab mengambil kira aspek psikologi intrinsik yang berbeza mengikut setiap individu.
Permasalahan ini diselidiki bagi mengenal pasti pendekatan VAK/VARK terhadap penguasaan
bahasa dalam kalangan pelajar. Metode kualitatif telah digunakan bagi mengupas tentang
keperluan pendekatan VAK/VARK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Dapatan
kajian memperlihat bahawa pendekatan ini telah diguna pakai dan berkesan dalam penguasaan
pelbagai bidang. Hasil kajian ini diharap dapat membantu para pensyarah dalam mengaplikasi
proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan VAK/VARK terhadap bahasa Arab.
Kata Kunci: penguasaan bahasa kedua, perbezaan jenis individu,
pendekatan VAK/VARK

PENDAHULUAN
Bahasa Arab merupakan suatu cabang ilmu atau bahasa yang sangat penting untuk dipelajari oleh
invidu yang bergelar muslim bagi menguasai ilmu agama yang kebanyakannya terdapat dalam
bahasa Arab. Selain itu, bahasa Arab perlu dikuasai bagi memudahkan pemahaman ayat Allah
seperti mana dalam firman-Nya dalam Surah Yusuf ayat dua dan dalam Surah Al-Zukhruf ayat
tiga.


Terjemahan:

Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu

memahami(nya).
Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Tanah Melayu
telah lama berkembang seiring dengan perkembangan Islam di seluruh dunia
sehingga

Islam

telah

menampakkan

kekuatannya

di

Tanah

Melayu.

Pekembangan Islam di Tanah Melayu telah diterima oleh masyarakat Melayu


dengan baik. Pengaruh Islam telah berkembang ke Tanah Melayu melalui
para pendakwah dan para pedagang yang telah menyebarkan dakwahnya di
samping berdagang. Antara tamadun terawal yang menerima Islam pada
awal ketamadunan Islam di Tanah Melayu ialah kerajaan Melaka dan
kerajaan Johor.
Perkembangan pembelajaran bahasa Arab telah melalui jangka masa
yang lama sehingga kini ia telah mendapat tempat dalam sistem pendidikan
di negara ini. Keadaan ini dikuatkan lagi dengan wujudnya galakan kerajaan
yang menyokong usaha kementerian dalam menghantar para pelajar ke luar
negara seperti Mesir, Jordan, dan Syria bagi menguasi bahasa Arab dan
menimba ilmu yang wujud dalam bahasa Arab itu sendiri.
Adalah sewajarnya pembelajaran bahasa Arab menjadi bahasa yang
difahami oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Bahasa Arab sepatutnya
dititikberatkan dalam kalangan pelajar sama ada pada tahap pendidikan

rendah mahupun pendidikan tinggi. Negara Malaysia telah menekankan


kepentingan penggunaan bahasa Arab dalam sistem pendidikan, namun
begitu bahasa Arab tidak dijadikan sebagai bahasa kedua dalam sistem
pendidikan di Malaysia.
Rosni Samah (2011), telah menghuraikan pengajaran bahasa Arab
dalam aspek komunikasi sebagai bahasa kedua. Menurut beliau, pengajaran
bahasa

Arab

mementingkan

empat

aspek

utama

iaitu,

kemahiran

mendengar, kemahiran bercakap, kemahiran membaca, dan kemahiran


menulis. Pembelajaran bahasa Arab merujuk kepada proses seseorang
individu belajar atau menyimpan maklumat bahasa tersebut. Pembelajaran
bahasa Arab juga bergantung kepada beberapa domain dan pendekatan
yang dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi meluaskan konsep dan aspek penguasaan bahasa mengikut perbezaan
individu. Selain itu, objektif kajian ini juga untuk menghuraikan konsep pendekatan
VAK/VARK. Yang terakhir adalah untuk mengenal pasti kajian-kajian yang telah menggunakan
elemen VAK/VARK dalam pendidikan serta keperluannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian jenis kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan merangkumi
aspek penguasaan bahasa iaitu menerusi pendekatan VAK/VARK. Terdapat dua belas buah buku
dan jurnal telah menjadi rujukan untuk kajian ini. Buku-buku dan jurnal ini menjurus kepada
pendekatan VAK/VARK dalam pendidikan semasa.
KERANGKA KAJIAN

Kajian ini terbahagi kepada tiga unsur utama iaitu yang pertama adalah, aspek penguasaan
bahasa. Yang kedua adalah mengenai keterangan konsep pendekatan VAK/VARK. Yang terakhir
adalah mengenai pelaksanaan dan keperluan pendekatan VAK/VARK dalam pendidikan.

TEORI PENGUASAAN BAHASA KEDUA


Bahasa Arab bukan sahaja dapat dikuasai oleh masyarakat Arab malah masyarakat luar juga
mampu menguasai bahasa ini. Sebagi contoh, Sibawaih yang berasal dari Parsi merupakan pakar
bidang nahu/tatabahasa Arab manakala Ibnu Sina pula berasal dari Bukhara, Uzbekistan. Selain
itu, negara juga pernah digemparkan dengan berita seorang pelajar berbangsa Cina mendapat
keputusan A1 bagi subjek Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Ini menujukkan bahawa
sesuatu seseorang individu itu mampu menguasai sesuatu bahasa jika menggunakan pendekatan
yang betul.
Leonard Bloomfield telah mengatakan bahawa setiap analisis bahasa yang dilakukan
perlu dilakukan secara teliti dan terperinci. Pemikiran beliau banyak mengambil kira aspek
psikologi manusia dalam teori Gerak Laku Manusia atau Behaviorism. Menurut Zakariya,
1993, Bloomfield berpendapat bahawa proses tindak balas atau stimulus and respond berlaku
berdasarkan salah satu tingkah laku manusia iaitu bahasa manusia. Selain itu, menurut Amaireh,
1994, ilmuan Amerika yang bernama Noam Chomsky telah merumuskan bahawa sesuatu kajian
bahasa itu dianggap mempunyai kekurangan jika mengabaikan aspek pemikiran dan psikologi
manusia apabila menggunakan bahsanya. Oleh itu, kajian ini dilakukan dan mengambil kira
aspek psikologi dalam penguasaan bahasa.

KONSEP PENDEKATAN VAK/VARK


Pendekatan VAK/VARK dari kacamata Barat

Gaya pembelajaran atau learning styles merujuk kepada teori-teori yang mensasarkan
pembelajaran individu. Gaya pembelajaran mengikut individu telah diperkenalkan di Barat dan
menjadi semakin popular sejak tahun 1970 dan banyak memberi kesan terhadap sistem
pendidikan.
Terdapat pelbagai jenis model pembelajaran dan dalam satu kajian literatur, pengkaji
mengidentifikasi lebih kurang 71 jenis gaya pembelajaran. Salah satu gaya pembelajaran yang
terkenal adalah model VAK/VARK.
Pendekatan VAK/VARK merupakan suatu model yang tidak asing lagi dalam kalangan
ilmuan dan pelajar luar negara. Model VAK telah diasaskan oleh Walter Burke Barbe dan rakan
sekerjanya dan namanya telah diambil daripada akronim Visual, Auditory, dan Kinesthetic
manakala model VARK pula diasaskan oleh

Neil Fleming yang telah menambah elemen

Reading and Writing terhadap model sedia ada bagi tujuan penambahbaikan. Jadual di bawah
menunjukkan deskripsi pendekatan pembelajaran VAK
Jadual 1 Descriptions of learning modalities
Visual

Kinesthetic/tactile

Auditory

Picture

Gestures

Listening

Shape

Body movements

Rhythms

Sculpture

Object manipulation

Tone

Paintings

Positioning

Chants

Daripada kajian ini, Barbe dan rakan-rakannya berpendapat bahawa kekuatan dalam
pendekatan pelajaran akan terjadi secara individu sama ada menggunakan jenis pendekatan
tunggal (single modal) atau berbilang pendekatan (multimodal).
Manakal menurut Fleming dan Baume, 2006 pula, model VARK telah menunjukkan
bahawa pelajar mempunyai pendekatan yang berbeza untuk memproses sesuatu maklumat atau
ilmu, yang digelar sebagai mod pembelajaran yang disukai. Idea utama dalam model VARK
telah digariskan dalam Learning Styles Again: VARKing up the right tree!.

Model VARK ini telah diperluaskan elemennya daripada model Barbe iaitu VAK dan
model VAKOG dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP). Fleming menegaskan pelajar
yang menggunakan pendekatan visual menggunakan pemerhatian dan alat bantu visual yang
menerangkan sesuatu maklumat seperti graf, carta, diagram, simbol, dan lain-lain. Pelajar
terbabit didapati mentafsir perkataan dalam bentuk gambaran.
Pelajar yang menggunakan pendekatan berbentuk auditori pula lebih menggunakan
elemen pendengaran sama ada dalam sesi perkuliahan, perbincangan, rakaman, dan sebagainya.
Manakala pelajar yang menggunakan elemen kinestetik/taktil pula lebih gemar mempelajari
sesuatu berdasarkan gerakan, sentuhan, dan perbuatan dalam meneroka dunia, projek sains,
eksperimen, dan lain-lain.
Dalam hal ini, pelajar boleh meningkatkan pembelajaran menggunakan model VAK bagi
mengenal pasti gaya pembelajaran yang lebih sesuai dan tepat agar pelajar lebih fokus dalam
pemelajaran. Terdapat juga kaedah lain yang mendasari model VAK iaitu soal selidik VARK.
Soal selidik ini diasaskan oleh Neil Fleming dan dapat membantu pelajar untuk mengenal pasti
elemen pembelajaran yang tepat untuk diaplikasi dalam pembelajaran.
Selain individu-individu di atas, ramai lagi ilmuan Barat yang telah mengkaji dan
mengaplikasikan gaya pembelajaran VAK/VARK ini. Antaranya ialah, Sprenger yang telah
membuat kajian tentang keadah untuk menjalankan gaya pembelajaran VARK. Beliau
berpendapat gaya pembelajaran VAK sangat memberi kesan terhadap pembelajaran.
Dalam bahagian seterusnya nanti akan disebutkan bahawa terdapat segelintir individu
yang mengkritik gaya pembelajaran ini. Tetapi, walaupun terdapat kritikan mengenai
VAK/VARK dalam pengaplikasian terhadap pembelajaran, sebagai seorang muslim, kita perlu
merujuk kembali kepada Al-Quran bagi memastikan bahawa elemen-elemen VAK perlu dikuasai
dan diguna pakai dalam kehidupan seharian seterusnya terhadap pembelajaran bahasa Arab.

Pendekatan VAK dan Kepentingannya dari Sudut Al-Quran

Bahasa Arab merupakan bahasa syurga dan bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran. Ini
adalah antara jawapan yang telah diberi oleh kebanyakan individu yang ingin atau perlu untuk
menguasai bahasa Arab. Malangnya, praktik untuk menguasai bahasa Arab yang dipelajari tidak
mengambil kira teknik yang telah diajarkan oleh Allah dalam al-Quran itu sendiri. Di dalam alQuran, Surah Al-Fusshilat ayat 21, Allah telah menunjukkan betapa pentingnya seseorang untuk
mengenali diri sendiri sehinggalah ketika tiba waktu ditanyakan oleh Allah nanti.




Terjemahan:

Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran,

penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui
kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.
Dalam ayat berikut, Allah telah menegaskan bahawa elemen pendengaran, penglihatan
dan sentuhan/kelakuan merupakan perkara penting yang akan diperhitungkan di akhirat kelak.
Oleh itu, sewajarnya elemen-elemen ini dititik berat dan dijadikan sebagai satu elemen
pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia perlu menyedari bahawa ketiga-ketiga elemen ini
penting dalam kehidupan dan mengetahui elemen yang paling dikuasai dan digunakan dalam
kehidupan seharian bagi memudahkan penerimaan dalam pembelajaran.
Selain itu, dalam al-Quran telah beberapa kali menyebut akan elemen pendengaran dan
penglihatan ini. Dalam hal ini, Allah telah beberapa kali menyebut akan nama-Nya di dalam alQuran dengan gelaran Samian Basiro yang membawa maksud yang maha Mendengar lagi
Maha Melihat. Oleh itu, Allah telah mengilhamkan kepada hamba-Nya untuk menjalankan
kajian terhadap ketiga-tiga elemen yang penting ini.
Visual

Pendekatan visual telah lama diaplikasikan oleh ilmuan dan para nabi sejak dahulu. Dalam hal
ini, nabi Ibrahim telah menekuni pemerhatian bagi mendapatkan kebenaran. Baginda telah
melihat dan memikirkan tentang matahari dan bulan yang disangkanya Tuhan namun
jangkaannya meleset maka timbullah pencarian dan pemikiran mengenai siapakah Tuhan yang
sebenarnya.
Auditori
Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa bunyi yang terbit dari alam semula jadi mampu
mendatangkan ketenangan pada minda dan merangsang pemikiran untuk menerima sesuatu
pembelajaran.
Menurut pakar Barat, Dr. Georgi Lozanov, bunyi yang bernada lembut atau perlahan
membantu pelajar untuk mudah menghafal dan menerima sesuatu ilmu manakala menurut Dr.
Steve Halpern pula muzik yang bernada kasar atau rancak akan membantutkan pembelajaran dan
menjejaskan kesihatan.
Selain itu, pada kurun ke-17, seorang pemikir Barat, Robert Burton telah membuat
kesimpulan dalam bukunya The Anatomy of Melancholy bahawa muzik dan tarian boleh
merawat menyakit mental terutama melankolia.

KAJIAN PELAKSANAAN PENDEKATAN VAK/VARK DALAM PENDIDIKAN


Terdapat beberapa kajian yang telah ditemui oleh pengkaji yang berkait dengan pendekatan
VAK/VARK ini. Kebanyakannya merupakan kajian yang dilakukan di luar negara dan dalam
bidang selain daripada bahasa Arab. Kajian mengenai VAK/VARK yang dilakukan di Malaysia
sangat sedikit berbanding kajian yang dilakukan di luar negara. Begitu juga kajian mengenai
pendekatan VAK/VARK terhadap bahasa Arab juga tidak banyak dilakukan.
Kajian Penggunaan VAK/VARK Terhadap Bahasa Inggeris

Banyak kajian luar negara yang dilakukan terhadap English Language Teaching (ELT) atau
Pengajaran Bahasa Inggeris antaranya ialah kajian yang dilakukan di salah sebuah Universiti
California oleh

Carlos Rodrguez Baldo, Norma Esthela Valenzuela Miranda dan Rubn

Vsquez Gmez yang bertajuk VAK Learning Styles In Language Teaching and Learning .
Kajian ini diadakan bagi mengenal pasti sama ada gaya kognitif guru memberi kesan terhadap
pemikiran pelajar. Hasil kajian mendapati perebezaan antara purata gred dalam kedua-dua
kumpulan kajian adalah 8.5 vs 9.23 yang menunjukkan perbezaan statistik yang signifikan.
Jumlah ini merupakan jumlah yang kecil untuk membuat kesimpulan bahawa elemen VAK
adalah faktor utama yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran secara keseluruhan
namun sedikit sebanyak pengkaji merumuskan bahawa gaya pembelajaran VAK mempunyai
kesan terhadap pembelajaran bahasa.
Selain itu terdapat kajian mengenai VAK yang dijalankan di Timur Tengah. Sebagai
contoh, kajian yang dilakukan di Faith University, Turki oleh Dr. Yakup etin dalam kajiannya
bertajuk Teaching VAK-abulary menunjukkan bahawa pengajaran tatabahasa merupakan
matlamat utama dalam pengajaran bahasa. Ibu bapa dan guru dapat membantu pelajar dalam
aktiviti-aktiviti yang menarik dan sesuai mengikut pendekatan masing-masing. Terdapat
peningkatan dalam penguasaan tatabahasa dan pemahaman selepas menggunakan ketiga-tiga
gaya pembelajaran selagi mana guru tidak menggunakan pembelajaran yang tidak berkaitan
dengan elemen VAK.
Selain itu, terdapat juga kajian yang dilakukan oleh Abbas Pourhossei di Islamic
Azad University, Lahijan, Iran yang bertajuk Visual, Auditory, Kinaesthetic Learning
Styles and Their Impacts on English Language Teaching. Kajian ini mendapati bahawa penting
bagi guru dan pelajar untuk memahami dan meneroka pendekatan belajar setiap individu yang
akan membantu pelajar menjadi individu yang lebih fokus justeru meningkatkan kecemerlangan
pelajar. Pengetahuan mengenai gaya pembelajaran setiap individu mampu memperlihat kekuatan
dan kelemahan pelajar serta langkah mengatasinya. Kesimpulannya, guru perlu mempraktikkan
elemen ini dalam pelajaran.

Satu lagi kajian yang dilakukan di Timur Tengah ialah kajian yang dijalankan di King
Abdul-Aziz University dalam kajian bertajuk Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran Pelajar Master
TESOL. Kajian ini telah dijalankan terhadap enam belas orang pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan kebanyakan pelajar menggunakan pendekatan auditori, beberapa pelajar lagi
menggunakan pendekatan visual. Hanya tiga orang pelajar menggunakan pendekatan visual
auditori, manakala hanya seorang menggunakan visual kinestetik.
Kajian Penggunaan VAK/VARK Terhadap Cabang Ilmu Lain
Di Malaysia, terdapat pengkaji yang mengaplikasi model VAK/VARK ini dalam bidang lain.
Antaranya, pengaplikasian model ini dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Kajian ini
telah dilakukan oleh Norul Haida dalam kajiannya bertajuk Aplikasi Model VAK dalam Gaya
pengajaran dan pembelajaran Komsas bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih
seramai 20 orang murid tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar,
Temerloh dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan. 10 orang pelajar cemerlang dan
10 orang pelajar lemah. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan antara gaya
pembelajaran pelajar cemerlang dan pelajar lemah semasa belajar Komsas. Pelajar cemerlang
lebih dominan menggunakan gaya pembelajaran visual dan auditori manakala pelajar lemah pula
lebih cenderung menggunakan gaya pembelajaran kinestetik.
Terdapat juga pengkaji yang menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran tahfiz. Salah
satu kajian yang dilakukan bertajuk Pembelajaran Al-Quran Berasaskan Teknik dan Gaya
Pembelajaran VAK (Visual, Auditori Dan Kinestetik) oleh Nor Musliza Mustafa dan Dr. Mokmin
Basri di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dalam kajian ini, pengkaji
membuat kesimpulan bahawa teknik dan gaya pembelajaran yang berkait rapat dengan psikologi
pelajar mampu membantu pelajar meningkatkan hafalan dan pemahaman yang lebih terhadap alQuran.
Selain itu, terdapat juga kajian yang menggunakan pendekatan VAK/VARK dalam bidang
perubatan. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti
Sains Perubatan di Barat Iran. Kajian ini mendapati bahawa terdapat seorang pelajar yang

menggunakan single modal atau satu pendekatan sahaja dalam pembelajaran manakala
selebihnya

menggunakan

pendekatan

multimodal

atau

berbilang

pendekatan

dalam pembelajaran. Kajian juga mendapati bahawa 19% pelajar memerlukan tiga jenis
pendekatan serentak iaitu 6.4% memerlukan mod ARK, 3.5% memerlukan mod VAK, 2.1%
memilih mod VRK, dan 1.4% memilih mod VAR.
Satu lagi kajian yang dilakukan adalah kajian terhadap pelajar kejururawatan di
Universiti Mosul dan Kirkuk oleh Radhwan Hussein Ibrahim, Dhiaa Al-rahman Hussein (2015)
yang bertajuk Assessment Of Visual, Auditory, And Kinesthetic Learning Style Among
Undergraduate Nursing Students. Dapatan kajian memperlihat analisis menggunakan SPSS
menunjukkan bahawa sebanyak 40% pelajar menggunakan pendekatan visual, 29.5%
menggunakan pendekatan auditori, manakala 30.5% menggunakan pendekatan kinestetik. Kajian
juga mendapati bahawa pelajar perempuan lebih menggemari pendekatan bersudut auditori
manakala pelajar lelaki lebih menggemari pendekatan kinestetik.
Keperluan Pendekatan VAK/VARK dalam Pendidikan
Kajian-kajian yang telah dijelaskan sebelum ini telah menujukkan bahawa pelajar-pelajar di
Malaysia juga perlu untuk mengenal pasti jenis pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran
bagi memastikan pembelajaran bahasa Arab akan lebih mudah difahami dan dipelajari seterusnya
menguasai bahasa Arab.
Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini, terdapat banyak kajian yang
mengaplikasi elemen VAK/VARK dalam pengajaran dan pembelajaran, Namun, terdapat juga
kajian yang menolak elemen VAK/VARK ini sebagai salah satu gaya pembelajaran. Kajian ini
dilakukan oleh Jenny Byrne dari University of Southampton terhadap pembelajaran Bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Wales dan England. Menurut beliau,
walaupun pendekatan ini telah banyak digunakan di sekolah-sekolah England dan Wales,
sebenarnya pendekatan ini belum diwujudkan secara rasmi. Ianya mempunyai banyak kelemahan
dan tidak mempunyai justifikasi yang jelas.

Walau bagaimanapun, hal ini dapat disangkal apabila pengkaji mendapati individu yang
mengenal pasti jenis pendekatan yang sering digunakan akan lebih berasa yakin dan seronok
mempelajari sesuatu perkara. Ini merujuk kepada pensyarah di University of Southern
Queensland, Australia, Rod St Hill yang telah menggunakan borang soal-selidik VARK

sebagai satu kerja khusus terhadap pelajarnya bagi subjek Ekonomi. Beliau berkata, sebahagian
pelajarnya mengemarinya dan aktiviti itu telah memberikan maklumat khusus mengenai para
pelajar kepada dirinya dan juga rakan sekerjanya.
Pengkaji sendiri telah mencuba soal-selidik VARK diasaskan oleh Neil Fleming yang
terdapat

di

internet

iaitu

http://www.vark-learn.com/english/page.asp?p=questionnaire

Keputusan yang diperolehi sememangnya menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh


pengkaji dalam kehidupan seharian. Soal selidik ini sesuai diambil oleh pendidik dan pelajar bagi
mengenal pasti psikologi masing-masing dan seterusnya meningkatkan tahap pembelajaran
bahasa Arab. Oleh itu, sewajarnya para pendidik dan para pelajar menguasai dan mengenal pasti
pendekatan VAK/VARK ini bagi menguasai elemen pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

RUJUKAN
Amira Abdulaziz A. Saleh, 2014. Identifying the Learning Styles of TESOL Masters Students in King
Abdul-Aziz University, American International Journal of Contemporary Research , King Abdul-Aziz University,
Vol. 4, No. 5; May 2014
John G. Sharpa, Rob Bowkerb and Jenny Byrne, VAK or VAK-uous? Towards the
trivialisation of learning and the death of Scholarship Research Papers in Education,
Vol. 23, No. 3, September 2008, 293314
Nor Musliza Mustafa, Mokmin Basri, Pembelajaran Alquran Berasaskan Teknik Dan
Gaya Pembelajaran VAK (Visual, Auditori Dan Kinestetik), Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor
Dr. Yakup etin, Faith University Teaching VAK-abulary, , Turkey
Carlos Rodrguez Baldo, Norma Esthela Valenzuela Miranda & Rubn Vsquez Gmez; VAK
Learning Styles In Language Teaching And Learning
Abbas Pourhossein Gilakjani, Visual, Auditory, Kinaesthetic Learning Styles and Their
Impacts on English Language Teaching, Journal of Studies in Education, ISSN 21626952, 2012, Vol. 2, No. 1
Hadi Peyman,1 Jamil Sadeghifar,2 Javaher Khajavikhan,3 Masood Yasemi,4 Mohammad
Rasool,5 Yasemi Monireh Yaghoubi,6 Monireh Mohammad Hassan Nahal,7 and Hemati Karim,
Using VARK Approach for Assessing Preferred Learning Styles of First Year
Medical Sciences Students: A Survey from Iran
Dato Siti Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria, Rahsia Minda Hebat, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala
Lumpur April 2009
Muhammad Marwan Ismail, Wan Moharani Mohammad, Kajian Tatabahasa Arab: Dahulu dan Sekarang,
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.2008
Kamarul Shukri Mat Teh & Mohd Shahrizal Nasir. Pengaruh Agama Islam Terhadap Pendidikan Bahasa Arab:
Satu Sorotan Awal Di Malaysia
Radhwan Hussein Ibrahim; Dhiaa Al-rahman Hussein(2015), Assessment Of Visual, Auditory, And Kinesthetic
Learning Style Among Undergraduate Nursing Students, International Journal of Advanced Nursing Studies
Wan Azura Wan Ahmad, Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan Bahasa Arab, USIM, Nilai, 2007
Dr. Muhibbin Syah, Psikologi Pendidikan, SAM Synergy Media Sdn. Bhd

You might also like