You are on page 1of 16

PENGAJARAN TRANSFORMATIF : ANALISIS TERHADAP KAEDAH

MENGAJAR KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB DALAM KALANGAN


GURU PELATIH DI SEKOLAH RENDAH
Noor Shamshinar binti Zakaria
Hairun Najuwah binti Jamali
Awatif binti Abdul Rahman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
shamshinar@kuis.edu.my

Abstrak
Kertas kerja ini dilakukan untuk membincangkan tentang permasalahan yang
berlaku dalam proses pengajaran krmahiran membaca bahasa Arab dalam
kalangan guru pelatih Diploma Perguruan Bahasa Arab Sebagai Bahasa
Kedua (TASL) ketika melaksanakan sesi PRAKTIKUM di beberapa sekolah
rendah di Selangor. Seramai 17 orang guru pelatih

yang terlibat dalam

kajian ini samada yang bersifat sepenuh masa mahupun separuh masa.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah pemantauan di dalam
bilik darjah dan menganalisis catatan serta komen yang dilakukan ketika
proses pemantauan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan guru
pelatih masih mempunyai tahap penguasaan kemahiran mengajar kaedah
membaca yang lemah. Kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti ialah : (a)
guru masih lagi mengamalkan model pengajaran membaca yang berbentuk
tradisional iaitu guru membaca dan pelajar hanya mendengar kemudian
guru membaca dan pelajar mengikut bacaan guru, (b) guru melakukan
aktiviti membaca yang kurang tepat dari segi sebutan dan makhraj huruf, (c)
guru tidak membaca menggunakan nada dan intonasi yang sesuai, (d) guru
melakukan kesilapan bacaan pada suku kata pendek atau suku kata panjang,
dan (e) kaedah pengajaran guru tidak menarik minat pelajar dan kurang
merangsang minda pelajar terhadap bahan bacaan. Oleh itu, kajian ini ingin
1

mencadangkan

pengajaran

transformatif

terhadap

kaedah

kemahiran

membaca bahasa Arab dalam membantu guru bahasa Arab meningkatkan


kemahiran mengajar dengan lebih bermutu di samping menyediakan akses
pendidikan yang berkualiti kepada pelajar.

PENGENALAN
Pendidikan merupakan proses membolehkan seseorang individu memperolehi dan menggunakan
ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran tertentu secara berterusan. Justeru,
guru pada hari ini memainkan peranan penting iaitu agen perubahan yang mendidik dan
melahirkan generasi yang akan datang. Mereka telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk
menyediakan pendidikan berkualiti dengan mewujudkan pengajaran yang berkesan agar
maklumat yang disampaikan adalah bermakna bagi pelajar, menarik minat serta mudah bagi
mereka mengingati dan mengaplikasikan apa yang dipelajari. Menurut Ibrahim Mamat (1998),
guru-guru dikehendaki menggunakan pengetahuan dan kaedah yang relevan untuk mencapai
objektif pengajarannya. Guru-guru tidak harus terikut-ikut lagi dengan cara dan kaedah
pengajaran yang lampau seperti cara pengajaran dan pembelajaran tradisional yang
menggunakan kapur dan bercakap serta bergantung hanya kepada buku teks yang tidak lagi
menjamin keberkesanan apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan
pemikiran, kebolehan dan daya imaginasi pelajar pada zaman siber ini.
Tahap profesional guru perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini kerana guru yang
profesional ialah guru yang berilmu, guru yang mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran
dan pembelajaran serta guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh dan ikutan
kepada pelajarnya. Ini dipersetujui oleh Azizah Lemai Man (1999) yang mengatakan bahawa
untuk menjadi guru yang berkesan, seorang guru perlu menguasai ilmu supaya guru dapat
mengajar dengan berkesan dan mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajarannya.
Perkembangan pendidikan bahasa Arab juga memerlukan kualiti pengajaran guru kerana
keperluan semasa dalam sektor pendidikan semakin hari semakin berkembang selari dengan
2

teknologi.

Oleh itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan perlu

mengambil kira faktor penggunaan teknik penyampaian pengajaran yang dapat menarik
perhatian dan merangsang minat pelajar sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Sebagai seorang guru, banyak amalan perlu dilakukan agar PdP di dalam kelas menjadi
berkesan dan bermakna kepada pelajar. Suasana PdP akan menjadi hambar dan tidak bermakna
kepada pelajar sekiranya mutu pengajaran guru tidak berada pada tahap yang memuaskan. Oleh
itu, guru dan pengajaran yang berkesan sangat penting untuk mendapatkan pembelajaran yang
baik (Noor Hisham Md Nawi, 2011).
Menurut H. Isjoni (2005), guru adalah penentu kejayaan atau kegagalan kegiatan pembelajaran.
Kejayaan para pelajar pula ditentukan oleh kemampuan dan ketrampilan guru dalam suatu
pertemuan di dalam bilik darjah. Ini bermakna, melalui pengetahuan dan kemahiran yang baik,
maka sesi pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Pernyataan ini menjadi elemen penting
dalam meningkatkan motivasi para pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian serta menjadi
lebih terbuka dalam menerima matapelajaran yang diajar. Tahap keterlibatan para pelajar juga
akan lebih meningkat seiring dengan ketrampilan guru yang jelas terlihat ketika melaksanakan
proses PdP.
Dalam pengajaran kemahiran membaca umpamanya, masih terdapat sebilangan guru yang tidak
dapat melaksanakannya dengan kaedah yang betul dan tepat. Kaedah yang digunakan masih
mengamalkan kaedah tradisional. Guru lebih banyak mengajar daripada memberi peluang
kepada pelajar untuk mempraktikkan apa yang mereka belajar. Untuk itu, sistem pendidikan pada
masa kini terutamanya guru-guru di sekolah perlu melakukan

perubahan ke arah

mempertingkatkan kualiti pengajaran dalam menyampaikan maklumat dan ilmu kepada pelajar.

DEFINISI PENGAJARAN TRANSFORMATIF


Menurut Fatimah Hashim (2005), pengajaran transformatif ialah satu pengajaran yang
dilaksanakan oleh seorang guru yang mempunyai sikap sering memikirkan dan peka terhadap
ciri-ciri yang mewarnai iklim pengajarannya, khususnya kelas sosial, jantina, bahasa, etnik dan
3

suku kaum. Dengan itu, titik permulaan pedagogi mereka bukanlah pelajar ataupun kelas yang
berasingan tetapi individu dan kelompok dalam pelbagai konteks merangkumi ketentuan yang
dibangkitkan oleh sejarah individu, pergolakan, harapan dan cita-cita mereka. Guru ini
memahami bahawa kurikulum dan pedagogi perlu responsif terhadap sesuatu konteks dan
pengalaman hidup pelajar dan keluarga pelajar dalam komuniti dan masyarakat umum.
Keupayaan mereka adalah merealisasikan pedagogi yang menarik minat pelajar dalam aktiviti
bermakna yang menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam dalam kehidupan dan
pengalaman mereka yang dibawa ke bilik darjah.
Dari sudut pengajaran pula, pengajaran transformatif memerlukan guru yang komited , yang
dapat melawan ketidakseimbangan dalam suasana sekolah dan masyarakat. Mereka perlu
menjalinkan hubungan antara pengajaran mereka dengan kesedaran sosial yang luas, memberi
perhatian kepada isu-isu pencapaian akademik pelajar, kebebasan dan demokrasi dalam
pengajaran mereka. Mereka memupuk dan memberi keyakinan kepada orang di sekitar mereka
dan mereka mengesan potensi diri mereka sendiri dan potensi yang terpendam dalam setiap
pelajar.
Oleh

itu,

guru

yang

melaksanakan

pendekatan

transformatif

biasanya

berupaya

mengimplementasikan cara pengajaran yang berkesan seperti pandai menguasai ilmu pedagogi
dan penuh dedikasi terhadap perkembangan individu pelajar dan diri sendiri. Bagi tujuan
pengajaran, guru dapat menguasai dan menyampaikan isi kandungan dengan mengambil kira
bagaimana pelajar beroleh kefahaman tentang isi kandungan yang hendak dipelajari itu.
DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang bukan mudah dilaksanakan kerana ia
memerlukan kepada proses pemerhatian, pemahaman dan pemikiran yang mantap. Membaca
juga merupakan satu aktiviti yang mempunyai ciri-ciri penting seperti cara berfikir, menganalis,
menghuraikan, menghukum, menyelesaikan masalah dan juga membuat rumusan. Menurut
Hassan Shahatah (2002), membaca ialah satu amalan berfikir yang berkesan
merangkumi pentafsiran tanda, tulisan melalui gerakan mata dan fahaman
4

makna, mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lepas, mengeluarkan,


merasai dan menyelesaikan masalah atau rumusan terhadap bahan bacaan.
Ini bermakna, dalam kemahiran membaca, dua proses sedang berlaku iaitu
gerakan fizikal melalui pengecaman tulisan dan gerakan mental melalui
pentafsiran makna.
Oleh itu, dalam kemahiran membaca ini mempunyai empat (4) tahap iaitu:
i. Tahap pertama - Memperkenalkan dan menyebut melalui frasa-frasa
yang asas dalam perbualan dan pelajar mampu menyebut dengan
sendiri.

Antara

aktiviti

yang

sesuai

dengan

tahap

ini

adalah

memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dan mengulanginya sehingga


pelajar biasa dengan huruf tersebut. Melambatkan sebutan hurufhuruf yang susah dan berat sebutannya. Akhirnya menguji pelajar
untuk membaca secara bunyi bagi simbol tulisan dan memahami
maknanya (Ahmad Abdullah al-Bashir, 1972).
ii. Tahap kedua - Memahamkan bahan bacaan secara mendalam
sedikit

dengan

memperkenalkan

perbendaharaan

kata

baru.

Walaubagaimanapun, harus menggunakan tajuk-tajuk yang mudah


dan terpilih dalam linkungan suasana sebenar pelajar.
iii. Tahap ketiga - Pembelajaran kemahiran membaca yang sebenar
dengan diperkenalkan jenis-jenis bacaan; bacaan intensif dan bacaan
umum.
iv. Tahap keempat - Pembacaan yang lebih meluas dan berfokus
tentang pemikiran dan peradaban. Pada peringkat ini, diperkenalkan
bacaan secara terang dan senyap.
Walau bagaimanapun, kemahiran membaca bagi peringkat rendah lebih menumpukan kepada
tahap pertama sahaja kerana pada peringkat ini pelajar perlu didedahkan dengan teknik mengenal
huruf dan perkataan terlebih dahulu berbanding tahap-tahap yang lain.
Menurut Abid Taufiq (1993), Mahmud Kamil (1985) dan Rusydi Taeimah
(1989), di antara objektif pengajaran kemahiran membaca peringkat rendah ialah :
5

1. Kesempurnaan sebutan dengan makhraj huruf yang betul merangkumi


huruf-hurus syamsiyyah, qamariyyah, hamzah wasal dan qata dan lainlain.
2. Meletakkan baris perkataan mengikut fleksi arab yang betul.
3. Kelajuan yang sesuai dalam bacaan mengikut kesesuaian tahap pelajar.
4. Membolehkan pelajar menyebut huruf dan perkataan dengan memelihara sebutan, nada
dan intonasi yang betul.
5. Membolehkan pelajar mengulangi bacaan tanpa bantuan guru.
6. Membiasakan pelajar membaca pelbagai bahan bacaan dan memahami isi kandungan teks.
7. Membantu pelajar membaca ayat-ayat al Quran dan hadis serta memahami maksudnya.
8. Membolehkan pelajar mengetahui tentang penggunaan kamus bagi menambahkan kosa
kata.
9. Mengenal bilangan dan nombor dengan memelihara sebutan yang betul.
10. Mengetahui bacaan tunjuk arah dan iklan yang terdapat di papan notis atau papan tanda.
11. Membezakan bacaan secara terang dan senyap bagi memahami isi-isi penting.

KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB PERINGKAT


RENDAH
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh guru bahasa Arab ketika
melaksanakan pengajaran kemahiran membaca kepada pelajar. Di antara
kaedah-kaedah yang disarankan untuk diaplikasikan pada peringkat rendah
ialah :

1. Kaedah Harfiyyah
Kaedah ini memerlukan guru memperdengarkan kepada pelajar bunyi
huruf-huruf Hijaiyyah bermula huruf alif hingga huruf yaa beserta
tempat keluar makhraj yang betul. Guru meminta pelajar mendengar

sebutan

huruf-huruf

tersebut

dan

mempelajarinya.

Kaedah

ini

menunjukkan bahawa pelajar memperolehi kefahaman sebutan yang


betul terhadap apa yang didengarnya melalui guru sepenuhnya.

2. Kaedah Sebutan Bunyi


Kaedah ini mirip kepada kaedah huruf iaitu guru memperdengarkan
huruf-huruf Hijaiyyah kepada pelajar tetapi berdasarkan bunyi baris
bacaan yang terdapat pada huruf tersebut seperti bunyi [a] bagi baris
fathah, bunyi [i] bagi baris kasrah, bunyi [u] bagi baris dhommah, tanda
mati saakinah, tanda dengung ghunnah dan tanda syaddah.

3. Kaedah Suku Kata


Kaedah suku kata pula memerlukan guru memperdengarkan bacaan
suku kata panjang iaitu huruf yang bersambung dengan

huruf mad

selepasnya samada huruf alif, waw dan yaa serta suku kata pendek
yang tidak mempunyai huruf mad selepasnya kepada pelajar. Guru
perlu menyebut suku kata-suku kata tersebut dengan jelas dan betul
supaya pelajar dapat membezakan bunyi bacaan yang didengar dan
mengelak daripada berlakunya kesilapan pada bacaan.

4. Kaedah Menyebut Perkataan


Kaedah ini memerlukan guru membaca perkataan yang diajar dengan
mengambil kira tiga (3) kaedah yang disarankan di atas. Bagi
memastikan setiap sebutan adalah tepat dan betul guru perlu menyebut
perkataan yang diperdengarkan berulang-ulang kali sehingga guru yakin
pelajar dapat mengikutinya dengan tepat dan betul juga. Kemudian
7

guru perlu melakukan penerangan atau menganalisis huruf-huruf yang


mempunyai makhraj

yang hampir sama seperti mewarnakan huruf

tersebut ataupun sebagainya.

ANALISIS KELEMAHAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB


Pelbagai kelemahan pengajaran kemahiran membaca yang dikenalpasti ketika guru
melaksanakan sesi pengajaran kemahiran tersebut, di antaranya ialah :
(a)

Pengajaran Guru Masih Berbentuk Tradisional


Pengajaran guru masih lagi mengamalkan model pengajaran membaca yang
berbentuk tradisional iaitu guru membaca dan pelajar hanya mendengar
kemudian guru membaca dan pelajar mengikut bacaan guru. Kaedah ini
bukan 100% salah tetapi cara guru menyampaikan pengajaran adalah terlalu
hambar dan mendatar. Guru lebih banyak memainkan peranan dalam aktiviti
membaca berbanding pelajar. Penglibatan pelajar dalam aktiviti membaca
sangat kurang.
Guru juga tidak memperdengarkan terlebih dahulu bacaan contoh kepada pelajar sebaliknya
terus menyuruh pelajar membaca sendiri. Di samping tidak melakukan pengulangan terhadap
perkataan-perkataan yang diajar, suara guru juga tidak jelas dan ntidak mempunyai nada dan
intonasi yang tepat. Untuk menimbulkan keseronokan dalam pengajaran kemahiran membaca.

(b)

Tidak Fokus kepada Sebutan dan Makhraj Huruf yang Tepat

Terdapat guru yang tidak dapat melakukan aktiviti membaca dengan


berkesan seperti tidak menggunakan kaedah membaca yang tepat dari segi
sebutan dan makhraj huruf. Beberapa kesalahan pelajar telah dikenalpasti
8

ketika mereka menyebut perkataan yang didengar melalui guru kerana guru
tidak menyebut dengan jelas perbezaan bunyi huruf yang hampir sama
seperti huruf sad dan sin pada perkataan

dan

, bunyi

makhraj huruf kha tidak dapat didengar dengan jelas dan lain-lain lagi. Guru
juga tidak menerangkan perbezaan bunyi makhraj yang hampir sama seperti
mewarnakan huruf tersebut dan sebagainya untuk menunjukkan perbezaan
di antara kedua-duanya.
Selain itu, beberapa kesilapan yang dikenalpasti ialah kesalahan pada
bacaan huruf yang bertanda syaddah ( ) seperti perkataan

yang

perlu dibaca dengan menekankan bunyi pada huruf yang bertanda syaddah,
iaitu huruf dal dan kaf tetapi guru membaca dengan menyebut

pada

bacaannya.
(c)

Tiada Nada dan Intonasi yang Sesuai

Berdasarkan

kepada

catatan

yang

dilakukan

mendapati

guru

tidak

menggunakan nada dan intonasi yang sesuai ketika memperdengarkan


bacaan kepada pelajar, iaitu guru tidak mempelbagaikan bunyi suara seperti
merendahkan nada bacaan ataupun meninggikan nada bacaan dengan
tujuan menarik perhatian pelajar atau merangsang minda mereka terhadap
apa yang dipelajari. Selain itu, terdapat juga guru bahasa Arab yang cuba
mempelbagaikan

cara bacaan

namun

reaksi mereka agak kurang yakin

apabila terdapat banyak perkataan yang disebut salah. Ini menyebabkan


penyampaian mereka agak kurang berkesan.
Selain itu, kurang terdapat kaedah mengajar yang berpusatkan pelajar.
Pelajar hanya diminta untuk membaca perkataan sekali sahaja tanpa ada
pengulangan

bacaan.

Sudah

pasti

cara
9

ini

tidak

membantu

pelajar

memahami dan mengingat bunyi perkataan dengan betul dan tepat. Di


samping itu, tiada pembetulan bagi kesilapan bacaan yang dilakukan oleh
pelajar seperti perkataan

yang sepatutnya dibaca dengan suku kata


panjang bagu huruf ra tetapi dibaca dengan bunyi

seolah-olah tiada

bacaan panjang di situ.

(d)

Kesilapan Menyebut Suku Kata

Masih terdapat guru yang melakukan kesilapan bacaan pada suku kata
pendek atau suku kata panjang ketika membaca bacaan contoh kepada
pelajar seperti pada perkataan

, guru membaca dengan suku kata

panjang pada huruf hamzah sedangkan ia sepatutnya dibaca dengan suku


kata pendek sahaja. Begitu juga bagi perkataan

masih berlaku kesilapan

yang sama.
Kesilapan yang dilakukan oleh guru menunjukkan guru sendiri masih tidak
menguasai kemahiran membaca. Sebagai seorang guru, sepatutnya perkara
sebegini

tidak

berlaku

kerana

guru

telahpun

menjalani

kursus

dan

mempraktikkan beberapa kaedah mengajar yang betul sebelum menjalani


amalan PRAKTIKUM.
(e)

Kaedah Pengajaran Tidak Menarik

Terdapat juga sebilangan guru yang menyampaikan kemahiran membaca


dalam situasi yang agak membosankan kerana guru tidak

menggunakan

kaedah yang sesuai bagi menarik minat pelajar dan merangsang minda
mereka terhadap bahan yang dibaca. Bacaan guru yang mendatar serta
tidak semangat menjadikan suasana kelas agak tidak terkawal. Terdapat
10

sebahagian pelajar yang tidak memberi tumpuan ketika guru membaca dan
menyebabkan berlaku kesilapan bacaan oleh pelajar tersebut apabila
diminta untuk membaca semula perkataan yang diajar.
Guru juga tidak menggayakan teknik yang pelbagai ketika mengajar
kemahiran

membaca.

Guru

tidak

melakukan

pembacaan

dengan

memperdengarkan kepada pelajar perubahan bunyi yang biasa didengar


kepada bunyi yang berlainan seperti menyebut perkataan mengikut rentak
lagu yang menjadi siulan para pelajar sekarang dan sebagainya lagi.

CADANGAN AMALAN PENGAJARAN TRANSFORMATIF KEMAHIRAN MEMBACA


BAHASA ARAB
Bagi merealisasikan guru transformatif, perkaedahan pengajaran yang berbentuk tradisi perlulah
ditukar kepada perkaedahan yang berbentuk terkini dan inovasi. Guru-guru yang mengajar
bahasa Arab mesti mewujudkan peluang-peluang komunikasi di dalam bilik darjah bagi
membolehkan pelajar menggunakan bahasa Arab berdasarkan pelbagai aktiviti, tanggungjawab
dan situasi. Keadaan itu akan menjadikan pelajar mempelajari bahasa Arab yang benar-benar
bermakna pada kehidupan dan keperluan mereka (Muhammad Azhar, 2005). Pengajaran
kemahiran membaca bahasa Arab memerlukan kemahiran khas yang perlu
diperbaiki semasa proses PdP berjalan. Sesungguhnya, kemahiran dan
kemampuan pelajar adalah berbeza dalam pembelajaran kemahiran asas
berbahasa. Oleh itu, tenaga pengajar haruslah mempelbagaikan aktiviti
pengajaran. Antara aktiviti yang dicadangkan dalam kemahiran membaca
adalah kemampuan dalam menyebut perkataan dengan sebutan yang baik
dan mengeluarkan suara melalui makhraj yang betul (Abd Fatah, 2001).
Memandangkan pengajaran kemahiran membaca dalam kalangan pelajar
bukan penutur asal bahasa Arab berbeza dengan penutur asal, maka
penekanan awal perlu kepada sebutan dan makhraj huruf yang betul agar

11

bacaan menjurus

kepada sebutan loghat Arab dan bukan loghat Melayu.

Apabila penekanan awal ini diberikan perhatian, hasil bacaan pelajar dapat
diterjemahkan dengan perasaaan dan minat terhadap bahasa Arab secara
khususnya dan terhadap bacaan umumnya (Awatif Abdul Rahman, 2015).
Terdapat tiga (3) prinsip yang dicadangkan oleh Littlewood (1981) sebagai asas proses
pembelajaran dan pengajaran bahasa mengikut pendekatan komunikatif, iaitu :
1. Prinsip komunikasi. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan komunikasi sebenar akan
menggalakkan proses pembelajaran.
2. Prinsip tugasan. Aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahasa bagi melaksanakan pelbagai
tugasan yang bermakna juga akan menggalakkan pembelajaran.
3. Prinsip bermakna. Bahasa yang bermakna kepada pelajar akan mengukuhkan proses
pembelajaran.
Berdasarkan kenyataan di atas, prinsip-prinsip yang dicadangkan ini amat sesuai digunakan oleh
guru-guru bahasa Arab dalam pengajaran kemahiran membaca kepada pelajar. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran yang
disyorkan bagi membolehkan pelajar membentuk keupayaan dan kefahaman sehingga mereka
dapat menggunakan bahasa Arab untuk bertutur dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian
sebagai bahasa kedua.
Dalam proses pengajaran kemahiran membaca dalam bahasa Arab, penekanan harus diberi lebih
kepada peranan pelajar kerana ini boleh membawa kepada penumpuan pada kepentingan dan
keutamaan mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab. Walaupun kadang-kadang kehendak
guru tidak selaras (mungkin guru menekankan aktiviti tradisi dan pelajar menginginkan aktiviti
inovasi) mereka boleh berpindah kepada perkara yang dapat memberi persetujuan munasabah di
antara satu sama lain. Menurut Spratt (1999), untuk menarik minat pelajar kepada pembelajaran
memerlukan kesedaran guru terhadap keutamaan pelajar yang mana keutamaan itu memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi proses membuat keputusan dan perlakuan mereka dalam
kelas. Oleh itu, guru perlu sedar akan keutamaan pelajar mereka dengan mengambil kira
12

keutamaan tersebut sewaktu merancang dan mengimplementasikan perlakuan dan aktiviti


alternatif di dalam kelas mereka.
Terdapat beberapa cadangan mengenai amalan pengajaran transformatif kemahiran membaca
bahasa Arab di bilik darjah bagi membantu guru-guru bahasa Arab melaksanakan proses
pengajaran kemahiran tersebut supaya relevan dengan kehendak semasa. Antara amalan-amalan
tersebut ialah :
1. Guru memastikan pelajar faham dan dapat menggunakan keperluan bahasa yang minimum
termasuk sebutan bunyi dan intonasi. Seperti guru membetulkan sebutan pelajar jika
terdapat kesalahan pada bacaan yang dibaca oleh pelajar.
2. Guru menggalakkan pelajar terus mempraktikkan bahasa Arab dengan bantuan dan
bimbingan guru. Guru hanya membuat pembetulan jika perlu sahaja untuk memberi
keselesaan kepada pelajar untuk belajar.
3. Guru menggunakan objek atau benda maujud dan insiden yang biasa pada pelajar untuk
mendapatkan tindakbalas yang baik daripada pelajar.
4. Guru memperkenalkan dan menunjukkan aktiviti membaca terlebih dahulu kemudian
meminta pelajar untuk mencuba aktiviti tersebut. Seperti guru membaca perkataanperkataan yang diajar dengan betul dari segi bunyi, makhraj, panjang dan pendek bacaan
dan dibaca secara berulang-ulang sambil menggunakan intonasi bacaan yang pelbagai dan
menarik perhatian pelajar.
5. Pengajaran guru perlu mencerminkan kehidupan sebenar, isu semasa dan ditujukan kepada
kegemaran dan minat pelajar.

KESIMPULAN
Guru bahasa Arab pada masa kini disarankan tidak lagi menggunakan kaedah pengajaran yang
tidak membantu dalam mencapai tahap keupayaan dan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab.
Guru bahasa Arab perlu sedar bahawa guru yang mahir kaedah atau pedagogi pengajaran secara
automatik adalah seorang guru yang menguasai ilmu bahasa Arab yang baik dan berkeupayaan
13

pula untuk melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran


transformatif

merupakan

satu

titik

tolak

bukti

guru

bahasa

Arab

melaksanakan

tanggungjawabnya terhadap pengajaran bahasa Arab yang berkesan. Guru bahasa Arab perlu
berubah ke arah guru intelektual transformatif bagi meningkatkan potensi guru dalam
bidang profesionalisme perguruan yang mereka ceburi.
Pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab umpamanya memerlukan
kemahiran khas

yang sentiasa perlu diperbaiki semasa

proses PdP.

Sesungguhnya, kemahiran dan kemampuan pelajar adalah berbeza dalam


pembelajaran
mempelbagaikan

kemahiran
aktiviti

membaca.
pengajaran

Oleh

kemahiran

itu,

guru

membaca

haruslah
yang

lebih

berkesan. Penekanan awal perlu kepada sebutan perkataan dan makhraj


huruf yang betul pengajaran kemahiran membaca dalam kalangan pelajar
peringkat rendah. Apabila penekanan awal ini diberikan perhatian, hasil
bacaan pelajar dapat diterjemahkan dengan perasaaan dan minat terhadap
bahasa Arab secara khususnya dan terhadap bacaan umumnya.

14

RUJUKAN
Awatif Abdul Rahman.et.al.(2015). Model Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : Satu
Kajian Tindakan di KUIS, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor : Kajang
Azizah Lemai Man .(1999). Guru Pendidikan Islam yang Berkesan. Masalah
Pendidikan. Jilid 22. Kula Lumpur : Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
H. Isjoni, M.Si. (2005). Citra Guru antara Tuntutan dan Pengabdian. Pekan Baru.
Ibrahim Mamat. (1998). Kepimpinan Sekolah : Teori Untuk Praktis. Kuala Lumpur : Percetakan
Season Sdn. Bhd.
Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian
Semula Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi
Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran, UKM
Fatimah Hashim (2005). Pengajaran Bahasa yang Responsif : Ke Arah Memenuhi Keperluan
Semasa, Siri Panduan Guru : Pedagogi Merentas Kurikulum, PTS
Hassan Shahatah. 1993. Talim al-lughah al-arabiyyah. Kaherah: Dar alMasriyyah.
Muhammad Azhar Zailaini. (2005). Penggunaan Model Pengajaran Pendekatan Komukatif
dalam Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah. Siri Panduan Guru :
Pedagogi Merentas Kurikulum, PTS
Littlewood, W.T. (1981). Communicative language teaching : An introduction. Cambridge :
Cambridge University Press.

15

Toimah, Rushdi Ahmad. 1989. Talim al-Arabiyyah li ghairi natiqiin biha.


Rabat: Mansyurat al-munazzamah al-Islamiyyah li-tarbiyyah wa al-ulum
wa thaqafah- Esesco.

16

You might also like