You are on page 1of 4

LAPORAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Tarikh : 27 November 2016


Hari : Jumaat
LAPORAN
Majlis sambutan Hari Kanak-Kanak 2016 peringkat sekolah telah
dilaksanakan dengan baik dan lancar. Sambutan ini dijalankan untuk
menghargai dan meraikan murid-murid. Rasionalnya sambutan hari kanakkanak diadakan bagi memupuk bakat dan kebolehan murid serta memupuk
kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah dipengerusikan oleh
Encik Jamaluddin bin Badron. Sambutan pada kali ini telah diadakan
sukaneka bagi setiap tahun. Murid-murid berkumpul di dewan terbuka
sekolah seawall jam 7.20. acara dimulakan dengan murid pra sekolah iaitu
bawa bola menggunakan gelung rotan. Seterusnya aktiviti diteruskan bagi
Tahun 4 iaitu berlari dalam guni serta tiup dan pecahkan plastik. Acara ini
dimenangi oleh rumah merah bagi kedua-dua kategori iaitu lelaki dan
perempuan. Bagi acara Tahun 5 ialah berlari dalam guni serta memakai
terompah sehingga ke garisan yang ditetapkan. Acara ini telah dimenangi
oleh rumah kuning bagi kategori lelaki dan rumah biru bagi kategori
perempuan. Bagi Tahun 6, acara yang dipertandingkan adalah berlari dalam
guni

dan

meletakkan

kacang

di

dalam

pinggan

yang

disediakan

menggunakan chopstick. Acara ini dimenangi oleh rumah hijau bagi kategori
lelaki dan rumah merah bagi kategori perempuan.
Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan pada jam 11 pagi
oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Puan Nang Hayati

binti Awang @ Nik Ishak. Secara keseluruhannya, sukaneka Tahap 2 pada


tahun 2016 ini dimenangi oleh rumah merah.
Bagi tahap 1, sambutan hari kanak-kanak diadakan pada sesi petang.
Acara

bermula

pada

jam

2.00

petang.

Aktiviti

dimulakan

dengan

pertandingan mewarna. Sukaneka dijalankan pada waktu petang iatu


selepas rehat bermula jam 4.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan Tahun 3
iaitu lompat dalam guni. Seterusnya acara diteruskan dengan Tahun 2 iaitu
melompat sambil kepit bola dan acara diakhiri dengan Tahun1 iaitu mengisi
air di dalam botol. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan pada
pukul 5.30 petang. Secara keseluruhannya, sukaneka Tahap 1 dimenangi
oleh rumah biru.

Pra Sekolah

Tahun 4

Pertandingan
mewarna

Lompat dalam
guni

Lompat sambil
mengepit bola

Isi air dalam


botol

Juara rumah
merah

You might also like