You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA BARU

PETI SURAT 04, 89008 KENINGAU SABAH


Perkara
Tarikh/Hari
Masa
Tempat
Pengerusi

: MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA UPSR BIL.2/2016


: 7 APRIL 2016 / KHAMIS
: 12.45 TENGAHARI 2.30 PETANG
: PUSAT SUMBER SK JAYA BARU
: PUAN MASLINAH KASIN (PK1)

KEHADIRAN
1. En. Rasamin Sariman (Guru Besar)
2. Pn. Maslinah Kasin (PK Pentadbiran)
3. En. Azman Ahmad (PK Kokurikulum)
4. Pn. Zaleha Mahadi (PK Hal Ehwal Murid)
5. Pn. Juniah Ubin
6. Pn. Hizuanie Hj. Ismail
7. Pn. Wan Nor Azizon Wan Nor Saidi
8. Ustazah Hamimah Hj. Sani
9. Cik Hamisah Ismail
10. En. Ledrin Ziubin
11. Pn. Farina Lillian David
12. Pn. Sahima Linus
13. Pn. Dollystinah Kilim
14. Cik Melwinder Kaur
TIDAK HADIR BERSEBAB:
1. Tiada
TURUT HADIR
1. Tiada
AGENDA
1.
2.
3.
4.
5.

Ucapan Alu-aluan Pengerusi


Pelan Strategik UPSR 2016
Motivasi Ibubapa
Permasalahan PDP Tahun 6
Hal-hal Lain

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengalu-alukan kedatangan semua guru
1.2 Beliau mengharapkan lonjakan yang positif dalam keputusan UPSR 2016
kerana percaya dengan kebolehan guru-guru.
1.3 Beliau juga menekankan kepentingan penguasaan 3M (membaca, menulis
dan mengira) agar murid bersedia untuk menyambung pelajaran ke
peringkat seterusnya.

2. Pelan Strategik UPSR 2016


2.1 Encik Azman memaklumkan bahawa Ujian Diagnostik ini akan digunakan
sebagai TOV bagi tahun ini walaupun dengan perubahan format bagi
beberapa mata pelajaran. Guru mata pelajaran disarankan untuk
menyediakan pelan strategik ke arah pencapaian target GPMP selaras TOV
sekolah 2.56 bagi tahun 2015. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan
bakal berlaku apabila PPD mengeluarkan KPI setiap sekolah.
Tindakan Guru Matapelajaran bersama Ketua Panitia
2.2 Puan Juniah Ubin (Ketua Panitia Bahasa Melayu) memaklumkan bahawa
Pelan Tindakan akan dikekalkan seperti tahun sebelumnya.
2.3 Beliau mengharapkan bahawa program-program yang dijalankan akan
memberikan impak positif dan tidak membebankan murid-murid.
2.4 Puan Hizuanie Ismail (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) menyenaraikan
perancangan bagi Panitia Bahasa Inggeris.

3. Program Motivasi Ibubapa & Murid tahun 6


3.1 Program Motivasi Ibubapa & Murid tahun 6 akan dilaksanakan pada 16
April 2016. Unit Bimbingan Kaunseling akan melantik ahli jawatankuasa
bagi program tersebut.
4. Hal-hal Lain
4.1 Guru Besar menyokong usul Kelas Tambahan diawalkan pada bulan
Februari. Jadual Anjal bagi mata pelajaran Matematik dan Sains akan
dilaksanakan dalam bulan Februari.
Tindakan En. Azman Ahmad

4.2 Guru Besar mengharapkan Pelan Strategik akan disediakan sebelum


hujung bulan Januari.
Tindakan Penyelaras UPSR
4.3 Encik Ledrin memaklumkan bahawa tapak Headcount akan dimasukkan
ke dalam Aplikasi Telegram untuk kegunaan guru memasukkan keputusan
Ujian Diagnostik untuk Headcount. (Tarikh Akhir 23 Januari 2016)
Tindakan Guru Matapelajaran UPSR
4.4 Puan Maslinah Kasin menyarankan Skema Pemarkahan diedarkan
kepada murid-murid agar mereka memahami pertukaran format.
Tindakan Guru Matapelajaran UPSR
4.5 Puan Hamimah Hj. Sani memaklumkan bahawa PBS bagi Tahun 6 masih
dijalankan seperti biasa dan diharapkan guru-guru dapat menyediakan
Keputusan Offline PBS.
Tindakan Guru Matapelajaran UPSR
PENUTUP
1.1 Ucapan penangguhan pengerusi
1.1.1 Diharapkan program-program dijalankan seperti yang dirancang.
1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 tengah hari.

Disediakan oleh:
_____________________________
____________________________
(CIK MELWINDER KAUR)
Setiausaha
Mesyuarat AJK UPSR Bil.1/2016
SK Jaya Baru Keningau
Tarikh:

(PUAN MASLINAH KASIN)


GPK KURIKULUM
SK Jaya Baru Keningau
Tarikh:

Disokong oleh:
Dicadangkan oleh:
____________________________

______________________________

(
Tarikh:
Disemak oleh

Tarikh:

You might also like