You are on page 1of 8

ISU-ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN

2. CONTOH ISU-ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Buli Peras ugut


Gengsterisme Gangguan seksual Ponteng
3. Faktor Individu Rakan sebaya Keluarga Media massa FAKTOR BERLAKUNYA
ISU MORAL DI SEKOLAH
4. FAKTOR BERLAKUNYA ISU MORAL DI SEKOLAH Individu perasaan
remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru sikap pelajar yang menganggap
pendidikan moral tidak berguna Mengalami tekanan hidup (Buli)
5. FAKTOR BERLAKUNYA ISU MORAL DI SEKOLAH Rakan sebaya Tidak
berpendirian teguh sehingga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya Ibu bapa
kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa (Classroom
Discipline Problem Solver: Ready-to-use Techniques and Materials for Managing All
Kinds of Behaviour Problems) (Children of Substance - Abusing Parents: Dynamics and
Treatment)
6. FAKTOR BERLAKUNYA ISU MORAL DI SEKOLAH Media massa Terdapat
terlalu banyak adegan atau babak-babak ganas yang dipertontonkan di kaca televisyen
ataupun di internet. Cyber Kids, Cyber Bullying, Cyber Balance
7. KESAN ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Kesan Masalah sosial Akademik
Murung Imej sekolah
8. KESAN ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Masalah sosial Remaja
kebanyakan terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral Akademik Pelajaran akan
terjejas kerana pelajar tidak dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran (Bullying in
Secondary Schools: What It Looks Like and How to Manage It) (Children of Substance Abusing Parents: Dynamics and Treatment)
9. KESAN ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Murung Mengalami tekanan
emosi dan hilang keyakinan diri Imej sekolah Imej sekolah terjejas dengan masalah
disiplin pelajar (Kids Killing Kids: Managing Violence and Gangs In Schools)
(Loneliness In Childhood and Adolescence)
10. LANGKAH MENGATASI ISU-ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Bimbingan
dan kaunseling Peranan ibu bapa & masyarakat Penekanan pendidikan moral & agama
Menguatkuasakan undang-undang
11. LANGKAH MENGATASI ISU-ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Bimbingan
dan kaunseling berpeluang meluahkan serta menyatakan perasaan dan tekanan yang
dihadapi masing-masing berpeluang mendapat nasihat daripada seseorang yang
berpengalaman (Schools and The Problem of Crime)
12. LANGKAH MENGATASI ISU-ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Peranan
ibu bapa Memantau tingkah laku anak-anak Tingkatkan peluang bersosial (Protect
Your Child From Bullying: Expert Advice To Help You Recognize, Prevent And Stop
Bullying Before Your Child Get Hurt)
13. LANGKAH MENGATASI ISU-ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Penekanan
pendidikan moral & agama Melalui pengajaran dan pembelajaran (Children and
bullying: how parents and educators can reduce bullying at school)
14. LANGKAH MENGATASI ISU-ISU MORAL DALAM PENDIDIKAN Kuat kuasa
undang-undang Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan
kepada rakan- rakan yang lain. (Zero Tolerance Policies in Schools)

15. RUJUKAN Watson, G. (1998). Classroom Discipline Problem Solver: Ready-to-use


Techniques and Materials for Managing All Kinds of Behaviour Problems. George
Watson; illustrated by Aton Anthony: New York: West Nyack. Rotenberg, K.J. & Hymel,
S. (1999). Loneliness In Childhood and Adolescence. Cambridge; New York: Cambridge
University Press. Azizi, Y., Jamaludin, R., Abdul L, A., & Zurhana, M. (2007). Buli.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Daniels, P. (2009). Zero Tolerance Policies in
Schools. Detroit: Greenhaven Press.
16. RUJUKAN Sullivan, K. , Cleary, M. & Sullivan, G. (2004). Bullying in Secondary
Schools: What It Looks Like and How to Manage It. New York: Springer Publishing
Company. Straussner, S. L. A., & Fewell, C. H., (2011). Children of Substance - Abusing
Parents: Dynamics and Treatment. New York: Springer Publishing Company. Sandler, B.
R., & Shoop, R. J. (1997). Sexual Harassment on Campus. MA: Viacom Company.
Boxford, S. (2006). Schools and The Problem of Crime. UK: Willan Publishing.
17. RUJUKAN Capozzoli, T. K., & Mcvey, R. S. (2000). Kids Killing Kids: Managing
Violence and Gangs in Schools. London: St. Luice Press. Rigby, K. (2008). Children and
Bullying: How Parents and Educators Can Reduce Bullying at school. UK: Blackwell
Publishing. Almond, L. (2008). School Violence. USA: Current Controversies. Beane, A.
L. (2008). Protect Your Child From Bullying: Expert Advice to Help You Reconize,
Prevent and Stop Bullying Before Your Child Gets Hurt. USA: Jossey Bass.
18. RUJUKAN Greer, J. T. & Gresso, D. W. (1994). Creating Safe Schools: What
Principals Can Do. California: Corwin Press. Trolley, B.C. & Hanel, C. (2010). Cyber
Kids, Cyber Bullying, Cyber Balance. UK: SAGE Ltd. Charles, C. M. (2011). Building
Classroom Discipline 10th edition. USA: Pearson. Bellous, J. E. (2010). Children,
Spirituality, Loss and Recovery. Madison Avenue, New York: Routledge.
19. RUJUKAN Smith, R. (2012). Freedom and Discipline. London: Rout Ledge.
Griffiths, A. & Jones, K. (2012). Siri Panduan Guru ITBM: 101 Senarai Penting
Menguruskan Tingkah Laku di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: ITBM. Mahony, P.
(2012). Schools For The Boys ?. Co-education reassessed. London: Routledge. Roger, B.
(2011). Classroom Behaviour. 3rd Edition. London: SAGE Publications Ltd

Peranan pihak sekolah


Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah pihak sekolah juga
berperanan dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian
kerana pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik atau mengajar
mahupun membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah khususnya guru-guru
perlulah menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek yang diajar supaya pelajar
dapat membezakan antara perkara baik atau perkara buruk sejak awal lagi. Penerapan
nilai-nilai berdisiplin dan bertanggungjawab kepada pelajar dapat mengelakkan pelajar
daripada melakukan gejala ponteng sekolah. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap
dan pemikiran manusia di mana penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan
seseorang itu membuat keputusan yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan
perilakunya (Mohd. ArifHj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj.
Mahmud, 2005).

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan peruntukan undang-undang


di peringkat sekolah. Hal ini boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar dan
pelajar tidak akan melakukan sesuatu yang negatif seperti ponteng sekolah.
Jenis tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan ponteng sekolah:
1.1.KaunselingKaunseling
2.2.AmaranAmaran
3.3.Merotan (sekali)Merotan (sekali)
4.4.Merotan (2 kali)Merotan (2 kali)
5.5.Merotan (3 kali)Merotan (3 kali)
6.6.Merotan melebihi 3 kali Merotan melebihi 3 kali
7.7.Gantung sekolah Gantung sekolah
8.8.Buang sekolah Buang sekolah
9.9.Tindakan polis Tindakan polis
(Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1990)Kementerian Pendidikan.
Menurut responden yang ditemu bual juga, Pelajar yang ditangkap atas kesalahan
ponteng akan dirujuk kepada kaunselor untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan
pelajar berkelakuan sedemikian. Seterusnya pihak sekolah akan memaklumkan kepada
ibu bapa berkaitan salah laku pelajar yang ponteng, pada kebiasaannya guru menjemput
ibu bapa untuk hadir ke sekolah. Perbincangan kebiasaannya melibatkan pihak pentadbir,
guru disiplin, guru tingkatan guru-guru mata pelajaran dan pelajar itu sendiri. Semua
pihak yang terlibat berusaha mencari solusi terbaik supaya pelajar tidak mengulangi
kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, denda juga akan menjadi teladan kepada
semua murid-murid supaya tidak mengulangi perkara yang sama. Seterusnya, pihak
sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk motivasi dan kesedaran
kepada murid-murid seperti kempen jangan ponteng dan ceramah-ceramah motivasi yang
akan membantu meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran.
Peranan ibu bapa
Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu
memainkan peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya
tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini
demikian kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Hal ini
juga cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan
Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada semua
pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan
Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anakanak. Oleh itu, Ibu bapa perlulah sentiasa mengawal dan memerhati setiap gerak-geri atau
tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Menurut respon yang ditemubual,
Ibu bapa merupakan tulang belakang dalam membentuk perilaku anak. Tahap sosial yang

semakin meninggi menyebabkan keghairahan mencari wang ringgit dan harta menjadi
keutamaan. Wang ringgit diberikan sewenang-wenangnya tanpa menyiasat bagaimana
wang tersebut digunakan. Selian itu, Lambakan pusat-pusat hiburan, pusat beli belah
menyebabkan tempat-tempat ini menjadi tempat yang ideal untuk ponteng. Keluar seawal
jam 6 pagi dan pulang lewat malam, sememangnya masa yang diluangkan dengan anakanak terhad. Justeru, anak-anak bebas melakukan apa sahaja yang pastinya sesuatu yang
menghiburkan dan menyeronokkan.
Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi
sikap anak-anak khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Ibu bapa
seharusnya menunjukkan sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-anak
sejak kecil lagi. Anak-anak akan mengikut sikap baik ibu bapa yang ditunjukkan oleh ibu
bapa itu untuk dilaksanakan dalam kehidupan dan tidak akan melakukan perkara-perkara
yang tidak berfaedah seperti ponteng sekolah. Di samping itu, masalah-masalah peribadi
ibu bapa seperti masalah kerja, perbalahan hendaklah tidak perlu melibatkan anak-anak
kerana akan mendatangkan tekanan kepada mereka seterus amat mudah untuk mereka
melakukan perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah.
Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh
filsuf terkenal, Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen
pencorak utama membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan
cangkaliwang pada pada hari akan datang. Justeru penerapan pendidikan yang sempurna
pasti dapat menangani gejala ini. Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dan
ilmu-ilmu agama dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka dapat menilai
perkara yang baik atau yang buruk sejak awal lagi. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan
nilai-nilai murni selaras dengan dengan norma masa kini amat penting bagi memastikan
kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak dan tidak terlibat dengan gejala-gejala
negatif khususnya ponteng sekolah. Oleh itu, peranan ibu bapa penting untuk mendidik
anak-anak supaya tidak berpengaruh dengan gejala-gejala negatif dan contohilah
ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan
Al-Quran dan Al-Hadis.
Peranan Masyarakat
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala
ponteng sekolah. Masyarakat haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan
bekerjasama dalam menangani gejala ini. Seharusnya masyarakat sekeliling haruslah
mendukung konsep ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap
tegur-menegur, nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam
masyarakat. Masyarakat haruslah mengelak sikap lepas tangan apabila berlaku sebarang
gejala gejala negatif dan jangan bertindak seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur
perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar
ponteng ini hendaklah dipantau oleh ahli jawatankuasa masyarakat setempat. Masyarakat
setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang

menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Menurut responden pula, terdapat


segelintir masyarakat yang memberikan maklumat berkaitan hot spot pelajar ponteng
kepada pihak sekolah. Justeru, pihak sekolah mengambil tindakan untuk melakukan
siasatan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar terlibat. Jika pelajar ponteng dalam kuantiti
yang ramai, pihak sekolah akan menghubungi pihak berkuasa tempatan seperti pihak
polis untuk membuat rondaan di kawasan tersebut. Pelajar akan dibawa ke balai polis
atau dibawa semula ke sekolah sebelum waris hadir.
Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan
hendaklah diadakan seperti aktiviti hari keluarga ataupun gotong royong. Hal ini
demikian kerana apabila aktiviti seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim
semakin erat menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara
negatif seperti ponteng sekolah. Melalui aktiviti ini juga, pelajar akan lebih berdisiplin
dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu aktiviti. Penerapan nilai-nilai itu akan
mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti ponteng sekolah.
Menurut responden pula, Selain itu program kemasyarakatan yang melibatkan PIBG dan
JKK kampung, AJK kampung turut diadakan bagi membanteras gejala ponteng. Pihak
yang terlibat ini akan membekalkan maklumat kepada pihak sekolah dan mesyuarat akan
diadakan setiap bulan. Oleh itu, masyarakat memainkan peranan yang penting dalam
membanteras gejala ponteng supaya tidak berleluasa.
Peranan media massa
Media massa juga memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng
sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang
tidak dapat disangkal lagi. Selain itu, media massa juga dikatakan saluran komunikasi
dan informasi yang penting buat masyarakat. Oleh itu, media massa elektronik seperti
televisyen boleh memapar kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh
menjadi pengajaran kepada mereka. Kesan gejala ponteng akan menyebabkan pelajar
terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seprti menghisap dadah, seks bebas dan
sebagainya. oleh itu, media massa haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan
iklan-iklan nasihat dengan penerapan nilai-nilai moral supaya dapat member pengajaran
kepada semua pihak.

Gambar Hiasan
Selain itu, berita dan rencana mengenai gejala ponteng yang disiarkan oleh media
cetak juga mampu member pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara
yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti member pelbagai pendapat yang wujud
lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka
dengan berita yang didengari. Melalui media massa, masyarakat lebih peka terhadap
gejala-gejala yang berlaku dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila

melihat gejala tersebut. sikap bertanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat
penting dalam menangi gejala ponteng sekolah ini dan tidak berleluasa.
Di samping itu, media massa juga haruslah tidak menayangkan cerita-cerita,
program atau iklan-iklan yang bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster. Hal ini
demikian kerana akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk meniru aksiaksi tersebut seperti merokok, menghisap dadah, gam, berlumba haram dan secara tidak
langsung akan terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Oleh itu, media massa banyak
member peranan dalam usaha untuk membentuk akhlak masyarakat dan menangani
gejala sosial khususnya ponteng sekolah.
Rujukan
Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud.
2005. Nilai-nilai murni dan pendidikan bersepadu: ke arah kemanusiaan
sejagat. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke
arah kemanusiaan sejagat. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
(1990) Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin, Unit Disiplin Bahagian Sekolah (tidak
diterbitkan si ambil daripada : http://pusaka02.blogspot.com/2008/06/intervensidalam-menangani-masalah_09.html
Di Malaysia, antara tahun 1994 hingga 2003 gejala ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan menonjol
(KPM, 2004). Ponteng sekolah bukanlah merupakan isu sosial yang baru dalam
kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Data KPM menunjukkan bilangan pelajar
yang ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Contohnya pada
tahun 1993, bilangan pelajar yang terbabit dengan kes ponteng sekolah adalah
seramai 32,092 orang dan 80,937 orang pada tahun 1997. Majoriti pelajar sekolah
menengah yang ponteng sekolah adalah berumur antara 14 hingga 15 tahun.
Daripada segi jantina, pelajar lelaki lebih ramai ponteng sekolah berbanding
pelajar perempuan (Muhammed Sharif & Suria, 2012).
Laporan KPM (2004) menyatakan bahawa masalah ponteng sekolah merupakan
isu utama dalam rekod salah laku pelajar. Ia tidak dapat menjelaskan sejauh mana
tahap seseorang pelajar terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Sesuatu
kesalahan mungkin dilakukan oleh pelajar yang sama secara berulang kali
menyebabkan jumlah kes tersebut meningkat. Pelajar yang tidak berminat untuk
belajar sesuatu mata pelajaran kerap kali hilang semangat untuk belajar dan
seterusnya ponteng sekolah. Keadaan ini akan menjadi bertambah serius jika guru
tidak berusaha untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajarannya (Azizi,

Shahrin, Yusof & How, 2007). Fenomena ini telah mengundang perhatian KPM
untuk mengingatkan semua pelajar agar menjaga rekod kehadiran sekolah kerana
ia akan mendatangkan masalah selepas meninggalkan alam persekolahan
(Zulkifli, 2007).

Arsaythamby Veloo and Ng Chooi Kim


136
kewangan seperti biasiswa, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
dan bantuan daripada pihak swasta diwujudkan khas untuk pelajar yang
mempunyai ibu bapa yang berpendapatan rendah.
Kesimpulannya, semua faktor ponteng sekolah adalah saling berhubung kait dan
mempengaruhi dalam menyumbang kepada pelajar melakukan salah laku
ponteng sekolah. Walaupun rakan sebaya bukan faktor penentu dan tidak
mempunyai hubungan signifikan dengan ponteng sekolah, ini tidak bermakna
mereka tiada kaitan dengan gejala salah laku ini. Besar kemungkinan mereka
juga terdiri daripada kalangan pelajar yang ponteng sekolah. Justeru, usaha
RUJUKAN
Ang, J. S. (2007). Pengurusan disiplin murid. Batu Caves: PTS Professional.
Animasahun, R. A. (2009). Psychodemographic predictors of school attendance
behaviour among secondary school students in Osun State, Nigeria. The Social
Sciences, 4(6), 662672.
Attwood, G., & Croll, P. (2006). Truancy in secondary school pipils: Prevalence,
trajectories and pupil perspectives. Research Papers in Education, 21(4), 467
484.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon & How Lee Chan (2007). Faktor-faktor
mempengaruhi pelajar ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah Johor.
Unpublished doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Butler, I. (2003). Social work with children and families. London: Jessica Kingsley.
Claes, E., Hooghe, M., & Reeskens, T. (2009). Truancy as a contextual and schoolrelated problem: A comparative multilevel analysis of country and school
characteristics on civic knowledge among 14 year olds. Educational Stud
Pendidikan moral merupakan salah satu misi utama dalam proses pendidikan sejak zaman
berzaman. Selagi ada perbincangan intelektual, para pemikir pendidikan sentiasa
memberi perhatian dan membincangkan tentang perkembangan dan pembangunan
peribadi insan terutamanya dalam aspek berkaitan pendidikan moral dan akhlak. Apatah
lagi bila melihat semakin meningkatnya kes-kes delikuensi dan jenayah juvenil yang
dipaparkan oleh media. Justeru dalam melihat peranan dan sumbangan pendidikan moral
dalam era sebegini, kita perlu jelas tentang apakah asas keperluan dalam pendidikan

moral yang boleh dianggap sesuai dan berkesan untuk diterapkan dalam diri setiap
individu dalam konteks masyarakat kita yang mempunyai kepelbagaian dalam sistem
kepercayaan, adat resam, norma dan juga sistem nilai. Oleh itu kertas ini akan
membincangkan tentang keperluan dalam proses pendidikan moral disamping cabaran
yang perlu ditangani untuk memastikan proses tersebut membuahkan hasil.

You might also like