You are on page 1of 6

3.

0 Peranan kerajaan dalam meningkatkan hubungan etnik

Konsep 1Malaysia

Sejak kebelakangan ini, kita melihat banyak berlakunya perselisihan faham antara
etnik yang berlaku di negara kita. Pelbagai faktor yang dapat dilihat yang boleh diambil kira
untuk mengkaji bagaimana dan kenapa perselisihan faham ini berlaku di kalangan
masyarakat berbilang etnik di negara Malaysia. Usaha kerajaan dalam menyatupadukan
masyarakat yang berbilang etnik di Malaysia telah sampai ke beberapa peringkat tertinggi.
Hal ini jelas dibuktikan dengan wujudnya konsep yang berteraskan perpaduan etnik dan
kaum di negara ini. Konsep 1Malaysia dilihat sebagai penyumbang utama dalam usaha
kerajaan untuk menjadikan satu negara bangsa yang bersatu padu tanpa mengira latar
belakang etnik masing-masing.
Peristiwa hitam yang berlaku pada tahun 13 mei 1969 telah menyedarkan kita bahawa
hubungan yang padu antara kaum perlu dalam membentuk negara yang aman dan maju
dalam pelbagai aspek pembangunan. Hal ini jelas menunjukkan pada waktu tersebut terdapat
pelbagai masalah yang berlaku dari segi ekonomi dan politik yang menjadi titik tolak
terhadap peristiwa berlakunya 13 mei 1969. Impak daripada peristiwa ini, kerajaan telah
mengemukakan pelbagai inisiatif serta langkah-langkah perpaduan bagi memupuk kembali
semangat kesatuan antara etnik di dalam negara ini pada waktu tersebut.
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara
menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan
menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat
Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu
bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang
sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu
bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi
pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi
dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan
Gagasan

1Malaysia

yang

berpaksikan

prinsip

Rakyat

Didahulukan,

Pencapaian

Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan
peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara. Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara
rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai
ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini
juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan
daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita
amalkan sejak sekian lama. Hal ini jelas dalam usaha perdana menteri dalam menekankan
usaha penyatuan antara kaum yang kian terjejas akibat dari cabaran masa kini yang lebih ke
arah mementingkan diri sendiri serta tidak mengambil kira persekitaran.
Konsep ini juga merupakan langkah kerajaan yang baru dalam menyatupadukan
rakyat Malaysia dalam membentuk negara bangsa yang Berjaya dan maju dalam pelbagai
aspek. Hal ini perlu bagi menangkis segala cabaran dan jajahan moden oleh masyarakat barat
yang menginginkan kegagalan negara-negara yang sedang membangun seperti negara
Malaysia ini. Konsep 1Malaysia juga banyak menekankan tentang satu negara bangsa yang
mempunyai pelbagai komponen etnik di negara ini. Walaubagaimanapun, hak ketuanan serta
keistimewaan orang melayu dan bumiputera tidak akan dinafikan kerana inyanya termaktub
dalam kontrak sosial di dalam perlembagaan Malaysia.
Melalui Gagasan 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada
kaum-kaum lain. Pendekatan mendekati rakyat, memahami masalah mereka dan bersikap
mesra rakyat adalah perkara utama ditekankan oleh YAB Perdana Menteri kepada
kepimpinan parti dan perkhidmatan awam. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak akan
pilih kasih untuk melaksanakan tugas-tugas mereka tanpa mengira latar belakang etnik
masyarakat.

Kedai rakyat 1Malaysia, klinik 1Malaysia, perpustakaan rakyat 1Malaysia dan


sebagainya antara komponen dalam konsep 1Malaysia yang menyentuh pelbagai aspek-aspek
keperluan masyarakat. Hal ini juga jelas menunjukkan bahawa setiap lapisan masyarakat
tanpa mengira pelbagai etnik perlu menerima pelbagai kemudahan dan insfrastruktur yang
diberikan oleh kerajaan selaras dengan kemajuan di negara Malaysia ini. Konsep 1Malaysia
juga menekankan dua aspek utama iaitu Penerapan Teras-Teras Perpaduan dan Penerapan
Nilai-Nilai Aspirasi.
Aspek yang pertama iaitu penerapan teras-teras perpaduan yang membeawa maksud
penerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras
perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di
kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang
seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia, manakala aspek yang kedua iaitu
penerapan nilai-nilai aspirasi pula menerangkan nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat
progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilainilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan
mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan
kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
Justeru, dengan nilai-nilai yang terdapat dalam konsep 1Malaysia jelas memberikan
maksud serta hasrat kerajaan dalam menekankan kesatuan antara etnik dan kaum agar
menjamin kesejahteraan dari segi sosial serta ekonomi di dalam negara ini. Langkah-langkah
kerajaan dalam usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai etnik ini juga perlu
diambil berat oleh setiap lapisan masyarakat kerana ianya melibatkan penglibatan masyarakat
itu sendiri. Perpaduan yang jitu menjamin kesejahteraan yang baik dan harmoni antara
masyarakat sekali gus dapat menjamin masa depan negara yang cerah dan berjaya demi
generasi yang akan datang.

Perayaan antara kaum di Malaysia

Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan; sembilan dari
negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu
(Sultan). Pemerintahan Raja Berperlembagaan diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang dilantik di antara sembilan orang Raja-Raja Melayu mengikut susunan
setiap lima tahun. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen yang
diselenggarakan oleh Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri. Pilihan raya Umum
diadakan setiap lima tahun sekali. Parti yang memerintah sekarang, Parti Barisan Nasional
(National Front) merupakan parti campuran terdiri dari beberapa parti politik yang mewakili
berbagai kumpulan etnik.
Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan.
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu
sebagai rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama
Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan,
keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.
Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta
agama-agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya,
Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai perayaan
penting. Disamping itu juga, Malaysia juga

terdiri dari penduduknya yang berbagai

keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan
Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai
kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam
adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman
dan bebas.
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni.
Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di
negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta
muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut
serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu,
upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari perayaan.

Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya
Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan
berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan
pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat
Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam
menunaikan

sembahyang

Hari

Raya

Aidiladha

di

masjid-masjid.

Mereka

yang

berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan
Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Acara-acara
seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya diadakan.
Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di
dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan
bermula dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Perayaan ini
berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15.
Seperti biasa di perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi
suasana, terutama kepada kanakkanak. Selain itu, terdapat juga perayaan Kuih Bulan yang
ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan
tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut.
Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi
mengikut kalendar keturunan Tamil (Oktober-November) merupakan masa untuk kaum
keluarga dan sanaksaudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan
bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara.
Di waktu malam, pelitapelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan. Para penganut
agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai
penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves yang terletak di
Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahan-persembahan
di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.
Setiap perayaan yang terdapat di dalam negara ini diraikan oleh setiap lapisan
masyarakat tanpa mengira latar belakang etnik dan kaum. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
hubungan kesepakatan dan kesepaduan antara kaum boleh wujud dengan kepelbagaian
perayaan yang disambut bersama. Kematangan masyarakat tentang perpaduan kaum yang
dapat dipupuk dari aspek agama dan perayaan akan menjadikan hubungan mereka menjadi

lebih akrab dan erat. Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan
berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini
mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat
rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan
menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu
meningkatkan interaksi kaum.
Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan
pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan
masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu
perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka,
perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain. Malah, imej
negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong
asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum
berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya
banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum
dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang
positif kepada negara dengan begitu mudah.
Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di
negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan
yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada
sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada
masa hadapan.

You might also like