You are on page 1of 12

ARKIB : 17/08/2006

Dua kaedah integrasi kaum


Oleh RAHMAT PURNAMA MULYA

SEBAGAIMANA yang telah ditunjukkan oleh kajian Furnival, negara-negara Dunia Ketiga
pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah.
Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita
dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah.
Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau
suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau dalam
bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme
sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.
Menurut Dr. Chandra Muzaffar, kita lebih cenderung kepada hubungan fungsional daripada
hubungan empatetik. Maksudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat
kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan
persekitaran tersebut. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh
ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum
itu menuntut hubungan empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr. Chandra. Mana-mana
kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum
ini, digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep
masyarakat plural sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan
keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam
konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam
konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit sebanyak telah menjadi penyumbang kepada
benih-benih perkauman sesama kita. Pada suatu ekstrem tertentu, saya melihat bahawa usaha
jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan integrasi nasional antara masyarakat
berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak
sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didukung
oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan
wujud konflik dengan falsafah yang didukung oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi).

Kewujudan
Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah
monoetnik dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang
diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan
kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masingmasing daripada mengangkat falsafah Artikel 153. Dalam persekitaran yang keterasingan
sedemikian, saya lihat aliran dan hala tuju integrasi nasional tidak menggalakkan
pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik atau vernakular, dan
begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik
kita juga tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme
Furnival. Profesor Hamdan Adnan, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam),
pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah 22 insiden
pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling
dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita
sendiri, dan media massa, sering kali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius
isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada
perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Pemuda UMNO terhadap Dong Jiao Zhong
pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut
beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Mungkin juga pada
suatu ekstrem yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang
tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik. Ia sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak
yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam
kandang silang etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa
sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang
bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang
menuntut toleransi tinggi sesama kita. Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang
ringan pada perkembangan hubungan etnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada
usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran konflik perkauman yang akan berpusat di
Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari
pendekatan ad hoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan
menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah,
kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemenelemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina integrasi nasional, agak
berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang
digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrem yang
songsang berbanding dengan teori integrasi nasional yang disarankan oleh pemikir-pemikir
Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti
Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep melting pot atau acuan pelebur
dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik pribumi, dan etnik
dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna,
teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di
Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah
konsep salad bowl atau mangkuk sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur
etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2006&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz3occ7NOmY
Utusan Melayu (M) Bhd

Faktor-faktor yang menyebabkan konflik antara etnik.

Perpaduan antara kaum mula menjadi topik hangat dalam pentadbiran negara apabila
tercetusnya perbalahan antara entik yang berlaku yang mencatatkan titik hitam dalam
lembaran sejarah di Malaysia. Umum mengetahui ianya merupakan peristiwa 13 Mei 1969
dimana etnik-etnik di semenanjung Malaysia terutamanya yang terdiri dari etnik India,
Melayu dan Cina. Pertelagahan antara etnik-etnik yang lain dan saling hasut menghasut serta
ditambah pula dengan unsur-unsur politik pada masa tersebut dan telah mencetuskan api
kemarahan dan peritiwa berdarah pada waktu tersebut. Hal ini telah membawa satu revolusi
baru dalam usaha kerajaan bagi memakmurkan tanah air Malaysia dalam konteks perpaduan
antara kaum.
Terdapat pelbagai faktor yang dilihat menjadi punca dan titik tolak kearah konflik
antara etnik di Malaysia. Isu yang diketengahkan oleh penulis dalam artikel beliau adalah
masyarakat yang lebih cenderung kepada hubungan Functional daripada hubungan
Empatetik. Ciri-ciri perpaduan etnik bukannya tertumpu pada satu masa dan ketika sahaja
atau hanya berunsurkan kepentingan sesetengah pihak tetapi perlu dalam keadaan yang
menyeluruh dan menyentuh semua aspek-aspek kehidupan.
Hubungan Functional bererti hubungan yang terjalin atas dasar kepentingan masingmasing. Contohnya hubungan di tempat kerja dan di pasar malam. Hubungan yang
berdasarkan kepentingan dan keperluan ini haruslah dielakkan kerana ianya tidak melahirkan
semangat kekitaan dan kesatuan dalam diri sendiri sebaliknya hanya mementingkan diri
masing-masing. Hubungan ini juga bersifat sementara dan hanya berlaku pada masa yang
singkat dan boleh berubah pada bila-bila masa.
Hubungan Empatetik pula merupakan hubungan yang berkonsep total dan
menyeluruh. Hubungan yang lahir dari rasa tanggungjawab serta keikhlasan untuk
mengadakan hubungan antara etnik-etnik yang lain kerana beranggapan bahawa hubungan
yang murni ini dapat mengekalkan keharmonian serta keamanan di dalam negara yang
mempunyai berbilang etnik ini. Hubungan yang bukan sahaja berada di tempat-tempat
tertentu malah terdapat pada setiap masa dan setiap keadaan dan situasi harian dapat
menjamin kemakmuran serta dapat mengelakkan pertelagahan sesama etnik di negara kita.
Cara mengatasi masalah hubungan yang bersifat Functional ini adalah dengan
mengadakan pelbagai aktiviti mingguan bersama kejiranan yang terdiri dari pelbagai etnik

serta agama. Penglibatan juga perlu ada dalam kalangan masyarakat agar program akan dapat
dilaksanakan tanpa sebarang kekurangan. Saling berkenalan dan amalan kunjung
mengunjungi perlu dilaksanakan kembali setelah kian lama menyepi akibat perubahan arus
perdana serta era globalisasi yang berlaku pada masa kini. Hal ini dapat dibuktikan bahawa
pada zaman sebelum merdeka dan ketika tahun-tahun awal kemerdekaan, hubungan antara
etnik amat kuat dan jitu kerana amalan kunjung mengunjungi kerap dilakukan oleh setiap
lapisan masyarakat yang berlainan etnik.
Disamping itu, dengan aktiviti kunjung mengunjungi juga masyarakat juga akan
mengambil berat antara satu sama lain serta dapat menjalinkan kefahaman antara satu sama
lain berkenaan hal-hal sensitiviti etnik-etnik yang terdapat di dalam Malaysia. Justeru itu,
perkara-perkara yang akan menyetuh sensitiviti etnik-etnik tidak akan timbul kerana
wujudnya kesefahaman serta saling hormat menghormati antara satu sama lain yang telah
dipupuk dari awal lagi.
Kerajaan juga seharusnya memainkan peranan yang penting bagi menghakis sifat
masyarakat di negara ini yang banyak mengamalkan hubungan antara etnik yang bersifat
sementara atau dengan berkepentingan. Program-program yang berunsurkan kesatuan juga
penting bagi memupuk nilai bersatu padu dan kerjasama antara etnik-etnik yang terdapat di
Malaysia. Elemen dan konsep 1Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan pada masa kini
amat tepat sekali dalam usaha membentuk satu ikatan dan hubungan yang tiada jurang antara
etnik-etnik di dalam negara ini. Program-program yang melibatkan penyertaan setiap lapisan
masyarakat yang berlainan etnik juga perlulah dilaksanakan dengan kerap agar dapat
memberikan peluang kepada masyarakat untuk menjalinkan hubungan yang baik antara etnik
dengan secara total dan menyeluruh dalam setiap aspek.
Justeru itu, ikatan hubungan antara etnik adalah perlu menyeluruh agar segala
permasalahan yang berlaku antara etnik dapat diatasi dan ditangkis dengan lebih mudah.
Hubungan yang bersifat empatetik juga dapat menjamin kesejahteraan antara etnik seterusnya
dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni kepada masyarakat Malaysia dan pelancong
asing yang berkunjung ke negara ini. Keharmonian di dalam negara ini juga akan dapat
dikekalkan jika hubungan yang baik antara etnik oleh setiap lapisan masyarakat serta sikap
toleransi yang lahir atas dasar kefahaman terhadap perkara tertentu wujud dalam diri mereka.
Sikap toleransi yang di berikan kepada rakyat Malaysia amatlah tinggi dan tidak
berbelah bahagi. Pelbagai usaha dan perkara yang telah menjadi perhatian oleh pihak

kerajaan untuk mewujudkan keharmonian serta kemakmuran antara kaum dari pelbagai
aspek. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara kita seperti yang terkandung dalam
Artikel 153 perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanapun, dalam perlembagaan Malaysia
Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti) telah ada bagi memberi
keseimbangan antara etnik-etnik di dalam Malaysia.
Konflik yang berkaitan dengan budaya dan bahasa ini adalah berpunca dari sikap
kerajaan yang dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa
disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama
kita. Hal ini menjadi faktor utama jika kita mengkaji punca berlakunya atau tercetusnya
unsur-unsur perkauman antara etnik di negara kita. Penggunaan bahasa ibunda yang lain
adalah tidak salah untuk digunakan dan tiada sekatan oleh pihak kerajaan untuk menghalang
etnik masing-masing dari menggunakan bahasa ibunda mereka dalam aktiviti harian dan
urursan-urusan rasmi sesama mereka tetapi mana perginya kepenggunaan bahasa rasmi iaitu
Bahasa Melayu di dalam negara kita? Adakah hanya untuk urusan kerajaan atau untuk orang
melayu sahaja?
Sekolah-sekolah yang berteraskan bahasa ibunda masing-masing masih lagi dilihat
tidak menggunakan bahasa rasmi negara kita untuk urusan-urusan tertentu. Ianya hanya
digunakan untuk tulisan rasmi ke pejabat-pejabat kerajaan untuk tujuan tertentu sahaja. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa sifat keterbukaan dan toleransi oleh kerajaan telah memupuk
sifat perkauman antara etnik yang seharusnya dielakkan bagi menjamin keharmonian masa
hadapan.
Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian kita melihat bahawa aliran dan
hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh
sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi
semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang
turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival. Profesor Hamdan Adnan, bekas
Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969
sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969
sebagai insiden yang paling dahsyat.

Oleh itu, sikap keterbukaan dan toleransi yang diberikan oleh kerajaan janganlah di
manipulasi oleh segelintir masyarakat yang gemar menimbulkan bibit-bibit permusuhan
perkauman kerana ianya tidak mendatangkan faedah serta mengancam keselamatan di dalam
negara kita. Pihak kerajaan perlu peka dan merangka kembali struktur pentadbiran serta
membincangkan dengan lebih terperinci mengenai hal-hal berkaitan pertembungan bahasa
dan budaya supaya unsur-unsur perkauman dapat dielakkan sekali gus dapat menjamin
keharmonian antara kaum serta memberikan kesamarataan terhadap semua etnik-etnik yang
ada di dalam negara ini.
Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana
kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi
dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya
dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang
India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada
tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu
(jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China
yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu.
Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk
menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini kadangkala kita dapat melihat bahawa kerajaan juga
menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada
tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciriciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat
juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional (dipetik
daripada Munro-Kua 1996).
Konflik yang seterusnya adalah pertembungan budaya, kepercayaan dan perbezaan
agama. Langkah kerajaan seperti yang terdapat dalam petikan artikel diatas iaitu pada
tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi
ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah
terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya
nasional. Hal ini menjadikan keterpaksaan kepada masyarakat bukan melayu untuk
menerima perkara terbabit. Hal ini seterusnya menjadikan sedikit konflik dalaman antara
kaum kerana pertembungan budaya dan kepercayaan mengenai zaman kegemilangan bangsa

atau etnik masing-masing. Walaubagaimanapun, langkah kerajaan untuk memakmurkan


kembali konflik yang berlaku antara kaum mengenai budaya dan kepercayaan adalah dengan
mewujudkan satu penyatuan bangsa iaitu Bangsa Malaysia. Pada tahun 1995, Tun Mahathir
dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada
konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud
rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan
meluhurkan Perlembagaan.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepekaan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu
yang berkaitan dengan pergeseran antara etnik yang terdapat di dalam negara kita. Oleh itu,
kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberi penekanan terhadap langkah-langkah
mengekalkan keharmonian serta keamanan antara etnik agar permusuhan antara etnik dan
kaum dapat dielakkan sekali gus dapat mengekalkan keamanan yang telah dikecapi sejak
dahulu lagi.

PENUTUP

Malaysia sesungguhnya negara dan bumi yang bertuah kerana mempunyai taburan
etnik-etnik yang pelbagai. Kesepakatan dan sifat toleransi adalah perlu bagi menjamin
keharmonian antara etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Kesefahaman amat penting bagi
menjana sifat-sifat harmoni untuk mengekalkan keamanan antara kaum dan etnik di negara
kita. Peristiwa kemuncak 13 mei haruslah dijadikan pengajaran serta pedoman bagi
masyarakat kini untuk mengalakkan ianya berlaku kembali. Kerajaan telah banyak
mewujudkan langkah-langkah baru untuk memberi kesatuan terhadap etnik-etnik di dalam
negara kita sama ada majoriti mahupun yang minoriti.
Sikap gemar memanipulasi dan memberi salah faham tentang kenyataan dan keadaan
semasa adalah perlu dielakkan kerana ianya akan menimbulkan salah paham serta pergeseran
antara kaum. Hanya disebabkan segelintir masyarakat yang gemar menimbulkan huru-hara,
akibatnya akan ditanggung oleh semua lapisan masyarakat serta memberi kesan terhadap
masa depan negara Malaysia. Keharmonian yang dikecapi haruslah dikekalkan demi
menjamin masa depan bangsa serta negara ini kelak.

PENDAHULUAN
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting
dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik
yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan . Pada zaman
pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah terutama
membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut
komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang
pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang
diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China
diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang
diusahakan di samping

tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan

kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan
jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang
dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang
membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara
ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama ,
Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan
zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan
pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945
juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara
ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata
mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan
prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil
kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali
sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan

sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari
seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas
dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu
dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina
terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota
pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik
dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya. Pada pilihanraya
umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar
buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti
Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan
telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12
Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu
dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya
berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan

darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini
cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal
hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di
negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba
mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh
pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai
terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.

You might also like