Professional Documents
Culture Documents
Talak Soreh iaitu talak yang jelas dan nyata. Contohnya suami telah
berkata: Aku jatuhkan kamu dengan talak satu; atau seumpamanya.
ii)
Talak Kinayah, iaitu talak yang memerlukan kepada niat di mana ada
iii)
Talak Taklik iaitu talak yang bergantung kepada sesuatu perkara atau
perbuatan. Contohnya suami berkata: Jika engkau keluar dari rumah ini,
engkau aku talakkan dengan talak satu. Ia juga boleh berlaku apabila
suami berkata: Kalau aku kahwin lagi satu, engkau aku talak.
boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, setelah itu bolehlah ia (rujuk dan)
dipegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya (makruf) atau
dilepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik. (al-Baqarah: 229)
Faktor perceraian
Sebenarnya ramai
pasangan suami isteri tidak mencapai tujuan perkahwinan yang sebenarnya
dalam erti kata tidak ada kebahagiaan rumah tangga. Pelbagai bentuk konflik
dihadapi dalam ikatan perkahwinan mereka di mana konflik yang dilalui ini
andainya tidak dapat diatasi pasti memaksa sesuatu pasangan terbabit mencari
jalan muktamad iaitu bercerai yang memansuhkan ikatan perkahwinan.
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Unit Perunding dan Pembangunan
Keluarga di beberapa Jabatan Agama Islam di negara ini, terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan berlakunya perceraian seperti:
i)
ii)
iii)
iv)
Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam seperti
minum arak, judi, menyalahgunakan dadah, berzina dan sebagainya.
v)
vi)
vii)
viii)
ix)
Bentuk-bentuk konflik
Terdapat tiga bentuk konflik yang biasa dihadapi oleh pasangan iaitu:
i)
Dapat
dikesan melalui komunikasi pasangan seperti muka kelihatan masam,
wajah selamba atau tidak mahu bertentangan masa. Bercakap dengan
kasar atau tidak mahu bertegur sapa, pura-pura tidak mendengar atau
berkomunikasi melalui perantaraan.
Tidak menghiraukan pasangan,
mengelak istimta dan bersetubuh. Tidak berlaku adil dalam poligami
sedangkan pasangan yang seorang lagi adalah orang yang berakhlak baik
dalam pergaulan dengan pasangannya. Bersikap atau tingkahlaku yang
membawa nusyuz kepada pasangannya.
ii)
iii)
ii)
Menghindari konflik:
Walaupun perceraian adalah suatu perbuatan yang diharuskan oleh syarak,
namun menghindarinya punca berlakunya perceraian (konflik) adalah langkah
yang paling bijak antaranya ialah:
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)
viii)
Prosedur Perceraian
Adalah disyorkan bahawa sebaik-baiknya perceraian itu hanya menjadi pilihan
terakhir jika semua cara penyelesaian lain menemui jalan buntu. Manakala
perceraian itu pula hendaklah dilakukan dengan makruf di mana perceraian itu
tidak sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan martabat isteri. Islam telah
menetapkan peraturan perceraian dengan begitu halus dan teliti agar tidak ada
mana-mana pihak yang teraniaya di mana setiap negeri di Malaysia
menggunakan enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam masingmasing. Contohnya dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor
47;
(1)
(2)
ii)
iii)
iv)
Suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan jika ada, apakah
langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
v)
vi)
Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan
Mahkamah berpuashati selepas penyiasatan yang wajar bahawa
perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tidak dapat dipulihkan maka
Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq
di hadapan Mahkamah.
(4)
(5)
Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau
jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah
bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah
dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa
pendamai terdiri daripada seorang pegawai Agama sebagai pengerusi dan
dua orang lain, seorang untuk seorang lagi bagi isteri, dan merujuknya
kepada jawatankuasa itu.
(6)
Pada melantik dua orang itu di bawah seksyen kecil (5), Mahkamah
hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib
pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(7)
(8)
(9)
(10)
(11)
(12)
(13)
(14)
ii)
Di mana pihak yang satu lagi itu sedang di penjara selama tempoh
tiga tahun atau lebih;
iii)
iv)
(15)
(16)
Sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang
dibuat oleh Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh
iddah.
(17)
Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah
itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa sehingga
berakhir kehamilan itu.
bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian
jika kamu (merasai) benci (disebabkan tingkah lakunya) janganlah pula kamu
terburu-buru menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang
Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak
untuk kamu. (an-Nisa: 19)
Sesungguhnya persoalan-persoalan baru mengenai perkembangan moden
yang ada kaitannya dengan hukum munakahat Islam memerlukan ijtihad
semasa. Samalah jua dengan senario cerai melalui SMS baru-baru ini yang
menimbulkan polemik yang pelbagai di kalangan masyarakat. Isu ini menjadi
lebih hangat apabila pihak media turut memberi tumpuan terutama apabila
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang mengesahkan dan mensabitkan
perceraian pasangan suami isteri Shamsuddin Latif dan Azida Fazlina Abdul Latif
yang dikirimkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Ekoran daripada itu
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
kali ke 55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah membuat penelitian
mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian melalui SMS
sebagaimana berikut:
i)
Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan
kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan
sebagainya merupakan talak berbentuk kinayah dan adalah sah sekiranya
disertai dengan niat.
ii)
iii)
Kesimpulan
Sesungguhnya dalam menjalani kehidupan berumah tangga sesiapapun tidak
dapat lari daripada kemungkinan menghadapi ujian atau konflik.
Tetapi
pasangan yang sering kali menghadapi konflik dalam rumah tangga
menunjukkan bahawa kemungkinan mereka tidak pernah memikirkan secara
serius berhubung dengan perkembangan dan kehidupan normatif yang berlaku
dalam rumah tangga mereka sedangkan penilaian dalam kehidupan berumah
tangga perlu selalu dilakukan. Persoalan-persoalan seperti: Adakah pasangan
saya berpuas hati dengan keadaan perjalanan rumah tangga saya sekarang ini?
suami atau isteri wajib menambah dan mendalami ilmu mengenai kekeluargaan
di samping berusaha menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh
amanah demi memelihara keteguhan rumah tangganya di mana bagi seorang
suami yang menjadi ketua keluarga hendaklah lebih berhati-hati dalam
menggauli isteri mereka kerana wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki
yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikap isteri yang tidak elok, maka sikap
itu akan kekal selama-lamanya. Lantaran itu dalam memberi nasihat kepada
isteri, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok
akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok
itu akan mudah patah. Dengan lain perkataan jika lemah seorang pemimpin itu
maka lemahlah struktur kepimpinannya. Rasulullah pernah bersabda yang
maksudnya:
Awas! Kamu semua adalah pemimpin, bertanggungjawab
terhadap rakyatnya.
Ketua negara adalah pemimpin, bertanggungjawab
terhadap rakyatnya.
Lelaki adalah pemimpin keluarganya, isteri adalah
pemimpin di dalam rumah suaminya, bertanggungjawab terhadap suami dan
anaknya. Dan hamba adalah pengurus harta tuannya, bertanggungjawab
terhadap rakyat di bawah pimpinannya masing-masing.