You are on page 1of 1

Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK) yang juga dikenali dengan nama Inggerisnya National Convention Party

(NCP) ialah sebuah parti politik kiri yang telah ditubuhkan pada 14 Julai 1963 di Kuala Lumpur.

Parti ini telah diasaskan oleh Abdul Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian pertama Malaya (1955-1963).

Aziz Ishak merupakan seorang wartawan dan pejuang kemerdekaan kiri dan satu-satunya bekas ahli KMM
(Kesatuan Melayu Muda) yang berkhidmat di bawah Kabinet pentadbiran Tunku Abdul Rahman sebelum dan
selepas Merdeka.

Pada bulan Oktober 1962, Aziz Ishak telah dilucutkan jawatan dan disingkirkan dari Kabinet akibat perselisihan
faham dengan Perdana Menteri dan juga ahli-ahli Kabinet lain berhubungan dengan pelaksanaan dasar-dasar di
bawah kementeriannya. Dia juga telah disingkirkan dari UMNO (yang dianggotainya sejak 1950) pada tahun
1963.

Parti Perhimpunan Kebangsaan telah didaftarkan secara rasmi pada 29 Ogos 1963. Matlamat utama parti ini
ialah untuk membangunkan kondisi sosial dan ekonomi rakyat luar bandar, terutamanya petani dan nelayan yang
sering dieksploitasi dan diabaikan kebajikan mereka.

Setahun selepas ditubuhkan, PPK telah menjadi parti komponan dalam Fron Sosialis (Socialist Front) bersamasama Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (PBM).