You are on page 1of 3

Melalui subjek WAJ 3110, Unit Beruniform I kali ini, saya telah mempelajari cara

untuk mengendalikan satu pasukan uniform. Ini bukan pengalaman baru bagi saya kerana
sebelum ini saya juga pernah menyertai pasukan Kadet Polis semasa di sekolah menengah
saya. Dengan pengalaman sedia ada ini, saya sudah bersiap sedia untuk mempelajari
dengan lebih mendalam lagi ilmu pengetahuan tentang Kadet Remaja Sekolah dan
matlamat dan tujuan yang ingin dicapai.

Matlamat utama penubuhan Kadet Remaja

Sekolah ini adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal,
berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat
mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Kemahiran mengurus satu pasukan unit beruniform juga dapat dipelajari sepanjang
tempoh kursus ini. Bukan senang untuk menguruskan satu pasukan yang beramai ahli.
Tanpa bimbingan ketua yang berwibawa dan kerjasama ahli-ahli pasukan yang lain,
mustahilah sebuah pasukan dapat dibentuk dengan baik dan efektif. Kemahiran mengurus
aktiviti seperti kemahiran berinteraksi dan kemahiran memimpin merupakan kemahiran asas
yang dapat digunakan pada masa akan datang pada sekolah nanti. Saya juga dapat
mempelajari asas kawat kaki dan pertolongan cemas. Ilmu pengetahuan ini amat penting
untuk kami apabila diberi tanggungjawab untuk mengurus aktiviti-aktiviti Gerko unit
beruniform suatu hari nanti. Selain itu,beberapa istiadat juga amat dititikberatkan semasa
sesuatu majlis unit beruniform dijalankan seperti istiadat perhimpunan, melantik, meningkat
naik, penyampaian lencana dan bendera. Dengan menyertai kursus ini, ilmu pengetahuan
saya tentang istiadat Kadet Remaja Sekolah telah dipertingkatkan. Sebagai seorang guru
bimbingan, kemungkinan besar saya akan dipertanggungjawabkan untuk mengendali satu
majlis rasmi tentang pasukan unit beruniform pada masa akan datang. Jadi, dengan
pengetahuan ini dapat membantu saya menggelakkan daripada kesilapan yang serius
berlaku dan merosakkan suatu majlis pada masa nanti.
Untuk melancarkan sesuatu aktiviti, penubuhan AJK tidak boleh diabaikan. Kami
telah menubuhkan satu penubuhan AJK dengan persetujuan setiap ahli kumpulan. Setiap
AJK perlu memastikan mereka menjalankan tugas dan peranan mereka dengan sikap
bertanggungjawab dan beramanah. Melalui penubuhan AJK, saya dapat mempelajari
bahawa kepimpinan seseorang pengerusi perlu ditampilkan untuk meyakinkan orang lain
terhadap kebolehannya. Sebagai seorang pemimpin yang baik, haruslah boleh membimbing
dan menuju hala tuju bersama ahli kumpulan tetapi bukan mengarahkan mereka membuat
sesuatu untuk mencapai matlamat. Arahan yang jelas,pemimpin yang berwibawa diperlukan
dalam sesuatu kumpulan. Kerjasama ahli kumpulan amat dihargai supaya tidak
menimbulkan isu-isu yang tidak diinginkan dan bersikap akur kepada pemimpin yang dipilih
oleh mereka sendiri.

Kursus kali ini juga membolehkan saya merealisasikan penerapan ciri-ciri, potensi
dan citra diri sebagai seorang insan guru, pembinaan jati diri, membina daya saing yang
tinggi. Ia juga telah melahirkan guru pelatih yang seimbang dari semua aspek iaitu jasmani,
emosi, rohani,intelek dan sosial. Contohnya latihan kawat kaki yang berjangka panjang perlu
dilakukan untuk memastikan setiap pergerakan ahli pasukan seragam dan tepat.
Kecerdasan emosi seseorang dapat ditunjukkan melalui proses yang lama ini. Pemimpin
haruslah bersikap sabar dan prihatin semasa memberi arahan kepada ahli-ahli pasukannya.
Dalam proses yang begitu lama ini, ahli kumpulan haruslah saling bertimbang rasa dan
memberi sokongan antara satu sama lain. Motivasi yang diberi dapat membolehkan ahli
kumpulan berasa bersemangat untuk mengharungi cabaran ini bersama-sama. Kelebihan
kursus ini juga dapat membantu saya mengetahui betapa pentingnya sikap bekerjasama
dan bertolak ansur dalam satu kumpulan. Usahan setiap ahli kumpulan harus dihargai.
Setiap ahli kumpulan haruslah memberi kerjasama dan mendengar arahan yang diberi oleh
ketua kumpulannya supaya tidak melahirkan keadaan yang kucar-kacir. Pembahagian kerja
yang seimbang supaya tidak akan ahli kumpulan yang menjadikan penumpang dalam
sesebuah kumpulan.
Semasa menjalankan proses kawat kaki, saya dapat belajar untuk berinteraksi
dengan kaum lain. Kemahiran berkomukasi ditonjohkan dan merupakan asas kepada
melahirkan hubungan dengan orang lain. Melalui interaksi dengan ahli kumpulan yang lain,
idea dan pandangan seseorang akan dijadikan rujukan kepada orang lain. Pandangan dan
pemikiran setiap orang harus dihargai dan dihormati. Kita akan mempelajari menerima idea
dan pandangan orang lain tanpa mengira kaum. Selain daripada menerima pandangan
orang lain, tetapi juga membolehkan kita mempelajari sikap bertolak ansur apabila idea dan
pandangan kita tidak diterima. Maka,pertelingkahan dan perselisihan dalam satu kumpulan
dapat dielakkan.
Tidak dapat dinafikan, sepanjang kursus ini dijalankan, saya telah mengesan
beberapa kelemahan sepanjang tempoh kursus ini. Walaupun saya telah mempelajari
pengetahuan dan kaedah tentang asas pertolongan cemas dan kawat kaki, tetapi saya
masih lagi tidak fasih dan sering lupa langkah-langkahnya. Pada awal kursus ini, apabila
koman diberikan, saya masih akan keliru lagi tentang pergerakan apa yang perlu saya buat.
Sama seperti masalah kawat kaki, semasa membuat latihan tentang pertolongan cemas,
saya masih lagi belum menguasai dengan sempurnanya. Walau bagaimanapun, saya juga
telah berjaya mengatasi masalah ini dengan banyak meluangkan masa untuk melatih diri.
Di samping itu, maklumat tentang Kadet Remaja Sekolah juga amat susah
didapatkan di internet. Contohnya, struktur dan organisasi Kadet Remaja Sekolah peringkat

antarabangsa tidak dapat didapati melalui internet dan bahan sumber. Masalah
berkomunikasi dengan ahli pasukan yang berbeza kaum juga menjadi satu kelemahan
untuk saya. Kemungkinan juga disebabkan bahasa yang kurang fasih dan tidak tepat
menyebabkan saya tidak dapat menyampaikan pendapatan saya dengan jelas dan kena
berulang sebanyak 2 kali supaya mereka faham apa yang saya cakap. Penggunaan
perkataan yang mempunyai istilah berbeza mungkin akan menyebabkan berlakunya
perselisihan dan pertelingkahan. Jadi, semasa berinteraksi dengan orang lain perlulah
bersikap sopan dan berbudi bahasa.
Untuk mengatasi masalah saya, saya telah banyak melatih diri tentang pergerakan
kawat kaki dan pertolongan cemas di dalam kelas sebelum ujian dijalankan. Selain itu, saya
juga banyak mencari sedikit buku rujukan tentang maklumat Kadet Remaja Sekolah.
Pengetahuan tentang Kadet Remaja Sekolah dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Kemahiran berinteraksi juga harus dipertingkatkan melalui aktiviti kehidupan kami semasa
berinteraksi dengan kaum yang berbeza. Jangan menyentuh isu-isu sensitif yang
membolehkan berlakunya perselisihan antara satu sama lain.Ini juga merupakan kemahiran
asas bagi melatih seseorang kaunselor yang professional Contohnya, sikap haruslah
bersopan dan nada yang lembut semasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
Dengan pengetahuan yang saya pelajari di semester ini juga telah memberi peluang
yang berharga untuk saya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan ini
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Gerko unit beruniform pada masa akan datang di
sekolah nanti. Kursus unit beruniform ini telah menjadi salah satu daripada proses
mengulangkaji bagi saya, dan saya berharap pencapaian saya dalam profesion guru akan
bertambah lagi. Pada masa yang akan datang, kursus ini telah memantapkan dan
meningkatkan keyakinan dan ketabahan saya untuk mengharungi cabaran profesion
perguruan.

Etika

saya

sebagai

seorang

guru

juga

boleh

dipupuk,

bertanggungajawab dan saling bantu membantu untuk menyelesaikan masalah.

contohnya

You might also like