You are on page 1of 1

MOHD SHAFIK FASHAH BIN MD NOH (KUMPULAN 11)

A150803

Review Kumpulan 1
Pembentangan yang telah disampaikan oleh kumpulan satu yang membincangkan tentang variasi
dan kepelbagaian makanan tradisi laksa yang terdapat di Malaysia. Berdasarkan kepada
pembentangan, terdapat empat jenis laksa yang terdapat di Malaysia iaitu Laksa Penang, Laksa
Johor, Laksa Kelantan dan Laksa Sarawak. Makanan tradisional laksa ini terdiri daripada empat
buah negeri yang terdapat di Malaysia. Uniknya tentang laksa, makanan tradisi ini memainkan
peranan yang penting sebagai produk tarikan kepada para pelancong untuk datang dan merasai
keunikan laksa sebagai makanan tradisi yang hanya terdapat di Malaysia. Merujuk kepada model
Bassnett, terdapat perbezaan atau kontradiksi yang dapat dilihat daripada makanan tradisi laksa
ini. Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah ia datang atau berasal daripada empat negeri yang
berbeza. Walaupun dipanggil dengan gelaran yang sama, laksa ini juga dihasilkan dengan
menggunakan bahan-bahan yang berbeza mengikut negeri asalnya. Sebagai contoh, Laksa
Penang menggunakan kuah yang kelihatan seakan-akan kari dan juga dipanggil dengan gelaran
kari laksa manakala laksa di negeri Johor pula menggunakan kuah asam yang lebih masam.
Melihat kepada penggunaan mee pula, laksa di negeri Sarawak menggunakan bihun sebagai
bahan utama manakala laksa di negeri Johor pula menggunakan spaghetti sebagai bahan
utamanya. Melihat pada persamaan pula, walaupun laksa ini hadir dengan identiti dan
menggunakan bahan yang berbeza-beza, ia masih dikenali sebagai laksa dan menggunakan kuah
yang berasaskan ikan.

You might also like