You are on page 1of 3

Peace Lover

Saturday, 2 November 2013


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1
BAB 2 PENGELUARAN
PROSES PENGELUARAN
Input. Merujuk kepada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran.
Proses tranformasi. Merujuk kepada proses menukarkan input kepada output.
Output. Merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada proses pengeluaran.
Sistem pengeluaran. Terdiri daripadapelbagai bahagian yang saling berkaitan dalam menjlankan
operasi sesebuah organisasi.
Subsistem pengeluaran. Sistem yang lebih kecil atau khusus dalam sistem yang besar atau luas.

REKA BENTUK PENGELUARAN


Simplification. Berkaitan dengan usaha untuk memudahkan proses pengeluaran denggan
menggabungkan pelbagai langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran.
Standardizition. Merupakan satu proses untuk membentuk standard bagi kuantiti, kualiti, dan
prestasi sesebuak syarikat.
Modular. Teknik yang melibatkan gabungan komponen dalam pelbagai cara untuk menghasilkan
produk yang unik. Bahagian produk atau komponen boleeh ditukarganti dengan mudah.
JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran mengikut tempahan. Penghasilan produk spesifik yang mengikut tempahan pengguna
dalam kuantiti yang kecil. Contoh, pembinaan jambatan.
Pengeluaran secara massa. Menghasilan seumlah produk yang standard dan mempunyai
permintaan yang stabil secara besar-besaran mengikut kehendak pasaran. Contoh, makanan.
Pengeluaran secara berkelompok. Dalam bntuk kelompok tertentu, iaitu, satu kelompok produk
akan dihasilkan terlebih dahulu dan diikuti oleh kelompok produk yang lain. Contoh, percetakan
buku.

MAKSUD MEREKAYASA
Proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur organisasi secara
radikal bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta mencapai kemajuan yang lebih besar.
KEBAIKAN MEREKAYASA
Dapat menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti.
Dapat mengurangkan kos perniagaan.
PRINSIP ISO 9000
Merupakan satu standard bagi sistem kualiti dan bukan bagi produk atau perkhidmatan yang telah
dihasilkan.
Mestilah berasaskan kepada sistem dokumentasi iaitu dengan cara merekodkan semula perkara
yang dibuat dan mengesahkan semua perkara yang dibuat mematuhi dokumen tersebut.
Mementingkan pencegahan masalah bukannya penyelesaian masalah yang telah berlaku.
JENIS SUSUN ATUR KILANG
Susun atur tetap. Kedudukan produk adalah tetap. Input dan proses pengeluaran akan kekal di satu
lokasi sehingga produk tersebut siap. Sesuai untuk produk besar dan berat. Contoh, pembinaan
jambatan.
Susun atur produk. Semua input akan disusun khusus mengikut urutan penhasilan sesuatu produk.
Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran dan penghasilan produk seragam. Contoh,
pengeluaran kasut.
Susun atur proses. Semua input disusun mengikut fungsi kerja. Sesuai bagi pengeluaran produk
yang tidak seragam, dalam kumpulan kecil. Ini dapat menjimatkan kos.
MAKSUD KAIZEN
Penambahbaikan yang berterusan dan melibatkan keseluruhan organisasi termasuk produk,
operasi, dan aspek tenaga manusia.
KEPENTINGAN KAIZEN
Mengurangkan kos pengendalian mesin, meningkatkan output.
Mencari penyelesaian kepada masalah secara berterusan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN LOKASI KILANG


Penawaran tenaga buruh yang mahir dan berkualiti. Jika sesebuah firma berintensifkan buruh,
firma tersebut akan beroperasi di kawasan dimana kadar upah adalah rendah.
Kos pengankutan. Firma yang menjalankan kegiatan ekonomi eksport sesuai dibuat berdekatan
pelabuhan. hal ini untuk mengurangkan kos pengankutan.
Bahan mentah. Bahan mentah yang murah tapi berkualiti penting. Industri yang banyak
menggunakan bahan mentah sesuai ditempatkan berdekatan dengan pembekal sepaya dapat
mengurangkan kos pengeuaran.
LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN PDCA (dr.walter A. shewhart-shewhart cycle/the
daming wheel)
Plan(rancang). Memahami latar belakang masalah dan kedudukan masalah, mengkaji kesan dan
akibat masalah. Menganalisis masalah. Mencadangkan penyelesaian.
Do(laksana). Setelah mendapat kelulusan dan peruntukan, laksanakan cadangan seperti yang
dirangcang.
Check(periksa). Mengukut kejayaan dan membandingkan kedudukan masalah sebelum dan
selepas pelaksanaan cadangan selesai.
Action(tindakan).Mengamil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan
dengan berkesan dan memberi hasi yang memuaskan.
KAEDAH PEMERIKSAAN OUTPUT
Pemeriksaan menyeluruh. Untuk mengesan item yang rosak dan cacat dengan segera. Melibatkan
pengambilan setiap sampel output untuk dikaji dan diperiksa satu demi satu. Hanya sesuai untuk
pengeluaran kuantiti yang kecil shaja kerana pemeriksaan setiap sampel mengambl masa yang
lama dan kos pemeriksaan yang tinggi.
Pelan persampelan. Pemeriksaan satu sampel kecil yang akan digunakan untuk membuat
kesimpulan umum tentang lot item yang dikeluarkan. Sampel akan dipilih secara rawak. had
terima kualiti ditentukan.jika bilangan unit rosak melebihi had terima maka keseluruhan lot item
akan ditolak.

You might also like