You are on page 1of 4

PK07- LAMPIRAN 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SETIAWANGSA, KL


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 5 /TAHUN 2016
Tarikh

7 November 2016

Masa

11.30 am

Tempat

Bilik Seri Utama, SMKTSW

Pengerusi

Pn Hasniah bt Ali
Pengetua SMKTSW

Kehadiran

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Senarai nama penuh AJK dengan jawatan

Pn Hjh Hasniah bt Ali


Pn Hjh Sabiah bt Hassan
Pn Aziah bt A.ris
Datin Hjh Kamisah bt Talib
Pn Hjh Rushidah bt Omar
Pn Ruzita bt Mohd Mokhtar
En Faizal b. Jaafar
Pn Normah bt Mispar

Pencatat
1

Pengetua SMKTSW
PK Tadbir dan Kurikulum
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum
GK Teknik dan Vokasional
GK Bahasa
GK Kemanusiaan
GK Sains dan Matematik
:

Pn Normah bt Mispar

UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Pengerusi juga
memaklumkan bahawa hari ini ialah hari pertama Peperiksaan SPM bermula dan
terdapat lebih dari 20 orang ibu bapa yang hadir di surau bagi membaca Surah
Yassin.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit mesyuarat ke 4 telah diterima dan disahkan sebulat suara.

PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada

Pembentangan/ Laporan
4.1 PBPP
4.1.1

Pengerusi mengingatkan semua pentadbir untuk memastikan


pelaksanaan pemberian markah PYD telah dibuat dengan
lengkap.
Tindakan : Semua PK dan GK

4.1.2

PK Tadbir dan Kurikulum memaklumkan bahawa pengisian


Borang Keberhasilan PYD pada tahun 2017 akan dilaksanakan
melalui perjumpaan berjadual dengan PP1.
Tindakan : Makluman semua ahli
mesyuarat

4.2 KEBERADAAN
Pengerusi memaklumkan bahawa keberadaan murid bagi bulan Oktober
ialah 91.69% dan keberadaan guru pula ialah 92.86% , berada di tempat
kedua selepas Puteri Titiwangsa.
Tindakan : Makluman semua ahli
mesyuarat
4.3 PdP
4.3.1

Pengerusi memaklumkan bahawa bagi memastikan PdP berkesan


pada tahun 2017, program Ronda-Ronda Pentadbir akan
dijalankan secara berjadual.
Tindakan : Makluman semua ahli
Mesyuarat

4.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa PPW Keramat telah meminta


senarai guru-guru yang bermasalah dalam penghantaran Buku
Rekod Mengajar.
Tindakan : Makluman semua ahli
Mesyuarat
4.3.3 Sehubungan itu, Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat
memaklumkan kepada semua guru agar menulis RPH dalam BRM
dengan lebih teliti.
Tindakan : Semua PK dan GK

4.4 PAJSK
4.4.1

Pengerusi mengingatkan bahawa key-in markah sudah bermula


dan perlu disiapkan sebelum berakhir November 2016.
Tindakan : PK Kokurikulum

4.5 KES SALAH LAKU


4.5.1 Pengerusi memberitahu bahawa dalam Dialog Prestasi yang lepas,
telah dimaklumkan bahawa kes salah laku yang dilaporkan oleh
sekolah kita adalah sebanyak 154 kes. Namun begitu, hanya 32
kes sahaja yang telah dijalankan proses kaunseling.
Tindakan : Makluman semua ahli
Mesyuarat
4.5.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak kaunseling sekolah
menyatakan bahawa keadaan tersebut di atas berlaku kerana Unit
Disiplin lewat memaklumkan kes salah laku kepada pihak
kaunseling. Sehubungan itu, Unit HEM diminta mengatasi masalah
sedemikian rupa di masa akan datang.
Tindakan : PK HEM
4.6 ISU KESELAMATAN
4.6.1 Penolong Kanan Petang membangkitkan isu ibu bapa yang hadir
ke sekolah pada waktu petang untuk mengambil anak-anak mereka
awal tetapi tidak berurusan di pejabat terlebih dahulu.
Tindakan : Makluman Semua Ahli Mesyuarat

4.6.2 Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa beliau telah meminta


pihak Pengawal Keselamatan lebih peka dengan isu di 4.4.1
Tindakan : Makluman Semua Ahli Mesyuarat
4.6.3 Penolong Kanan HEM juga sudah memaklumkan kepada Pihak
Pengawal Keselamtan untuk menyediakan kawasan khas tempat
letak kereta untuk Pegawai-pegawai dari JPWP atau PPW Keramat.
Tindakan : Makluman Semua Ahli Mesyuarat
4.7 PERSEDIAAN 2017
4.7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah akan membeli
kerusi meja dengan bantuan PIBG bagi kegunaan 2 buah kelas.
Tindakan : Makluman Semua Ahli Mesyuarat
4.7.2 Penolong Kanan PPKI juga membuat permohonan untuk menambah
kerusi meja .
Tindakan : Makluman Semua Ahli Mesyuarat
4.7.3 Pengerusi memaklumkan bahawa penyediaan buku pengurusan 2017
bergantung kepada perpindahan dan kemasukan guru baru.
Tindakan : Makluman Semua Ahli Mesyuarat

4.7.4 Pengerusi juga meminta semua Penolong Kanan menentukan tarikhtarikh beberapa program utama sekolah. Antara tarikh-tarikh yang
dicadangkan ialah :
- Mesyuarat Pengurusan
19/12/2016
- Orientasi T1
29/12/2016
- Penetapan Target
14/1/2017
- Ujian 1 (Format Penuh)
13/2/2017
- Mesyuarat Agung PIBG
25/2/2017
- Hari Anugerah Cemerlang
8/4/2017
- Larian Cabaran
17/2/2017
- Sukan Sekolah
21/4/2017
Tindakan : Semua PK

5.0

HAL-HAL LAIN
5.1. Tiada

6.0

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua . Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 2.10 pm. Mesyuarat akan datang dijangka pada 19 Disember 2016.

Disediakan oleh,
..........................................
( Pn Normah bt Mispar )
Pencatat
Tarikh: 14 November 2016

You might also like