You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PEMULIHAN DAN PROTIM

KALI KEDUA BAGI TAHUN 2015

Tarikh : 10 Ogos 2015


Tempat : Bilik Taklimat SKGTN
Masa : 1.30 petang 3.00 petang
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.

Guru Besar
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Bahasa Melayu
Guru Matematik

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah dan
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
hadir.
1.2 Pengerusi menyatakan masih ada lagi murid di Tahap Dua yang belum
menguasai 2M.Beliau berharap semua guru Bahasa Melayu dapat
memperbaiki dan menangani masalah tersebut.
2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.1 Pengerusi meminta guru menerima dan mengesahkan minit mesyuarat
yang lepas.
2.2 Puan Suhaila binti Mustaffa mengusulkan agar minit mesyuarat yang lalu
diterima dan disahkan.
2.3 Puan Masdalina binti Muda menyokong minit mesyuarat yang lalu.
3.0 Ucapan Tuan Guru Besar
3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput beliau hadir
ke mesyuarat kali kedua ini.
3.2 Beliau menyarankan agar murid-murid yang tidak boleh membaca diberi
bimbingan oleh guru Bahasa Melayu. Guru-guru dikehendaki
bekerjasama memulihkan mereka.
3.3 Beliau mencadangkan agar program mentee diadakan selepas sesi
persekolahan bagi membantu murid-murid tersebut.

4.0 Laporan Keputusan Ujian Pra Protim dan Ujian Pasca Protim
4.1 Ujian pra protim telah dibuat pada 21 hingga 27 April 2015 untuk murid
tahun 4 Cendekia seramai 25 orang.

4.2 Matapelajaran yang diuji ialah B.Melayu dan Matematik


4.3 Hasil ujian tersebut mendapati seramai 10 orang belum menguasai
kemahiran literasi dan 6 orang murid belum menguasai kemahiran
numerasi.
4.4 Ujian pasca protim telah dibuat pada 2 hingga 6 Ogos 2015 untuk murid
tahun 4 Cendekia seramai 25 orang.
4.5 Hasil ujian tersebut mendapati seramai 7 orang murid belum menguasai
kemahiran literasi dan 6 orang belum menguasai kemahiran numerasi.
5.0 Hal-hal lain
5.1 Guru pemulihan mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan
kerjabuat guru-guru untuk memperbaiki kelemahan murid-murid
pemulihan.
5.2 Sikap murid pemulihan yang malas masih lagi belum berubah.Guru
disarankan sentiasa memberi motivasi kepada murid tersebut.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang dan diakhiri dengan surah Al Asr.

Disediakan oleh :

( Norliza binti Mat Napiah )


Setiausaha Pemulihan / Protim

Disemak oleh :

( Mohd Ridzuan bin Hamzah )


Pengerusi Pemulihan / Protim

You might also like