You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT

SENGGEH,
77100 aSAHAN, MELAKA.
mba1075@ppdjasin.edu.my
MBA 1075
TEL/FAX: 065229668
______________________________________________________________________________________
TOGETHERNESS TOWARDS EXCELL

Ruj.Kami
Tarikh

: SKFBS.UPSR.800-3/2-02/2016 ( )
: 22 MAC 2016

MINIT MESYUARAT PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR KALI 2/2016


Tarikh
Masa
Tempat

: 22 Mac 2016
: 2.00 petang
: Makmal Komputer

Kehadiran:
1. Encik Imran bin Haji Lamin
2. Encik Md. Nazri bin Bulat
3. Puan Azlina Hayati binti Alwi
4. Tuan Haji Khairul bin Haji Ariffin
5. Encik Suher bin Sulaiman
6. Puan Fazirah binti Abdul Ghafar
7. Puan Ros Anita binti Sarimon
8. Puan Ainunrohaza binti Abdul Mutalep
9. Encik Mohd Zamri bin Sulong

(Penasihat)
(Pengerusi)
(GPK HEM)
(GPK KoKu)
(Setiausaha)

1. Ucapan Pengerusi:
1.1 Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang terlibat
dalam program ini kerana dapat meluangkan masa dan bersama menjana pemikiran
serta berkongsi pendapat dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat kali ini disegerakan atas
permintaan Guru Besar kerana susulan dari keputusan Ujian 1, maka semoleknya
diadakan Post Mortem bagi mengkaji kelemahan dan kekurangan yang jika terdapat
untuk bersama kita atasinya.
1.2 Semua guru diminta mengemaskini segala maklumat murid dengan pantas seperti
berkaitan dengan markah dan juga lain-lain maklumat yang berkaitan. Silibus perlu
dihabiskan sebelum bulan Julai dan diteruskan dengan gerak gempur UPSR seperti yang
telah dirancang. Dapatan Post Mortem kali ini agak penting kerana ianya akan dibentang
di dalam mesyuarat agung PIBG kali ke 40 nanti.
2. Ucapan Penasihat:
2.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Jawatan Kuasa Program kerana berjaya
menjalankan mesyuarat bagi kali yang kedua serta tahniah juga kepada semua guru
Tahun 6 kerana berjaya menyelesaikan pengiraan markah Ujian 1 dengan cepat dan
pantas. Ucapan tahniah juga wajar diberikan kerana komitmen semua guru Tahun 6 yang
sudi meluangkan waktu mengajar kelas tambahan pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat
dan Sabtu serta sepanjang cuti sekolah tempoh hari.

2.2 Tujuan beliau untuk mengadakan mesyuarat ini adalah untuk membentangkan
dapatan hasil Ujian 1 semasa Mesyuarat Agung PIBG nanti. Guru Besar juga memohon
agar penyelaras menyediakan markah semua ujian mengikut mata pelajaran agar dapat
dipantau peningkatan atau penurunan markah setiap murid.
2.3 Markah TOV dan juga ETR setiap murid seharusnya telah selesai dibuat dan
direkodkan di dalam buku rekod pengajaran dan pembelajaran.
3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu:
Puan Fazirah mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong
oleh Puan Ros Anita.
4. Perkara Berbangkit:
5.2 Jadual Kelas Tambahan akan dikeluarkan dan sebarang pindaan akan
dinyatakan kelak.
Memandangkan keadaan terkini yang melarang semua guru terlibat dalam aktiviti
hari Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima, KPM telah mengeluarkan pekeliling untuk
arahan tersebut dan terpakai di seluruh negara. Tetapi semua guru Tahun 6 telah
mengambil ketetapan akan tetap menjalankan kelas tambahan termasuk di dalam
minggu-minggu yang telah dinyatakan kerana berasa perlu untuk meningkatkan lagi
potensi murid-murid yang terlibat.
Tindakan: Semua guru Tahun 6
5. Post Mortem:
5.1 Seramai 12 orang pelajar telah mendapat gred markah A dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Imbuhan sebanyak RM3.00 akan diberikan
untuk setiap A yang diperolehi dan akan disampaikan di dalam perhimpunan mingguan
akan datang.
5.2 Tindakan susulan bagi meningkatkan lagi keputusan ujian yang akan datang, adalah
seperti berikut:
Bahasa Melayu akan menggunakan sumber sokongan seperti akhbar Didik dalam
pengajaran dan pembelajaran serta menggunakan buku DSKP yang telah dibeli oleh
semua murid dan memperbanyakkan latih tubi dalam simpulan bahasa, bidalan dan
perumpamaan.
Bahasa Inggeris akan meningkatkan kapasiti latihan menulis buat semua murid
bagi memantapkan struktur ayat dan penggunaan bahasa. Latihan bagi tatabahasa dan
proverb serta idiomatic expression juga akan ditingkatkan serta akan ditampal sekeliling
kelas.
Matematik akan membuat latihan mengikut topikal dan latih tubi soalan dengan
kerap serta memantapkan hafalan sifir. Murid juga akan dilatih membiasakan diri
membuat jalan kerja dengan jelas dan betul.
Sains akan mengadakan latih tubi dalam cara menjawab soalan serta
penggunaan peta iThink dalam latihan.
Tindakan: Makluman

5.3 Program ICC (Intensive Care and Coaching):


Program ini akan dijalankan selepas gerak gempur selesai dijalankan. Ujian percubaan
akan dijalankan mengikut potensi kumpulan Cemerlang, Lulus dan Potensi. Ini adalah
program micro yang berpusat atas potensi murid dan kebolehan mereka dalam menaakul
soalan yang diberi. Semua guruakan terlibat dalam program ICC ini bagi membantu
menaikkan prestasi sekolah.
Tindakan: Makluman
6. Hal-hal Lain:
6.1 Untuk murid yang bernama Che Nur Suhana binti Che Kamaruddin, masih belum
memperlihatkan kebolehannya dalam mana-mana mata pelajaran. Sikap yang lama
masih belum diubah sepenuhnya dan perlukan perhatian dan nasihat berterusan untuk
memastikan beliau maju standing dengan kawan-kawan sekelas.
Tindakan: Makluman
7. Ucapan Penutup:
7.1 Pengerusi memohon semua guru Tahun 6 mula fokus kepada soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills (HOTS). Ini memerlukan
komitmen berterusan dari guru dalam memastikan murid mampu menjawab soalan
berdasarkan situasi dengan cara yang kreatif dan kritis.
7.2 Jika guru-guru Tahun 6 memerlukan bantuan dari guru lain untuk mengajar, sila
kemukakan kepada pihak pentadbir dan bantuan akan segera diberikan. Kelas Tambahan
seeloknya dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan
Lulus.
Tindakan: Semua guru Tahun 6
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

____________________
(SUHER BIN SULAIMAN)
Setiausaha,
Program Kecemerlangan UPSR,
SKFBS.

____________________
(MD. NAZRI BIN BULAT)
Pengerusi,
Program Kecemerlangan UPSR,
SKFBS.

You might also like