You are on page 1of 8

FITRAH KEJADIAN MANUSIA

1.1

1.2

PENGERTIAN FITRAH MANUSIA


Berasal daripada Bahasa Arab yang bererti sifat, asal kejadian,
kesucian, bakat atau tabiat.
Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli
yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau
diubah.
Ini bererti fitrah merupakan :
I. Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan
kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental,
II.
Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang
merangkumi aspek potensi, bakat semulajadi, keupayaan mental
dan fizikal.
Sehubungan itu setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai bakat
atau sifat semulajadi, yang disifatkan sebagai anugerah, yang perlu
disalurkan sepenuhnya ke arah kesejahteran kehidupan di dunia dan
akhirat.
Manusia dilahirkan di muka bumi ini cenderung kea rah kebaikan.
Menurut Rogers (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi posiif
dan baik. Oleh itu manusia sentiasa berusaha kepada penyempurnaan
diri.
Sifat semulajadi manusia seperti ingin tahu, suka menolong,
mendorong manusia untuk meneroka persekitarannya dan ini
membantu manusia untuk mencapai kemajuan sejajar dengan
perubahan yang berlaku di persekitarannya.

FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA


Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allahs.w.t di
muka bumi ini.
Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke
dunia dengan sifat-sifat yang baik.
Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan, membezakan kejadian manusia
dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini.
Menurut Ragib Al Isfahami (dalam Pikiran Rakyat, 2005), fitrah merujuk
kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan
Tuhan yang menciptakannya.
Ini disokong oleh Al-Ghazali (1971), yang mengatakan, setiap insane
wajib mengenali Allah s.w.t yang merupakan fitrah manusia dalam
usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa.

Al-Ghazali (1971) turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan


dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.
Ini bererti agama Islam percaya manusia yang dijadikan di dunia ini
mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut fitrah kejadiannya,
iaitu:
a) Kehidupan beragama
Merupakan fitrah dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Ini
ditegaskan Allah s.w.t dalam Al-Quran, (Surah Al-Imran : 19)
Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t
hanyalah Islam.
Dengan mengenali PenciptaNya, manusia akan mensyukuri
akan keunikan kejadian manusia, dan ini akan
menyebabkan
manusia
menghargai
setiap
bakat,
kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh
Allah s.w.t kepada setiap hambanya.
Ini bermakna kehidupan beragama, merupakan fitrah
manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang
individu. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah AlZariyat, (51:56) yang bermaksud,
Dan (ingatlah)Aku tidak cipta jin dan manusia
melainkan untuk mereka memperhambakan
diri kepada-ku.
Manusia diciptakan Allah s.w.t agar ia beribadat kepada
Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan
suruhan dan menjauhi larangan-Nya.
Ini kerana kehidupan beragama dapat membantu manusia
mengawal emosi dan dapat menguasai diri sejajar dengan
tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyarakat dan
Negara (Hassan Langgulung, 2005).
Kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang
sangat penting dalam kehidupan seseorang individu.
Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Zariyat,
(51:56) yang bermaksud,
Dan (ingatlah) Aku tidak cipta
manusia
melainkan
untuk
memperhambakan diri kepada-ku .

jin dan
mereka

Ini bererti manusia diciptakan Allah s.w.t agar ia beribadat


kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan

suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Oleh itu kehidupan


beragama:
I. Merupakan yang penting dalam kehidupan manusia
sekianya mereka ingin mencapai kemajuan yang
menyeleruh dari segi kerohanian dan kebendaan.
II.
Merupakan naluri kepercayaan kepada agama,
seterusnya mengesakan kewujudan Allah s.w.t dalam
keseluruhan kehidupannya.
b) Manusia sebagai Khalifah Allah
Status khalifah Allah di muka bumi ini mendorong manusia
menyedari bahawa terdapat banyak pilihan dalam
kehidupan ini, tetapi manusia mestilah bertanggungjawab
terhadap setiap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan.
Ini kerana di akhirat kelak, kita semua akan dihidupkan
semula dan akan bertanggungjawab terhadap pilihanpilihan yang kita lakukan ketika hidup di dunia dahulu.
Pemberian akal kepada manusia, menjadikan darjat
manusia lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain yang
diciptakan Allah s.w.t di muka bumi ini.
Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Abbas (dalam Manusia Dan Islam, 1990):
Telah bersabda Rasulullah s.a.w .Dan alat
bagi mukmin ialah akalDan tiang agama ialah
akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang
menyerukan orang-orang beribadat ialah akal.

Hadis ini menunjukkan akal sangat penting kepada


manusia, dengan sendirinya ia juga penting kepada
agama.Justeru itu islam diturunkan untuk membimbing dan
menunjuk ajar manusia kearah kesempurnaan.
Kesempurnaan kehidupan di dunia akan menyumbang
kepada kesejahteraan hidup di akhirat.
Sumber bersifat maknawi , iaitu akal, hati, emosi, dan
nafsu juga yang bersifat lahiriah seperti pancaindera,
kebijaksanaan, hasil bumi dan sebagainya, mendorong
manusia mengembangkan potensi ke tahap yang
maksimum.
Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan
oleh manusia menurut islam ialah :

I.

1.3

Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan


Allah s.w.t.
II.
Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha
Esa.
III.
Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya.
IV.
Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan
kepada ajaran agama yang dianuti.
Kesimpulannya, manusia mempunyai dua sifat iaitu
manusia sebagai makhluk jasmani dan makhluk rohani.
Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat-sifat
yang baik yang dianugerahkan akal dan mempunyai
kebebasan memilih, lantaran itu dapat membezakan
antara yang baik dan yang buruk.
FITRAH KEJADIAN MANUSIA DAN KAITANNYA DENGANPOTENSI
Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebiolehan manusia yang
terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia
berkembang maju kehadapan.
Istilah potensi dalam Kamus Dewan (1989), membawa makna
kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu),
kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang
maju.
Justeru itu, potensi seseorang individu itu berkembang sejak manusia
itu dlahirkan.
Persekitaran keluarga dan masyarakat turut menyumbang kepada
perkembangan potensi seseorang individu. Ini bererti potensi :
I. Berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal
untuk berkembang, selaras dengan fitrah hidup seseorang
manusia dijadikan di muka bumi ini.
II.
Merangkumi ke semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek
intelektual, rohani, emosi, dan jasmani.
Sehubungan dengan itu, manusia perlu mengoptimumkan potensi
yang ada dalam dirinya selaras dengan fitrah manusia yang telah
ditetapkan oleh Allah s.w.t agar manusia memperoleh kebahagiaan di
dunia dan akhirat.

Potensi manusia boleh dihuraikan berdasarkan lima aspek iaitu:


1. Perkembangan Intelek
Potensi intelek individu boleh dilihat daripada daya pemikiran, cara
seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah, mereka cipta dan
kebolehan menaakul.

2. Perkembangan Rohani
Aspek ini merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma
masyarakat srta perlakuan peribadi individu. Individu yang mempunyai
pegangan agama, nilai dan moral yang baik akan membentuk tenaga
penggerak dalam jiwa dan perasaan dalaman yang akan melahirkan
perilaku manusia yang baik.
3. Perkembangan sosial
Merujuk kepada hubungan individu dengan orang lain. Ini bermakna
budi pekerti yang baik dan tingkah laku yang sopan membolehkan
individu tesebut diterima baik oleh orang lain. Ini akan meningkatkan
keyakinan diri untuk berinteraksi dengan individu lain dalam
masyarakat sekitarnya.

4. Perkembangan Emosi
Dilihat sebagai suau keadaan dimana seseorang itu dapat memahami
perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan ini, manusia
berkeupayaan
untuk
mencapai
kesedaran,
keinsafan,
bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
5. Perkembangan Jasmani
Merujuk kepada kebolehan dan keupayaan fizikal dalam bentuk
kemahiran psikomotor dalam aktiviti permainan dan bersukan.

1.4

FITRAH KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI


Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikkan tersendiri,
anugerah yang tidak ternilai daripada Pencipta-Nya.
Keunikkan manusia meliputi seluruh bidang kehidupan daripada asek
ekonomi, sosial, pendidikan, agama, budaya dan sebagainya. Ini
bermakna manusia berkemampuan untuk menyumbangkan potensi
yang ada dalam diri mereka ke tahap maksima.
Fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas-asas
genetik seperti baka dan faktor persekitarn, yang menyumbang
kepada pembentukan diri seseorang.
Ini sekaligus membawa kepada pembentukan personaliti dan tingkah
laku seseorang.

Baka
Fitrah kejadian manusia adalah berbeza. Ini merujuk kepada ketidaksamaan
yang dimiliki oleh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu,
daripada aspek :
I.
II.
III.

Mental tahap kecerdasan seseorang


Fizikal warna rambut, mata, tinggi, dan sebagainya.
Emosi temperamen atau kesabaran dalam menghadapi cabaran.

Persekitaran
Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah
kejadian manusia daripada aspek :
I.

Latar balakang keluarga


Merupakan faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu.
Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan
mengasuh anak-anak dengan cara yang betul bagi membantu
perkembangan tumbesan yang sempurna. Ini termasuk suasana isi
rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, serta makanan suasana
isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, serta makanan yang
berzat dan seimbang.

II.

Pengaruh rakan sebaya


Mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi diri individu. Ini
kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasan dapat
membantu membentuk keperibadian positif.

III.

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat


Menyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ia
turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat,
anggotanya menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha,
bermoral, kuat agama, dan mempunyai pegangan nilai kerohanian
yang tinggi.

IV.

Sumber teknologi
Merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan
saperti surat khabar, majalah, televisyen, radio, dan internet.

V.

Guru dan sekolah

Ini kerana guru penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran da


pembelajaran akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

1.5

IMPLIKASI FITRAH KEJADIAN MANUSIA TERHADAP PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendidikan dilihat sebagai suatu ruang yang menyediakan pelbagai
peluang untuk memperkembangkan segala potensi yang ada dalam
diri seseorang individu.
Persekitaran pembelajaran yang berkesan akan mempengaruhi
keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru berperanan dalam membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi
yang terpendam, yang belum digilap lagi. Sifat-sifat yang ada dalam
kebolehan menyelesaikan masalah perlu ditingkatkan, kerana ia dapat
membantu kanak-kanak menyedari kebolehan diri sendiri. Ini
bermakna :
I. Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat
mengilap potensi intelek kanak-kanak. Contohnya : dalam
menyelesaikan masalah matematik tahun 1, kemahiran mengira
menggunakan objek dapat mengembangkan potensi pelajar
untuk berfikir secara logic.
II.
Aktiviti ko-kurikulum di sekolah seperti pasukan beruniform,
membantu pelajar mengembangkan potensi dari segi bakat,
tolong menolong dapat dipupuk menerusi aktiviti penyelesaian
masalah atau tugasan secara berkumpulan. Di samping itu,
murid-murid turut meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi
seorang pemimpin.

III.

Pelbagaikan kaedahpengajaran dan aktiviti pembelajaran dengan


gaya pembelajaran pelajar. Guru perlu berusaha merangsang
pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan
menarik.
IV.
Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid.
Contohnya
kesediaan
dan
kesungguhan
murid
dalam
melaksanakan tugasan atau menjawab soalan. Elakkan daripada
membesarkan kelemahan murid. Hargai setiap komitmen yang
diberi oleh murid kerana ini akan merangsang mereka untuk
terus belajar dan berusaha.
Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi murid-murid adalah
berbeza dengan satu dengan yang lain.
Guru yang peka terhadap perbezaan potensi yang ada dalam diri
murid-murid membolehkan murid-murid berkembang mencapai
kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi.
Pendidikan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan
potensi manusia. Jika pendidikan yang diterima berkesan, maka
potensi manusia itu akan terus meningkat dan berkembang.
Oleh itu program pendidikan perlulah dirancang dengan teliti dan
berkesan untuk meghasilkan masyarakat yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang.

You might also like