You are on page 1of 11

PENGENALAN

Pelancongan dan alam sekitar merupakan satu elemen yang saling berhubungan. Hal ini
kerana, alam sekitar yang merujuk kepada persekitaran fizikal mengandungi komponenkomponen semula jadi di mana kebanyakan ciri-ciri alam sekitarnya merupakan satu tarikan
kepada pelancong. Oleh sebab itu, secara tidak langsungnya perkembangan sektor
pelancongan ini dapat memberikan kesan positif sosial kepada penduduk sekitarnya. Di
Malaysia didapati terdapat beberapa jenis pelancongan dapat dikategorikan seperti
ekopelancongan, pelancongan pertanian, pelancongan kesihatan, pelancongan kapal,
pelancongan budaya dan warisan dan pelancongan sukan dan rekreasi. Setiap jenis
pelancongan ini pula memiliki keupayaan dan tarikan tersendiri untuk dinikmati oleh
pengunjung. Kini, sektor pelancongan telah menjadi sektor yang utama kerana mampu
menjadi pemangkin dalam ekonomi. Pelbagai pembangunan telah dirangka oleh Lembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) yang sebelum ini dikenali dengan Perbadanan
Kemajuan Pelancongan Malaysia ( PKPM). Lembaga ini berfungsi untuk memperkenalkan
Malaysia sebagai sebuah destinasi yang terbaik kepada masyarakat tempatan mahupun
antarabangsa. Selain itu, membantu dalam perkembangan industri pelancongan negara dan
menggalakkan pelancongan tempatan dengan mewujudkan perasaan cintakan negara.
Akan tetapi, sikap kealpaan masyarakat yang terlalu mengejar pembangunan untuk kemajuan
sektor ini telah mempengaruhi persekitaran fizikal. Banyak aktiviti daripada sektor
pelancongan ini telah memberikan kesan yang negatif kepada persekitaran sama ada kepada
hutan, tanah, air dan udara. Pelbagai kemusnahan telah berlaku seperti tanah runtuh,
pencemaran, kemusnahan hutan serta flora dan fauna.

2.0 IMPAK TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL

2.1 Kemusnahan kawasan hutan


Aktiviti pelancongan seperti pembukaan tasik buatan iaitu pembinaan Tasik Kenyir di
Terengganu memberikan impak yang besar kepada persekitaran fizikal. Kemusnahan
kawasan hutan dengan pembinaan empangan untuk membekalkan tenaga elektrik
menyebabkan sebahagian kawasan hutan ditenggelami air. Kenyir merupakan kawasan yang
termasuk dalam kawasan hutan simpan, ia diwartakan sebagai hutan simpan kerana faktor
hutannya yang memiliki pelbagai hidupan seperti flora dan fauna yang terpelihara, tetapi
dengan pembinaan empangan hidroelektrik menjadikan sebahagianbesar daripada kawasan
hutan ditenggelami air. Tambahan pula, tasik Kenyir kinimenjadi pusat sektor pelancongan.
Selain sebagai empangan membekalkan tenaga elektrik ia kini ia turut menjadi pusat
pelancongan terkenal kerana pemandangannya yang menarik di samping kewujudan beratus
buah pulau kecil. Namun, apa yang berlaku kemusnahan kawasan hutan untuk aktiviti
pelancongan yang semakin meningkat di Kenyir menyebabkan banyak habitat dan tumbuhan
di kawasan tersebut musnah. Aktiviti pelancongan yang dijalankan seperti menangkap ikan,
aktiviti air dan aktiviti lasak di dalam hutan menyumbang kepada kemusnahan terhadap
tumbuhan di kawasan tersebut. Begitu juga dengan sistem saliran yang akan tercemar akibat
pembuangan sisa makanan dan sampah sarap.
Kesan pembinaan kawasan pelancongan juga menjadikan tumbuhan seperti pokok-pokok
kayu balak yang telah hidup bertahun lamanya ditebang. Menurut kajian tempoh bagi sesuatu
pokok itu tumbuh dengan matang mengambil masa yang agak lama terutamanya kayu balak.
Ditambah pula dengan jumlah pokok dan tumbuhan yang ditenggelami untuk pembinaan
empangan adalah dalam jumlah yang sangat besar. Keadaan ini telah mengubah persekitaran
geografi di kenyir yang dahulunya merupakan kawasan hutan tebal dengan kepelbagaian
tumbuhan, tetapi kini semuanya telah musnah. Oleh sebab itu, banyak khazanah-khazanah
semula jadi yang bernilai hilang kerana penerokaan oleh manusia.

Selain itu, ia juga telah memusnahkan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies.
Kemusnahan biologi ini dikatakan boleh berlaku di sebuah kawasan mikro, tetapi jika
sebahagian hutan telah dimusnahkan ini menunjukkan lebih banyak lagi spesies yang akan
musnah. Keadaan ini sekali gus telah membawa kemusnahan kepada kepelbagaian ekosistem
yang terdapat di dalam hutan tersebut. Hutan juga merupakan satu kawasan yang dijadikan
habitat utama kepada haiwan untuk membentuk lingkungan populasi, tetapi akibat daripada
gangguan manusia seperti aktiviti pelancongan ini menyebabkan pelbagai spesies juga turut
terganggu. Ini sekali gus akanmenyebabkan berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari
habitat baru sehinggaterpaksa menghadapi persaingan di tempat baru.
2.2 Pencemaran Air
Aktiviti pelancongan yang berhampiran dengan kawasan air seperti pantai dan pulau juga
akan memberi impak terhadap kualiti air. Pelepasan sisa kumbahan daripada hotel, resort dan
chalet ke laut akan menyebabkan air laut tercemar. Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan
kemerosotan kualiti air laut. Kandungan bakteria seperti E coli dikesan berpunca daripada
sisa kumbahan tersebut. Jika kandungan bakteria melebihi paras 200 MPN/100 ml ini
menunjukkan kualiti air dapat dikategorikan berada pada tahap tercemar. Pencemaran air
yang berlaku juga akan menyebabkan kewujudan lapisan minyak di permukaan air yang
mengakibatkan cahaya matahari tidak sampai ke bahagian dasar laut yang diperlukan oleh
hidupan akuatik seperti tumbuhan, keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan tidak dapat
hidup. Begitu juga dengan hidupan akuatik seperti ikan-ikan serta hidupan lain akan
kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan akan berkurangan kerana telah tercemar oleh
sisa-sisa dan bahan kimia berbahaya. Biasanya kawasan yang sering mengalami masalah ini
adalah di kawasan pelancongan popular seperti Port Dickson, Negeri Sembilan.Misalnya air
parit yang bersebelahan dengan Marina Bay Apartment mengalir ke pantai menyebabkan air
laut tercemar.

Selain itu, pencemaran air juga berlaku apabila sampah sarap dibuang oleh pelancong ke
pantai. Peningkatan jumlah pelancong melancong ke tempat peranginan ini akan
meningkatkan jumlah sampah yang dibuang. Keadaan ini akan mencemarkan permukaan air
dengan sampah sarap. Sampah yang terperangkap di pesisir pantai misalnya akan
mencacatkan pemandangan di samping turut memberi kesan kepada hidupan lain seperti
spesies penyu. Plastik-plastik yang terapung di permukaan air kelihatan seperti obor-obor
menyebabkan haiwan tersebut memakannya. Terdapat banyak kes yang berlaku melibatkan
spesies bercengkeram ini. Hal ini menyebabkan spesies penyu akan terancam dan mungkin
akan mengalami kepupusan.
Air yang tercemar juga akan memberi kesan kepada terumbu karang. Hidupan akuatik ini
merupakan sejenis fauna yang sangat sensitif kepada pencemaran. Apabila kualiti air di
kawasan terumbu karang telah tercemar maka ia menjejaskan hidupan akuatik ini. Selain itu,
terumbu karang juga merupakan habitat kepada spesies ikan kerana membekalkan makanan
kepada haiwan tersebut. Akan tetapi sekiranya kawasan ini dicemari dengan sisa buangan
daripada aktiviti manusia sekali gus akan merosakkan habitat yang ada di situ. Sekiranya
aktiviti ini berterusan dan kurangnya pemeliharaan terumbu karang boleh menyebabkan ia
semakin berkurang dan akan mengalami kepupusan.
2.3 Pencemaran air bawah tanah
Selain itu, air bawah tanah juga turut mengalami masalah yang sama. Perkembangan daripada
aktiviti pelancongan pertanian membawa kesan kepada kualiti air bawah tanah. Walaupun
aktiviti ini tidak memberikan sumbangan besar kepada masalah kemerosotan kualiti air
bawah tanah berbanding aktiviti pertanian, namun jika ia berterusan lama-kelamaan memberi
kesan kepada air bawah tanah yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti pertanian yang
menggunakan baja kimia seperti baja organik dan inorganik untuk membekalkan nutrien

kepada tumbuhan memberi kesan kepada paras air bawah tanah sekiranya sebahagian nutrien
meresap melalui tanah. Baja ini merupakan jenis yang mudah diserap oleh tanah dan biasanya
sering dikaitkan dengan pencemaran. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada nutrien
telah diserap oleh tanah dan digunakan oleh tumbuhan. Tetapi sebahagian ada yang larut di
dalam air membentuk nitrat setelah melalui proses nitrifikasi. Kandungan nitrat inilah yang
akan larut dalam air bawah tanah. Walaupun tanah dikatakan merupakan satu agen penapis
yang baik tetapi sekiranya kuantiti bahan kimia terlalu banyak meresap ke dalam tanah ia
sekali gus mengurangkan fungsi tanah yang dijadikan penapis yang baik seterusnya
mengakibatkan air bawah tanah tercemar. Begitu juga dengan penggunaan racun perosak
yang turut menjadi fungsi sama yang boleh merosotkan kualiti air bawah tanah.
2.4 Kerosakan Ekologi
Aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi biasanya memberi gangguan kepada kerosakan
ekologi seperti kawasan tanah dan air serta habitat dan haiwan. Aktiviti,guna tanah untuk
pembinaan tapak rekreasi dan kemudahan infrastruktur menyebabkan sebahagian kawasan
hutan diterokai dan bukit-bukit ditarah untuk membina tapak peranginan antaranya. Keadaan
ini akan membawa kesan kepada struktur tanah dikawasan tersebut. Sekiranya berlaku hujan
dalam kuantiti yang banyak menjadikan,air larian permukaan semakin bertambah. Keadaan
ini menyebabkan arus deras di permukaan tanah sehinggakan berlaku kejadian tanah runtuh
kerana struktur tanah yang tidak kuat akibat tidak ada akar-akar pokok yang boleh
mencengkam tanah untukmengekalkan struktur tanah tersebut. Ini sekali gus membawa
perubahan terhadap,komposisi tanah.
Selain itu juga, aktiviti guna tanah yang dilakukan ini menyebabkan habitat seperti tumbuhan
dan haiwan musnah. Oleh sebab itu, haiwan-haiwan hilang tempat perlindungan
menyebabkan haiwan ini mengganggu persekitaran hidup manusia kerana habitat nya telah

dimusnahkan. Begitu juga dengan tumbuhan boleh menyebabkan kepupusan terutamanya


kepada spesies yang jarang dan sukar ditemui. Antaranya adalah,seperti ubat-ubatan. Oleh
sebab itu, aktiviti guna tanah di kawasan tanah tinggi,memberi implikasi terhadap perubahan
landskap permukaan bumi. Walaupun aktiviti,ini hanya berskala mikro, tetapi secara tidak
langsungnya ia boleh mengurangkan,landskap semula jadi dalam persekitaran. Ia juga akan
membawa kesan gangguan kepada proses kitaran bio-geokimia seperti gangguan kepada
kitaran hidrologi.Berlaku juga kemusnahan kepada ekosistem terutamanya kepada rantaian
makanan. Apabila tumbuhan sebagai sumber utama atau pengeluar makanan kepada
penghuni hutan dieksploitasi menyebabkan pengguna primer, sekunder dan tertier kehilangan
sumber makanan.
Selain itu, pelancongan rekreasi juga membawa impak terutamanya terhadap biodiversiti.
Aktiviti lasak yang dijalankan adalah seperti kenderaan pacuan empat roda, penjelajahan,
aktiviti perkhemahan dan basikal lasak di kawasan hutan. Melalui aktiviti seperti inilah
sumber-sumber biodiversiti terancam dengan penebangan pokok untuk pembinaan khemah
atau untuk dijadikan laluan kenderaan dan basikal lasak menyebabkan sebahagian tubuhtumbuhan muda dimusnahkan. Keadaan ini boleh mengakibatkan struktur umum bagi
komuniti pokok di kawasan tersebut akan berubah.Aktiviti-aktiviti hutan yang dijalankan
biasanya akan dijalankan di kawasan yang memiliki punca air seperti sungai dan tasik untuk
kemudahan. Dengan, penggunaan sumber air ini secara bertentangan akan mengakibatkan
sumber biodiversiti di kawasan tersebut terancam. Misalnya penggunaan bahan pencuci
alatan memasak terhadap sumber air menyebabkan habitat di dalamnya terjejas kerana
dicemari dengan bahan kimia.
2.5 Masalah hakisan dan tanah runtuh

Aktiviti pelancongan juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanih. Hakisan tanih
berlaku akibat daripada aktiviti seperti peneresan dan perataan cerun bukit untuk membina
kawasan peranginan dan kemudahan. Aktiviti yang dijalankan tanpa mengikut spesifikasi
yang betul boleh mengakibatkan kepada berlakunya peningkatankadar hakisan. Hal ini
berlaku adalah disebabkan oleh cerun-cerun bukit tidak lagi mempunyai tumbuhan
pelindung, keadaaan ini menyebabkan struktur tanih menjadi longgar. Ini akan menyebabkan
kepada berlakunya hakisan oleh percikan air hujan dan aliran air permukaan menjadi tinggi
kerana tumbuhan semula jadi tidak lagi dapat berfungsi sebagai pintasan bagi setiap titisan air
hujan yang turun. Kurangnya akar-akar banir menyebabkan ia gagal berfungsi menyekat
pergerakan air permukaan. Oleh sebab itu, partikel-partikel tanih yang dibawa arus akan
hanyut diangkut oleh air larian permukaan ke sistem sungai. Keadaan ini sekali gus
menyebabkan air sungai menjadi semakin cetek yang membawa punca kepada berlakunya
banjir, pencemaran dan kelodak.
Kawasan tanah yang terdedah juga boleh mengakibatkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Apabila hujan turun, ia akan terus menyusup masuk ke dalam tanah kerana sudah tidak ada
tumbuhan litupan. Penyusupan berlaku pada kadar yang tinggi akibat keadaan partikelpartikel tanah yang telah longgar dan menyebabkan tanah tidakmampu untuk menampung air
yang terlalu banyak dan akhirnya menyebabkan ia tergelincir dan berlaku kejadian tanah
runtuh.
2.6 Pencemaran udara
Di samping itu juga, udara turut tercemar dengan pembebasan asap yang mengandungi gas
karbon monoksida dan sulfur dioksida. Perkembangan sektor perkhidmatan pengangkutan
seperti bas dan teksi menjadi faktor utama. Misalnya di kawasan ramai pelancong seperti Port
Dickson kerana kemudahan seperti ini disediakan. Asap kenderaan dalam kuantiti yang

banyak boleh menyebabkan udara tercemar. Selain itu, akan mewujudkan masalah
pencemaran udara. Peningkatan kepada pengeluaran penggunaan perkhidmatan ini boleh
membawa kepada penipisan lapisan ozon. Apabila aktiviti ini berterusan lama-kelamaan akan
memberi impak yang besar kepada kesan rumah hijau.
Oleh sebab persekitaran merupakan kawasan yang sememangnya memiliki daya tarikan
untuk aktiviti pelancongan namun aspek seperti penjagaan persekitaran juga harus
dititikberatkan agar persekitaran fizikal terutamanya tidak mengal ami masalah yang boleh
menjejaskan ekologi sesuatu kawasan, seterusnya keadaan Ini boleh menggugat ekosistemekosistem lain. Hal ini demikian kerana setiap ekosistem saling memerlukan antara satu sama
lain, jika terdapat salah satu daripada ekosistem terjejas maka ia turut menjejaskan ekosistem
lain yang berada berhampiran dengannya kerana ia saling berkait. Beberapa langkah juga
perlu diberi perhatian agar masalah seperti penyahhutanan yang boleh menyebabkan
berlakunya hakisan dan tanah runtuk tidak ber laku. Begitu juga dengan aktiviti lasak yang
dijalankan di dalam hutan juga perlu diberi perhatian yang serius. Tidak ketinggalan juga
dengan aktiviti di pesisir pantai melibatkan pembuangan sisa-sisa kumbahan dan sisa kimia
boleh menjejaskan kualiti air dan mencemarkan suasana persekitaran.

MASALAH SOSIAL
Pelancongan lazimnya tertarik kepada persekitaran dan rapuh dan masyarakat setempat dan
dalam kes-kes tertentu keuntungan ekonomi pelancongan mungkin dianggap dapat mengatasi
akibat buruk persekitaran dan sosial pelancongan. Namun, sekiranya perancangan yang rapi
dan menyeluruh, termasuk mengambilkira daya tampung sesuatu destinasi pelancongan
dilakukan untuk pembangunan, keadaannya mungkin dapat dikawal.

Kajian yang dijalankan di Thailand oleh Smith (1992),Tridech (1993), dan (Wiseschinda &
Sukasaem 1995), mendapati bahawa di samping impak positif terdapat banyak impak negatif
pembangunan pelancongan terutamanya daripada segi sosial dan persekitaran. Pelancongan
yang menjanjikan banyak peluang untuk mempertingkatkantaraf hidup rakyat tempatan juga
menghasilkan masalah sosial yang semakin menyerlah umpamanya penyakit berkaitan seks,
dadah, jenayah dan perubahan gaya hidup masyarakat di sekitar pantai Patong di Phuket,
Thailand (Srirat Ketmuang 2003). Hitchcock et al. (1993), menyatakan bahawa pelancongan
besar-besaran menyebabkan tekanan terhadap manusia dan persekitaran fizikal sesuatu
destinasi pelancongan.
Penyalahgunaan Dadah
Individu yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba.
Perasaan ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka untuk lari
daripada terlibat dengan dadah. Remaja merupakan mereka yang mudah mempunyai
perasaan ini kerana pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru, mula
berputik. Kajian menunjukkan peratusan tertinggi penagih baru adalah remaja. Mengikut
statistik pada Januari hingga Disember 2005 remaja berumur antara 20 sehingga 24 tahun
menunjukkan jumlah penagih baru yang tertinggi iaitu sebanyak 4018 orang iaitu 26%
daripada penagih baru pada tahun tersebut. Hal ini sangat membimbangkan kerana remaja
adalah aset negara yang harus dijaga.
Selain itu, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah cenderung untuk
berseronok. Keseronokan juga merupakan sebab utama kenapa remaja mencuba dadah. Sifat
remaja yang suka kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan kepada diri sendiri
menyebabkan mereka mencuba dadah. Hasilnya remaja mula ketagih dan menjadikan dadah
sebagai medium utama untuk berseronok. Statistik pada bulan januari hingga disember pada

tahun 2005 menunjukkan sebab utama mereka mencuba adalah untuk keseronokkan. Dan ia
menunjukkan peratusan yang agak tinggi pada tahun tersebut iaitu sebanyak 9.2%.
Pelacuran
Keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan pengetahuan serta penghayatan
agama daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya dalam sesetengah masyarakat
semakin menipis. Oleh yang demikian, tidak mustahillah bagi mereka yang kurang pegangan
agama atau tidak menurut perintah agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral
seperti pelacuran ini.
Selain itu, keruntuhan rumahtangga seperti masalah penceraian dan pergaduhan
menyebabkan anak-anak mereka yang usia remaja di antara lingkungan 12-18 tahun merasa
tertekan dan mencari kebebasan dan keseronokan di luar. Pada usia tersebut, remaja lebih
mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang membawa kerugian kepada diri mereka
sendiri.
Faktor luar yang mempengaruhi pelacur daripada terjerumus ke dalam kegiatan anti-sosial
adalah seperti pujukan muncikari (barua), disebabkan oleh pekerjaan dan mereka dipaksa
bekerja. Selain itu juga,sesetengah golongan remaja yang mudah terpengaruh daripada rakanrakan apabila mereka mempunyai permasalahan dalam keluarga, tertekan, perasaan ingin
mencuba, pantang dicabar dan juga terpengaruh kepada perkara-perkara yang negatif
daripada media massa dan media elektronik. Walau bagaimanapun, pelancong luar turut
membawa kesan negatif kepada budaya tempatan. Contohnya seperti segelintir rakyat
Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa dan budaya asing terutamanya generasi muda.
Hal ini dapat dilihat melalui tutur kata, pakaian, dan kelakuan generasi muda hari ini yang
bertentangan dengan budaya timur.

Penularan Wabak Penyakit

You might also like