You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT 1/2016

PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI


Tarikh : 14 Januari 2016 / Khamis
Masa : 12.20 tengahari
Tempat : Bilik Guru SK. Darau Kota Kinabalu
Kehadiran :
1) Puan Winny Tan Tze Ching
2) Encik Shahriman Bin Hussin
3) Puan Ida Hendramaria

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Perlantikan AJK Baharu
3. Rancangan Pengajaran Tahunan RBT dan Sistem Pembahagian PDP
4. Ujian dan Penilaian Murid
5. Taklimat KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6
6. Perancangan Tahunan Panitia
7. Pengurusan Bilik RBT
8. Buku Stok
9. Buku Rekod Penggunaan Bilik dan Bahan Projek Pengajaran
10. Peraturan Bilik
11. Ucapan Penangguhan

1 Ucapan Pengerusi
1.1 Puan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan
semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & teknologi dan
kali yang pertama.
1.2 Puan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana
sudi berkongsi maklumat sebelum melaksanakan dan menjalankan tugas dengan baik
dalam beberapa hari untuk permulaan bagi tahun ini.
Makluman guru
2 Perlantikan AJK Baharu
2.1 Perlantikan AJK baharu untuk tahun 2016
2.2 Senarai AJK adalah seperti berikut:
Ketua Panitia : Puan Winny Tan Tze Ching
Setiausaha : Encik Shahriman Hussin
Bendahari : Puan Ida Hendramaria Sukur
2.3 Ketua Panitia merangkap pengerusi mengucapkan tahniah kepada yang telah
dilantik.
Makluman guru

3 Rancangan Pengajaran Tahunan RBT dan Sistem Pembahagian PDP


3.1 Rancangan pengajaran tahunan berdasarkan format terkini boleh dimuat turun dari
KSSR online dan telah diedarkan kepada semua guru yang mengajar subjek RBT.
3.2 Format untuk rancangan pengajaran harian juga diselaraskan mengikut manual
KSSR modul pengajaran RBT.
3.3 Masa Pengajaran dan Pembelajaran akan bertukar ganti dengan mata pelajaran
TMK iatu RBT akan diajar mengikut bulan genap manakala TMK PDP dalam bulan
ganjil.
Guru RBT
4 Ujian dan Penilaian Murid
4.1 Semua guru RBT dan diminta untuk menghantar markah peperiksaan bagi kelas
yang diajarkan pada seminggu selepas peperiksaan dijalankan untuk tujuan rekod fail
panitia
2

4.2 Penilaian untuk tahun 2016 diadakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan tahun
dan akhir tahun.
Guru RBT.

5 Taklimat KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6


5.1 Taklimat mengenai KSSR Reka Bentuk dan Teknologi tahun 6 yang dilaksanakan
pada tahun 2016 nanti akan disebarkan pada bulan UPSR 2016 oleh ketua panitia.
Taklimat KSSR ini sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran RBT tahun 6 pada
2017.
Ketua Panitia.

6 Perancangan Tahunan Panitia


6.1 Program yang dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun ini:
1. Mengemaskan dan menambah baik pulih Bilik RBT sekolah
2. Projek Kebun Sekolah
3. Penghasilkan Projek Kitar Semula
4. Pertandingan memasak peringkat sekolah.
5. Hari Keusahawanan Pertanian dan Jahitan.
6. Penyebaran pemantapan KSSR tahun 6 RBT untuk Tahun 2017.
Guru RBT.

7 Pengurusan Bilik RBT


7.1 Pengerusi meminta kerjasama guru supaya memastikan bilik berada dalam
keadaan bersih, kemas dan ceria. Terdapat teguran yang diterima oleh Guru Besar
mengenai bengkel yang kurang kemas.
Guru RBT.

8 Buku Stok
8.1 Pengerusi mengingatkan kepada guru RBT yang bertanggungjawab menyelaras
menjaga bilik supaya mengadakan, menyemak dan mengemakini buku stok barang bilik
RBT dan memastikan peralatan yang dipinjam perlu ditulis dalam buku rekod pinjaman
alatan dan dipulang selepas digunakan.
Guru RBT

9 Buku Rekod Penggunaan Bilik dan Bahan Projek Pengajaran


9.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa satu sistem baru akan
dipraktikkan di bilik iaitu guru mestilah merekodkan waktu penggunaan bengkel, kelas
dan jumlah murid apabila menggunakan bilik RBT.
Guru RBT

10 Peraturan Bengkel
10.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya memastikan murid
mematuhi peraturan bengkel. Antara peraturan bengkel yang dimestikan dan wajib
dipatuhi murid adalah :
a Tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam bilik RBT
b Menasihati murid supaya datang ke bilik RBT
c Meminta kebenaran untuk menggunakan alatan di dalam bilik RBT
d Memastikan murid menjaga keselamatan diri semasa menjalankan projek untuk
mengelak berlakunya kecederaan dan kemalangan.
Guru RBT

11 Ucapan Penangguhan
Mesyuarat Panitia RBT kali pertama 2016 ditangguhkan pada jam 1.45 petang dengan
ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh,

(SHAHRIMAN BIN HUSSIN)


Setiausaha, Panitia RBT
Sekolah Kebangsaan Darau Kota Kinabalu

You might also like