You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH PERTAMA

UNTUK TAHUN 2017


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM, JALAN BERJAYA,
KAMPUNG BARU, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
BIL.1/2017

Tarikh:

29 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

Masa

11.00 PAGI

Tempat

KELAS 3B, SMK BUKIT MERTAJAM

Kehadiran

1.
2.
3.
4.
5.

Renugadehvi A/P Paramaguru (Ketua Panitia)


Sangaranathan a/l Govindasamy (Penyelia Petang Ahli)
Mat Isa bin Che Omar (Penolong kanan Ko kurikulum Ahli)

8.

Zakiah binti Ishak (Ahli)

9.

Rosmijulia bt Bahari (Setiausaha)

D.Kumar a/l Doraisamy (Penolong Ketua Panitia)

Noranisa bin Jasni (Ahli)

Tidak hadir:
1. Chua Bo Mee (Ahli)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Ketua Panitia, Renugadehvi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua guru ke mesyuarat pertama Panitia Sejarah untuk sesi akademik
2017.
1.2 Ketua Panitia seterusnya mengalu-alukan kedatangan Pn. Goik Mei Hua
ke Panitia sejarah.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
Cadangan pengesahan minit mesyuarat oleh Pn.Rosmijulia bt. Bahari dan disokong
oleh Pn.Nooranisa binti Jasni.

SMK Bukit Mertajam

Page 1

2.1 Ketua Panitia mengucapkan tahniah kepada semua guru Sejarah khasnya
guru guru tingkatan 3 sesi 2012 yang telah berjaya meningkatkan
keputusan PMR dari 84.9% ke 91.3%. Bilangan calon yang mendapat A
meningkat dari 18 ke 19 calon.
2.2 Ujian / Peperiksaan
Semua guru diingatkan supaya mengikut format peperiksaan dan
memastikan kualiti soalan dan tahap soalan adalah bersesuaian. Guru
guru juga diingatkan supaya tidak mengambil semua soalan dari sebuah
buku sahaja. Peperiksaan juga mesti mengikut format peperiksaan
sebenar. Sebarang pertukaran hendaklah dimaklumkan kepada Guru
Kanan dan Pengetua. Jadual menggubal soalan ujian / peperiksaan
adalah seperti dalam jadual (lampiran)
Tindakan : Semua guru Panitia Sejarah
2.3

Ujian / Peperiksaan
Semua guru diingatkan merekodkan markah terperinci bagi setiap kertas
di dalam buku rekod. Ini adalah kerana adakala pihak JPN atau KPM
mahukan markah terperinci setiap kertas di hantar secara online. Ini juga
bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar.
Guru guru kelas peperiksaan (Tingkatan 3 ,5 & 6 Atas) juga diminta
membincangkan kertas kertas PMR, SPM, STPM tahun tahun lepas
dan kertas percubaan negeri negeri lain. Pelajar tingkatan lain harus
didedahkan dengan sampel kertas peperiksaan sebelum peperiksaan.
Tindakan : Semua guru Panitia Sejarah

3.0 Perkara perkara berbangkit.

Tiada perkara berbangkit.


4.0 Buku Rekod & Rancangan Pelajaran
Ketua Panitia memohon supaya semua guru panitia menyediakan Rancangan
Tahunan berdasarkan takwim sekolah 2017. Pn.Renugadehvi juga
mengingatkan guru-guru agar menulis tarikh pada rancangan tahunan dan
melabel rancangan tahunan. Butir-butir peribadi pada buku rekod mestilah diisi.
Refleksi mesti dicatatkan selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan : Semua guru Panitia Sejarah
SMK Bukit Mertajam

Page 2

4.1 Guru guru sejarah juga dicadangkan berkongsi lembaran kerja. Guru - guru
yang mengajar kelas peperiksaan disarankan mendedahkan pelajar kepada
soalan tahun tahun lepas. Ini penting sebagai langkah persediaan
menghadapi peperiksaan dan untuk menberi keyakinan kepada pelajar.
Tindakan : Semua guru Panitia Sejarah
5.0

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2 dan PT3

6.0

Agihan Tugas Kurikulum

TINGKATA
N

RPT

UP1

PPT

PAT

1
2

DD
CHUA

RENU

NORANIS
A
ZAKIAH

SANGA
NORANIS
A
ROSMI

DD
CHU
A

SANGA
NORANIS
A
ZAKIAH

ZAKIAH

ROSMI

RENU

REN
U
JPN

ROSMI

SAMBUTA
N
MERDEKA
SANGA
CHUA
ZAKIAH

PLC

MODU
L

DD
CHUA

RENU

NORANIS
A
ZAKIAH

RENU

ROSMI

RENU

RENU

*PROGRAM LEPAS PT3 ROSMI


PENYELARAS PT3 ROSMI
Tindakan : Semua guru sejarah
7.0

Perancangan program/aktiviti untuk tahun 2017

Modul nota untuk tingkatan 4 dan 5.


Lawatan Sambil belajar untuk pelajar tingkatan satu.
Modul ulangkaji intensif untuk tingkatan 5.
Soalan percubaan negeri untuk calon SPM
Hadiah galakkan untuk pelajar tingkatan 1 5.
Aktiviti sambutan Merdeka.
Tindakan: Ketua Panitia Sejarah dan ahli panitia

SMK Bukit Mertajam

Page 3

8.0

Pencerapan Dan Seliaan Buku Latihan

8.1

Pn. Renugadehvi memaklumkan tiga perkara yang harus diberi perhatian oleh
semua guru semasa pencerapan iaitu:
i. Persediaan guru dalam PdP harus rapi semasa pencerapan kerana ia
memberi gambaran cara guru mengajar sepanjang tahun. Segelintir kecil guru
didapati tidak bersedia walaupun telah dimaklumkan tentang tarikh
pencerapan oleh pencerap.
ii. Guru harus menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan
tahap kebolehan pelajar.
iii. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa PdP harus dipelbagaikan seperti
penggunaan ICT,aktiviti individu, berpasangan atau berkumpulan.

8.2

Buku Latihan Semakan buku latihan harus dilaksanakan mengikut jadual.


Setiap guru dikehendaki menghantar 10 buah buku untuk disemak.

Tindakan : Semua guru sejarah

9.0

Hal hal lain.

9.1

Rancangan harian tingkatan 1


Oleh kerana ruang di buku rekod tidak mencukupi untuk menulis langkahlangkah, maka guru tingkatan satu akan menulis mengikut ruangan yang
sedia ada di buku rekod. Semasa pencerapan, maka rancangan harian yang
lengkap berserta langkah-langkah perlu disediakan.

9.2

Encik D.Kumar a/l Doraisamy berkongsi maklumat tentang PLC. Aktiviti


perbincangan kumpulan dan mentoring juga merupakan sebahagian daripada
PLC.
Tindakan: Ketua Panitia Sejarah dan ahli panitia

SMK Bukit Mertajam

Page 4

5.0 Penutup
Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir
dan di atas kerjasama yang telah diberikan semasa menjalankan semua tugas
yang dipertanggungjawabkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12. 00 tengah hari.

Disediakan oleh,
__________________
(ROSMIJULIA BT BAHARI)
Setiausaha Panitia Sejarah.

SMK Bukit Mertajam

Page 5

You might also like