Professional Documents
Culture Documents
KEBAIKAN
MENGADAKAN
RUMAH TERBUKA
MENGERATKAN
PERPADUAN
MENGENALI BUDAYA
KAUM LAIN
MEMBINA SEMANGAT
BEKERJASAMA
Cadangan isi
Mengeratkan perpaduan
Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah
mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan
mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di
samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman
antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat
dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak
cinta".
Mengenali budaya kaum lain
Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai
kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan
perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan
agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan
merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan
begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat
resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan
mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
negara kita.
Membina semangat bekerjasama
Semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, sekiranya rumah
terbuka diadakan di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan
juadah atau mempersiapkan tempat. Begitu juga semasa menghadiri rumah terbuka,
tetamu yang hadir bolehlah membantu tuan rumah memcuci pinggan dan
mengemas setelah selesai. Hal ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama.
Karangan B
Amalan rumah terbuka banyak membawa kebaikan kepada masyarakat. Namun,
banyak belaku pembaziran dalam amalan rumah terbuka ini. Berikan pandangan
anda tentang punca-punca berlaku pembaziran ini.