You are on page 1of 7

Mesyuarat

MINIT MESYUARAT
PUSAT TUISYEN MAWAR SINAR, KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT
BIL 1/(2017)
Tarikh

: 14 Oktober 2016

Masa

: 6.30 petang 8.30 petang

Tempat

: Bilik Amber

Pengerusi

: Maslina binti Mansor

Kehadiran(Bilangan) : 8/8

Panduan Am Untuk Staf dan Guru PTMs


Pusat Tuisyen Mawar Sinar
Sungai Besi, Kuala Lumpur
1.

Arahan Am
1.1
Staf, guru tetap dan tutor PTMs dinasihatkan supaya membaca,,memahami dan
boleh mentafsir serta menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif
Kementerian Pelajaran sebagai panduan.
1.2
Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Misi dan Visi PTMs.
1.3
Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Misi, Visi, Matlamat dan Objektif
PTMs.
1.4
Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan PTMs
1.5
Semua staf, guru dan tutor hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan
menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan satu pekerjaan atau mata pencarian
semata-mata.
1.6
Semua staf, guru dan tutor hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.
1.7
Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
1.8
Semua staf, guru dan tutor perlu meletakkan kepentingan murid lebih daripada
kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.9
Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di pusat
tuisyen dan menjaga harta benda pusat tuisyen.
1.10 Penekanan terhadap disiplin akan menjadi agenda utama dalam usaha mencapai
kecemerlangan PTMs. Sehubungan itu semua staf, guru dan tutor adalah perlu
bertindak sebagai guru disiplin.
1.11 Dalam usaha membantu pembentukan sahsiah terpuji, semua staf, guru dan tutor boleh
memberi sumbangan dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
1.12 Semua staf, guru dan tutor juga perlu berinteraksi secara bertatasusila dengan
pelanggan dan pelawat
1.13 Semua staf, guru dan tutor tidak boleh membelakangkan tugas di PTMs demi
kepentingan peribadi:1.13.1 menguruskan kerja luar yang tidak berkaitan/perniagaan/pelaburan
sendiri/isteri/anak/adik beradik/saudara mara dalam waktu pejabat/tugas rasmi.
1

Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Mawar Sinar

Mesyuarat

1.14
1.15
2.

Kedatangan
2.1
Jadual waktu kerja/belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak PTMs.
2.2
Jawatan
Hari
Masa
Rehat
Pengelola Isnin -Sabtu
Fleksibel *keperluan semasa
Pengetua
Isnin - Sabtu
Fleksibel *keperluan semasa
Staf tetap Isnin
1.45pm 10.45pm
3.00pm 4.00pm
Khamis
2.30pm 10.45pm
6.45pm 7.15pm
Jumaat
8.00am 12.45pm
10.00am 10.30am
Sabtu
Guru tetap Isnin
1.45pm 10.45pm
7.00pm 8.00pm
Khamis
2.30pm 10.45pm
7.15pm 7.45pm
Jumaat
8.00am 12.45pm
10.30am 11.00am
Sabtu
Guru/tutor Isnin - Sabtu
*Mengikut keperluan semasa
sambilan
***staf/guru tetap dibenarkan balik awal atas arahan.
***ketetapan juga boleh berubah mengikut arahan dan keadaan semasa
2.3
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7

3.

1.13.2 menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara-mara /rakan-rakan dalam


menimbangkan sesuatu permohonan.
Semua staf, guru dan tutor tidak boleh berkelakuan dengan apa cara yang mungkin
menimbulkan syak yang munasabah; menggunakan kedudukannya bagi faedah
sendiri.
Semua staf, guru dan tutor tidak boleh menggunakan kemudahan PTMs untuk
kegunaan dan kepentingan peribadi.

Tutor dikehendaki berada di dalam pusat tuisyen 10 minit sebelum waktu


kerja/belajar dan merakam waktu semasa sampai dan balik di pusat tuisyen.
Semua staf, guru dan tutor yang terpaksa datang lewat hendaklah memberikan
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Semua staf, guru dan tutor mesti
memberitahu pihak pusat tuisyen secepat mungkin.
Staf dan guru yang yang tidak dapat hadir hendaklah memberitahu awal sehari
sebelum waktu kerja yang telah dijadualkan.
Semua urusan peribadi semua staf, guru dan tutor hendaklah dibuat di luar waktu di
pusat tuisyen.
Semua staf, guru dan tutor dikehendaki berada tepat waktu yang ditetapkan bagi
mengelakkan gaji/upah dipotong mengikut kadar masa yang akan dikumpul.
Analisis kehadiran mesti dibuat dan dicetak oleh Pengelola/Pengetua pada setiap
akhir bulan dan akan disemak dengan bantua staf.

Keluar Waktu Mengajar/waktu bekerja


3.1
Semua staf, guru dan tutor tidak dibenarkan meninggalkan pusat tuisyen dalam masa
waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Pengelola/Pengetua.
3.2
Semua staf, guru dan tutor dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan
dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengelola/Pengetua
sebelum keluar.
3.3
Sebelum meninggalkan pusat tuisyen, guru diminta meninggalkan kerja bertulis
untuk pelajar melalui staf/pengetua apabila berkenaan.
2

Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Mawar Sinar

Mesyuarat

4.

Cuti
4.1
4.2

4.3

Cuti tahunan lapan hari kepada staf/guru tetap bagi setiap dua belas bulan
perkhidmatan. Selepas berakhir setiap dua belas bulan perkhidmatan dan manamana pekerja yang gagal mengambil cuti tersebut maka hilanglah kelayakan.
Cuti Sakit
4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan tidak boleh melebihi 14 hari setiap tahun
kalender.
4.2.3 Semua staf, guru dan tutor juga dikehendaki menyerahkan salinan sijil cuti
sakit jika ianya menyebabkan kelas terbatal.
Cuti umum (2017)
4.3.1 Cuti umum yang dipilih ialah SEBELAS hari cuti berbayar bagi tempoh
setahun kalender kepada staf tetap:1. Hari Kebangsaan
2. Hari Keputeraan YDP Agong
3. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika
pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
4. Hari Pekerja
5. Hari Malaysia
6. Tahun Baru Cina (1 hari)
7. Nuzul Al-Quran
8. Hari Raya Puasa (1 hari)
9. Hari Raya Qurban (1 hari)
10. Hari Deepavali
11. Mauilidur Rasul
***cuti umum selain daripada cuti yang disenaraikan di atas adalah tidak berbayar.
***cuti tambahan bagi perayaan hanya akan diberi jika waktu kelas dapat diganti
pada hari lain.

5.

Pakaian
5.1
Semua staf, guru dan tutor hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion
keguruan dan masyarakat timur.
5.2
Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi staf/guru/tutor
perempuan.
5.3
Staf/guru/tutor lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut
yang sesuai.

6.

Perhubungan Sesama Staf, Guru dan Tutor


6.1
Semua staf, guru dan tutor sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama staf, guru dan tutor serta sentiasa dapat mengawal tutur
kata mereka. Semua staf, guru dan tutor juga diharapkan dapat mewujudkan
perasaan kekitaan.
6.2
Semua staf, guru dan tutor tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada staf, guru dan tutor ataupun
pelajar/staf pusat tuisyen yang lain.
6.3
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial, status
sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali wujud di
pusat tuisyen.

7.

Kelas dan ruang legar pusat tuisyen


3

Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Mawar Sinar

Mesyuarat

7.1
7.2

7.3
7.4
7.5

Kebersihan dan keselamatan pusat tuisyen adalah menjadi tanggungjawab semua


semua staf, guru dan tutor. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam kelas.
Semua staf, guru dan tutor hendaklah berada di pusat tuisyen semasa tidak mengajar
di kelas. Masa itu hendaklah dianggap sebagai non-teaching period dan bukannya
free period. Oleh itu semua staf, guru dan tutor hendaklah menggunakan masa
tersebut di pusat tuisyen untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan,
pengajaran dan pembelajaran.
Semua staf, guru dan tutor tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik
kelas dan meja pengurusan pentadbiran.
Semua staf, guru dan tutor yang berada di bilik kelas hendaklah sama-sama
bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
ketenteraman mana-mana pihak.
Selepas menggunakan kelas semua staf, guru dan tutor hendaklah memastikan kelas
dalam keadaan bersih dan teratur, bersihkan papan putih serta matikan suis lampu,
penghawa dingin serta kipas.

8.

Pengajaran, Pembelajaran dan Penilaian


8.1
Jikalau semua staf, guru dan tutor menghadapi sebarang masalah dalam hal
pengajaran mereka boleh berurusan dengan staf/pengetua/pengelola.
8.2
Semua staf, guru dan tutor bertanggungjawab merekod sebarang maklumat yang
diperlukan berdasarkan arahan semasa yang diberikan oleh pengurusan pentadbiran
seperti markah ujian.

9.

Tugas
9.1
Semua staf, guru dan tutor akan diberi tugas berbentuk kurikulum dan pentadbiran
berdasarkan keadaan semasa/aktiviti semasa yang bersesuaian. Mereka mesti
melakukan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya menghadiri
mesyuarat atau berkaitan urusan-urusan pengurusan pusat tuisyen hendaklah
mengambil tindakan sendiri.

10.

Buku Rekod Mengajar


10.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku/Fail Rekod Mengajar dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan
dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku/Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat
pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh pengetua.
10.2 Jika seseorang itu bercuti/berhenti, buku/fail tersebut hendaklah diserahkan kepada
staf.
10.3 Buku/Fail Rekod Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke PTMs pada hari
terakhir tahun kalender.

11.

Jadual Waktu
11.1 Staf hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di papan
kenyataan pusat tuisyen
11.2 Guru dan tutor tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran pengurusan pentadbiran pusat tuisyen.

12.

Jadual Kedatangan Pelajar


12.1 Setiap guru hendaklah menulis bilangan murid di dalam buku log yang disediakan
selepas selesai waktu mengajar.
12.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat dan disemak oleh staf.
4

Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Mawar Sinar

Mesyuarat

12.4
12.5
12.6

Pelajar yang tidak hadir selama satu minggu, ibubapa//penjaga pelajar tersebut
hendaklah dihubungi melalui sms/whats app/telegram/telefon pada minggu kedua
setiap bulan oleh staf.
Analisis mesti dibuat dan dicetak pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh
pengetua.
Semua staf, guru dan tutor tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual
Kedatangan Pelajar.

13.

Keselamatan Harta Benda Pusat Tuisyen


13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda pusat tuisyen. Pelajar yang merosakkan harta benda pusat
tuisyen sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke
pengetahuan pihak pusat tuisyen.
13.2 Semua staf, guru dan tutor hendaklah memastikan pelajar mematuhi peraturanperaturan mengenai penggunaan alat-alat di pusat tuisyen.

14.

Kebersihan
14.1 Semua staf, guru dan tutor bertanggungjawab menjaga kebersihan pusat tuisyen.
Staf perlu bertugas mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan. Alatan untuk
membersihkan kelas dan pusat tuisyen hendaklah digunakan dengan rapi dan
disimpan dengan selamat.
Hari
Isnin

Tugasan harian
- Membuang sampah
- Membersihkan papan putih
- Menyusun kemasan kelengkapan
(kerusi/meja)
Selasa
- Membuang sampah
- Membersihkan papan putih
- Menyusun kemasan kelengkapan
(kerusi/meja)
Rabu
- Membuang sampah
- Membersihkan papan putih
- Menyusun kemasan kelengkapan
(kerusi/meja)
Khamis
- Membuang sampah
- Membersihkan papan putih
- Menyusun kemasan kelengkapan
(kerusi/meja)
Jumaat
- Membuang sampah
- Membersihkan papan putih
- Menyusun kemasan kelengkapan
(kerusi/meja)
Sabtu
- Membuang sampah
- Membersihkan papan putih
- Menyusun kemasan kelengkapan
(kerusi/meja)

5
Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Mawar Sinar

Tugasan mingguan
Mengemop tangga
Cuci tandas

Cuci tandas

Menyusun/mengemaskini fail

Membersihkan kipas
Menyusun buku di rak
Mengelap cermin
**Pengelola/pengetua

Mesyuarat

15.

Surat Menyurat
15.1 Semua surat menyurat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengelola/Pengetua
untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
15.2 Semua urusan surat menyurat perlu dirangka dan mendapatkan rujukan daripada
pengetua serta dimasukkan ke dalam fail.

16.

Surat Yang Diterima


16.1 Semua staf, guru dan tutor berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat yang diterima.

17.

Pelawat
17.1 Semua pelawat pusat tuisyen DIMESTIKAN berjumpa dengan pengetua dan
terlebih dahulu. Staf dan guru tidak dibenar berbincang dengan wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengelola/Pengetua atau wakilnya.

18.

Aktiviti Kokurikulum Pusat Tuisyen


18.1 Semua staf, guru dan tutor yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum
(jika berkenaan). Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

19.

Mesyuarat Guru
19.1 Dari semasa ke semasa pihak pengurusan pentadbiran akan memanggil mesyuarat
Semua staf, guru dan tutor. Kedatangan guru ke mesyuarat ini adalah
diwajibkan.Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan
pentadbiran pusat tuisyen.

20.

Buku Stok@log / Inventori / Fail / Buku Resit / Invois


20.1 Staf bertanggungjawab menguruskan sebarang perekodan bagi memastikan
maklumat tepat, lengkap dan kemas kini. Sebarang perekodan ini akan disemak dari
semasa ke semasa oleh Pengelola/Pengetua.
20.2 Staf perlu menguruskan fail secara sistematik dan merekod secara manual serta data
di dalam komputer.
20.3 Staf merekod, memantau dan mengemaskini berkaitan sebarang penerimaan tunai
dan penghutang.
20.4 Invois perlu dikeluarkan pada 8 haribulan setiap bulan sekiranya pelajar masih tidak
menjelaskan yuran pada bulan tersebut.

21.

Penggunaan Alat-Alat
21.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
21.2 Mesti mendapat kebenaran daripada pengelola atau pengetua.
21.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali
dengan segera serta berkeadaan baik.
21.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan segera.

22.

Kunci
22.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Staf bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap kunci tersebut.

23.

Acara Atau Majlis Pusat Tuisyen


23.1 Semua staf, guru dan tutor dikehendaki hadir dalam semua majis atau acara rasmi
pusat tuisyen.
6

Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Mawar Sinar

Mesyuarat

24.

Penggunaan mesin potostat/cetak


24.1 Semua staf, guru dan tutor tidak disediakan kemudahan potostat atau mencetak
bahan, tetapi sekiranya masih memerlukan nota/bahan potostat, maka akan
dikenakan caj pada kadar yang ditetapkan. Ini kerana pelajar akan dibekalkan
dengan buku kerja yang ditetapkan oleh pihak PTMs.
24.2 Semua staf perlu merekod sebarang cetakan/potostat pada buku log yang disediakan.

25.

Waktu bekerja/mengajar/bertugas
25.1 Semua staf, guru dan tutor sama sekali tidak dibenarkan menggunakan telefon
bimbit semasa mengajar/bertugas/bekerja, kecuali atas urusan komunikasi berkaitan
pusat tuisyen (PTMs).
25.2 Membuat tugasan peribadi semasa mengajar,bertugas.

PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi Mesyuarat . Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 8.30 petang.
Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

......................................
( Rime bin Sisal )
Setiausaha
Tarikh : 11 Oktober 2016

..........................................
(A. Zafpri bin Basmu)
Pengetua
Tarikh : 11 Oktober 2016

7
Hak Cipta Terpelihara Pusat Tuisyen Mawar Sinar

You might also like