You are on page 1of 2

TEMA KARANGAN TINGKATAN 5 UNIT 8 : PELABURAN

BAHAGIAN A
( 30 markah )
( Masa yang dicadangkan : 45 minit )
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
rakyat menyertai skim pelaburan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

Simpanan
pada masa
depan

mengurangkan
kesan
inflasi

Untuk
pendidikan
anak-anak

KEPENTINGAN
RAKYAT
MENYERTAI
SKIM
PELABURAN

Memberi keuntungan
kepada negara dan
pelabur

BAHAGIAN A [ Markah : 30 markah ]


Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
rakyat menyertai skim pelaburan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.
Pendahuluan:
-Pelaburan ialah kaedah penanaman modal terhadap sesuatu syarikat dengan tujuan
untuk mendapat keuntungan dalam tempoh tertentu.
-Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh disertai seperti pelaburan amanah
saham dan pelaburan terbuka.
-Contohnya, Amanah Saham Nasional Berhad dan Amanah Saham Didik.
-Amalan melabur wajar diamalkan kerana banyak kepentingannya kepada masyarakat.
Isi 1: Simpanan pada masa depan
-Apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin kurang.
-Kita akan berada dalam kesusahan sekiranya tidak mempunyai duit simpanan.
-Hal ini demikian kerana orang yang berada di sekeliling kita belum tentu dapat
menyara kita pada usia tua kelak.
-Oleh itu, penting untuk kita membuat pelaburan pada masa sekarang sebagai
persiapan kita menghadapi hari tua.
-Peribahasa sediakan payung sebelum hujan.
Isi 2 : Untuk pendidikan anak-anak
-Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal
pada masa ini.
-Pinjaman atau biasiswa yang disediakan kerajaan mungkin tidak mencukupi untuk
menampung kos pengajian tersebut.
-Pelaburan yang dibuat ibu bapa pada masa ini mampu menyerap kenaikan kos
pengajian yang semakin tinggi .
-Peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Isi 3 : mengurangkan kesan inflasi
-Kenaikan harga barang keperluan asas seperti gula, garam, beras dan
sebagainya .menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.
-Pendapatan yang diperoleh tidak mampu menampung kenaikan harga barangan
tersebut.
-Dengan melabur, kita dapat bersedia menghadapi masalah inflasi iaitu peningkatan
harga barangan di pasaran.
Isi 4: memberi keuntungan kepada negara dan pelabur
-Pelaburan memberi keuntungan kepada negara dan pelabur.
-Pelaburan seperti rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberikan
keuntungan lumayan.
-Pelabur asing secara tidak langsung dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur
negara ini kerana teknologi dari luar negara dibawa masuk ke negara kita.
Kesimpulan
-Sudah terang lagi bersuluh, ternyata banyak kepentingan rakyat menyertai skim
pelaburan.
-Pelaburan awal akan memberikan keuntungan untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan
melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat agar masa depan terjamin.
-Jangan hendaknya sudah terhantuk baru tengadah kerana kesukaran hidup pada
masa tua sukar dijangka.
2

You might also like