You are on page 1of 4

TEMA KARANGAN TINGKATAN 5 UNIT 8 : PELABURAN

KARANGAN BAHAGIAN B
Soalan : Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam proses pembangunan
sesebuah negara.
Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi
menggalakkan pelaburan asing di Malaysia.

RANGKA KARANGAN :
Format

: Tiada.

Pendahuluan:
-Pelaburan asing- nadi penggerak dan pemangkin dalam memacu pembangunan
sesebuah negara.
-Membantu menjana dan meningkatkan pendapatan negara.
-Pelaburan asing-cara paling mudah bagi menjimatkan pembiayaan penghantaran
rakyat ke luar negara untuk memperoleh kepakaran serta kemahiran.
-Pelaburan asing- mempercepat proses pemindahan teknologi dan kepakaran dalam
pelbagai aktiviti ekonomi.
-Oleh itu, pelbagai pihak perlu menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing
dalam usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di Malaysia.
Isi-isi:
Isi 1: Kerajaan perlu memastikan kestabilan politik .
-merupakan kunci utama dalam menggalakkan pelaburan di negara ini.
-pelabur asing yang hendak membuat pelaburan atau menanam modal akan
memastikan pelaburan mereka di sesebuah negara terjamin.
-Kemelut politik dan krisis perkauman yang berlaku di sesebuah negara akan
menjejaskan keyakinan para pelabur untuk melabur di negara tersebut -beralih ke
negara lain yang diyakini lebih selamat dan terjamin.
-Keadaan sesebuah negara yang huru-hara akibat sering berlaku pertukaran
pemimpin dan ketidakstabilan politik seperti di Indonesia dan Filipina menyebabkan
pelabur asing berfikir dua kali beralih arah ke negara lain.
1

-Kerajaan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan


negara-negara asing yang bermatlamat untuk memberikan jaminan bahawa
kerajaan tidak akan memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di Malaysiamenambahkan keyakinan mereka untuk melabur di negara ini.
-Oleh itu, Malaysia perlu mempertahankan dan mengekalkan kestabilan politik yang
sudah sekian lama wujud di negara kita.
Isi 2 : Menyediakan kemudahan infrastruktur.
-Kemudahan infrastuktur perlu diperbanyak dan dan diberikan perhatian .
-kemudahan-kemudahan seperti jalinan jalan raya yang yang baik, pelabuhan,
lapangan terbang dan sistem telekomunikasi yang cekap serta kemudahan bekalan
air dan elektrik yang berterusan merupakan prasyarat untuk membawa masuk para
pelabur asing ke negara kita.
-Zon perdagangan haruslah dekat dengan sumber bahan mentah -hasil pertanian
seperti kelapa sawit tidak busuk dan rosak sebelum sampai ke destinasi.
-Lebih banyak kawasan harus dijadikan zon perdagangan bebas seperti di Bayan
Lepas Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur asing.
Isi 3 :Tenaga buruh
-Tenaga buruh yang banyak dan mahir amat signifikan menarik pelaburan asing.
-Rancangan latihan kepakaran perlu diperbanyak-latihan teknik dan vokasional-kolej
vokasional, Kolej Komuniti, IKBN, kolej Profesional Mara, Giat MARA dan lain-lain.
-Meningkatkan pengambilan siswazah dalam bidang kemahiran dan teknologi-oleh
intitusi pengajian tinggi awam dan swasta.
-Tenaga buruh yang mempunyai etika kerja yang murni dan tidak menyeleweng
wang syarikat-mengelakkan gejala rasuah.
-Upah kerja yang murah peluang pekerjaan yang lebih banyak dapat diwujudkan
oleh syarikat pelabur asing.- memperoleh banyak manfaat dalam satu masa-sambil
menyelam, minum air- masalah pengangguran juga dapat dikurangkan- taraf hidup
dapat ditingkatkan.
Isi 4 : Faktor kerenah birokrasi perlu dielakkan.
-Jika tidak terlalu ketat-mereka kan lebih tertarik untuk menam modal di Negara ini.
-Urusan pentadbiran yang merumitkan-proses permohonan yang mengambil masa
yang terlalu lama untuk diluluskan- menyusahkan mereka- lari ke negara lain .
-Gejala rasuah perlu dielakkan-dalam urusan meluluskan sesuatu permohonankerana nila setitik rosak susu sebelanga2

-kerajaan memastikan slogan bersih, cekap dan amanah menjadi pegangan para
pekerja di negara ini.
-urusan pentadbiran yang lancar dan telus perlu diberikan perhatian oleh semua
pihak.
Isi 5 :Menghantar rombongan perdagangan.
-Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
menghantar rombongan perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar.
-Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada negara prospek pelaburan
tentang potensi pelaburan di Malaysia.
-Boleh dilakukan melaui ekspo perdagangan dan pameran, seminar pelaburan,
mesyuarat atau laporan media massa di luar negara.
-Maklumat pelaburan juga boleh disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia di seberang laut.
-Promosi tentang insentif terbaharu juga harus disebarluaskan.
-Hubungan diplomatik melaui perdagangan dua hala sangat mempengaruhi
kemasukan pelaburan asing.
Penutup
-Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa semua pihak harus berganding bahu
memainkan peranan untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia- tetapi perlu
berhati-hati agar hak dan peluang pelabur tempatan tidak dianaktirikan kera di
hutan disusui, anak di pangkuan mati kelaparan.
-kerajaan perlu mengambil sikap yang bijak ibarat menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus , tepung tidak berselerak.
-kerajaan perlu berhati-hati dalam memilih pelabur asing- supaya pelaburan
mendatangkan keuntungan tidak menimbulkan implikasi yang negatif kepada
rakyat dan negara.
-pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air kerajaan harus lebih bijak
dan teliti dalam usaha untuk merealisasikan visi dan misi negara ke arah pencapaian
Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun2020.

You might also like