You are on page 1of 2

AYAT SONGSANG AYAT BIASA

Mengenal ayat songsang atau ayat biasa


A. Ayat Biasa
- subjek mendahului predikat
contoh:
SUBJEK
Encik Ahmad

PREDIKAT
ke kedai petang tadi.

Ayat Songsang
- Keseluruhan predikat atau sebahagian predikat (keterangan predikat) mendahului subjek
contoh :
1. Keseluruhan predikat mendahului subjek
PREDIKAT
Ke kedai petang tadi

SUBJEK
encik Ahmad.

2. Sebahagian predikat mendahului subjek


KETERANGAN
Petang tadi

SUBJEK
encik Ahmad

ke kedai.

PREDIKAT

PREDIKAT
ke kedai

SUBJEK
encik Ahmad.

3. atau
KETERANGAN
Petang tadi

Hanya bahagian keterangan predikat yang dikedepankan.


B Ayat tanya Susunan Songsang
Predikat dalam ayat tanya biasa dapat dikedepankan untuk memberi tekanan yang
berlainan. Bahagian predikat ayat yang dikedepankan itu boleh menerima partikel -kah.
Ayat Tanya susunan biasa
SUBJEK
Lelaki yang berkopiah itu
Nama kamu
Yang diperhatikan oleh Abu

PREDIKAT
Adik awak?
Siapa?
Apa?

Ayat tanya susunan songsang


PREDIKAT
SUBJEK
Adik awakkah
lelaki yang berkopiah itu?
Siapakah
nama kamu?
Apakah
yang diperhatikan oleh Abu?
C. Ayat Majmuk Susunan Songsang
Bahagian-bahagian daripada ayat majmuk boleh mengalami proses pendepanan.

Ayat majmuk susunan biasa


i.
Abu ke pasar atau ke kedai.
ii.
Pak Abu yang membantu saya itu kemalangan.
iii.
Saya pasti bahawa dia tidak bersalah.
iv.
Untuk menghidupkan enjin itu memang sukar.
Ayat majmuk susunan songsang
i.
Ke pasar atau ke kedai Abu
ii.
Kemalangan Pak Abu yang membantu saya itu.
iii.
Bahawa dia tidak bersalah saya pasti.
iv.
Memang sukar untuk menghidupkan enjin itu..

You might also like